Penggolongan Kata
Hasil Pembelajaran
• Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Bertutur dengan berkesan
dalam situasi rasmi (MLO1)
2. Menghasilkan penulisan yang
jelas dan bersistematik
(MLO2)
Golongan kata >> Penggolongan kata
• Golonggan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4, iaitu:
i. Kata nama
ii. Kata kerja
iii. Kata adjektif
iv. Kata tugas
Kata nama
• Perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan
lazimnya perkataan sedemikian menamakan orang, haiwan, benda atau konsep
Kata nama Kata nama khas
Kata nama am
Kata ganti nama
Kata nama khas
• Mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,
perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dsb.
• Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Kata nama khas
Hidup Tak hidup
Melayu, Jalur Gemilang,
Proton Pesona, Tan Sri
Manusia Bukan manusia
Fatimah, Ah Chong, Ravi, Tompok, Si Belang, Vanda
Nisa Diana
Kata nama am
• Merujuk benda, perkara, konsep
yang umum
• Boleh dibahagikan berdasarkan
ciri makna perkataanya.
Kata nama am Tak hidup
Hidup
Manusia Bukan manusia Institusi Bukan institusi
guru, bayi, nelayan, gajah, burung, bunga, hospital, lembaga, Abstrak
penoreh, jutawan, pokok majlis
kanak-kanak, ibu Tak berbilang
Konkrit
Angin, hawa, iklim,
rumah, padang, jalan, keseronokan,
bandar, sungai
Berbilang
Senyuman, bayangan,
rancangan
Kata ganti nama
• Perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Kata ganti nama
(KGN)
KGN tunjuk KGN diri
KGN tunjuk umum KGN tunjuk tempat KGN diri tanya KGN diri orang
- itu - sana - apa Pertama Kedua ketiga
- ini - sini - siapa
- mana Saya, beta, patik, Anda, kamu, awak, Dia, mereka,
hamba, kami, kita engkau, saudara baginda, -nya
Kata kerja
• Perkataan yang menjadi inti kepada frasa kerja.
• FK terdiri daripada KK yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.
• Penggolongan kata kerja dibahagikan kepada 2 kumpulan utama
Ali tidur.
Mereka sedang membaca buku.
Adik Fatimah bermain di padang.
Pemandu itu membelok ke kanan.
Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang.
• Penggolongan kata kerja dibahagikan kepada 2 kumpulan utama
Kata kerja Kata kerja aktif Kata kerja aktif Kata kerja aktif tak
Kata kerja pasif transitif transitif tanpa
pelengkap
Kata kerja aktif tak
transitif Kata kerja aktif tak
transitif
berpelengkap
Kata kerja aktif transitif
• Mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya.
a) Murid-murid itu membersihkan kawasan sekolah.
b) Saya telah menjawab surat itu.
c) Kami membaiki kereta kesayangan ayah.
• Objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh
dipasifkan.
Kata kerja aktif tak transitif
• Kata kerja aktif tak transitif
• KK aktif tak transitif terbahagi kepada 2, iaitu:
1. KK aktif tak transitif tanpa pelengkap
2. KK aktif tak transitif berpelengkap
• KK aktif tak transitif tanpa pelengkap
• Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut:
a) Semua orang pulang
b) Adik saya masih tidur
c) Padi sedang menguning
d) Pemuda itu tersenyum
• Kata kerja yang boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
memberikan maklumat tambahan:
a) Semua orang pulang pada waktu petang.
b) Adik saya masih tidur di serambi.
c) Padi sedang menguning di sawah.
d) Pemuda itu tersenyum seorang diri.
• KK aktif tak transitif berpelengkap
• Mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
• Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif dan
tidak boleh dipasifkan.
a) Keadaan ayah semakin beransur baik.
b) Mereka tidak berbuat jahat.
c) Mereka tinggal di Kampung Paya.
d) Penggembara itu berselimutkan embun.
e) Dia menjadi guru.
• Kata adjektif sebagai pelengkap
a) Lukannya beransur baik.
b) Badannya menjadi lemah.
• Frasa sendi nama sebagai pelengkap
a) Keluarga Encik Bukhari dari Pahang
b) Kereta itu membelok ke kiri.
• Kata nama sebagai pelengkap
a) Ah Chong menjadi guru sandaran.
b) Pak Samad ada sawah di kampung.
Kata kerja pasif
• Perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
a) Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh murid-murid.
b) Surat itu telah saya jawab.
c) Kereta kesayangan ayah kami baiki.
Kata adjektif
• Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
• Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur keterangan yang lain
seperti kata bantu atau kata penguat.
• Kata adjektif dapat dikenal pasti dengan dengan kehadiran kata penguat.
Sifat/ Warna Ukuran
keadaan Waktu Jarak
Bentuk
Cara Perasaan Pancaindera
Sifat/ keadaan
•baik, curiga, cerdik, lemah,
kasar, berani, takut, sihat,
pandai
Warna
•merah, biru, hijau, hitam,
merah jambu
Ukuran
•panjang, pendek,
rendah, tinggi, tebal,
nipis
Bentuk
•bulat, bujur, bundar,
bengkok, lurus, buncit
Waktu
•baharu, lampau, lama, lewat,
cepat, lambat
Jarak
•Jauh, dekat, hampir, rapat
Cara
•Cepat, deras, lincah, gopoh,
lambat, perlahan, selalu
Perasaan
•rindu, sayang, ragu, segan, suka, gembira, sedih, cinta, marah
Pancaindera
•sedap, manis, cantik, buruk, bising, garau, harum, wangi, halus,
licin, kasar, bersih, selesa, tenteram
Rujukan
• Safiah Karim, Farid Mohd. Onn, Hashim bin Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus and Farid M. Onn, 2016. Tatabahasa
Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusatka
• Adenan, A. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar.