The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penggolongan Kata (Morfologi) Bahagian 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshahilarazak, 2021-03-27 03:06:23

Penggolongan Kata (Morfologi) Bahagian 2

Penggolongan Kata (Morfologi) Bahagian 2

Penggolongan Kata

Hasil Pembelajaran

• Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Bertutur dengan berkesan
dalam situasi rasmi (MLO1)
2. Menghasilkan penulisan yang
jelas dan bersistematik
(MLO2)

Kata tugas

• Perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur
inti bagi frasa-frasa endosentrik, frasa nama, frasa kerja dan
frasa adjektif.

KATA TUGAS

Kata Kata Kata Kata
Penyambung Ayat Praklausa Prafrasa & Pascafrasa Pascakata

Kata Kata hubung Kata seru Kata bantu Kata sendi nama Kata penekan
hubung pancangan
gabungan Kata tanya
Kata hubung
pancangan relatif Kata perintah Kata penguat Kata arah Kata pembenda

Kata hubung Kata pembenar Kata penegas Kata bilangan
pancangan Kata pangkal
komplemen ayat Kata nafi
Kata hubung
pancangan Kata pemeri
keterangan

Kata Penyambung Ayat

• Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah
perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau
lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang
dikenali sebagai ayat majmuk.

• Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat
majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk
gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala
ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung
pancangan.

Kata hubung gabungan

• Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua
klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang
menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk
gabungan. Contoh kata hubung gabungan:

dan lalu
atau tetapi
serta malahan
sambi! kemudian

Contoh ayat:

• Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
• Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.
• Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
• Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.
• Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
• Dia berkata-kata sambil merenung wajah temannya.
• Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.
• Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong

sampah.

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung
klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa
induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

Kata hubung Kata hubung Kata hubung
pancangan relatif pancangan komplemen pancangan keterangan.

• Yang • Bahawa • kerana, agar, meskipun,
• Untuk sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andai, kata,
kendatipun, hingga, jika
(jikalau), semasa, sementara,
setelah, sewaktu, ketika,
tatkala, untuk, walaupun,
sungguhpun, apabila

Contoh ayat:

Kata hubung pancangan relatif

1. Saya membeli baju yang berwarna hijau.
2. Budak yang sedang membaca itu adik saya.

Kata hubung pancangan komplemen

1. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
2. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.

Kata hubung pancangan keterangan.

1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
4. Penonton bersurai setelah permainan selesai.

Kata Praklausa

• Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata
perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.

• Tugas perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan
seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang kepada
pangkal klausa.

Kata seru

• Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai bagai
perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah:

aduh amboi cis oh celaka eh
wah syabas aduhai wahai

Contoh ayat: 6. Amboi, comelnya bayi itu!
7. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!
1. Aduh, sakitnya kakiku! 8. Eh, bergaya nampaknya mereka semua!
2. Cis, terimalah tikamanku! 9. Syabas, engkau telah menang!
3. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya! 10. Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara!
4. Wah, cantiknya baju dial
5. Aduhai, malangnya nasibku!

Kata tanya

• Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
atau menyoalkan sesuatu, contohnya:

mengapa berapa bila bagaimana

Contoh ayat: 5. Bilakah mereka sampai?
6. Bagaimanakah kesihatannya sekarang?
1. Harga barang itu berapa? 7. Mengapakah dia menangis semalam?
2. Mereka sampai bila?
3. Kesihatannya sekarang bagaimana?
4. Berapakah harga barang itu?

Kata perintah

• Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contoh:

jangan usah sila jemput

minta tolong harap

Contoh ayat:

1. Jangan buang sampah di sini. 6. Tolong temankan adik saya ini.

2. Usah biarkan dia berseorangan. 7. Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin.

3. Sila ambil makanan di sana. 8. Silalah tuan-tuan masuk.
4. Jemput masuk! 9. Jangan melepak di sini.

5. Minta tuan-tuan bersabar sebentar. 10. Jangan berjaja di kawasan ini.

Kata pembenar

• Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.
Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul. Penggunaannya dalam
ayat adalah seperti yang berikut:

Contoh ayat:

1. Ya, itulah orangnya.
2. Benar, dialah yang berkata demikian.
3. Betul, tanyalah dia.
4. Ya, inilah rumah Pak Awang.
5. Benar, itulah pegawai daerah yang baharu.
6. Betul, kamilah penjaga kanak-kanak ini.

Kata pangkal ayat

• Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh:

hatta maka syahadan adapun alkisah sebermula

Contoh ayat:

1. Hatta istana itu pun siaplah.
2. Maka panglima itu pun diberi persalinan.
3. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
4. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Omar.
5. Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
6. Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalang nya.

