KEJAYAAN MALAYSIA DALAM
BIDANG SUKAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : WAN ALEESYA DANIA BINTI WAN ROSHAFIZI
TAHUN : 5 BUMI
SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
PENGENALAN
• Pencapaian Malaysia dalam bidang sukan adalah amat membanggakan samaada di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
• Pencapaian ini dicapai sebelum merdeka lagi
• Pencapaian yang dicapai dalam bidang sukan telah mengharumkan nama negara di
mata dunia.
• Selain itu, sukan juga berperanan dalam membentuk perpaduan masyarakat.
• Di Malaysia, infrastruktur yang disediakan dalam bidang sukan juga adalah terbaik
dan sesuai untuk digunakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PENGLIBATAN MALAYSIA
DALAM BIDANG SUKAN
Sukan Piala
Komanwel Monsun
Sukan SEA Penglibatan atlet Sukan Asia
Malaysia dalam sukan
Sukan Sukan
Olimpik peringkat Permotoran
antarabangsa
Piala (MotoGP)
Thomas Kejohanan Badminton
Terbuka All England
SUKAN SEA
➢Sukan sea mula diperkenalkan pada tahun 1977.
➢Sukan Sea bermaksud South East Asia Peninsular Games (SEAP)
➢Penyertaan sukan ini melibatkan 11 buah negara Asia Tenggara.
➢Malaysia pernah melakarkan kejayaan memenangi pingat emas pada tahun 1989,
2009 dan 2011 melalui pasukan bola sepak.
➢Selain itu, Malaysia pernah menjadi juara keseluruhan pada tahun 2011 dengan
mengutip 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa.
➢Malaysia juga pernah menjadi penganjur sukan Sea pada tahun 1965, 1971, 1977,
1989 dan 2001.
➢Manfaat daripada penganjuran sukan Sea ini telah dapat mengeratkan hubungan
dengan negara serantau
SUKAN OLIMPIK
➢Diperkenalkan pada tahun 1896. Sukan ini diadakan setiap empat tahun.
➢Malaysia mula menyertai sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne.
➢Malaysia pernah melakarkan kejayaan dalam sukan bola sepak, olahraga dan badminton.
➢Contohnya kejayaan Malaysia menerusi Tan Sri Dato’ Dr M. Jegathesan yang layak ke
peringkat akhir acara 200m pada tahun 1964 di Tokyo dan 1968 di Mexico.
➢Beberapa pingat dimenangi oleh Malaysia sepanjang menyertai temasya ini :
* 1992(Barcelona) – 1 pingat gangsa
* 1996(Atlanta) – 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa
*2008(Beijing)- 1 pingat perak
*2012(London)- 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa
*2016(Rio) – 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa
*2020 (Tokyo) – 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa
SUKAN KOMANWEL
➢Diperkenalkan pada tahun 1930. sukan ini disertai oleh negara bekas jajahan British.
➢Malaysia pernah menjadi penganjur sukan ini pada tahun 1998.
➢Stadium Bukit Jalil merupakan stadium utama untuk kejohanan ini.
➢Pada tahun tersebut, Malaysia menduduki tempat keempat pada keseluruhan
kejohanan.
➢Pencapaian atlet sangat membanggakan negara.
SENARAI TOKOH DAN KEJAYAAN
DALAM BIDANG SUKAN
➢ Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain badminton nombor 1
negara. Banyak anugerah dan kemenangan yang diperolehi beliau
sepanjang berkecimpung dalam sukan badminton antaranya
Olahragawan Negara, olahragawan Pulau Pinang, Olympian Lelaki
Malaysia, Pemain Terbaik BWF dan banyak lagi.
➢ Datuk mokhtar dahari adalah merupakan pemain bola sepak
kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran
supermokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol
sepanjang karier beliau dalam bola sepak (1972-1985)
➢ Datuk Nicol Ann David pemain pertama yang berjaya memegang
gelaran pemain skuasy nombor 1 dunia selama 9 tahun. Nicol Ann
David pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005,
2006 dan 2008 serta gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005,2006,
2008, 2009 dan 2010.
➢ Datuk Pandelela Rinong ialah salah seorang pemain atlet terjun.
Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1993 dan berasal dari Sarawak.
Beliau mula aktif dalam sukan terjun ini pada tahun 2007 sehingga
kini. Beliau telah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik dan
berjaya memenangi pingat gangsa di London dan pingat perak di
Rio. Selain itu, beliau juga pernah membawa bendera Malaysia
dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik.
➢ Datuk Mohd Azizulhasni Awang adalah seorang pelumba basikal
trek profesional Malaysia dan dikenali sebagai The Pocket
Rocketman. Beliau dilahirkan di Dungun, Terengganu pada 05
Januari 1988. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit
Jalil. Pelbagai kejayaan hebat telah dilakar oleh jaguh sukan
berbasikal ini sama ada di dalam atau luar negara antaranya
pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, pingat perak di
Olimpik Tokyo 2021, pingat gangsa acara keirin lelaki pada
Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Lee Valley Velopark,
Stratford, London dan pingat emas acara kierin dan pecut 200km di
Kejohanan Trek Asia 2008
KEPENTINGAN SUKAN DALAM
PERBANGUNAN NEGARA
➢Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara samaada dari
segi ekonomi mahupun sosial.
➢Antaranya adalah dapat menarik kemasukan pelancong asing, pertukaran masuk
mata wang asing, membuka peluang pekerjaan, memperkenalkan Malaysia ke
peringkat antarabangsa dan mewujudkan hubungan yang baik antara negara.
RUJUKAN
• https://www.sinarharian.com.my/article/151231/BERITA/Sukan/Perjuangan-atlet-Malaysia-
buru-emas-pertama-Olimpik-bermula
• http://umiwish.blogspot.com/2016/08/keputusan-sukan-olimpik-rio-2016-kedudukan-
malaysia-60.html
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Asia_Tenggara
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Asia
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia_di_Sukan_Komanwel
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandelela_Rinong
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang