The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ayat Bahasa Melayu (Sintaksis) - Ayat (Buku Teks OUM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshahilarazak, 2021-03-27 03:57:09

Ayat Bahasa Melayu (Sintaksis) - Ayat (Buku Teks OUM)

Ayat Bahasa Melayu (Sintaksis) - Ayat (Buku Teks OUM)

Topik X Tatabahasa:

9 Ayat

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi sintaksis;
2. Menjelaskan binaan subjek dan predikat;
3. Mengenal pasti pola ayat dasar; dan
4. Menggunakan ayat tunggal dengan betul.

X PENGENALAN

Imbas kembali di Topik 7 yang lalu, kita telah dijelaskan bahawa terdapat dua
bidang utama tatabahasa iaitu morfologi (mengkaji perkataan) dan sintaksis
(mengkaji ayat). Kedua-dua bidang ini saling berkaitan kerana ketepatan
tatabahasa bergantung pada ketepatan ejaan perkataan (morfologi) dan
ketepatan susunan perkataan (sintaksis) dalam sesuatu ungkapan. Seterusnya, di
Topik 9 ini, kita akan mempelajari secara ringkas konsep ayat dalam bahasa
Melayu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 161

9.1 DEFINISI SINTAKSIS

Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti
„dengan‰ dan tattein yang membawa erti „menempatkan bersama-sama‰.
Dengan demikian, sintaksis dapat diertikan sebagai „menempatkan kata-kata
secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat‰. Kata suntattein
kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam
bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), sintaksis merujuk
bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi
ayat. Secara ringkasnya, sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat.

9.2 BINAAN AYAT

Apakah yang ada dalam sesebuah ayat? Secara umumnya, sesebuah ayat itu
mestilah sekurang-kurangnya mempunyai satu subjek (pelaku) dan satu
predikat (cerita).

(a) Subjek
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009) dan Abdullah Hassan (2006), subjek
ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai
frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Subjek
lazimnya adalah perkara yang diceritakan yang terdiri daripada orang,
benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur subjek juga boleh terdiri
daripada frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja yang berkuasa nama dan
frasa adjektif yang berkuasa nama.

Contoh:

Subjek Predikat
Ali membeli sebuah basikal.
Dia pergi ke sekolah.
Komputer itu sudah rosak.
Merokok membahayakan kesihatan.
Cantiknya mata anak harimau itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

162 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

AKTIVITI 9.1

Bina tiga ayat yang mempunyai subjek.
1. __________________ __________________________________.
2. __________________ __________________________________.
3. __________________ __________________________________.

(b) Predikat
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), predikat pula merujuk kepada
kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur
yang menerangkan subjek. Oleh itu, predikat merupakan bahagian ayat
yang menceritakan perkara tentang orang, benda, tempat atau perkara
yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada frasa nama (FN),
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi (FS).

Contoh:

Subjek Predikat FN
Sabri seorang peguam. FK
Kakak mencuci pakaian. FA
Rumah itu sangat besar. FS
Hadiah itu daripada Menteri Besar.

AKTIVITI 9.2

Bina empat ayat yang mempunyai predikat dan isikan tempat kosong
di bawah.
1. Saya _______________________________________________.
2. Ahmad______________________________________________.
3. Kamalia_____________________________________________.
4. Kami_______________________________________________.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 163

9.3 POLA AYAT DASAR

Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua
ayat lain. Ayat dasar ini terhasil melalui gabungan dua frasa. Oleh itu, sebelum
kita mempelajari pola ayat dasar bahasa Melayu, eloklah kita meneliti terlebih
dahulu definisi dan jenis-jenis frasa bahasa Melayu.

9.3.1 Definisi Frasa

Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat. Binaan frasa terdiri daripada
sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar.

Contoh:

(a) Frasa dengan satu perkataan:
Saya guru.

(b) Frasa dengan dua atau lebih perkataan:
Lelaki itu guru.

9.3.2 Jenis-jenis Frasa

(a) Frasa Nama (FN)
FN ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama (KN),
KN Terbitan atau Kata Ganti Nama.

Contoh:

Baju putih (KN)
Pendatang itu (KN Terbitan)
Anda semua (Kata Ganti Nama)

Binaan FN

(i) Inti + Penerang

Contoh:

Inti Penerang
askar Melayu
baju kemeja

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

164 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

(ii) Inti + Inti
Contoh:

Inti Inti
ibu
kerusi bapa
meja

(b) Frasa Kerja (FK)
FK ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata
intinya kata kerja.

