PELANCONGAN
GASTRONOMI
NUR BATRISYIA BINTI MOHD AZHAR
ATHIRAH BINTI ZULKEFLEE
4 IBNU SINA
Apakah pelancongan gastronomi ?
Istilah Gastronomi berasal dari dua perkataan Greek iaitu "Gastro" yang
membawa makna perut dan "Nomos" yang bermakna pengetahuan.
Pengertian lain gastronomi juga membawa maksud perhubungan diantara
budaya dan makanan. Gastronomi mengkaji berbagai komponen budaya
dengan makanan sebagai pusatnya.
Pelancongan gastronomi pula merujuk kepada aktiviti sementara individu atau
sekumpulan manusia ke sesebuah lokasi yang bertujuan untuk merasai atau
menikmati makanan yang dijadikan sebagai 'trademark' sesuatu kawasan.
PELANCONGAN
GASTRONOMI DI
SARAWAK
•Sarawak adalah sebuah negeri yang menggabungkan
kepelbagaian budaya, etnik dan masakan yang mana
perbezaan ini menjadi inspirasi kepada banyak
masakan kreatif di Sarawak
•Kepelbagaian makanan yang lazat dan unik menjadi
sebahagian identiti di negara ini.
MEE KOLOK
Mee Kolok adalah menu wajib di
Sarawak. Kata orang, melawat Sarawak
tanpa mencuba mee kolok bererti anda
belum melawat Sarawak. Antara menu
yang paling digemari ialah Mee Kolok
Udang yang disediakan bersama udang
bersaiz sederhana dan sayurannya yang
banyak. Kuahnya pula pekat dan lazat.
LAKSA SARAWAK
Seakan-akan sama dengan jenis laksa
lain, laksa Sarawak dicirikan dengan
rasa halus dan lembut. Terdiri
daripada perasa ayam atau udang
beras yang digabungkan dengan pes
laksa yang tebal, yang mengandungi
lebih dari dua puluh bahan yang
berbeza. Manakala kuahnya disertai
dengan mee vermicelli, telur dadar
yang dipotong halus, udang yang
dimasak, dan ayam yang dicincang.
KEK LAPIS
Dengan warna yang menarik selain
variasi perisa yang menyelerakan, kek
lapis Sarawak yang telah menjadi
lambang identiti masyarakat negeri
ini sejak dahulu lagi. Kek lapis
Sarawak sering dihidangkan semasa
perayaan keagamaan atau
kebudayaan dan majlis perkahwinan
serta dijadikan sebagai buah tangan
oleh pelancong yang berkunjung ke
Sarawak.
MANUK PANSUH
Disebut sahaja `Manuk Pansuh` di Sarawak
pasti ramai yang tahu, manuk pansuh ialah
bermaksud ayam yang dimasak dalam buluh.
Biasanya untuk menghasilkan hidangan ini,
ayam tua akan dijadikan sebagai pansuh
kerana dikatakan lebih enak. Menurut pakar
ayam pansuh, penyediaan bahannya tidak
memerlukan bahan perasa lain kerana buluh
itu sendiri mengeluarkan aroma enak yang
tersendiri. Hidangan tradisi ini sering
dijadikan menu utama pada majlis keramaian
masyarakat ini di rumah-rumah panjang,
terutama semasa sambutan Hari Gawai.
FAEDAH PELANCONGAN
GASTRONOMI
MENEROKA MENINGKATKAN
MAKANAN EKONOMI
TRADISIONAL NEGARA
MALAYSIA
MAMPU MENAMBAH ILMU
MENARIK PENGETAHUAN
PELANCONG
PENDAPAT SAYA ?
Pada pendapat saya, makanan tradisional Melayu boleh
digunakan dalam pelancongan gastronomi
dan mampu mengubah Malaysia terutama Sarawak kepada
bandar gastronomi. Makanan telah dianggap sebagai warisan,
perkara ini dapapt dikatakan bahawa budaya dapat
dilihat dan dipelajari melalui makanan.