The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maiismail2121, 2021-09-06 14:03:07

KK PENDIGITAL NILAM 2022.

KK PENDIGITAL NILAM 2022

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon : 04-7309269 Fax : 04-7327358 Email : kba2085.ppdkotasetar@gmail .com

KERTAS KONSEP

IQ-NILAM (INDEKS KUALITI NILAM)
GOOGLE FORM

PROGRAM MEMBINA TABIAT MEMBACA NORMA BAHARU

ANJURAN:
PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UDA

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara
kumulatif sehinggalah murid tamat persekolahan. Ia merupakan satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di samping
membina kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Program Nilam secara rasmi dilaksanakan untuk murid Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999, melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.

Laporan daripada Jemaah Nazir dan Kualiti (JNJK), KPM berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan program NILAM merumuskan; Program NILAM tidak dilaksanakan secara
berkesan dalam memupuk minat membaca dalam kalangan murid.Konsep dan panduan
pelaksanaan program NILAM tidak diberi perhatian.

Hasil daripada laporan yang disediakan oleh JNJK tersebut, Menteri Pendidikan telah
mencadangkan agar BTP melaksanakan perkara berikut:

• Melaksanakan kajian semula pelaksanaan Program NILAM untuk
memperlihatkan impak yang lebih berkesan, bertepatan dengan peruntukan yang
dibelanjakan.

• Pendekatan baharu yang lebih efektif dalam Program NILAM perlu dilaksanakan
bagi menggalakkan budaya membaca selaras dengan hasrat dalam PPPM.

Pelaksanaan program ini perlu dilihat semula selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan mengalih fokus daripada kuantiti kepada kualiti.
NILAM juga perlu digabung jalin dengan inisiatifinisiatif lain KPM bagi menyokong
dasar-dasar yang telah ditetapkan.PPPM 2013-2025 menumpukan usaha meningkatkan
pencapaian sistem pendidikan negara supaya setanding dengan purata global dalam dua
pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

TIMSS ialah penanda aras kualiti pendidikan sains dan matematik,manakala PISA merupakan
petunjuk tahap literasi bacaan,sains dan matematik murid melalui sistem pendidikan di
sesebuah negara. Menjelang tahun 2025, KPM meletakkan sasaran untuk
berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran tersebut.

Pencapaian Malaysia khususnya dalam literasi bacaan PISA pada tahun 2012 menunjukkan
penurunan yang membimbangkan. Dalam PISA 2009, Malaysia menduduki tangga
ke-55 daripada 74 buah negara yang turut serta, manakala dalam PISA
2012, kedudukan dalam bacaan merosot ke tangga 59 daripada 65 buah negara. Purata skor
bacaan murid Malaysia merosot daripada 414 mata pada PISA 2009 kepada
398 mata pada PISA 2012.

Kajian PISA 2012 melaporkan bahawa jurang literasi bacaan murid bandar (skor purata 400
mata) semakin melebar mengatasi murid luar bandar (378 mata). Tahap kecekapan bacaan
melepasi tahap minimum dalam kalangan murid perempuan (59.7%) jauh mengatasi tahap
kecekapan bacaan murid lelaki (37.1%). Selain itu, murid sekolah menengah kebangsaan
mencatatkan skor purata kecekapan bacaan yang kedua terendah (391 mata) antara 12 jenis
sekolah menengah yang lain.

Antara faktor pencapaian yang rendah dalam PISA 2012 yang dikenal pasti ialah murid
Malaysia tidak dapat menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang
menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai. Murid Malaysia juga gagal
memberikan respons kepada item yang memerlukan penjelasan, tidak biasa dengan format
soalan PISA yang agak panjang, tidak biasa dengan konteks bahan yang agak asing daripada
pengalaman mereka, dan tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan dalam
instrumen kognitif kerana menganggap PISA sebagai suatu kajian.

