The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Komunikasi Bertulis Pemahaman Teks (Teks Klasik dan Moden)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshahilarazak, 2021-03-28 02:31:54

Komunikasi Bertulis Pemahaman Teks (Teks Klasik dan Moden)

Komunikasi Bertulis Pemahaman Teks (Teks Klasik dan Moden)

PEMAHAMAN TEKS

(TEKS KLASIK)

Bahasa Kebangsaan A

Hasil Pembelajaran

• Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Bertutur dengan berkesan
dalam situasi rasmi (MLO1)
2. Menghasilkan penulisan yang
jelas dan bersistematik
(MLO2)
3. Membina hubungan baik
dalam kerja berpasukan atau
organisasi (MLO3)

Milik [email protected]

Pendahuluan

• Teks klasik terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa dan puisi atau lebih dikenali sebagai
kesusasteraan.

• Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Berdasarkan kamus, hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.

• Terdapat 4 unsur penting dalam sastera iaitu:

Isi kandungan : Bentuk :
Fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, Sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai
keyakinan, kepercayaan dan lain-lain. bentuk. Contoh : bentuk suara yang disertai
bunyi-bunyian.
Ekspresi:
Keupayaan mengeluarkan sesuatu dari dalam Bahasa :
diri manusia. Bahan utama bagi mewujudkan ungkapan
peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.

Apa itu Sastera Klasik?

• Klasik secara umumnya bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan
tidak berubah mengikut masa.

• Sastera Melayu klasik mempunyai ciri-ciri yang tetap dan tidak berubah.

• Istilah ‘klasik’ lebih sesuai digunakan daripada istilah ‘lama’ atau ‘tradisional’ kerana istilah ‘klasik’
dapat merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri.

Fungsi Sastera Sebagai kepuasan
estetika.
Sebagai didikan
dan pengajaran .

Ciri-ciri Kesusasteraan Mencerminkan pengalaman

Keindahan • Pengalaman di sini merujuk
kepada tindak balas yang utuh
• Melalui gaya dan lenggok dari jiwa manusia yang
bahasa yang digunakan dalam digambarkan secara realiti.
karya sastera.
• Dalam karya sastera,
• Hasil karya dikatakan indah jika pengalaman diungkapkan
memenuhi 4 syarat iaitu melalui bahasa.
keutuhan, keselarasan,
keseimbangan dan fokus
kepada sesuatu unsur.

Ciri-ciri Kesusasteraan Karya Seni

Pengalaman seni • Terdapat tiga pekara yang
mermbezakan karya sastera dengan
• Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen,
memahami dan merasai fikiran dan nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang
perasaan pengkarya. khusus.

• Pengkarya juga mendapat kepuasan • Fiksyen bermaksud karya sastera itu
sekiranya dia tahu hasil karyanya dapat dihasilkan melalui imaginasi pengkarya
diterima dengan baik oleh pembaca. berdasarkan pengalaman atau tindak
balasnya terhadap alam realiti.
• Nilai karya sastera terletak pada perkara
yang disampaikan, cara dan bentuk • Nilai-nilai estetik membolehkan
penyampaian. pengkarya mengungkapkan isi hati
dengan jelas dan mendalam.
• Hasil karya sastera dapat memberikan
pengalaman dan nilai-nilai seni kepada
pembacanya.

Perkembangan Sastera Klasik?

Masyarakat MelayuSebelum abad ke-7Cerita yang dipaparkan masih Kesusasteraan Melayu klasik
menerima kepercayaan Abad ke-13 hingga ke-14dalam pengaruh Hindu- berkembang pesat dengan
Buddha. Buktinya, kesan Abad ke-14 hingga ke-16Buddha. Contohnya, cerita-kedatangan agama Islam.
pada tapak kuil dan batu cerita epik dan tokoh agama
bersurat . tersebut. Kemunculan tulisan Jawi.

Selepas itu, muncul kerajaan Sastera pada zaman ini Agama Islam mula bertapak
Srivijaya yang menjadi pusat kurang membantu dalam di istana-istana dan
pentadbiran agama Buddha. perkembangan sastera mengambil alih peranan
Karya-karya pada zaman itu Melayu klasik kerana agama Hindu dan Buddha.
adalah dalam bahasa Sanskrit menggunakan bahasa yang
seperti puisi Jakatamala. sukar difahami, iaitu bahasa
Sanskrit dan Melayu kuno.

Cerita dewa-dewa yang
digambarkan pula jauh
daripada kehidupan seharian
masyarakat Melayu.

• Sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang berupa
pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan dalam suatu
bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara
bahasa.