Contoh:

Menjalankan tugas
Menulis nota

Binaan FK

(i) Inti + Objek

Contoh:

Inti Objek
membaca buku
menulis surat

(ii) Inti + Penerang
Contoh:

Inti Penerang
berbaju Melayu
berjalan kaki

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 165

(iii) Kata Bantu + Inti
Contoh:

Kata bantu Inti
sedang menjahit
akan bersurai

(c) Frasa Adjektif (FA)
FA ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang kata
intinya merupakan kata adjektif.

Contoh: Bijak sungguh
Gelap benar

Binaan FA

(i) Inti + Inti

Contoh:

Inti Inti

lemak manis
baik buruk

(ii) Inti + Kata Nama
Contoh:

Inti Kata Nama
laut
biru remaja
muda

(iii) Kata Penguat + Inti + (Kata Penguat)
Contoh:

Kata Penguat Inti (K Penguat)
sangat sekali
sungguh bijak benar
baik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

166 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

(iv) Kata Bantu + Inti
Contoh:

Kata Bantu Inti
belum
sudah besar
busuk

(d) Frasa Sendi (FS)
FS ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa nama.
Contoh:
Hadiah itu daripada penghulu.
Binaan FS
(i) KS + FN
Contoh:

KS FN
sekolah
ke waktu pagi
pada

(ii) FS + KN Arah + FN
Contoh:

FS KN Arah FN
dari dasar
dengan belakang lautan
pedang

(iii) KS + KN Arah + FN + Keterangan
Contoh:

KS KN Arah FN Keterangan
ke barat Belanda pada tahun lepas
di utara Perak pada pagi tadi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 167

9.3.3 Pola Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola atau bentuk ayat dasar iaitu:
Ć FN + FN
Ć FN + FK
Ć FN + FA
Ć FN + FS

(a) FN + FN

Contoh:

FN FN
guru
Alia ketua pengawas
Ismail

(b) FN + FK
Contoh:

FN FK
Ahmad membaca buku
Anak itu sedang terbang

(c) FN + FA
Contoh:

FN FA
Siti sedang sakit
Kamarul gagah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

168 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

(d) FN + FS FS
daripada pihak sekolah
Contoh: dari selatan

FN
Derma ini
Angin sejuk

AKTIVITI 9.3 Pola
FN + FN
Tentukan pola ayat dasar di bawah.

Ayat
Bapa Ali ialah Encik Aziz.
Bunga itu wangi.
Azmir menjadi pegawai polis.
Buah durian dari Perak.
Abu sedang bermain bola.
Hari ini hari Jumaat.
Buku ini dari Eropah.
Kotak ini sudah pecah.

9.4 JENIS-JENIS AYAT

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seruan. Berikut akan dijelaskan jenis-jenis ayat tersebut.

(a) Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau
memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 169

Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama
ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.

Ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan sesuatu
perkara. Dalam lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum
kesenyapan. Dalam tulisan pula, ayat penyata diakhiri dengan tanda
noktah.

Contoh-contoh Ayat Penyata:
(i) Azimah tukang masak.
(ii) Mereka ialah pemain bola sepak.
(iii) Muthu sedang tidur.
(iv) Kerani itu sentiasa tersenyum.
(v) Nani membeli pakaian dari kedai itu.
(vi) Pesakit itu berada di hospital.

(b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,
tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

Ayat tanya sama bentuknya dengan ayat penyata tetapi berbeza kerana
adanya tanda soal (?) pada akhir ayat itu. Ayat ini diucapkan dengan
meninggikan nada suara pada akhir ayat dengan tujuan untuk
mendapatkan jawapan.

Contoh-contoh Ayat Tanya:
(i) Tuan Ismail pengurusnya?
(ii) Puan Shafikah suri rumah?
(iii) Adik masih menangis?
(iv) Apa benda itu?
(v) Siapa datuknya?
(vi) Di manakah rumah awak?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

170 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

(c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang,
mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Terdapat
empat jenis ayat perintah iaitu:

(i) Ayat Suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi
perintah atau arahan.

Contoh:

Keluar dari bilik ini!
Pergi dari sini!
Sila tinggalkan tempat ini.
Kemaskan barang-barang anda.