Namun kelemahan murid yang ketara dalam PISA ialah kemahiran pemahaman bacaan yang
rendah dalam kalangan murid. Murid tidak berminat membaca teks bacaan yang panjang atau
padat. Kurang membaca atau pembacaan yang terhad kepada genre tertentu
mengakibatkan murid kurang pengetahuan sedia ada (skemata) untuk dihubungkaitkan
dengan tugasan menganalisis, mentafsir,menilai dan membuat refleksi.

Sehubungan itu, kemahiran membaca dan kualiti pembacaan perlu diberi penekanan dalam
program NILAM untuk membantu dan menyokong usaha-usaha meningkatkan pencapaian
PISA dan TIMSS dalam kalangan murid.Usaha peningkatan kemahiran dan kualiti

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

pembacaan ini turut dibantu oleh perubahan dalam penghasilan dan penerbitan bahan
bacaan oleh industri buku.

Penerbitan buku masa kini sudah mula berpindah ke platform digital sesuai dengan
perkembangan dan trend teknologi semasa yang lebih hampir kepada gaya pembacaan
masa kini termasuk murid sekolah. Penerbitan e-book, audio book,video book adalah
antara jenis-jenis buku digital yang dihasilkan.Untuk mengimbangi perubahan-perubahan
penerbitan dan trend pembacaan ini, aktiviti sokongan untuk galakan membaca juga perlu
berubah. Aktiviti sedia ada perlu ditambah baik dan ditambah nilai malah diperbaiki.

Aktiviti-aktiviti sokongan ini diharapkan bukan sahaja dapat membudayakan aktiviti membaca
itu sendiri, tetapi membantu peningkatan kemahiran membaca,peningkatan pengetahuan dan
kemahiran selepas membaca serta penghasilan produk (penulisan,
karya kreatif dan sebagainya) selepas pembacaan.

Pendekatan dan pengisian aktiviti galakan membaca juga perlulah sesuai dan seiring
dengan perkembangan dan pendekatan corak pembelajaran sekarang yang
terarah kepada Pembelajaran Abad Ke-21 yang berfokuskan kepada pembinaan
kemahiran berfikir aras tinggi, literasi digital, komunikasi berkesan dan penghasilan
kerja bermutu (produktiviti) bertujuan membina modal insan berkemahiran
dan cemerlang.

Berdasarkan kepada perkembangan seperti dinyatakan di atas, hala tuju, pendekatan
dan cara pelaksanaan Program NILAM perlu diubah dan disusun semula sesuai dengan
keberhasilan yang diharapkan. Perubahan dan penyusunan semula ini juga akan turut
melibatkan penyediaan dokumentasi dan perekodan yang turut berbeza. Oleh itu pada tahun
2015, Bahagian Teknologi Pendidikan KPM telah membuat keputusan membuat
penambahbaikan kepada Program NILAM sedia ada. NILAM Tambah Baik (Iq- Nilam) ini akan
menterjemahkan bagaimana program NILAM dilaksanakan dengan berfokus kepada kualiti
pembacaan. Kualiti ini akan diukur daripada hasil dan kemahiran yang dapat ditunjukkan oleh
murid selepas mereka membaca. Pengertian terhadap pembacaan juga akan dinilai semula
sesuai dengan kepelbagaian cara pencarian dan penyampaian maklumat masa kini.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 juga turut menggalakkan
penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca
merentasi kurikulum. Semua warga sekolah bertanggungjawab dalam mewujudkan iklim yang
menggalakkan budaya membaca di sekolah. Di samping itu meningkatkan pelibatan
masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam
pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan murid.

2. PENGENALAN

Bagi memantapkan kutipan data Bahagian Teknologi Pendidikan KPM dan Bahagian
Teknologi Negeri Kedah telah membangunkan Sistem IQ NILAM bagi memudahkan
pengurusan data secara sistematik. Sistem ini mengandungi senarai nama murid, borang
bacaan, analisis mengikut individu, kelas dan aliran. Sistem ini mampu menyimpan data
bacaan murid dan boleh diakses pada bila-bila masa. Sistem ini sangat membantu guru dalam
pengisian maklumat PAJSK, pemberian anugerah dan pengiktirafan kepada para pelajar yang
terlibat dalam Program NILAM. Ia tidak membebankan kerana data yang dimasukkan dikira
automatik oleh sistem ini.

