The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshahilarazak, 2021-03-28 02:30:49

Laras dan variasi Bahasa Melayu

Laras dan variasi Bahasa Melayu

LARAS DAN VARIASI
BAHASA MELAYU

BAHASA KEBANGSAAN A

Hasil Pembelajaran

• Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Bertutur dengan berkesan
dalam situasi rasmi (MLO1)
2. Menghasilkan penulisan yang
jelas dan bersistematik
(MLO2)
3. Membina hubungan baik
dalam kerja berpasukan atau
organisasi (MLO3)

Milik [email protected]

VARIASI
BAHASA MELAYU

PENGENALAN

• Penggunaan bentuk bahasa yang berlainan
berdasarkan faktor pengguna (orang yang
menggunakan bahasa) dan penggunaan
(kesesuaian jenis bahasa yang digunakan
dengan keadaan)

• Kelainan bahasa disebabkan faktor-faktor
sosial, antaranya latar belakang
pendidikan, jenis pekerjaan dan
kedudukan sosioekonomi penutur yang
berbeza-beza.

• Makin besar jumlah penutur sesuatu bahasa, makin luas daerah penyebarannya, dan
makin banyak perbezaan dari segi penggunaannya.

• Dalam bahasa Melayu, pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti
dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, dan Johor, dan sebagainya,
menunjukkan wujudnya kelainan-kelainan itu.

Pengguna Variasi Bahasa

Bahasa Dialek Idolek Penggunaan

• Dialek Kedah Dialek Sosial
• Dialek Pulau Pinang
• Dialek Perlis • Bahasa baku
• Dialek Perak • Bahasa formal
• Dialek Selangor • Bahasa tak formal
• Dialek Melaka • Bahasa istana
• Dialek Negeri • Bahasa kasar
• Dialek Kelantan • Bahasa halus
• Dialek Terengganu • Bahasa basahan
• Dialek Pahang • Bahasa pasar
• Dialek Sabah • Bahasa slanga
• Dialek Sarawak • Dialek
• Dialek Johor • Pijin
• Kreol

JENIS VARIASI BAHASA

Bahasa baku
Bahasa formal
Bahasa tidak formal
Bahasa istana
Bahasa kasar
Bahasa halus
Bahasa basahan
Bahasa pasar
Bahasa slanga

Dialek
Pijin
Kreol

Bahasa Pengertian
Formal Bahasa yang digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi, khususnya dalam konteks tulisan.

Ciri-ciri
1) Terkawal: Perkataan, frasa dan ayatnya lengkap, tersusun, tinggi, dan halus

sifatnya

Budaya berbahasa yang sopan, teratur, jelas dan sentiasa mengelak daripada
menyinggung perasaan orang lain sepatutmya melatari kehidupan
bermasyarakat

2) Tiada kependekan dalam perkataan

• Kamu tinggal di mana?
• Encik hendak ke mana?
• Bolehkah saya bertanya?

3) Menggunakan kata panggilan berbentuk rasmi

• Tuan, puan, encik, cik, tuanku, saya, kamu

Bahasa Pengertian
Baku
Variasi yang dipilih mewakili sesuatu bahasa secara menyeluruh.

Variasi yang digunakan oleh orang daripada pelbagai dialek ketika berkumpul dan
berbincang secara rasmi, dengan menggugurkan sebahagian besar ciri atau unsur dialek
masing-masing supaya wujud keadaan saling faham dalam hal yang diperkatakan.

Bahasa sebegini telah mengalami proses pengekodan, diterima oleh masyarakat, dan
menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu.

Ciri-ciri

1) Dikaitkan dengan golongan berpendidikan.

2) Digunakan dalam acara-acara rasmi, seperti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, temu duga, mesyuarat, perundingan, ucapan, perbicaraan di
mahkamah, urusan pejabat, dan sebagainya, sama ada dalam tulisan atau lisan.

3) Mempunyai keseragaman dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata, istilah,
perkamusan, dan laras bahasa. Keseragaman ditentukan oleh pihak yang
melaksanakan proses perancangan bahasa.

4) Menggunakan perkataan yang lengkap; tidak disingkatkan atau kependekan.

Bahasa Pengertian
Tidak Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi.
Formal Tidak mementingkan peraturan bahasa.
Terditi daripada dialek, bahasa slanga, bahasa pasar dan bahasa basahan.

Ciri-ciri
1) Terdapat kependekan dalam perkataan

• Dah - Sudah
• Kat – Dekat & Di
• Nak - Hendak

2) Terdapat pencampuran bahasa
• I tak boleh janji akan dating majlis you.
• “Tapau boleh tak?”
• “Anne, bagi teh tarik onnu”

Bahasa Pengertian
Istana
Bahasa khas untuk kalangan keluarga diraja dan untuk acara rasmi yang melibatkan raja dan
kerabat diraja.

Ciri-ciri

1) Bersifat baku – mematuhi tatabahasa, dan rasmi – digunakan juga dalam urusan rasmi
dengan rakyat

2) Penggunaan kosa kata khusus (daripada bahasa Sanskrit).

• Anugerah – pemberian
• Beradu – tidur
• Gerimg – sakit
• Santap – makan
• Mangkat – meninggal dunia
• Mencemar duli – dating
• Berangkat – pergi
• Bersiram – mandi
• Murka – marah

Bahasa Ciri-ciri
Istana 3) Panggilan dan kata ganti nama diri diraja digunakan dengan meluas.

• Baginda
• Beta
• Tuanku
• Permaisuri

4) Ungkapan hormat dalam komunikasi rasmi.

• Menjunjung kasih
• Ampun tuanku
• Ke bawah duli
• Merafak sembah

Bahasa Pengertian
Kasar
Bahasa yang tidak mempunyai adab atau kurang ajar, tidak sopan dan tidak manis.

Bahasa kasar biasa (bahasa tidak sesuai dengan tempat dan konteks)

Bahasa kasar kesat (bentuk bahasa ketika sedang marah dengan maki hamun, mencarut,
mengutuk, dan sebagainya.

Ciri-ciri

1) Perkataan/frasa yang digunakan relatifnya kasar.
• Bodoh
• Gila kau
• Bangang betul

2) Kata-kata makian atau cacian, terutama ketika sedang marah

• Bangsat
• Celaka
• Cis
3) Kata-kata untuk menghina atau menimbulkan kemarahan
• Kepala bapak kau
• Pergi mampus

Bahasa Pengertian
Halus
Bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi.

Bahasa yang menggunakan perkataan atau ungkapan lain yang lebih lembut menggantikan
perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain.

Ciri-ciri

1) Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai dengan suasana formal dan tidak formal.
• Saudara
• Datuk/ datin
• Tuan/ puan
• Abang/ kakak
• Pak cik/ mak cik

2) Perkataan dan ungkapan berciri sopan – menunjukkan ketinggian budi penuturnya.

• Jemput, sila
• Maafkan saya
• Tumpang lalu

3) Pemilihan bahasa kiasan = bahasa berlapik / bahasa beralas.
• Berbadan dua – mengandung
• Orang rumah – isteri/ bini

Bahasa Pengertian
Basahan
Bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian, antara ahli keluarga, teman rapat atau
perbualan di kedai kopi.

Bahasa cakap mulut, yang digunakan sesama orang Melayu.

Ciri-ciri

1) Kependekan perkataan yang ketara
• Ni – ini
• Nak – hendak
• Tak – tidak
• Tu - itu

2) Perubahan bunyi

• Bapak
• Nasik
• Kecik
• Bawak
• bijik

Bahasa Ciri-ciri
Basahan
3) Ayat bersusunan mudah dan ringkas – menggugurkan imbuhan dan kata sendi nama.
Hal ini dipengaruhi oleh kecenderungan untuk mencepatkan ucapan.

• Nak ke mana?
• Sekolah bila bukak?
• Dah makan?

4) Pengaruh bentuk dialek – meletakkan kata bantu di belakang kata kerja.

• Saya makan dah

5) Pengguguran kata hubung dalam ayat majmuk.
• Dia beli ikan, ketam, sotong

Bahasa Pengertian
Pasar
Bahasa kacukan iaitu bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam percakapan antara
orang Melayu dengan bangsa lain, atau antara dua pihak yang bukan sebangsa.

Bahasa yang wujud akibat daripada pergaulan masyarakat yang berbilang kaum supaya
saling memahami pertuturan.

Ciri-ciri

1) Penggunaan kata ganti nama diri juga berbeza daripada bahasa baku.
• Gua bukan itu macamlah
• Kita olang sudah ada di sini
• Lu jangan kacau sama itu tempat

2) Pengabaian penggunaan kata penjodoh bilangan.

• Kita orang ada satu payung saja
• Lu beli setengah ayam mana cukup

3) Mengabaikan Hukum D-M.

• Api kereta
• Nasi makan
• Ini orang

Bahasa Ciri-ciri
Basahan
4) Susunan ayat tidak mematuhi tatabahasa bahasa Melayu.

• Ikan itu banyak mahal
• Jangan bilang sama dia
• Kasi tau sama saya
• Sini mari

Bahasa Pengertian
Slanga Penggunaan bahasa yang khusus bagi sesuatu golongan atau kelas tertentu bagi sesuatu
masa dengan pengertian tertentu.