• Sastera klasik terbahagi kepada dua jenis iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera
istana (tulisan)

Sastera Rakyat (Sastera Lisan)

Sastera Rakyat
(Sastera Lisan)

Naratif Bukan Naratif

Mitos Cerita Rakyat Lagenda Puisi Rakyat

Mitos Pengertian
Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan suci serta di luar jangkauan akal
manusia.

Ciri-ciri
- Dianggap benar-benar terjadi.
- Peristiwa yang berlaku aneh, tetapi penting.
- Dianggap keramat dan memberikan kesan kepada masyarakat.
- Latar belakang berlaku pada zaman lampau.
- Tokoh yang terlibat ialah Tuhan atau dewa-dewa.

Jenis-jenis
Asal-usul

Cerita yang mengemukakan corak pemikiran yang mistik dan bersangkut-paut
dengan sesuatu rahsia dan magis. Contoh : Kisah Tasik Chini.

Politik
Cerita yang berkaitan struktur pemerintahan dan kerajaan. Contoh : Mitos keturunan
raja-raja Melayu.

Cerita Pengertian
Rakyat Cerita rakyat adalah dalam bentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi. Sebagai
sumber hiburan dan mempamerkan kebenaran serta mengandungi moral atau sindiran.
Ciri-ciri

- Setiap jenis cerita rakyat mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Lazimnya mengikut cerita

rakat tersebut.

Jenis-jenis
Cerita binatang

Cerita yang bersifat menghibur dan mendidik. Contoh : Sang Kancil dengan Buaya

Cerita lipur lara
Cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara. Contoh : Hikayat Malim Deman

Cerita jenaka
Cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan ketawa kepada orang yang mendengar.
Contoh : Pak Pandir, Pak Belalang

Cerita teladan
Cerita yang mempunyai unsur deduktif / pengajaran. Contoh: Bawang Merah
Bawang Putih, Batu belah Batu Bertangkup.

Lagenda Pengertian
Lagenda ialah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku, tetapi tidak dianggap suci.

Ciri-ciri
- Komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-kisah.
- Latar masa tidak semestinya masa lampau, tetapi masih berkaitan dengan masa silam.
- Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi.
- Ada kaitannya dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramatnya
seperti perigi Hang Tuah.
- Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa.
- Dianggap sebagai sejarah kolektif.Universal, iaitu boleh berlaku di tempat lain seperti cerita Si
Tanggang. Dipercayai benar-benar berlaku.

Jenis-jenis

Lagenda perseorangan
Cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi. Contoh: Mahsuri

Lagenda tempat
Cerita yang berhubung sesuatu tempat. Nama tempat kadangkala berkaitan dengan nama
tokoh/ binatang. Contoh unsur historiografi – berkaitan peristiwa yang rapat dengan fakta-
fakta sejarah tempatan.

Sastera Rakyat (Sastera Lisan)

Sastera Rakyat
(Sastera Lisan)

Naratif Bukan
Naratif
Mitos Cerita Lagenda
Rakyat Puisi
Rakyat

Pantun
Syair
Gurindam
Seloka

Pantun Pengertian
Pantun ialah karangan berangkap yang tidak bebas dari segi bentuk dan perkataan.

Ciri-ciri
- Jumlah baris yang genap (2-16 baris serangkap)
- Bilangan suku kata pada setiap baris ada 8-12.
- Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud
- Rima akhir a-b-a-b

Bentuk Pantun
- Dua, empat, enam, lapan, sepuluh dan dua belas kerat.

Jenis-jenis

Tema
Nasihat, adat, kanak-kanak, agama, sindiran atau kiasan, jenaka, teka-teki, cinta, kasih sayang
dan budi.

Syair Pengertian
Syair ialah puisi rakyat yang dilagukan apabila diperdengarkan.

Ciri-ciri
- Empat baris serangkap
- Rima akhir adalah sama a-a-a-a.
- Keseluruhan rangkap menggambarkan maksud dan idea yang berurutan.

Bentuk Tema Syair
- Naratif: romantis, sejarah, keagamaan, kiasan/sindiran.
- Bukan naratif: nasihat, agama

Gurindam Pengertian
Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya.

Ciri-ciri
- Biasanya dalam bentuk terikat.
- 2 baris serangkap.
- 3 – 6 patah perkataan sebaris.
- Rima akhir sama, a-a
- Memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
- Dalam bentuk tidak terikat.
- Tidak berpasangan dan tidak berangkap/terus-menerus.
- Fokus kepada pengajaran / panduan hidup yang sempurna.
- Digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.
- Tidak dituturkan secara meluas.

Seloka Pengertian
Seloka ialah puisi yang bebas dari segi rangkap, baris dan rima.