Bagi menilai pencapaian Program NILAM ini, data-data seperti peratus penglibatan murid,
purata bahan dibaca, tahap penglibatan murid, data-data bacaan murid dikutip daripada buku
rekod Nilam. Data-data ini pada mulanya dikutip secara manual dan berperingkat dari Sekolah
ke PKG, PKG ke BTPN dan BTPN ke BTP KPM. Data-data ini akan dianalisis dan seterusnya
dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kebangsaan
(JKIGTM) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) sendiri.

Cara kutipan data ini juga telah melalui beberapa siri penambahbaikan untuk mengelakkan
keciciran data dan juga memastikan kesahan data. Bermula dengan kutipan data secara
manual, seterusnya ditambah baik dengan kutipan data secara lebih sistematik menggunakan
sistem yang dibangunkan oleh pihak swasta.

Walau bagaimana pun,apabila NILAM Tambah Baik mula dilaksanakan, terdapat keperluan
untuk menambah baik sistem kutipan data tersebut dan BTPN telah diamanahkan untuk
membangunkan sistem kutipan NILAM Tambah Baik yang dipanggil IQ Nilam.

Sistem ini telah mula digunakan secara rasmi pada 3 September 2018. Kutipan data
nilam ini bukanlah sesuatu yang ‘asing’ kerana telah dilakukan sejak Program NILAM mula

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

dilaksanakan pada 1998. Yang berbeza hanya sistem dan juga data yang perlu dimasukkan.
IQ Nilam hanya memerlukan guru memasukkan data bilangan buku, bukan buku dan aktiviti
yang dilaksanakan oleh murid. Proses selanjutnya dilakukan oleh sistem dan analisis data-
data tersebut tertera di muka hadapan panel paparan sekolah. Sistem ini lebih mudah dan
mesra pengguna.

Justeru itu, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Uda mengambil inisiatif membuat
penambahbaikan pada Program Nilam dengan berusaha untuk mempraktikkan Program IQ
Nilam di sekolah. NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program
NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan
berbanding kuantiti bahan di baca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik
merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-
aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas
pembacaan) yang akan melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan
yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

3. OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan NILAM penambahbaik ini adalah bagi memantapkan budaya
pembacaan berkualiti dalam kalangan murid dan seterusnya meningkatkan pengetahuan,
kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat. Kesan kepada
pemantapan budaya pembacaan ini akan melahirkan murid yang berupaya mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Selain meningkatkan tahap kognitif, afektif dan psikomotor murid, pemantapan ini juga
berupaya untuk terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui
tabiat membaca berkualiti. Impak seterusnya adalah untuk menyedia dan
mempersiapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing
di peringkat global.

Objektif NILAM yang ditambahbaik (Iq-Nilam) bertujuan untuk :-
• melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan,
membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat;

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

• menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi
(KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti
pengayaan;

• menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti
membaca merentasi kurikulum.

• menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan
kerajaan

OBJEKTIF

4. KUMPULAN SASARAN
4.1 Murid-murid Pra Sekolah
4.2 Murid-murid tahun 1
4.3 Murid-murid tahun 2
4.4 Murid-murid tahun 3
4.5 Murid-murid tahun 4
4.6 Murid-murid tahun 5
4.7 Murid-murid tahun 6

5. JANGKAMASA PROGRAM
Program ini dijangkakan bermula pelaksanaan sepenuhnya pada Januari tahun 2022.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dilaksanakan di bawah seliaan JPN
dengan kerjasama dan pemantauan oleh BTPN dan rangkaiannya sebagai urus setia.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Pelaksanaan program NILAM di peringkat JPN dan BTPN serta rangkaiannya termasuklah
memastikan pelaksanaan program NILAM itu sendiri seperti yang telah dinyatakan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005, menyelia, menilai dan melapor untuk tujuan
penambahbaikan dan penyuburan.

