The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshahilarazak, 2021-03-26 04:54:49

Pembentukan Kata (Morfologi)

Pembentukan Kata (Morfologi)

TATABAHASA

Hasil Pembelajaran

• Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Bertutur dengan berkesan
dalam situasi rasmi (MLO1)
2. Menghasilkan penulisan yang
jelas dan bersistematik
(MLO2)

Pengenalan

• Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji dari segi

Struktur kata
Bentuk kata

Golongan kata

Struktur

• susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk

• unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan.

Penggolongan

• proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

Morfem dan perkataan Perkataan

• Perbezaan dapat dilihat dalam: bentuk bahasa yang terkecil tetapi
mengandungi makna yang lengkap
Morfem dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

unit terkecil dalam bahasa yang Boleh berdiri sendiri
mempunyai fungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu.

Terbahagi kepada 2:
1) Boleh berdiri sendiri
2) Tak oleh berdiri sendiri

Morfem

• Terbahagi 2 jenis morfem, iaitu:

Morfem terikat Morfem bebas

• Imbuhan • Perkataan
• Tidak boleh berdiri • Boleh berdiri sendiri
• Contoh: meja, batu,
sendiri
• Contoh: ter-, ber-, men-, kerusi, jari dan lain-lain

se- dan lain-lain

Morfem

• Semua perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih,
contoh:

1 morfem = ajar
2 morfem = meng+ajar (mengajar)
3 morfem = meng+ajar+kan (mengajarkan)

STRUKTUR KATA

Binaan struktur

•Struktur binaan dalam bahasa Melayu boleh terdiri
dalam beberapa suku kata. Contohnya:

Perkataan abang kerusi pelajar ombak
Suku kata a+bang ke+ru+si pe+la+jar om+bak

Binaan suku V+KVK KV+KV+KV KV+KV+KVK VK+KVK
kata

Bentuk kata >> Pembentukan kata

• Terdapat 4 jenis proses pembentukan dalam bahasa
Melayu:

i. Bentuk kata tunggal
ii. Bentuk kata terbitan
iii. Bentuk kata majmuk
iv. Bentuk kata ganda

BENTUK

Bentuk kata tunggal

Tidak menerima sebarang Terdapat 2 jenis kata tunggal
imbuhan atau tidak iaitu:
mengalami proses
penggandaan dan • Mengandungi hanya 1 suku
perangkaian tergolong ke kata
dalam jenis kata tunggal.
• Mengandungi 2 suku kata
atau lebih

• Kata tungal satu suku kata

• Pola gabungan konsonan-vokal, contohnya:

1. KV - yu, ru, ya

2. VK - am

3. KVK - cat, wang*, bah, tin, lap

4. KKVK - stor, pruf, dril, gred, skor

5. KVKK - teks, bank, volt, port, kord

6. KKKV - skru

7. KKKVK - skrip, spring*, straw

• Kata tungal dua suku kata atau lebih

• Pola gabungan konsonan-vokal, contohnya:

1. V+VK - aib, air, aur, ais

2. VK+KV - undi, abdi, asli, unta, inti, erti

6. KV+VK - jauh, tuah, kuih, liat, buih, diam

7. KVK+KV - lampu, janji, bangsa, bangku, sendi

8. KV+KV+KV - kerusi

9. V+KV+KVK+KV+KV - universiti,

Akronim

• Kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suka kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada
rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai
perkataan yang utuh.

Gabungan huruf awal

1. ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
2. IKIM - Institusi Kefahaman Islam Malaysia
3. ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

Gabungan suku kata awal dengan huruf awal atau gabungan
suku kata dengan suku kata.

1. Mara - Majlis Amanah Rakyat

2. Bernama - Berita Nasional Malaysia

3. Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial

4. Mabbim - Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia

Gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan
huruf kecil keseluruhannya.

1. tabika - taman bimbingan kanak-kanak
2. pawagam - panggung wayang gambar
3. cerpen - cerita pendek
4. jentolak - jentera tolak

Bentuk kata terbitan

• Proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar.

• Terbahagi kepada empat jenis:

Awalan

Apitan

Akhiran

Sisipan

Senarai imbuhan bahasa Melayu

Imbuhan Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Awalan Pe-1 meN- ter-
Pe-2 me- se-
peN mem-
pem- men-
peng- meng-
penge- menge-
pel- beR-
per ber-
per- teR-
ke- Di-
juru- mempeR-
memper-
dipeR
diper-

Imbuhan awalan

baca

 membaca

senam →

bersenam

 niaga

peniaga

Senarai imbuhan bahasa Melayu

Imbuhan Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Apitan pe-…-an1 meN-…-kan ke-…-an
pe-…-an2 me-…-kan
peN-…-an mem-…-kan
pem-…-an men-…-kan
pen-…-an meng-…-kan
peng-…-an menge-…-kan
penge-…-an beR-…-kan
pel-…-an ber-…-kan
peR-…an beR-…-an
ke-…-an ber-…-an
di-…-an
meN-…-i

