X Tatabahasa:
Penggolongan Kata
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan empat konsep penggolongan kata;
2. Menerangkan jenis-jenis kata nama;
3. Menerangkan jenis-jenis kata kerja; dan
4. Menerangkan jenis-jenis kata adjektif dan kata tugas.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
136 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
X PENGENALAN
Tahukah anda bahawa semua perkataan bahasa Melayu yang terbentuk sama
ada melalui proses tunggal (termasuk pengakroniman), pengimbuhan,
pemajmukan atau penggandaan, boleh digolongkan dalam beberapa golongan
kata yang mempunyai persamaan yang tertentu. Menurut Nik Safiah Karim et al.
(2009), perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam beberapa
golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur
fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Lazimnya, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan
status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan
tatabahasa. Istilah penggolongan kata boleh juga merujuk kepada istilah kelas
kata, kategori kata atau jenis kata.
Nik Safiah Karim et al. (2009), telah menggolongkan perkataan kepada empat
golongan utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Berikut
ialah penggolongan kata berdasarkan Tatabahasa Dewan:
(a) Kata Nama
(i) Kata nama khas
(ii) Kata nama am
(iii) Kata ganti nama: kata ganti nama am, kata ganti nama gelaran, kata
ganti nama arah
(b) Kata Kerja
(i) Kata kerja transitif
(ii) Kata kerja tidak transitif
(c) Kata Adjektif
(i) Kata adjektif sifatan
(ii) Kata adjektif warna
(iii) Kata adjektif ukuran
(iv) Kata adjektif bentuk
(v) Kata adjektif waktu
(vi) Kata adjektif cara
(vii) Kata adjektif perasaan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 137
(viii) Kata adjektif jarak
(ix) Kata adjektif pancaindera, iaitu untuk indera rasa, pandang, dengar,
bau dan sentuh.
(d) Kata Tugas
(i) Kata hubung
(ii) Kata seru
(iii) Kata tanya
(iv) Kata perintah
(v) Kata pangkal ayat
(vi) Kata bantu
(vii) Kata penguat
(viii) Kata penegas
(ix) Kata nafi
(x) Kata pemeri
(xi) Kata sendi nama atau kata sendi
(xii) Kata pembenar
(xiii) Kata bilangan
(xiv) Kata arah
(xv) Kata adverba
(xvi) Kata pembenda
(xvii) Kata penekan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
138 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
8.1 KATA NAMA
Menurut Nik safiah Karim et al. (2009), golongan kata nama bahasa Melayu
boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:
(a) kata nama am;
(b) kata nama khas; dan
(c) kata ganti nama.
Rajah yang berikut ini menunjukkan penggolongan kata nama:
Kata Nama Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama
8.1.1 Kata Nama Am
Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata nama am ialah perkataan yang merujuk
benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.
Rajah 8.1: Kata nama am
Sumber: Tatabahasa Dewan, 2009
Kata nama am Contoh
Benda Alam, dunia, cakerawala, pohon, orang
Perkara Iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
Konsep Kedamaian, perpindahan, keadilan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 139
AKTIVITI 8.1
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am hidup
manusia.
CARTAGENA (Sepanyol): Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang
menubuhkan sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk
Sepanggar, Sabah yang akan menempatkan dua kapal selam jenis Scorpene.
"Kita akan menjalankan latihan di negara sendiri, dan kita memperoleh alat
simulator bagi melatih warga kapal selam," kata Panglima TLDM, Laksamana
Datuk Abdul Aziz Jaafar kepada pemberita Malaysia pada raptai pelancaran
kapal selam kedua jenis Scorpene di limbungan Navantia di sini, kelmarin.
Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM menjalani latihan di Perancis untuk
mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu.
(Sumber: Berita Harian 7 Oktober 2008)
8.1.2 Kata Nama Khas
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata nama khas ialah bentuk kata yang
merujuk khusus orang, empat atau benda. Contohnya:
Kuala Lumpur, Ahmad, Masjid Negara.
Jenis-Jenis Kata Nama Khas
Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata nama khas membawa makna rujukan
khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi),
undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan,
huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata
nama khas tak hidup.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
140 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas
hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata
nama khas demikian boleh ditunjukkan melalui Rajah 8.2 yang berikut:
Rajah 8.2: Kata nama khas
Sumber: Tatabahasa Dewan, 2009
(a) Kata Nama Khas Hidup
Kata Nama Khas Hidup Contoh
Kata Nama Khas Hidup Manusia Jamil, Puteri Salbiah, Sharifah Aini
Kata Nama Khas Hidup Bukan Sang Kancil, Si Tompok, Pak Belang
Manusia
(b) Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata Nama Khas Tak Hidup Contoh
Benda Proton, Piala Malaysia
Institusi Universiti Malaya, Wisma Putra
Tempat Ipoh, Tokyo
Bahasa/Bangsa Inggeris, Melayu
Konsep Dasar Ekonomi Baru, Akta Hasutan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 141
AKTIVITI 8.2
Sila gariskan kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup
yang terdapat dalam petikan di bawah.
