The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saifudin.dina_215, 2022-02-06 21:56:33

SKEMA PEMARKAHAN S3 STPM 2022

SKEMA PEMARKAHAN S3 STPM 2022

-1-

EKONOMI 944/3
KERTAS 1
FEB 2022
1 JAM

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
JALAN TIMUN 24/1

SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 3/2022

KERTAS 3 : EKONOMI MALAYSIA

-2-

SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 3 2022

Bahagian A (30 markah)

SOALAN 1

1. Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi masalah pengangguran di Malaysia. [6]
Skema
Faktor yang mempengaruhi masalah pengangguran di Malaysia
i. Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat [1m]

- Apabila berlaku kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat berbanding dengan kadar
pertumbuhan ekonomi, maka peluang pekerjaan yang tersedia tidak mencukupi bagi menampung
pertumbuhan tenaga buruh.[1m]

- Misalnya, puluhan ribu lepasan sekolah menengah atau lepasan universiti yang menganggur
kerana peluang pekerjaan yang tersedia adalah terhad.[1m]

ii. Kitaran perniagaan [1m]
- Apabila ekonomi dunia meleset, keadaan ekonomi Malaysia turut meleset kerana Malaysia

mengamalkan ekonomi terbuka.
- Apabila keadaan ini berlaku, permintaan agregat berkurang dan firma akan mengurangkan

pengambilan buruh dan ada juga firma yang menamatkan perkhidmatan tenaga buruhnya.
- Hal ini menyebabkan tenaga buruh yang ditamatkan perkhidmatan terpaksa menganggur.[1m]

iii. Kehendak majikan yang berbeza[1m]
- Ketidaksepadanan antara kehendak majikan dengan dengan kemahiran tenaga buruh yang

tersedia menyebabkan tenaga buruh terpaksa menganggur.
- Misalnya, sebuah firma memerlukan tenaga buruh yang mempunyai kemahiran dalam

pemprograman komputer namun tenaga buruh yang tersedia hanya memiliki kemahiran asas
komputer.

- oleh itu, tenaga buruh tersebut tidak memenuhi keperluan firma dan tidak akan mendapat
pekerjaan.[1m]

iv. Penggunaan teknologi dalam sektor pembuatan [1m]
- Pengangguran di Malaysia wujud disebabkan oleh berlakunya perkembangan pesat dalam

sektor pembuatan.
- Keadaan ini disebabkan oleh pemindahan teknologi baharu dari luar negara ekoran daripada

pertambahan pelaburan langsung asing serta galakan kerajaan.
- Maka, sebahagian penganggur di Malaysia terdiri daripada buruh kurang mahir yang

digantikn dengan mesin yang lebih canggih. [1m]

v. Perubahan cuaca dan musim [1m]
- Malaysia negra beriklim khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun dan tiupan angin

monsun pada masa tertentu.
- Penoreh getah tidak dapat menoreh getah pada musim hujan kerana pokok getah basah.

-3-

- Nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat turun ke laut pada musim
tengkujuh kerana angin kencang dan laut bergelora. [1m]
[ 3 fakta dan 3 huraian yang releven] markah maksimum 6

SOALAN 2

2. Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada:

(a) Taraf hidup masyarakat [3]

(b) Tenaga buruh [3]

Skema

Kesan buruk pengangguran kitaran kepada taraf hidup masyarakat

- Taraf hidup masyarakat merosot kerana pendapatan masyarakat berkurang.[1m]

- Keadaan ini menyebabkan kuasa beli masyarakat menurun[1m] dan tidak dapat menikmati

barang dan perkhidmatan tersebut.[1m]

Kesan buruk pengangguran kitaran kepada tenaga buruh
- Tenaga buruh yang digunakan semakin berkurang kerana tingkat permintaan agregat adalah

rendah.[1m]
- keadaan ini menyebabkan penawaran agregat barangan dan perkhidmatan berkurang[1m]

dan tingkat keuntungan merosot. [1m]

SOALAN 3

3. (a) Terangkan perbezaan antara kos sara hidup dengan taraf hidup [2]

(b) Jelaskan hubungan antara kos sara hidup dengan taraf hidup. [2]

(c) Terangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan taraf hidup. [2]