Ciri-ciri

1) Kosa kata daripada perkataan biasa tetapi membawa makna yang berbeza daripada
perkataan asal.

2) Terdapat juga gabungan perkataan Melayu dengan bahasa asing.

3) Tidak dapat difahami oleh orang yang bukan ahli kumpulan: menimbulkan identiti
kumpulan dan membentuk dialek sosial.

4) Lazimnya perkataan tidak kekal, diubah mengikut keperluan atau kerana maknanya
diketahui pihak lain.

• Tangkap cintan – bercinta
• Kacang – mudah
• Mahasitua – mahasiswa yang berusia
• Awek – teman wanita

Pijin Pengertian
Bahasa yang terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yang digunakan
apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
Berkait dengan bahasa pasar.
Pada peringkat awal yang digunakan oleh keturunan Baba di Melaka merupakan gabungan
bahasa Melayu dan bahasa Cina boleh dianggap sebagai bahasa pijin.

Ciri-ciri

1) Bahasa dipermudah, agar saling difahami kedua-dua pihak

2) Terdapat percampuran kod

Kroel Pengertian
Bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan
sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu
Berkembang daripada bahasa pijin Bahasa Baba menjadi bahasa kreol apabila digunakan
secara tetap oleh golongan Baba-Nyonya.

Ciri-ciri
1) Pertambahan kosa kata
2) Struktur tatabahasa menjadi lebih kompleks
3) Wujudnya penutur jati

Dialek Pengertian
Loghat, atau bahasa daerah.
Variasi tidak standard, kerana digunakan dan difahami oleh lingkungan masyarakat atau
kawasan yang mengamalkannya sahaja.
Merujuk jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian
negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas, yang berbeza daripada sebutan-sebutan
umum (standard) yang digunakan di negara ini.

Ciri-ciri

1) Sebutan yang berlainan, dengan maksudnya masih sama.

Dialek Ciri-ciri
2) Bentuk kata yang berbeza dengan variasi standard, tetapi maksudnya masih sama.

3) Kelainan perkataan bagi kata ganti nama dan kata umum.

Idiolek Pengertian
Kelainan antara individu dalam daerah dan latar belakang sosial yang sama.

Ciri-ciri
1) Sifat fisiologi pada alat pertuturan individu. Misalnya, alat pertuturannya kurang

sempurna sehingga menghasilkan penyengauan bunyi yang sepatutnya tiada.
2) Tabiat pertuturan yang lain, seperti percakapan yang terlalu cepat atau lambat, gagap,

tertahan-tahan, dan sebagainya.
3) Cara bercakap, seperti penekanan nada suara, atau pemanjangan dan pemendekan

bunyi-bunyi

LARAS
BAHASA MELAYU

PENGENALAN

• Laras dianggap oleh ahli linguistik sebagai salah satu
daripada variasi bahasa.

• Dalam bahasa Melayu, laras wujud berlipat ganda
apabila bahasa Melayu digunakan di pusat pengajian
tinggi sebagai bahasa pengantar ilmu dan menjadi
bahasa komunikasi masyarakat Malaysia dan dunia
moden.

KONSEP

• Laras bahasa ialah kelainan atau variasi bahasa yang dilihat dari sudut penggunaan
berdasarkan latar belakang sosial penutur, konteks dan fungsinya.

• Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial, iaitu yang digunakan oleh pengguna
tertentu untuk keadaan tertentu.

• Laras bahasa turut didefinisikan sebagai pola-pola atau ciri-ciri khusus penggunaan bahasa
mengikut bidang atau hal yang diperkatakan untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

• Laras merupakan sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu
jenis keadaan. Ragamnya boleh berubah-ubah mengikut situasi.

CIRI-CIRI

• Ciri laras bahasa dipertimbangkan berdasarkan dua faktor utama

Ciri Keperihalan Ciri Linguistik

Situasi luaran Berkait dengan kosa kata, tatabahasa, dan
Keadaan latar belakang sosial dan gaya penyampaian (formal atau tidak
kebudayaan masyarakat dan cara hidup formal).
yang menjadi penentu kepada perlakuan-
perlakuan anggota masyarakat.

Situasi persekitaran
Aspek-aspek cara penyampaian,
perhubungan sosial yang wujud, bahan
dan topik yang diperkatakan, dan fungsi
sosial bahasa.

JENIS-JENIS

Laras Sastera
Laras Iklan atau Perniagaan

Laras Sains
Laras Ekonomi
Laras Undang-Undang

Laras Sukan

Laras Pengertian
Sastera Laras sastera digunakan dalam penulisan karya sastera, dalam bentuk puisi ataupun prosa.