PUERTO SAN CARLOS, Mexico 12 Okt. ă Taufan Norbert melanda kawasan
darat di tanah besar Mexico awal pagi ini dengan menyebabkan 2,000
penduduk melarikan diri tetapi kekuatannya dilaporkan semakin menurun.
Taufan Kategori 1 itu membadai kawasan darat kira-kira 35 kilometer ke
tenggara Huatabampo sekitar 0400 GMT (12 tengah hari ini) dengan kekuatan
angin hampir 140 kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Negara Amerika
Syarikat (AS) di Miami.
Lebih 2,000 penduduk berteduh di pusat perlindungan sementara, ramai
antaranya dari kampung tepi pantai apabila bumbung berterbangan dari
hampir semua rumah.
(Sumber: Utusan Malaysia 13 Oktober 2008)
8.1.3 Kata Ganti Nama
Menurut Abdullah Hassan (1992), kata ganti nama ialah kata yang menggantikan
nama dan berfungsi seperti nama. Tahukah anda bahawa kata nama am atau
kata nama khas bahasa Melayu boleh diganti penggunaannya dengan sejenis
kata lain iaitu dinamakan sebagai kata ganti nama? Misalnya, kata nama gadis,
boleh diganti dengan kata dia, ia atau beliau.
Jenis-Jenis Kata Ganti Nama
Menurut Nik safiah Karim et al. (2009), kata ganti nama boleh dibahagikan lagi
kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama
diri. Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri
orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri
daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua
dan kata ganti nama diri orang ketiga. Berikut ialah penggolongan kata ganti
nama:
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
142 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
Kata ganti nama tunjuk
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri orang
Pertama
Kedua
Ketiga
(a) Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama
dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat
dan itu untuk menunjuk pada yang jauh.
(b) Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan iaitu:
(i) Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau
orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu:
Kata ganti nama diri tanya Contoh
Apa yang merujuk benda atau perkara
Siapa yang merujuk orang
Mana yang merujuk benda atau orang
Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses
penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau
penegasan. Misalnya:
Apa apa-apa
Mana mana-mana
Siapa siapa-siapa (sesiapa)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 143
(ii) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri
orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri
orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
Kata ganti nama diri orang Contoh
Orang pertama saya, aku, beta, patik, kami, kita
Orang kedua anda, engkau, awak, kamu
Orang ketiga ia, dia, mereka, ănya
Kata ganti nama orang ketiga ănya boleh berfungsi sebagai penekan
dan pembenda.
8.2 KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
Dalam sesebaris ayat, kata kerja juga berfungsi sebagai predikat. Kata kerja
merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata
kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau). Menurut Nik Safiah Karim et al.
2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
8.2.1 Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut
(objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan Âme-Â sama ada sebagai
awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan,
membacakan, menduduki, mempersilakan.
Contoh ayat:
Ali menyepak bola.
Mereka memancing ikan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
144 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut
terkena kepada orang atau benda lain.
Contoh:
Kucing itu menangkap seekor burung.
Perempuan itu menjual sayur.
Bapa sedang menulis surat.
Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang
mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan
maksudnya. Contoh:
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
Kakak memasak kari ayam.
Farid menendang bola.
Sabri menulis surat.
Jenis-Jenis Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(a) Kata kerja transitif aktif ă berfungsi dalam ayat aktif
Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.
(b) Kata kerja transitif pasif ă berfungsi dalam ayat pasif
Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 145
8.2.2 Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek.
Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Jenis-Jenis Kata Kerja Tak Transitif
(a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim
et al. 2009). Contoh:
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
Adik bermain di padang.
Alias tinggal di Kedah.
(b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh
berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
Mereka makan di sawah
Mereka membeli-belah di Ipoh
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
146 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
AKTIVITI 8.3
Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif dan tandakan ( × ) bagi ayat
tak transitif di bawah ini.
1. Siti menangis. ()
2. Safuan memancing ikan. ()
3. Ibu masih bersolek. ()
4. Hujan belum turun. ()
5. Kamal melukis gambar bunga. ()
6. Ah Lim menjual kereta Proton. ()
7. Asiah menyimpan wang. ()
8. Farah belum tidur lagi. ()
9. Kambing makan daun. ()
10. Matahari akan terbit dari timur. ()
8.3 KATA ADJEKTIF
Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya
satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan
unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata
adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya
seperti amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak dan sebagainya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 147
Jenis-Jenis Kata Adjektif
(a) Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan
Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur
keterangan nama.
