SINTAKSIS
BAHASA MELAYU
BAHASA KEBANGSAAN A
Milik norshahilamr@gmail.com
Hasil Pembelajaran
• Pada akhir topik ini, pelajar dapat:
1. Bertutur dengan berkesan
dalam situasi rasmi (MLO1)
2. Menghasilkan penulisan yang
jelas dan bersistematik
(MLO2)
Milik norshahilamr@gmail.com
PENGENALAN
• Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat
memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.
Milik norshahilamr@gmail.com
Milik norshahilamr@gmail.com
Pembahagian Subjek dan Predikat
• Dalam satu binaan ayat terdapat subjek dan predikat.
Subjek Predikat
• Ialah perkara yang diceritakan • ialah kumpulan perkataan yang tergolong
yang terdiri daripada orang, dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
benda, tempat atau perkara. menerangkan subjek.
subjek predikat
seorang peguam
Sabri sangat besar.
Rumah itu
membeli sebuah basikal
Ali
sudah rosak
Komputer itu
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Subjek dan Frasa Predikat dalam Ayat
Frasa Subjek Frasa Predikat
Adik saya tidur
Mei Ling cantik
Ibu seorang guru yang berdedikasi
Raju ke kampus setiap hari
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa
• Ayat dasar / ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua ayat lain.
• Ayat dasar terhasil melalui gabungan dua frasa.
Frasa nama (FN) Frasa kerja (FK)
Frasa ialah urutan
penempatan jenis
kata dalam ayat.
Frasa sendi nama (FSN) Frasa adjektif (FA)
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Nama (FN)
• FN ialah frasa yang perkataan utamanya ialah terdiri daripada kata nama, kata
nama terbitan atau kata ganti nama.
• Binaan FN:
Inti Penerang
baju kemeja
Inti Inti
kerusi meja
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Kerja (FK)
• Frasa Kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya kata kerja.
• Binaan FK:
Inti Objek
Membaca buku
Inti Penerang
berjalan kaki
Kata Bantu Inti
sedang menjahit
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Adjektif (FA)
• Frasa Adjektif ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih
yang inti katanya merupakan kata adjektif.
• Binaan FA:
Inti Inti Inti Kata Nama
lemak manis biru laut
Kata Penguat Inti Kata Penguat
Sungguh baik sekali
Kata Bantu Inti
belum besar
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Sendi Nama (FSN)
• Frasa sendi ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa nama.
• Contoh : Hadiah itu daripada penghulu.
• Binaan FSN:
Kata Sendi Nama Frasa Nama
pada waktu pagi
Frasa Sendi Nama KN Arah FN
dari dasar lautan
Kata Sendi Nama KN Arah FN Keterangan
ke barat Belanda pada tahun lepas
Milik norshahilamr@gmail.com
Pola Ayat Dasar
• Pola ayat dasar diasari oleh binaan frasa-frasa yang menjadi konstituen kepada subjek dan
predikat dalam binaan ayat
1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
FN FN
Alia guru
Ismail ketua pengawas
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
FN FK
Ahmad membaca buku
Anak itu sedang terbang
Milik norshahilamr@gmail.com
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
FN FA
Siti sedang sakit
Kamarul
gagah
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
FN FSN
Derma ini daripada pihak sekolah
Angin sejuk
dari selatan
Milik norshahilamr@gmail.com
Struktur Binaan Ayat
• Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu
binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau
rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi
sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata
yang, dalam ilrnu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen.
• Ayat 1 di bawah, misalnya, ialah satu binaan yang mengandungi dua unsur,
iaitu 2 dan 3.
1. Lelaki itu ayah kandung saya.
2. Lelaki itu
3. Ayah kandung saya
Milik norshahilamr@gmail.com
Rajah Pohon
• Struktur ayat dalam bahasa Melayu boleh dilihat dalam rajah pohon yang berikut:
Ayat
Subjek Predikat
KN KN KN KN KN
Lelaki itu ayah kandung saya
Milik norshahilamr@gmail.com
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
• Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan
atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan
bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya
terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu
bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen.
• Ayat 1 di bawah, misalnya, ialah satu binaan yang mengandungi dua unsur, iaitu 2
dan 3. Ayat ini ialah ayat dasar.
1. Ali belajar.
2. Ali
3. belajar
• Ayat 1 juga berupaya untuk dijana sebagai ayat terbitan.
1. Ali belajar jurusan perniagaan di Taylor’s University sejak tahun 2019.
Milik norshahilamr@gmail.com
Susunan dalam Ayat
• Terdapat dua susunan ayat dalam bahasa Melayu iaitu susunan ayat biasa
dan susunan ayat songsang.
• Susunan ayat biasa terdapat daripada subjek + predikat manakala ayat
songsang terdiri daripada predikat + subjek.
Frasa Predikat Frasa Subjek
Tidur Adik saya
Cantik Mei Ling
Seorang guru yang berdedikasi Ibu
Ke kampus setiap hari Raju
Milik norshahilamr@gmail.com
Urutan Kata
• Pembentukan ayat ialah suatu binaan atau konstruksi, yang sifatnya
tersusun dan bersistem.
• Setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang mendasari proses
urutan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
• Bahasa Melayu dan Inggeris mempunyai urutan kata subjek + kata kerja +
objek (SKO atau SVO)
Bahasa Melayu : Issac membaca buku.
S + V +O
Bahasa Inggeris : John pushed the door
S+ V +O
Milik norshahilamr@gmail.com
Jenis-jenis ayat
• Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat iaitu:
I. Ayat Penyata
• ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
• Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau
memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.
• Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
• Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau
memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.
• Contoh-contoh ayat penyata:
I. Azimah tukang masak.
II. Mereka ialah pemain bola sepak.
III. Nani membeli pakaian dari kedai itu.
Milik norshahilamr@gmail.com
Jenis-jenis ayat
II. Ayat Tanya
• Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,
tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
• Ayat tanya sama bentuknya dengan ayat penyata tetapi berbeza kerana adanya
tanda soal (?) pada akhir ayat itu. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada
suara pada akhir ayat dengan tujuan untukmendapatkan jawapan.
• Contoh-contoh ayat tanya:
I. Tuan Ismail pengurusnya?
II. Puan Shafikah suri rumah?
III. Siapa datuknya?
Milik norshahilamr@gmail.com
Jenis-jenis ayat
III. Ayat Perintah
• Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang,
mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Terdapat empat
jenis ayat perintah iaitu:
a) Ayat Suruhan - Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan
memberi perintah atau arahan.
• Contoh-contoh ayat
I. Keluar dari bilik ini!
II. Pergi dari sini!
III. Kemaskan barang-barang anda.
Milik norshahilamr@gmail.com
b) Ayat Larangan - Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan
atau tegahan. Dengan demikian, ayat ini menghendaki lawan bicara agar
jangan melakukan sesuatu.
Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata jangan, usah atau tak
usah di depan ayat perintah.
Contoh-contoh ayat:
I. Jangan berdiri di sana
II. Jangan pergi sebelum aku datang.
III. Usah pergi sebelum aku datang.
Milik norshahilamr@gmail.com
c) Ayat Silaan - Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan
seseorang. Ayat silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila, sudi dan
jemput sebelum kata kerja.
Contoh-contoh ayat:
I. Sila datang ke rumah saya.
II. Silalah masuk.
III. Jemput minum.
IV. Jemputlah makan.
d) Ayat Permintaan - Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta,
tolong dan mohon dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh-contoh ayat:
I. Tolong tutup tingkap bilik itu.
II. Minta kamu semua bertenang.
III. Tolong masak air.
IV. Tolong hantar laporan itu pagi esok.
Milik norshahilamr@gmail.com
Jenis-jenis ayat
IV. Ayat Seruan
• Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan
dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu
didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh,
amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya.
• Contoh-contoh ayat seruan:
I. Amboi, garangnya kucing itu!
II. Aduhai, gagal lagi!
III. Nah, ambil baju ini!
IV. Aduh, sakit kakiku!
V. Wah, comelnya anak arnab itu!
Milik norshahilamr@gmail.com
Bentuk Ayat
• Ayat tunggal, seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar.
• Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung
di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat,
seperti:
Subjek Predikat
Ayah Ali peguam.
Dia membaca akhbar itu.
Pelumba lari itu sangat letih.
Fatimah ke Melaka pagi tadi.
Milik norshahilamr@gmail.com
Bentuk Ayat
• Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa
ayat tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.
• Jenis-jenis ayat majmuk:
I. Ayat Majmuk Gabungan
• Dua ayat atau lebih digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti
dan, atau, tetapi, lalu dan sebagainya.
• Contoh ayat:
Saya dan dia minum teh.
a) Saya minum teh.
b) Dia minum teh.
Milik norshahilamr@gmail.com
Bentuk Ayat
II. Ayat Majmuk Pancangan
• Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan beberapa ayat kecil yang
dipancang menjadi satu ayat majmuk.
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif (yang)
• Contoh ayat:
Saya membeli kasut yang berwarna biru.
a) Saya membeli kasut.
b) Kasut itu berwarna biru.
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (bahawa)
• Contoh ayat:
Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
a) Dia mengetahui (sesuatu).
b) Ahmad telah pergi. Milik norshahilamr@gmail.com
Bentuk Ayat
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan (kerana)
• Contoh ayat:
Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
a) Saya tidak dapat hadir.
b) Saya kurang sihat.
III. Ayat Majmuk Campuran
• Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu jenis ayat (banyak ayat majmuk).
• Contoh ayat:
Ali dan Abu masih memancing ikan, tetapi rakan-rakan mereka yang
keletihan sudah lama tidur.
Milik norshahilamr@gmail.com
Ragam Ayat
• Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ragam ayat aktif
dan pasif.
1. Ali membaca buku itu
Subjek Predikat
2. Buku itu dibaca oleh Ali
Predikat Subjek
Milik norshahilamr@gmail.com
Ragam Ayat
• Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat
pasif.
I. Ayat Aktif
• Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
Subjek Kata Kerja Predikat
• Contoh-contoh ayat seruan:
I. Yusof mencabut rumput.
II. Singa itu mengejar seekor rusa.
III. Ribut melanda Amerika Syarikat.
IV. Ali menendang bola itu.
Milik norshahilamr@gmail.com
Ragam Ayat
II. Ayat Pasif
• Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.
Objek Kata Kerja Subjek
• Contoh-contoh ayat seruan:
I. Rumput dicabut oleh Yusof.
II. Seekor rusa dikejar oleh singa.
III. Amerika Syarikat dilanda ribut.
IV. Bola itu ditendang oleh Ali.
Milik norshahilamr@gmail.com
Rujukan
• Safiah Karim, Farid Mohd. Onn, Hashim bin Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood,
Muhammed Salehudin Aman, Abdul Ghalib Yunus and Farid M. Onn, 2016. Tatabahasa
Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusatka
• Adenan, A. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar.
Milik norshahilamr@gmail.com