Senarai imbuhan bahasa Melayu

Imbuhan Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Apitan mem-…-i
men-…-i
meng-…-i
di-…-i
mempeR-…-kan
memper-…-kan
memper-…-i
ke-…-an
dipeR-…-kan
diper-…-kan
dipeR-…-i
Diper-…-i

Imbuhan apitan

 rumah

perumahan

bersih

kebersihan →

Senarai imbuhan bahasa Melayu

Imbuhan Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Akhiran -an -kan
-i

Imbuhan akhiran

sulam

sulaman →

hadiah

 hadiahi

Senarai imbuhan bahasa Melayu

Imbuhan Kata nama Kata kerja Kata adjektif
Sisipan -el- -el-
-er- -er-
-em- -em-
-in-

Imbuhan sisipan

kuncup

kemuncup →

suling

 seruling

jari

jemari →

Berapa bilangan morfem dan suku kata bagi setiap
perkataan di bawah:

1. aku
2. kamu
3. semalam
4. keindahan
5. pengajaran
6. mengahwini
7. terserempak
8. memperbesar
9. pertelingkahan
10. memperjuangkan

Bentuk kata majmuk

• Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
yang terhasil membawa makna yang khusus.

• Terbahagi kepada dua jenis:

Kata Kata
majmuk majmuk
mantap
bebas

Kata majmuk mantap

• Diangggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh.
• Dieja rapat
• Terdapat 15 jenis sahaja

Senarai kata majmuk mantap

antarabangsa kakitangan
setiauasaha tanggungjawab
beritahu kerjasama
sukarela warganegara
bumiputera olahraga
suruhanjaya pesuruhjaya
Jawatankuasa matahari
tandatangan

Kata majmuk bebas

• Kata majmuk bebas boleh dibahagikan kepada 3
kategori

Rangkai Istilah Maksud
bebas khusus kiasan

Rangkai Sesuatu yang am
bebas
jam tangan →

 alat tulis
 meja tulis

Mengikut bidang seperti sains, meteorologi, politik dll

 cakera keras

 bom tangan
ukur lilit →

Maksud Simpulan bahasa
kiasan
mulut manis →

tulang belakang

 kaki ayam

Bentuk kata ganda

• Proses menggandakan kata dasar.
• Dibahagikan kepada 3 jenis:

Jenis kata Kata ganda penuh Pengulangan vokal
ganda Kata ganda separa Pengulangan konsonan
Kata ganda berentak
Berentak bebas

Kata ganda penuh

•Proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama
ada mengandungi imbuhan atau tidak.

I. Penggandaan penuh kata tunggal

- meja-meja - rumah-rumah

- ayat-ayat - budak-budak

- buku-buku - sekolah-sekolah

II. Penggandaan penuh kata berimbuhan

- pemimpin-pemimpin - kekasih-kekasih

- jualan-jualan - ajaran-ajaran

- persatuan-persatuan - permainan-permaian

Kata ganda separa

•Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

I. Penggandaan separa kata tunggal

- laki → lelaki

- pohon → pepohon

- gelang → gegelang

- tikus → tetikus

II. Penggandaan separa kata berimbuhan

- berlari-lari - tersenyum-senyum

- mencari-cari (cari-mencari) - setinggi-tinggi

- sayur-sayuran - tanya-tanyakan

- bersalam-salaman - mati-matian

Kata ganda berentak

• Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu.
I. Penggandaan berentak penggulangan vokal

- kuih-muih, lauk-pauk, sayur-mayur, cerai-berai,
gotong-royong, hiruk-pikuk, remeh-temeh

II. Penggandaan berentak pengulangan konsonan

- batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat, dolak-dalik,
hutung-hayang, kucar-kacir, kontang-kanting

III. Penggandaan berentak bebas

- Anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai, ulang-alik,
lintang-pukang, simpang-siur

Cuba latihan ini

Arahan: Kenal pasti jenis bentuk kata di bawah.

1. Gotong-royong 11. Bengkang-bengkok
2. Pena 12. Buah tangan
3. Hiruk-pikuk 13. Cakera keras
4. Mulut manis 14. Hidung tinggi
5. Susur-galur 15. Solar
6. Asal-usul 16. Tulang belakang
7. Warganegara 17. Lintang-pukang
8. Nukilan 18. Setiausaha
9. Tangan panjang 19. Kaki bangku
10. Daun 20. Telefon bimbit

Rujukan

• Safiah Karim, Farid Mohd. Onn, Hashim bin Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus and Farid M. Onn, 2016. Tatabahasa
Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusatka

• Adenan, A. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
ECO2023 REPORT GROP 1
Next Book
Pembentukan kata (Morfologi) -Tatabahasa (Buku Teks OUM)