Contohnya:
Baik Lemah
Jahat Kasar
Cerdik Berani
Pandai Takut
Gopoh Sihat
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Orang baik selalu dipuji.
(ii) Mereka berniat jahat terhadap projek kita.
(iii) Adik saya amat cerdik.
(iv) Insan pandai akan berjaya dalam hidupnya.
(v) Pekerja itu menyiapkan kerjanya dengan gopoh.
(b) Kata Adjektif Warna
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberikan
pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
Merah Ungu
Putih Kelabu
Biru Hitam
Hijau Kuning
Perang Jingga
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Warna baju kami ungu.
(ii) Adik suka bersongkok hitam.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
148 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
(iii) Kambing jantan itu berbulu kelabu.
(iv) Warna kuning warna Diraja.
(v) Kasut kakak berwarna merah.
(c) Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif ukuran adalah kata yang menyatakan ukuran kata nama.
Selain itu, mempunyai unsur pada ukuran benda yang bernyawa atau tidak
bernyawa, kontrik atau abstrak.
Contoh:
Panjang Pendek
Dalam Kerdil
Singkat Sempit
Kecil Nipis
Besar Tebal
Contoh penggunaan:
(i) Jamil adalah seorang yang kerdil.
(ii) Pokok itu renek kerana kekurangan baja.
(iii) Jalan di kampung itu sangat sempit.
(iv) Lukanya dibalut dengan kain nipis.
(v) Tasik itu sangat dalam.
(d) Kata Adjektif Bentuk
Kata ini adalah kata yang berunsurkan menunjukkan sesuatu bentuk pada
benda bernyawa atau tidak bernyawa. Kata yang memberi pengertian rupa
bentuk sebagai unsur keterangan, iaitu rupa, susunan, cara dan gaya.
Contoh:
Bulat Leper
Buncit Bengkok
Kempis Tirus
Bujur Lonjong
Pipih Lurus
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 149
Contoh penggunaan :
(i) Ariya memiliki muka bujur sirih.
(ii) Siti mempunyai dagu lekuk.
(iii) Bagai pipih dilayang.
(iv) Garis lurus menemukan dua titik.
(v) Bola ragbi berbentuk lonjong.
(e) Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian konsep masa.
Contoh:
Lewat Silam
Segera Lampau
Lama Sering
Awal Kerap
Baharu Dahulu
Contoh penggunaan:
(i) Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat.
(ii) Kanak-kanak suka makanan segera.
(iii) Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
(iv) Jalan lama ke kampung itu sudah dibaiki.
(vi) Ketibaannya terlalu awal.
(f) Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi makna konsep ruang.
Contoh:
Jauh Hampir
Dekat Nyaris
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
150 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
Contoh penggunaan:
(i) Rumahnya tidak jauh dari pasar raya.
(ii) Kilang itu dekat dengan lebuh raya.
(iii) Dia berdiri hampir dengan kedai itu.
(iv) Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
(g) Kata Adjektif Cara
Kata Adjektif Cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan
kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama.
Contoh:
Cepat Lincah
Deras Gopoh
Laju Jelas
Lambat Sering
Perlahan Selalu
Contoh penggunaan:
(i) Tindak balas bayi itu sungguh cepat.
(ii) Sungai itu mengalir deras.
(iii) Bot laju itu direka khas untuk perlumbaan.
(iv) Orang lambat selalu rugi.
(v) Pemain lincah itu berasal dari Sabah.
(h) Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif perasaan memberi pengertian konsep perasaan, sebagai
penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh:
Rindu Berahi
Benci Ragu
Segan Kasih
Suka Sayang
Gembira Geram
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 151
Contoh penggunaan:
(i) Budak kecil itu rindu akan ibunya.
(ii) Saya sungguh suka dengan kelakuan baiknya.
(iii) Pemuda itu terlalu segan untuk bertanya.
(iv) Dia sangat suka melayari internet.
(v) Amira gembira sekali dengan hadiah itu.
(i) Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif pancaindera terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan.
Kelima-lima indera ini ialah sebagai penerang kepada kata nama.
Contoh:
Sedap Manis
Pahit Masin
Cantik Lazat
Molek Tawar
Harum Halus
Contoh penggunaan:
(i) Kek itu sangat sedap.
(ii) Wajah pelakon itu manis.
(iii) Dia akan menyediakan sarapan lazat.
(iv) Hari ini muka Halim sangat masam.