Dokumen panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah.
Walau bagaimanapun kerangka asas yang menjadi asas kepada konsep dan pelaksanaan
Program NILAM yang ditambahbaik yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
perlulah dipatuhi. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang berkesan dan
inovatif mengikut kreativiti masing-masing.

6.1 Ahli jawatankuasa

Jawatankuasa pelaksanaan Program NILAM akan ditubuhkan dan Pusat Sumber
Sekolah yang bertanggungjawab kepada BTP selaku urus setia Jawatankuasa Induk
Gerakan Tabiat Membaca, KPM. Jawatankuasa ini juga bertugas merancang dan
melaksanakan Program NILAM di peringkat sekolah.

NAMA/JAWATAN BIDANG TUGAS

Pengerusi/Penasihat Guru Besar sebagai pentadbir sekolah
En. Ahmad Zuber bin Tajuddin,PCK. bertanggungjawab memastikan kejayaan
pelaksanaan dan keberkesanan program ini.
(Guru Besar)
 Mempengerusikan setiap mesyuarat
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Program NILAM.
Pn. Norolhusna binti Harun,PJK.
 Memahami dasar dan matlamat program.
(PK.Pentadbiran)  Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
 Memastikan pelaksanaan Program

NILAM berjalan lancar melalui:
 Penyeliaan
 Perjumpaan dengan guru
 Temu bual murid dan ibu bapa secara

informal
 Menentukan keberkesanan jadual

pelaksanaan ProgramNILAM.
 Mengambil tindakan susulan bagi

mengatasi kelemahan program.
 Mengenal pasti guru untuk

menghadiri kursus dan seminar yang

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Naib Pengerusi 1 berkaitan dengan bacaan dan
Pn. Aishabani binti Abdullah seumpamanya.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan
(PK. HEM) murid.
Naib Pengerusi 2  Meluluskan peruntukan kewangan dan
En Khairul Afimi bin Abd Afeef yang berkaitan
(PK. K0KURIKULUM)  Mengesahkan laporan yang berkaitan
Program NILAM
Penyelaras Pusat Sumber
Pn Syarifah binti Che Ani  Menjalankan tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya.
Penyelaras Perpustakaan
Pn Jamilah binti Abdullah  Membantu merancang, melaksana, menyela
ras, memantau dan menilai program

 Membantu Pengerusi untuk menjayakan
Program NILAM.

 Membantu Pengerusi mengenal pasti
kelemahan Program NILAM dan mengambil
tindakan.

 Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong
Program Nilam

 Memastikan Program NILAM dilaksanakan
mengikut perancangan.

 Menyediakan pengurusan kewangan Program
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan

 Memberi taklimat tentang pelaksanaan
Program NILAM pada setiap awal tahun

 Menentukan program dan menyediakan
kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan

 Merancang anggaran perbelanjaan Program
 Menganjurkan aktiviti Program NILAM

peringkat sekolah
 Memastikan program berjalan dengan lancar.
 Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah

NILAM di peringkat sekolah
 Mengenal pasti dan membimbing calon untuk

anugerah NILAM peringkat negeri
 Mendapatkan pengesahan laporan dan data

NILAM daripada Pengetua/Guru
 Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan

murid

 Membuat penggredan
 Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi

bagi menjalankan Program NILAM.
 Mengagihkan buku pinjaman secara

berkelompok (Projek Pukal)
 Membantu setiausaha menganjurkan

sebarang aktiviti untuk menyokong Program
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan

aktiviti murid

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Penyelaras Nilam  Mengumpul data rekod membaca dan aktiviti murid
Pn Haslina binti Hashim daripada Guru Kelas setiap bulan

 Memasukkan data ke pengkalan data
 Menganalisis data rekod membaca dan aktiviti

murid dan menyerahkannya kepada Guru NILAM
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

Semua Guru Nilam  Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat
menyurat
Semua Ketua Panitia
Mata Pelajaran  Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang
berkaitan
(Nilam merentas Kurikulum)
 Membantu Penyelaras Program menjalankan
Semua Guru Kelas aktiviti NILAM

 Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM
 Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan,

bahan, data) dan menyerahkan kepada penyelaras
 Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan

bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras
Program dan salinan kepada Pengerusi
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

 Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan
bacaan untuk murid.

 Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menjurus ke arah
pembacaan berkualiti.

 Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan
Program NILAM bersama-sama Penyelaras

 Memantau pelaksanaan Program NILAM.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan

aktiviti

 Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-
masing.

 Memastikan setiap murid mempunyai buku
 Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program

NILAM secara aktif.
 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan

aktiviti
 Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam

borang data NILAM.
 Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut

perancangan.
 Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data

NILAM setiap hujung bulan
 Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang

layak diberi pengiktirafan.

Guru mata pelajaran  Menggalakkan murid mengikuti program NILAM
dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembacaan
secara merentas kurikulum

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

(Nilam merentas Kurikulum)  Menyokong dan menggalakkan murid
Wakil PIBG melaksanakan aktiviti- aktivit pembelajaran
berasaskan kepada bahan pembacaan murid

 Menyemak dan mengesah rekod bacaan dan
aktiviti

 Menjadi pengantara untuk menyampaikan
maklumat program NILAM kepada ibu bapa

 PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan
institusi- institusi lain dalam menjayakan program
ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku dan
kewangan

Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan
keperluan asas untuk anak- anak, malahan mereka
turut memainkan peranan penting dalam menjayakan
program ini. Matlamat program lebih mudah
tercapai sekiranya mereka :

Ibu Bapa  Menggalakkan anak-anak membaca di rumah
dengan bimbingan daripada ibu bapa
Pengawas Pusat Sumber
Murid-murid  Menyediakan bahan bacaan di rumah (jika
berkemampuan)

 Membuat pinjaman bahan bacaan daripada
sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan
Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya)

 Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai
bahan untuk dibaca, menggunakan ilmu daripada
bahan tersebut dan seterusnya membuat

 Mengesah dan menandatangani rekod bacaan
anak-anak.(Sekiranya ditentukan oleh pihak
sekolah)

Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan
program NILAM ini. Mereka bukan sahaja dapat
membantu guru PSS malahan merupakan agen
penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti
berikut :

 Membantu murid untuk meminjam buku di PSS.
 Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk

dipinjam
 Membantu guru PSS menyediakan pinjaman

kelompok (bulk loan).
 Membantu guru PSS menganalisis data bacaan
 Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

Program ini memerlukan penglibatan aktif murid-murid
secara langsung. Mereka merupakan kumpulan
sasaran yang akan menentukan kejayaan program

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

NILAM atau sebaliknya. Peranan murid-murid adalah
seperti berikut :

 Membaca sebanyak mungkin bahan-bahan
bacaan.

 Memastikan mereka membaca bahan-bahan
mengikut tahap yang telah ditetapkan.

 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi daripada hasil pembacaan tersebut
dalam aktiviti-aktiviti pengayaan selepas
pembacaan.

 Merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca dan
aktiviti yang telah dilaksanakan selepas
pembacaan.

6.2 Cara melaksanakan IQ-NILAM oleh murid

6.2.1 Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my

6.2.2 Sila log masuk menggunakan ID DELIMA

6.2.3 Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.

6.2.4 Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:

 Maklumat Bahan Bacaan
 Tajuk Buku
 Pilihan Bahasa
 Tahun Terbitan
 Pengarang
 Penerbit

 Jenis Bahan Bacaan
 Buku Fiksyen
 Buku Bukan Fiksyen
 Bukan Buku
(Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
 Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)

 Rumusan
 Aktiviti Pengayaan
 Aktiviti Lain-lain (jika ada)

6.2.5 Setelah selesai mengisi, perlu klik butang SIMPAN.

6.2.6 Sebagai panduan murid dan guru nilam boleh tonton video Cara Merekod

Bacaan NILAM (IQ-NILAM) Menggunakan ID DELIMa Pada Komputer masing-

masing menggunakan link berikut :

https://youtu.be/KV15ZtZE2cA

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

selesai.