Skema

Perbezaan antara kos sara hidup dengan taraf hidup

- Kos sara hidup ialah perbelanjaan ke atas barang keperluan seperti makanan, minuman,

perumahan, dan utiliti untuk meneruskan kehidupan.[1m]

- Manakala taraf hidup ialah jumlah barang dan perkhidmatan yang dinikmati berdasarkan

pendapatan.[1m]

Hubungan antara kos sara hidup dengan taraf hidup
- hubungan kos sara hidup dengan taraf hidup adalah negatif/songsang [1m]
- apabila kos sara hidup naik, taraf hidup isi rumah jatuh.[1m]

Kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan taraf hidup
- Apabila tingkat harga umum naik, perbelanjaan isi rumah bertambah menyebabkan kos sara

hidup naik.[1m]
- Jumlah barang yang tidak dibeli oleh isi rumah dengan pendapatan yang tetap telah

berkurang dan taraf hidupnya jatuh.[1m]

-4-

SOALAN 4

4. Takrifkan dasar yang berikut dan jelaskan bagaimana dasar ini boleh mengawal inflasi

beserta dengan contoh:

(a) Dasar harga maksimum [3]

(b) Dasar pendapatan [3]

Skema

(a) Dasar harga maksimum

- Dasar harga maksimum merujuk kepada dasar kerajaan yang menetapkan harga pasaran yang

kurang daripada harga keseimbangan ke atas barang pengguna.[1m]

- harga barang pengguna yang dibeli oleh isi rumah lebih murah.[1m]

- Contohnya kerajaan mengenakan upah maksimum yang lebih rendah daripada upah

keseimbangan. Keadaan ini dapat mengawal inflasi tolakan kos.[1m]

(b) Dasar pendapatan
- Dasar pendapatan merujuk kepada dasar kerajaan yang mengawal pendapatan yang diterima

oleh isi rumah seperti buruh.[1m]
- Kerajaan mengawal kenaikan upah dalam ekonomi.[1m]
- Contohnya kerajaan mengenakan upah maksimum yang lebih rendah daripada upah

keseimbangan. Keadaan ini dapat mengawal inflasi tolakan kos.[1m]

SOALAN 5

5. Terangkan dasar-dasar perdagangan antarabangsa yang berikut dan berikan satu contoh

bagi setiap dasar tersebut.

(a) Dasar perlindungan [3]

(b) Galakan eksport [3]

Skema

(a) Dasar Perlindungan

- Dasar perlindungan dilaksanakan bertujuan mempertahankan dan melindungi barangan

tempatan daripada persaingan dengan barangan yang diimport.[1m]

- Pelaksanaan dasar ini menyebabkan barang yang diimport dari luar negara akan

berkurang.[1m]

- Misalnya tarif, kouta import dan kawalan pertukaran asing.[1m]

(b) Galakan eksport
- Dasar galakan eksport dilaksanakan bertujuan meningkatkan daya saing barangan yang

dikeluarkan dalam negara untuk dieksport.[1m]
- Pelaksanaan dasar ini akan meningkatkan nilai eksport negara. Apabila eksport meningkat,

imbangan pembayaran menjadi lebih stabil.[1m]
- Misalnya program latihan industri, skim pembiayaan kredit eksport, skim jaminan eksport,

dan subsidi eksport.[1m]

-5-

SOALAN 6

6. Terangkan tiga komponen dalam akaun semasa di Malaysia. [6]

Skema

Komponen dalam akaun semasa di Malaysia

i. Akaun dagangan [1m]

- Akaun dagangan mencatatkan eksport barang nampak dan import barang nampak Malaysia

pada suatu tahun tertentu. [1m]

ii. Akaun perkhidmatan[1m]
- akaun perkhidmatan mencatatkan eksport perkhidmatan dan import perkhidmatan Malaysia

pada suatu tahun tertentu.[1m]

iii. Akaun pendapatan[1m]
- akaun pendapatan mencatatkan penerimaan dan pembayaran pendapatan pelaburan dan

pampasan pekerja Malaysia pada suatu tahun tertentu.[1m]

Bahagian B (10 markah)

SOALAN 7

7. Jadual di bawah menunjukkan kadar pengangguran dan guna tenaga di Malaysia pada tahun

2012 hingga 2014.