(v) Kelapa muda itu kelat rasanya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
152 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
8.4 KATA TUGAS
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat
penting kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di
bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa atau di belakang perkataan-
perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan
sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.
Jenis-Jenis Kata Tugas
(a) Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi
satu bentuk ayat yang berlapis.
Contoh:
(i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
(ii) Aslinda menari sambil bernyanyi.
(iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
(iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua jawatan atau lebih.
(vi) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu
memberitahu.
(b) Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan
seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan
sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan
iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
Contoh:
(i) Aduh, sakitnya tanganku!
(ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
(iii) Ah, aku tidak bersetuju!
(iv) Amboi, sombongnya dia!
(v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 153
(c) Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan
bagaimana.
Contoh:
Berapa Ć Harga barang itu berapa?
Bila Ć Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Bagaimana
Ć Mereka sampai bila?
Ć Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
Ć Kesihatannya sekarang bagaimana?
Ć Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?
(d) Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
(i) Jangan buang sampah di sini.
(ii) Usah biarkan dia berseorangan.
(iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
(iv) Jemput masuk!
(v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.
(e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat
yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata
pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini
umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka,
arakian, syahadan dan sebagainya.
Contoh:
(i) Hatta istana itu pun siaplah.
(ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.
(iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
154 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
(iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
(v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
(f) Kata Bantu
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna
tambahan dari aspek waktu atau ragam.
Contoh:
(i) Pekerja itu telah pulang.
(ii) Kami pernah ke utara Malaysia.
(iii) Kanak-kanak itu sudah makan.
(iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
(v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
(g) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata
adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
adjektif.
Contoh:
(i) Pokok itu terlalu tinggi.
(ii) Masakan itu paling sedap.
(iii) Kelakuan anak itu baik sekali.
(iv) Bas itu tiba lambat benar.
(v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
(h) Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah
perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu
dalam ayat.
Contoh:
(i) Dimanakah ibu kamu itu?
(ii) Bilakah kamu datang?
(iii) Apatah daya kita?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 155
(iv) Dialah orangnya.
(v) Inilah isteri kesayanganku.
(i) Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu
Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Contoh:
(i) Dia bukan murid di sekolah ini.
(ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam
(iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.
(iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
(v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
(j) Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata
pemeri iaitu ialah dan adalah.
Contoh:
(i) Dia ialah seorang guru.
(ii) Berita itu adalah palsu.
(iii) Mereka ialah pelari pecut.
(iv) Pendapat itu adalah karut.
(v) Nama saya ialah Ali.
(k) Kata Sendi Nama
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa
nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan
frasa nama yang membentuk predikat ayat.
Contoh:
(i) Dia berasal dari pedalaman.
(ii) Ibu pergi ke pasar.
(iii) Saya menetap di Ipoh.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
156 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
(iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.
(v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.
(l) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh
kata pembenar ialah ya, benar dan betul.
Contoh:
(i) Ya, esok awak boleh bercuti.
(ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
(iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
(iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.
(v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.
(m) Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan
lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah
sesuatu.
Contoh:
(i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah
(ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium
(iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
(iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.
(v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.
(n) Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah
orang, benda atau perkara.
Contoh:
(i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
(ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.
(iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 157
(iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.
(v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.
(o) Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif,
kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.
Contoh:
(i) Bas itu bergerak laju.
(ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat.
(iii) Datang ke sini cepat.
(iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak.
(v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.
(p) Kata Penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata
yang hadir dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah ănya,
yang dapat berfungsi sebagai penekan atau pembenda.
Contoh:
(i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.
(ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
(iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.
(q) Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya,
sedapnya, sejuknya dan sebagainya.
Contoh:
(i) Lajunya ialah 350 km sejam.
(ii) Bukan kepalang sakitnya.
(iii) Datangnya secara mendadak.
(iv) Tingginya ialah 6 kaki.
(v) Air sungai mengalir dengan derasnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
158 X TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA
Ć Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang
umum sifatnya
Ć Kata nama khas ialah bentuk kata yang merujuk khusus orang, tempat atau
benda.
Ć Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan berfungsi seperti
nama.
Ć Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
Ć Kata adjektif, yang juga dikenal sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Ć Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat
penting kerana tugas-tugas sintaksis.
Ć Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis.
Ć Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan
seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut dan
sebagainya.
Ć Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu.
Ć Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Ć Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Ć Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna
tambahan dari aspek waktu atau ragam.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 TATABAHASA: PENGGOLONGAN KATA W 159
Golongan kata Kata pemeri
Kata adjektif Kata penegas
Kata bantu Kata penguat
Kata kerja Kata sendi nama
Kata nafi Kata tanya
Kata nama Kata tugas
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd RaÊin Shaari (2007). Bahasa Melayu
dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)