Ciri-ciri

1) Bahasanya boleh bersifat naratif, deskriptif, prekriptif, dramatik dan puitis.

2) Penggunaan unsur kreatif dan imaginatif – kadang-kadang kabur atau sukar ditafsir.

3) Pemilihan diksi yang tersirat, dengan lambang tertentu – unsur bombastik, hiperbola
(gambaran berlebih-lebihan) dan ambiguiti (lebih daripada satu makna atau tafsiran).

• Ciri pelambangan
❖ Bunga – gadis cantik
❖ Mentari cerah – masa gemilang

• Bombastik
❖ Seksa merayap menembus urat saraf
❖ Derita sepanjang zaman

Laras Ciri-ciri
Sastera
4) Penggunaan ayat yang pendek dan mudah – kadang-kadang, satu ayat hanya dibina
dengan menggunakan satu perkataan (gaya verbal) – menjadikan bahasa lebih hidup
dan segar.

• Aku terperanjat. Hisyam terperanjat. Kaget dan gamma... Lama.

Laras Pengertian
Iklan atau
Laras iklan ialah laras bahasa pengaruhan untuk mengubah sikap dan mempengaruhi
Perniagaan tindakan pengguna.

Ciri-ciri

1) Pemujukan – antaranya dengan mengumpan (memberikan tawaran istimewa).
• Percuma
• Jimat RM200.00!
• Bonus tahunan
• Tanpa Cengkeram!
• Memenuhi gaya hidup impian anda

2) Bersifat menggesa atau mendesak pengguna – secara terang atau simbolik.

• Jangan tunggu sampai esok!
• Sementara stok mash ada
• Tinggal satu hari lagi

3) Penggunaan ayat yang ekonomis – pendek-pendek tetapi dapat difahami.
• Dengan mudah
• Gaji sehingga RM4000
• Mudah dimiliki

Laras Pengertian
Sains Laras ini digunakan dalam bidang sains dan teknikal, seperti biologi, kimia, fizik dan sains
gunaan.

Ciri-ciri

1) Maklumat yang disampaikan berdasarkan uji kaji, kajian dan fakta.

2) Maklumat bersifat intelektual dan saintifik.

3) Sebagai laras akademik, hampir keseluruhan ayatnya ialah ayat pasif.

4) Penggunaan istilah khusus dan saintifik serta kod.

• Molekul
• Medan magnet
• Hidrogen oksida
• Karbon dioksida (CO2 )
• Pengasidan

5) Pendefinisian – kaedah untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep.
• Air ialah campuran dua unsur yang terdiri daripada dua nisbah hydrogen dan
satu nisbah oksigen

Laras Pengertian
Ekonomi
Laras ini digunakan dalam urusan ekonomi dan perdagangan.

Ciri-ciri

1) Laras ini bersifat ilmiah dan formal.

2) Maklumat yang disampaikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan perangkaan.

3) Penyampaiannya secara jelas dan eksplisit.

4) Penggunaan istilah ekonomi.

• Bursa saham
• Guna tenaga
• Indeks saham
• Lebihan dagangan
• Pelabur tempatan

Laras Pengertian
Undang-
Undang Laras undang-undang digunakan dalam hal yang berkaitan dengan perundang-undangan.

Teks undang-undang sama ada lisan atau tulisan terdapat dalam perlembagaan, kanun,
perbicaraan di mahkamah dan surat perjanjian.

Ciri-ciri

1) Teks undang-undang mengandungi bahagian dan seksyen, dan mempunyai pecahan
atau subseksyen.

2) Wacana ini mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan dan keterperincian.

3) Penuh dengan istilah yang berkaitan dengan peraturan – kebanyakannya kata
pinjaman.

• Defendan
• Habeas corpus
• Mandatori
• Mengaku tidak bersalah
• Plaintif
• Disabitkan kesalahan

Laras Pengertian
Sukan
Laras sukan digunakan untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan aktiviti kesukanan.

Laras ini terdapat dalam berita atau ulasan sukan, termasuk dalam ulasan selari semasa
siaran langsung sesuatu pertandingan sukan.

Ciri-ciri

1) Bahasa yang digunakan ialah bahasa biasa, yang mudah dan bersahaja.

2) Penggunaan kosa kata khas tertentu bagi sesuatu bidang sukan.

• Tendangan sudut
• Kad merah
• Kawasan D
• Pukulan pancung
• Pengadil
• Permarkahan
• Permainan
• Perlawanan

Rujukan

• Safiah Karim, Farid Mohd. Onn, Hashim bin Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus and Farid M. Onn, 2016. Tatabahasa
Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusatka

• Adenan, A. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar.

Milik [email protected]

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version