TEMA 1:
PENYELENGGARAAN
DAN
KESINAMBUNGAN
HIDUP
BIDANG PEMBELJARAN: 3.0 PENGANGKUTAN
STANDARD KANDUNGAN: 3.3 DARAH MANUSIA
STANDARD PEMBELAJARAN: AKTIVITI 3.6
MEMAHAMI DAN MENYELESAIKAN ISU YANG
BERKAITAN DENGAN PENDERMAAN DARAH
DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN
BERASASKAN PROJEK MELALUI PENDEKATAN
MANUSIA.
ISI KANDUNGAN
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
KRITERIA YANG MELYAKKAN SESEORANG
MENDERMA DARAH
ISU BERKAITAN DENGAN MENDERMA DARAH
KAEDAH PENGURUSAN DARAH YANG DIDERMA
DARIPAD SEGI PENYIMPANAN DAN PENSTORAN
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
1. Boleh menyelamatkan nyawa
seseorang
Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah
seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang melahirkan
anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam
keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan
darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu
pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang
didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan
pesakit.
2. Boleh membantu seseorang dengan
penyakit yang berkaitan dengan darah
Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang
menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah. Antara
penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia,
anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah.
Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia
pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platlet.
Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani
kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan darah yang
berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut
kepada pesakit. Justeru itu, darah yang diderma adalah
sangat penting..
KRITERIA YANG MELAYAKKAN
SESEORANG MENDERMA DARAH
Kriteria Penderma Darah
ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
d.Bertukar-tukar pasangan seks.
e.Mengambil dadah secara suntikan.
f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan
anak.
ISU BERKATAN DENGAN MENDERMA DARAH
Mitos 1: Menderma darah boleh menyebabkan berat badan naik atau turun.
Menderma darah tidak memberi kesan ke atas berat badan. Ada yang berpendapat bahawa proses
menderma darah menggunakan banyak tenaga. Oleh itu, mereka perlu mengambil makanan yang
lebih untuk menambahkan tenaga dan darah. Akibatnya, berat badan mereka bertambah.
Sebenarnya darah yang hilang melalui pendermaan darah akan merangsang badan untuk
menghasilkan sel-sel darah baru sebagai pengganti. Menurut kajian yang dijalankan oleh University
of California di San Diego, menderma 1 unit darah (473 ml) akan menggunakan kira-kira 650 kalori
tenaga6. Namun, ia tidak sesuai dijadikan sebagai pelan panjang untuk menurun berat badan. Ini
adalah seseorang hanya dibenarkan untuk menderma darah semula selepas 2 – 3 bulan.
Mitos 2: Menderma darah boleh mendapat penyakit berjangkit.
Ada yang berpendapat penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan sebagainya boleh dijangkiti
melalui pendermaan darah. Penyakit-penyakit ini dijangkiti melalui penggunaan jarum yang sama oleh
berbagai penderma darah.
Perkhidmatan pendermaan darah sentiasa mengamalkan penggunaan jarum dan picagari baru untuk
setiap pendermaan. Jarum dan picagari yang telah digunakan akan dibuang segera selepas setiap
pendermaan darah dan tidak boleh digunakan untuk penderma darah lain. Ini adalah untuk memastikan
keselamatan kepada penderma darah dan juga produk darah.
Prosedur mengambil darah juga menggunakan teknik aseptik bagi memastikan penderma darah dan
darah adalah bebas dari kuman dan selamat.
Mitos 3: Darah yang diderma boleh simpan lama.
Ada juga yang menyangka bahawa darah yang diderma boleh disimpan selama-lamanya dan
diperolehi bila diperlukan. Oleh itu, menderma darah boleh dilakukan sekali sekala.
Jangka hayat sel darah merah di dalam badan adalah kira-kira 120 hari. Sel darah merah akan merosot
bila berada di luar badan manusia. Oleh itu, sel-sel ini dipelihara dengan bahan awet dan nutrien dalam
simpanan. Secara umum, sel darah merah yang diderma boleh hidup sekitar 35 – 42 hari. Maka,
pendermaan darah perlu dilakukan berterusan bagi memastikan stok darah tidak berkurangan.
Mitos 4: Menderma darah mengambil masa yang panjang.
Menderma darah terdiri daripada 4 langkah mudah, iaitu, pendaftaran, penyaringan dan pemeriksaan
kesihatan, pengambilan darah serta berehat. Satu sesi menderma darah mengambil masa kurang
daripada sejam kecuali untuk pendermaan jenis apheresis yang akan memakan masa satu jam 30
minit.
Jangkamasa menderma darah juga banyak bergantung kepada bilangan penderma darah hadir dalam
sesebuah kempen derma darah dan keupayaan pasukan pendermaan darah dalam mengendalikan
aktiviti tersebut. Bilangan penderma darah yang tinggi akan mengambil masa lebih sejam untuk
menyempurnakan proses menderma darah.
KAEDAH PENGURUSAN DARAH YANG
DIDERMAKAN
SUMBER RUJUKAN
INTERNET:
https://www.cikguhailmi.com/2014/01/kepentingan-
menderma-darah.html
https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_con
tent&view=article&id=175&Itemid=228&lang=ms
https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_con
tent&view=article&id=168&Itemid=225&lang=ms
http://www.myhealth.gov.my/mitos-pendermaan-
darah/
SEKIAN
TERIMA KASIH