Ciri-ciri
- Memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea.
- Bentuk hampir sama seperti gurindam dan talibun.
- Isi mengandungi maksud mengejek, sindiran sama ada serius / jenaka.
- Mempunyai tema dan isi yang amat umum.

Contoh
- Seloka Pandai Pak Pandir

Sastera Istana (Sastera Tulisan)

Jenis dan Bentuk Sastera Istana

• Sastera hikayat
• Sastera undang-undang
• Sastera epik/ pahlawan
• Sastera panji

Sastera Pengertian
hikayat Menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar.

Ciri-ciri
Terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan unsur yang terdapat dalamnya:
1. Berunsur Hindu Hikayat Seri Rama
2. Berunsur Islam Hikayat Sultan Damsyik
3. Berunsur Hindu-Islam Hikayat Putera Jayapati
Sastera ini terdapat dalam prosa dan puisi (syair)

Sastera Pengertian
undang- Dijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis
undang masyarakat lama.

Ciri-ciri
Tergolong dalam 2 kumpulan :
1. Adat Temenggung - Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-

undang Johor
2. Adat Perpatih - undang-undang yang diamalkan di Negeri Sembilan serta beberapa

tempat di Melaka dan Perak. Mempunyai keterangan tertentu iaitu:

Kuasa raja dan pembesar, pembahagian tugas dan kaitan dengan sistem pentadbiran
negara.
Undang-undang dalam bentuk kesalahan dan hukuman.
Undang-undang awam yang berkaitan dengan pembahagian harta dan perkahwinan.
Adat istiadat yang diamalkan oleh raja dan golongan bangsawan dalam upacara-
upacara istana.

Sastera Pengertian
epik/ Menceritakan kepahlawanan tokoh yang disanjung.
pahlawan
Ciri-ciri
- Bersifat sejagat.
- Mementingkan nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul.
- Tokoh digambarkan secara berlebih-lebihan.

Jenis-jenis
Terbahagi kepada 2 :
1. Epik kebangsaan: Contohnya Hikayat HangTuah.
2. Epik berunsur Islam: ContohnyaHikayat Muhammad Hanafiah
* Sastera Romawi,Yunani, Jerman dan Inggeris mempamerkan konsep kepahlawanan
yang sama dalam hasil karya epiknya seperti Archilles, Hercules dan Theseus.

Sastera Pengertian
panji Menceritakan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.

Ciri-ciri
- Watak utama menggunakan gelaran Panji.
- Merupakan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan
yang ada sifat mitologi.
- Mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya. Selepas mengalami
bermacam-macam peristiwa, akhirnya Panji berjaya menemui kekasihnya.

PEMAHAMAN TEKS

(TEKS MODEN)

Pendahuluan

• Teks moden atau sastera moden boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu prosa and puisi.
• Penulisan kreatif ini merupakan genre baharu dalam sastera.
• Prosa moden ialah penulisan novel atau cerpen manakala puisi moden ialah penulisan sajak.

Prosa Moden NOVEL

CERPEN • Novel secara umum bermaksud kisah
rekaan yang panjang dalam bentuk
• Cerpen ialah singkatan daripada perkataan prosa. Novel berasal daripada perkataan
cerita + pendek = cerpen. Secara umum, novella dalam bahasa Itali yang membawa
sebuah cerita pendek yang baik mesti erti 'perkhabaran baru'.
mempunyai enam elemen berikut, iaitu
pemikiran, watak, plot, sudut pandangan,
latar, dan gaya bahasa.

Ciri-ciri Prosa moden

• Bertulis
• Diketahui pengarangnya
• Bersifat rasional
• Dipengaruh sastera barat

Puisi Moden

SAJAK

• Sajak ialah sebuah hasil puisi moden yang tidak terikat
dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional seperti pantun,
syair, gurindam, seloka dan seumpamanya.

Ciri-ciri Puisi moden

• Berbentuk bebas
• Penggunaan bahasa yang baik
• Tidak mempunyai pola atau rima tertentu
• Untuk menyampaikan sesuatu atau melahirkan

perasaan

Fungsi Sastera Moden

1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).
2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.
3. Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.
4. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.
5. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan

pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara -
karya terjemahan - Madu Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).
6. Berfungsi sebagai menghibur.

Kesimpulan

• Sastera moden digunakan pada abad ke-19 semasa perkembangan bahasa Melayu moden.
• Penulisan kreatif ini masih giat dijalakan oleh penulis-penulis di Malaysia.

Rujukan

• Safiah Karim, Farid Mohd. Onn, Hashim bin Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus and Farid M. Onn, 2016. Tatabahasa
Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusatka

• Adenan, A. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar.

Milik [email protected]


Click to View FlipBook Version