The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Ashraf, 2019-12-05 02:09:41

pkg sungai layar

pkg sungai layar

E BULETIN Edisi Disember 2014

PKG SUNGAI LAYAR

Pemantauan & Khidmat Bantu Sekolah

Aktiviti PKG Tahun 2014

“ Teknologi Untuk Pendidikan Bestari ”

Sekolah Ahli

Tinta Ketua Penolong Pengarah BTPN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada siding redaksi atas penerbitan Buletin
PKG Sungai Layar Edisi Disember 2014.
Berkat kerjasama semua pegawai dan staf di PKG Sungai Layar melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang,
maka dapatlah dikongsi melalui bulletin ini supaya menjadi pemangkin dan panduan serta rujukan kepada semua
warga pendidikan.
Tanggungjawab utama kini adalah untuk memartabatkan teknologi pendidikan sebagai kaedah dan pendekatan
untuk membantu warga pendidik menerapkan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pem-
belajaran. Sementelah, perkara ini amat bertepatan denagn anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malay-
sia (PPPM) iaitu untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Sehubungan dengan itu beberapa program ICT seperti Sistem Pembelajaran Secara Maya (VLE) , Sistem Pengu-
rusan Sekolah (SPS) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kini sedang ditangani
dengan rancaknya oleh warga BTPN dan PKG.
Walaupun, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada usaha melonjakkan budaya penggunaan ICT, namun program
NILAM juga tidak diabaikan. Program yang berupa inisiatif pemupukan budaya membaca dalam kalangan pelajar
dan warga pendidik telah memberi impak dengan peningkatan peratus pembacaan pada setiap tahun di samping
pencapaian pelajar yang cemerlang dalam Anugerah Tokoh NILAM peringkat kebangsaan.
Akhir kata, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada siding redaksi serta semua warga PKG Sungai Layar yang
telah memberikan komitmen yang begitu tinggi sehingga terlaksananya program-program yang dirancang dan
sebahagiannya dapat diabadikan dalam bulletin ini.
Sesungguhnya usaha murni ini diharapkan akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

Coretan PTP PKG Sungai Layar

Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh – NYA kepada semua Warga

Kerja PKG SUNGAI LAYAR yang telah menjayakan Laman PEMBELAJARAN VLE FROG ini selari dengan pem-
bangunan ICT yang semakin pesat dewasa ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan
penggunaan ICT dalam tugasan seharian.
Selain ini, semua agensi SEKOLAH dapat berfungsi dalam suasana PENDIDIKAN elektronik, PKG SUNGAI LAY-
AR juga tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan kapasiti teknologi maklumat bagi penyaluran dan penyebaran
segala informasi dalam memperkenalkan sistem penyampaian kerajaan terutama kaedah pentadbiran sekolah
kelompok .Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan
ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat.



Sekolah Ahli

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti
yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Click to View FlipBook Version