(ii) Ayat Larangan
Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan atau
tegahan. Dengan demikian, ayat ini menghendaki lawan bicara agar
jangan melakukan sesuatu.

Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata jangan, usah atau
tak usah di depan ayat perintah.

Contoh:

Jangan berdiri di sana.
Jangan pergi sebelum aku datang.
Usah pergi sebelum aku datang.
Awak tak usah datang lagi.
Kamu beritahu dia.

(iii) Ayat Silaan
Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan
seseorang. Ayat silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila, sudi
dan jemput sebelum kata kerja.

Contoh:

Sila datang ke rumah saya.
Silalah masuk.
Jemput minum.
Jemputlah makan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 171

(iv) Ayat Permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong dan
mohon dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh:
Tolong tutup tingkap bilik itu.
Minta kamu semua bertenang.
Tolong masak air.
Tolong hantar laporan itu pagi esok.

(d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut,
marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini
digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di
akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru
yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan
sebagainya.
Contoh:
Amboi, garangnya kucing itu!
Aduhai, gagal lagi!
Nah, ambil baju ini!
Aduh, sakit kakiku!
Cis, penderhaka rupanya kamu!
Wah, comelnya anak arnab itu!
Syabas, anda sudah berjaya!
Oh, saya terlupa lagi!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

172 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT
AKTIVITI 9.4

Padankan ayat dan gambar berikut. Nyatakan jenis ayat perintah
yang digunakan.

(Sumber: www.bharian.com.my)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 173

9.5 RAGAM AYAT

Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.

(a) Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.

SUBJEK KATA KERJA OBJEK

Contoh:

Yusof mencabut rumput.
Singa itu mengejar seekor rusa.
Ribut melanda Amerika Syarikat.
Ali menendang bola itu.
Atiah menulis surat itu.

(b) Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.

OBJEK KATA KERJA SUBJEK

Contoh:

Rumput dicabut oleh Yusof.
Seekor rusa dikejar oleh singa.
Amerika Syarikat dilanda ribut.
Bola itu ditendang oleh Ali.
Surat itu ditulis oleh Atiah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

174 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

9.6 AYAT MAJMUK

Selain daripada ayat dasar atau ayat tunggal, bahasa Melayu juga mempunyai
ayat majmuk. Berikut akan dijelaskan secara ringkas ayat majmuk dalam bahasa
Melayu.

(a) Definisi Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat
tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.

(b) Jenis-Jenis Ayat Majmuk
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:

(i) Ayat Majmuk Gabungan
Dua ayat atau lebih digabungkan dengan menggunakan kata hubung
seperti dan, atau, tetapi, lalu dan sebagainya.

Contoh:

Saya dan dia minum teh.
Ć Saya minum teh.
Ć Dia minum teh.

= Saya dan dia minum teh.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan beberapa ayat kecil
yang dipancang menjadi satu ayat majmuk.

Terdapat tiga jenis:

Ć Ayat Majmuk Pancangan Relatif (yang)

Contoh: Saya membeli kasut yang berwarna biru.
Saya membeli kasut.
Kasut itu berwarna biru.
= Saya membeli kasut yang berwarna biru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 175

Ć Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (bahawa)

Contoh: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
Dia mengetahui (sesuatu).
Ahmad telah pergi.
= Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.

Ć Ayat Majmuk Pancangan Keterangan (kerana)

Contoh: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
Saya tidak dapat hadir.
Saya kurang sihat.
= Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

(c) Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu jenis ayat (banyak ayat
majmuk).

Contoh:

Ali dan Abu masih memancing ikan, tetapi rakan-rakan mereka yang
keletihan sudah lama tidur.

Ć Sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat.

Ć Subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa
nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Ć Predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa
dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Ć Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua
ayat lain.

Ć Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

176 X TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT

Ć Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan.

Ć Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,
tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

Ć Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang,
mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

Ć Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya.

Ć Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai unsur yang diterangkan.

Ć Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.

Ć Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat
tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.

Ayat Aktif Frasa
Ayat Dasar Frasa Adjektif
Ayat Majmuk Frasa Kerja
Ayat Pasif Frasa Nama
Ayat Penyata Frasa Sendi
Ayat Perintah Predikat
Ayat Seruan Sintaksis
Ayat Tanya Subjek

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TATABAHASA: AYAT W 177

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei lain.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd RaÊin Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran

Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd RaÊin Shaari (2007). Bahasa Melayu

dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version