Tahun Kadar Guna tenaga
pengangguran (%) (‘000 orang)

2012 3.0 12723.2

2013 3.1 13210.0

2014 3.0 13483.4

(Sumber: Laporan Ekonomi 2014/2015, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) Berikan maksud guna tenaga. [1]

Guna tenaga merujuk kepada sebahagian daripada tenaga buruh yang sedang

bekerja

(b) (i) Hitung peratusan perubahan guna tenaga dari tahun 2013 hingga tahun 2014 [2]

Peratusan perubahan guna tenaga dari tahun 2013 hingga tahun 2014
= 13483400 orang – 13210000 orang x 100 [1m]

13210000

= 273400 x 100

13210000

= 2.07% [1m]

(ii) Berdasarkan jawapan anda pada (b)(i), jelaskan arah aliran guna tenaga tersebut.
Arah aliran bagi peratus perubahan guna tenaga adalah meningkat [1m]

-6-

(c) Hitung jumlah tenaga buruh bagi tahun 2013 dan tahun 2014. [4]

Jumlah tenaga buruh tahun 2013
3.1 = Tenaga buruh – 13210 x 100

Tenaga buruh [1m]

96.9 x Tenaga buruh = 1321000

Tenaga buruh = 13632.6109

Tenaga buruh ialah 13632.61 ribu orang [1m]

Jumlah tenaga buruh tahun 2014
3.0 = Tenaga buruh – 13483.4 x 100

Tenaga buruh [1m]

97 x Tenaga buruh = 1148340

Tenaga buruh = 13900.41237

Tenaga buruh ialah 13900.41 ribu orang [1m]

(d) Pada tahun 1985, kadar pengangguran di Malaysia ialah 5.6 peratus. Jelaskan jenis

pengangguran yang berlaku pada tahun tersebut. [2]

Jenis pengangguran yang berlaku ialah pengangguran kitaran[1m] kerana peratus

pengangguran melebihi 4%[1m]

SOALAN 8

1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga harga pengguna di Semenanjung Malaysia,

Sabah, dan Sarawak pada tahun 2012 hingga tahun 2014 (2010 = 100).

Tahun Indeks harga pengguna

Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak

2012 111.6 111.7 111.8

2013 112.1 112.2 111.9

2014 113.3 112.0 112.8

(Sumber: Laporan Ekonomi 2015/2016, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) (i) Hitung kadar inflasi di Semenanjung Malaysia dan kadar inflasi di Sabah pada

tahun 2014. [3]

Kadar inflasi di Semenanjung Malaysia pada tahun 2014
= 113.3 – 112.2 x 100 [1/2m]

112.2

= 1.07% [1m]

Kadar inflasi di Sabah pada tahun 2014
= 112.0 – 112.2 x 100 [1/2m]

112.2

= - 0.18% [1m]

-7-

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (a) (i), jelaskan perbezaan kadar inflasi mengikut

kawasan tersebut. [1]

Tingkat harga umum di Sabah telah menurun berbanding dengan tingkat harga

umum di Semenanjung Malaysia. [1m]

(b) Jika seorang pengurus bekerja di Sarawak menerima pendapatan sebanyak RM4000
sebulan pada tahun 2013 dan RM4200 pada tahun 2014, iaitu meningkat sebanyak
5%,

(i) hitung pendapatan benar bulanan pengurus tersebut bagi tahun 2013 dan tahun

2014. [3]

Pendapatan benar = IHP tahun asas x Pendapatan Nominal

IHP tahun semasa

2013 2014

= 100 x RM4000 [1/2m] = 100 x RM4200 [1/2m]

111.9 112.8

= RM3574.62 [1m] = RM3723.40 [1m]

(ii) hitung peratusan perubahan pendapatan benar pengurus tersebut, dan [2]
Peratusan perubahan pendapatan benar pengurus
= RM3723.40 – RM3574.62 X 100 [1m]

RM3574.62
= 4.16% [1m]

(ii) berdasarkan jawapan anda di (b) (ii), bandingkan perubahan pendapatan nominal

dengan perubahan pendapatan benar pengurus tersebut. [1]

Peratus perubahan pendapatan nominal melebihi peratud perubahan pendapatan

benar.[1m]


Click to View FlipBook Version