Kata Prafrasa & Pascafrasa

• Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang
hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Perkataan-perkataan
ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung
dalam ayat, seperti tugas membantu, menguatkan, menegas,
menafikan, memerikan, menyediakan, menunjukkan arah dan
membilang.

Kata bantu

• Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan
makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.

• Dua jenis kata bantu:

Kata bantu • Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada
aspek masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk bentuk kata bantu

Kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, dan
ragam belum.

• Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti

hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan
mungkin.

Contoh ayat: Kata bantu ragam

Kata bantu aspek 1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
2. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
1. Pekerja itu telah pulang. 3. Awak harus cepat supaya tidak
2. Murid-murid itu baru tiba.
3. Kami pernah ke utara Malaysia. ketinggalan bas.
4. Buah itu belum masak lagi. 4. Mereka mesti ke pejabat segera.
5. Guru besar sedang menyiapkan 5. Kita boleh ke Johor Bahru dengan bas.
6. Kami dapat pulang ke kampung pada mas
laporan itu.
6. Ahmad akan ke sana esok. a cuti persekolahan.
7. Pada masa itu dia masih kecil. 7. Kanak-kanak itu enggan memakai baju.
8. Kereta api itu mula bergerak. 8. Dia patut datang bulan lalu.
9. Mereka mungkin lambat sedikit.

Kata penguat

• Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.

1. Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif.

Contohnya terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.

2. Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjekiif. Contohnya

sekali, benar, betul, dan nian.

3. Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sarna ada di

hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya amat, sangat, dan sungguh,

Contoh ayat:

1. Masakan ibunya paling sedap.

2. Kelakuan budak-budak itu baik sekali.

3. i) Pemandangan di perbatasan sungguh indah.

ii) Pemandangan di perbatasan indah sungguh.

Kata penegas

• Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah
perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian bahagian tertentu
dalam ayat.

I. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian nya. Contohnya, -kah, -tah,
dan -lah.

II. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau

bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun,
sahaja, lagi, dan memang.

Contoh ayat:

1. Orang itulah bapanya. 4. Kami juga ingin ke pekan.
2. Siapakah majikan kamu itu? 5. Encik Abu pun datang.
3. Memang wanita itu bakal isterinya. 6. Ketua saya yang sibuk itu datang jua ke majlis

perkahwinan saya.

Kata nafi

• Kata nafi, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi
unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Contoh ayat: Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa
kerja dan frasa adjektif.
Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama
dan frasa sendi nama. 1. Bapanya tidak turun ke sawah hari inl.

1. Makanan itu bukan untuk Ratna. 2. Saya tidak akan datang lagl.
2. Projek itu bukan usaha saya.
3. Kereta api itu bukan dari Ipoh. 3. Kenyataan itu tidak benar.

Kata pemeri

• Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkaian frasa subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui
dua cara, iaitu:
1. secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan

penggunaan kata pemeri ialah,

2. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri

adalah.

Contoh ayat:

1. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.

2. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.

3. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.

4. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

Kata sendi nama

• Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

di bagi laksana antara

ke demi sejak untuk

dari tentang terhadap dengan

daripada seperti akan dalam

kepada bagai oleh sampai

pada umpama hingga

di • di hadapan kata nama atau frasa pada

• di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat,

tempat dan

1. Ibunya bekerja di sekolah itu. digunakan dalam ungkapan ada pada (manusia dan
2. Pertunjukan itu diadakan di Kota Bharu.
3. Dia menunggu kami di perhentian bas. haiwan) dalam beberapa situasi tertentu,
4. Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan
1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.
Singapura.
2. Pada waktu itu ibu bapanya tiada di rumah.

3. Sifat jujur dan amanah ada padanya.

4. Jam itu ada pada kakak Ali.

• di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan • di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan

punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur arah, tempat, atau waktu.
mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu
benda, dan perbezaan atau perbandingan. 1. Angin kencang bertiup dari arah selatan.
2. Kami akan membincangkan tajuk itu dari segi moral.
1. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. 3. Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.
2. Baju ini diperbuat daripada kain kapas. 4. Tempoh pembayaran bermula dari tarikh
3. Daripada Ali lebih baik Ahmad.
penyerahan barangan itu.

daripada dari

kepada ke

• di hadapan kata nama atau frasa nama untuk • di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan

menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, tempat atau arah yang dituju, menunjukkan waktu atau
unsur mujarad, menyatakan pecahan dan masa.
menyatakan perubahan keadaan.
1. Burung-burung itu terbang ke arah selatan.
1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Mereka akan ke Kuantan esok.
2. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua 3. Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke

kumpulan. petang.
3. Suhu badannya meningkat kepada 39°C. 4. Kelas itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi ke pukul

• menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. 11.00 pagi.
1. Derma [bagi/untuk] anak-anak yatim akan
dipungut. • bertugas membawa makna tujuan.

• menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau 1. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.
diperuntukkan. 2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu
1. Hadiah itu untukmu.
2. Ayah membeli kereta untuk ibu. menyelesaikan masalah ini.

Untuk/bagi • Kata sendi nama demi digunakan sebagai unsur penegas

1. Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.

• digunakan dalam ungkapan untuk mela hirkan makna urutan satu
atau sekumpulan.
1. Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.

demi

tentang seperti, bagai,

umpama, laksana
• tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud • di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa
rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau
maksud perbandingan.
mujarad.
1. Hatinya keras [seperti/bagai/umpama/laksana] batu.
1. Mereka berbincang tentang masalah negara.
2. Pasangan mempelai itu
2. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu
[seperti/bagai/umpama/laksana] pinang dibelah dua.

• membawa maksud bersama-sama atau berserta. • Sebagai kata sendi nama, perkataan sejak atau semenjak

1. Ayah pergi ke pekan dengan ibu. bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa.
• membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan.
1. Kami tinggal di Subang Jaya [sejak/semanjak] tiga
2. Kerja ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak. tahun lalu.
• membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai
alat. 2. Mereka berjaga-jaga [sejak/semanjak] malam tadi

3. Ibu membungkus nasi lemak dengan daun pisang.

• menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama.

4. Warna bajunya sarna biru dengan wama bajuku.

dengan sejak

terhadap akan

• digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan • di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk

yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata
adjektif yang bersifat emotif.
manusia, haiwan, atau benda.
1. Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. 1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya elok di- 2. Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu.
contohi.

• Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang • di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa

menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter-, dan kena maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau

1. Kuih itu dibeli olehnya. tempat.
2. Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oleh Za’ba.
1. Anak-anaknya belajar [hingga/sampai] ke peringkat
• Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab (berpunca
universiti.
daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran
2. Pegawai itu berjaga [hingga/sampai] pagi
sebab secara pilihan)

1. Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri.

2. Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan.

oleh hingga/sampai

dalam antara

• berfungsi sebagai kata arah yang membawa pengertian • berfungsi sebagai kata arah yang membawa pengertian

lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
1. Perkara itu te1ah dibincangkan dalam mesyuarat 1. Mereka berbincang antara adik-beradik.
yang lalu. 2. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada
2. Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. persamaannya.
3. Dalam hal ini, kita semua setuju. 3. Perjanjian antara kedua-dua belah negara itu sudah
ditandatangani semalam.

Kata arah

• Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi
nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Antara eontoh kata arah yang sering digunakan dalam

bahasa Melayu ialah atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi,
penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, dan
sebagainya.

Contoh ayat:

1. Buku itu ada di atas meja.

2. Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi.

3. Mereka bersembunyi di bawah rumah.

4. Petani itu berjalan ke tepi danau.

5. Kami mendirikan khemah di belakang rumah.

6. Mereka menuju ke tengah padang.

7. Tetamu itu berada di dalam dewan.

8. Pekerja-pekerja itu datang dari luar negeri.

Kata bilangan

a) Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Contohnya: dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta, dan sebagainya.
1. Dua hari lagi saya akan berangkat ke ltali.
2. Harga barang itu dua puluh ringgit.
3. Penduduk di bandar itu mencecah angka sejuta orang.

b) Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya: segala, semua, para,
beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit dan sebagainya.

1. Segala persiapan telah dibuat.
2. Semua pegawai tidak dibenarkan bereuti esok.
3. Projek itu melibatkan para guru sekolah rendah.
4. Banyak orang telah menyertai peraduan itu.
5. Sedikit garam dibubuh ke dalam masakan ini.

c) Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contoh nya: beratus-ratus, ketiga-tiga,
beribu-ribu, berabad-abad, berguni-guni, dan sebagainya.
1. Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu.
2. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan.

d) Kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya: masing-masing, setiap, tiap-
tiap, dan sebagainya.
1. Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri.
2. Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.

e) Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya: setengah, sepertiga,
separuh, seperempat, dua pertiga, dan sebagainya.
1. Setiap penduduk kampung itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan.
2. Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang.

Kata Pascakata

• Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir

selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya yang berfungsi sebagai

penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah
sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

Kata penekan

• Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya.

1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
3. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini.

Kata pembenda

• Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.

1. Lajunya ialah 100 km sejam.
2. Bukan kepalang sakitnya.
3. Dia berhujah dengan lantangnya.
4. Datangnya secara mendadak.

Rujukan

• Safiah Karim, Farid Mohd. Onn, Hashim bin Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus and Farid M. Onn, 2016. Tatabahasa
Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusatka

• Adenan, A. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar.


Click to View FlipBook Version