6.3 P elaksanaan Google Form dan buku nilam atau boring kutipan data
(Cara mengatasi masalah sekiranya sistem IQ-Nilam tergangggu)

Google Forms merupakan aplikasi Google Suite @ G-Suite yang boleh diakses secara dalam
talian secara percuma selain Google Docs, Google Sheets, dan Google Slides dalam Google
Drive. Google Forms mudah untuk digunakan apabila digandingkan dengan Google Sheets
untuk mendapatkan data dan menyimpan data terus ke hamparan data tersebut . Data-data
yang tersimpan dalam Google Sheets boleh dianalisis untuk memberi maklumat yang
dikehendaki. Selain itu Google Forms boleh memberi analisis secara terus.
Google Forms adalah borang maya yang membolehkan pihak sekolah mendapatkan
maklumat-maklumat nilam yang dikumpulkan daripada semua murid. Contohnya
mendapatkan maklumat peribadi murid dengan membina borang menggunakan Google
Forms dan disebar luaskan kepada sesiapa sahaja yang boleh akses kepada borang tersebut
dengan menggunakan peranti dan gajet terkini seperti telefon pintar, tablet, komputer riba
atau komputer meja.
Guru nilam boleh menggunakan google form untuk mendapatkan data dengan hanya
menyediakan form dan berkongsi link google form kepada murid-murid menggunakan
WhatsApp kelas . Kaedah ini digunakan sekiranya sistem Iq-Nilam tergendala dalam tempoh
yang agak lama.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH
7. CARA PENGIRAAN INDEKS KUALITI NILAM (IQ-NILAM)

8. CARA PENGREKODAN

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH
9. PERBANDINGAN NILAM DAHULU DENGAN PROGRAM PEMERKASAAN

PENGDIGITALAN NILAM (IQ-NILAM)
9.1 Fokus dan Pendekatan

9.2 Penglibatan murid, guru, ibu bapa dan komuniti

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH
9.3 Kualiti buku, jenis bahan bacaan, dan pembuktian

10. BAHAN BACAAN
Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri
dari pelbagai format dan diperoleh dari pelbagai sumber.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

11. PENGIKTIRAFAN NILAM
11.1 Sekolah Rendah ( Pra Sekolah hingga Tahun 6)

11.2 Pengiktirafan untuk PAJSK JUMLAH
BACAAN
JUMLAH
BINTANG 144-287

1 BINTANG 288-431
2 BINTANG
3 BINTANG 432-575
4 BINTANG
5 BINTANG 576-719
720 ke atas

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

12. PENUTUP

Bagi meringankan bebanan guru dalam pelaksanaan Program NILAM di sekolah adalah
diharapkan semua pentadbir sekolah memastikan agihan tugas diberi sama rata kepada
semua guru dan tidak terletak di bahu sesetengah pihak sahaja. Pihak Bahagian
Teknologi Pendidikan KPM seharusnya mengambil tindakan proaktif untuk
memastikan pelaksanaan NILAM Tambah Baik mencapai sasaran yang diharapkan.
Dalam masa yang sama juga guru harus diberi masa untuk ‘bermesra’ dengan
sistem IQ NILAM yang masih baharu.

Sekiranya segala masalah dapat ditangani, adalah tidak mustahil NILAM Tambah Baik dapat
memantapkan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid dan seterusnya
meningkatkan pengetahuan, kemahiran,penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang
hayat. Natijah kepada pemantapan budaya pembacaan ini akan melahirkan murid yang
berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SYARIFAH BINTI CHE ANI) (NOROLHUSNA BINTI HARUN,PJK)
Penyelaras Pusat Sumber Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

(AHMAD ZUBER BIN TAJUDDIN,PCK.)
Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Taman Uda


Click to View FlipBook Version