The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saifudin.dina_215, 2022-01-13 00:44:09

SOALAN PERCUBAAN S1 2022A (Autosaved)

SOALAN PERCUBAAN S1 2022A (Autosaved)

EKONOMI 944/1
KERTAS 1
JAN 2022
2 JAM

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
JALAN TIMUN 24/1

SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1/2022

EKONOMI

KERTAS 1 : MIKROEKONOMI

MASA: 2 JAM

Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam bahagian
C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian baru.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul sehingga dua tempat perpuluhan.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

…………… …………… ……………

(Norkhana binti Ismail) (Chee Chuen Yee) (Norsiah Binti Saleh)
Guru Ekonomi Ketua Unit Ekonomi Ketua Jabatan Sains Sosial

1

Bahagian A [ 20 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara
yang mengeluarkan barang A dan barang B.

Barang B

▪J
▪K

▪L
▪M

0 Barang A
Titik manakah merupakan kombinasi pengeluaran pada tingkat guna tenaga penuh?
A L sahaja
B M sahaja
C J dan K sahaja
D J, K dan L sahaja

2 Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan masalah untuk siapa barang dikeluarkan dalam sistem
ekonomi campuran?

A Kerajaan menyediakan barang awam
B Kerajaan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada semua rakyat
C Kerajaan menyediakan barang dan perkhidmatan kepada rakyat yang mampu membayar
D Kerajaan mengenakan cukai dan memberikan subsidi serta membiarkan mekanisme

harga beroperasi

3 Antara pernyataan berikut, yang manakah yang tidak akan mengalihkan keluk
permintaan bagi tepung gandum?

A Pertambahan penduduk
B Tiba musim perayaan
C Permintaan ke atas roti canai menurun
D Kenaikan harga tepung gandum

2

4 Apakah kesan ke atas keseimbangan pasaran suatu barang sekiranya keluk
penawaran berpindah ke kanan?

A Harga menurun dan kuantiti menurun

B Harga menurun dan kuantiti meningkat

C Harga meningkat dan kuantiti menurun

D Harga meningkat dan kuantiti meningkat

5 Jadual di bawah menunjukkan harga dan jumlah perbelanjaan seorang individu terhadap

barang X.

Harga Kuantiti
(RM) (Unit)

1.00 88
2.00 86
3.00 84
4.00 82
5.00 80
Fungsi permintaan individu tersebut terhadap barang X ialah

A Qd = 80 - P
B Qd = 90 - 2P
C Qd = 100 - P
D Qd = 100 - 2P

6 Gambar menunjukkan keluk penawaran getah tiruan

Harga S1

So

Kuantiti

Peralihan keluk penawaran getah tiruan dari So ke S1 disebabkan oleh peningkatan
A upah buruh
B harga getah tiruan
C subsidi terhadap pengeluar getah tiruan
D teknologi dalam pengeluaran getah tiruan

3

7 Peningkatan harga barang P menyebabkan penurunan permintaan barang Q. Ini menunjukkan
P dan Q ialah barang

A mewah
B pengganti
C penggenap
D tidak berkait

8 Keanjalan silang barang X terhadap harga barang Y ialah -3. Jika kuantiti barang X yang asal
ialah 1000 unit, berapakah kuantiti barang X yang baharu apabila harga barang Y naik daripada
RM20.00 per unit kepada RM24.00 per unit?

A 400 unit
B 600 unit
C 800 unit
D 900 unit

9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran suatu barang.

Harga(RM) D S1
E1 So
14.50
12.00 E2

Kuantiti (Unit)

Q1 Q2

Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM5.00, maka
A kerajaan memberikan subsidi kepada pengguna sebanyak RM2.50
B pengguna dan pengeluar menanggung beban cukai yang sama banyak
C pengguna terpaksa membayar dengan harga tambahan RM5.00 daripada harga asal
D beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar lebih besar daripada yang ditanggung

oleh pengguna

10 Dalam teori pengeluaran , jangka pendek merujuk kepada keadaan apabila
A kos pengeluaran terdiri daripada kos tetap dan kos sut
B pengeluaran dilakukan dengan semua input boleh ditambah
C pengeluaran yang melibatkan tempoh masa kurang daripada setahun
D pengeluaran melibatkan penggabungan input tetap dan input berubah

4

11 Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila
A tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output berkurangan
B tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar
sama
C tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar
bertambah
D tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar
berkurangan

12 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata
(AVC ) dan keluk kos sut (MC) bagi sebuah firma.

Kos,.Hasil MC
(RM)
AC
20.00
AVC

12.00
07.00

0 00 200 Keluaran ( unit

Berapakah jumlah kos tetap firma ini pada tingkat keluaran 200 unit?
A RM 700
B RM 800
C RM 1600
D RM 2400

13 Keluk permintaan yang anjal sempurna bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan
sempurna menunjukkan

A firma ialah penentu harga
B firma ialah penerima harga
C bahagian pasaran firma kecil
D bahagian pasaran firma besar

5

14 Maklumat di bawah menunjukkan struktur kos pada tingkat keseimbangan bagi firma pasaran

persaingan sempurna.

Kos sut RM120

Kos purata RM150

Kos berubah purata RM80

Hasil purata RM120

Apakah yang harus dilakukan oleh firma tersebut untuk meminimumkan kerugian yang
ditanggung?

A Memberhentikan operasi serta-merta
B Meneruskan operasi dalam jangka pendek
C Meneruskan operasi dalam jangka panjang
D Keluar daripada industri dalam jangka pendek

15 Yang berikut ialah maklumat fungsi hasil sut (MR) dan kos sut (MC) bagi sebuah firma
monopoli.

MR = 100 – 2Q,
MC = RM4.00
dengan Q ialah tingkat output yang dikeluarkan (unit).
Tingkat output yang memaksimumkan untung firma tersebut ialah
A 36 unit
B 38 unit
C 48 unit
D 88 unit

16 Apabila firma pasaran persaingan sempurna menjadi firma pasaran monopoli, keadaan ini
menyebabkan

A harga meningkat
B keluaran meningkat
C lebihan pengguna meningkat
D kecekapan peruntukan sumber tercapai

17 Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kos pada tingkat
keseimbangan bagi firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka pendek.

Harga RM22.00

Kos purata RM44.00

Kos berubah purata RM30.00

Jika keluaran keseimbangan ialah 30 unit, berapakah jumlah kos tetap firma ini?

A RM60.00

B RM80.00

C RM270.00

D RM420.00

6

18 Pada tingkat keseimbangan jangka panjang, firma pasaran persaingan bermonopoli
mengeluarkan output pada

A kos sut minimum

B kos purata sedang menurun

C tingkat kecekapan pengeluaran

D tingkat kecekapan peruntukan sumber

19. Gambar rajah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi suatu faktor
pengeluaran.

Harga(RM)

S

D
Kuantiti (Unit)

Yang manakah benar tentang rajah di atas?

A Lebihan pengguna melebihi lebihan pengeluar
B Sewa ekonomi melebihi perolehan pindahan
C Perolehan pindahan melebihi sewa ekonomi
D Sewa ekonomi sama dengan perolehan pendapatan

20 Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos berubah merupakan
A Sewa kuasi
B Sewa ekonomi
C Untung ekonomi
D Untung perakaunan

7

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 Berbantukan keluk kemungkinan pengeluaran, tunjukkan
(a) masalah agihan barang [3]
(b) masalah pengangguran [3]
(c) pertumbuhan ekonomi [4]

22 Terangkan kesan perkara berikut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan alat penghawa
dingin udara di Malaysia sekiranya

(a) Cuaca panas berterusan [5]
(b) Harga alat pendingin hawa import jatuh dengan banyak. [5]

23 Berbantukan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan cukai terhadap

(a) Harga dan kuantiti keluaran [6]
(b) Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar [4]

24 Dengan menggunakan contoh, bezakan konsep-konsep berikut

(a) Kos eksplisit dan kos implisit [4]
(b) Kos perakaunan dan kos ekonomi [4]
(c) Untung perakaunan dan untung ekonomi [2]

25 (a) Nyatakan dua alasan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli melakukan

persaingan bukan harga. [2]

(b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma pasaran

persaingan bermonopoli. [8]

26 (a) Terangkan dua sebab mengapakah upah buruh dalam sektor perindustrian lebih tinggi

daripada sektor pertanian? [4]

(b) Nyatakan tiga fungsi Kesatuan Sekerja. [6]

8

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang Y adalah

Qd = 100 – 2P
Qs = 3P

dengan

P = harga barang Y (RM)
Qd = kuantiti diminta barang Y (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang Y (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang Y. [3]

(b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar pada tingkat

harga RM5, RM10, RM20, RM25 dan RM30. [2]

(c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi Qd = 80 – 2P, hitung harga dan kuantiti

keseimbangan yang baru. [2]

(d) Berdasarkan jawapan pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan,

tingkat harga dan keseimbangan. [3]

28. Fungsi kos pengeluaran sebuah firma ialah

C = 40 + 5Q

(a) Merujuk kepada fungsi pengeluaran, apakah jenis-jenis kos yang ditanggung oleh firma?

[2]

(b) Lengkapkan jadual di bawah. [4]

Output(Unit) TVC (RM) TC (RM) AC (RM) AVC (RM)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

(c) Bolehkah struktur kos firma ini terus wujud dalam jangka panjang? Mengapa? [2]
(d) Mengapakah masa output sifar, masih wujud jumlah kos? [1]
(e) Berapakah kos tetap purata pada output 8 unit? [1]

9

29 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti suatu barang dan jumlah kos bagi sebuah firma

persaingan sempurna.

Kuantiti (unit) Jumlah kos (RM)

1 100.00

2 112.50

3 127.50

4 148.00

5 175.00

6 210.00

7 255.50

8 312.00

(a) Hitung kos purata dan kos sut. [4]
(b) Jika harga di pasaran ialah RM27.00 per unit,
[2]
(i) berapakah tingkat keuntungan firma? [2]
(ii) adakah firma ini berada dalam keseimbangan jangka panjang? [2]
(c) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan jangka panjang bagi firma ini.

10


Click to View FlipBook Version