PERWIRA
Sesi
` 2018/2019
@KOLEJ PERWIRA 2019
Penaung
PM Ts Dr Ahmad Rizal bin Madar
Penasihat Biro Lestari
Encik Md Rabani bin Adnan
Cik Nurul Atikah binti Ahmad
Editor & Grafik
Sdri Siti Najidha binti Abd Mutalib
MKP Biro Lestari
Sdr Ahmad Irfan bin Zulkifli (Majlis Tertinggi)
Sdr Muhammad Zamir Zakwan bin Mazlan
Pengisian
Sdr Muhammad Zamir Zakwan bin Mazlan
Isi Kandungan Muka Surat
Pengenalan
Biro Lestari.........................................1
2.......................................Organisasi
Biro Lestari
Ruang Gunasama
Biro Lestari............................3-5
7-23..................................Gerak Kerja
Biro Lestari
Program
Biro Lestari sesi 2018/2019................24-26
Pengenalan
Biro Lestari
Biro Lestari merupakan biro yang bertanggungjawab terhadap kelestarian kolej
kediaman perwira serta bertanggungjawab dalam merealisasikan kolej kediaman
karbon rendah. Ruang gunasama dibawah kelolaan Biro Lestari ialah Taman
Simbiosis, Stor Lestari, Tapak WRENOFIC dan Perwira Bike Station. Biro Lestari
bertanggungjawab terhadap tiga WOW FAKTOR PERWIRA iaitu Perwira dan
Fertigasi Cili, Perwira dan Lestari, dan Perwira dan Amalan Bersih.
1
Organisasi
Biro Lestari
Penaung
PM Ts Dr Ahmad Rizal bin Madar
Penasihat Biro Lestari
En. Md Rabani bin Adnan
Cik Nurul Atikah binti Ahmad
Majlis Tertinggi
Sdr Ahmad Irfan bin Zulkifli
MKP Biro Lestari
Sdr Muhammad Zamir Zakwan bin Mazlan
2
Ruang Gunasama
Biro Lestari
Taman • Tapak Fertigasi Cili
Simbiosis • Tapak Tanaman Limau Kasturi
• Tapak Tanaman Jenis Hidroponik
WR E NOFIC
G arden
• Tempat Simpanan Barangan Biro Lestari
Stor Lestari • Tempat untuk lakukan kerja-kerja tangan
• Alatan Membaiki Basikal
Per wira
Bike Station
33
Ruang Gunasama
Biro Lestari
Taman Simbiosis WRENOFIC Garden
433
Ruang Gunasama
Biro Lestari
Stor Lestari Perwira Bike Station
533
Gerak Kerja
Biro Lestari
Tanaman Fertigasi WRENOFIC Recycle
Cili
• Penyediaan Tapak • Penyediaan Tapak
• Penyediaan Tapak Projek Kitar Semula
Projek
• Penyediaan anak • Pengasingan
• Penyediaan anak benih Barangan Kitar
benih Semula
• Penuaian Hasil
• Pengurusan
Tanaman
• Penuaian Hasil
6
Gerak Kerja
Biro Lestari
1 Tanaman Fertigasi Cili
Pengenalan Fertigasi Cili
Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik
pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu
fertilizer dan irrigation. Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak.
Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah
(soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah
seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.
7
Gerak Kerja
Biro Lestari
Penyediaan Tapak Fertigasi Cili
1) Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut boleh
digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman cili ialah 5.5–6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan
meter pH.
2) Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama.
3) Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok adalah penting supaya pokok cili
dapat mencapai pembesaran yang seragam.
4) Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, silvershine dibentangkan bagi mengelakkan tapak
projek daripada ditumbuhi rumpai.
Mengukur pH air & baja Meratakan tapak projek Membentang silvershine
8
Gerak Kerja
Biro Lestari
Pemasangan sistem pengairan fertigasi cili
Bagi penanaman cili, dua jenis polibeg iaitu bantal dan tegak digunakan. Polibeg berwarna
hitam bersaiz 21” x 13’ bagi polibeg bantal dan 16’ x 16’ bagi polibeg tegak adalah disyorkan.
Penggunaan polibeg hitam lebih tahan lasak dan lama berbanding dengan polibeg putih.
Sistem fertigasi bagi penanaman cili mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja (900
gelen), pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama,
paip sekunder dan paip lateral serta mikro tiub yang berfungsi membawa larutan nutrien ke
setiap beg tanaman. Jarak antara baris yang disyorkan ialah 5” manakala jarak di antara polibeg
ialah 1.5” dan disusun sebaris bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman. Sistem
fertigasi perlu dipasang sebelum anak pokok cili dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem
pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan pemasa.
9
Gerak Kerja
Biro Lestari
Penanaman cili secara fertigasi
Pemilihan variety
Variety cili hibrid disarankan bagi penanaman secara fertigasi. Bagi pengeluaran cili
secara fertigasi, variety yang disyorkan ialah Kulai S469, Kulai 568, Kulai 223, Kulai 151
manakala bagi cili padi pula, cili padi variety Centel adalah menjadi pilihan utama. Walau
bagaimanapun, pemilihan variety adalah bergantung kepada kehendak dan permintaan
pengguna bagi memudahkan aktiviti pemasaran.
10
Gerak Kerja
Biro Lestari
Medium tanaman
Medium tanaman yang disyorkan ialah 100% sabut kelapa. Sabut kelapa mudah diperoleh, murah
lebih mesra alam. Sabut kelapa dimasukkan ke dalam polibeg hitam. Polibeg kemudianya disusun
selari dengan paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm diukur dari dasar
polibeg. Setiap beg tanaman dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan
larutan nutrien dari tangki larutan baja.
11
Gerak Kerja
Biro Lestari
Penyediaan anak benih
Biji benih cili yang diperoleh disemai di dalam dulang (tray) semaian dengan 104 lubang plug. Peat moss
digunakan sebagai medium percambahan. Kaedah semaian adalah dengan 1 biji benih disemai ke dalam
lubang plug. Kemudianya, peat moss 91 dibasahkan dengan air. Percambahan anak yang seragam akan
diperoleh selepas 5–7 hari. Selepas bercambah, anak benih dimasukkan ke dalam rumah semaian bagi
mengelakkan serangan serangga perosak. Anak benih juga dibekalkan larutan baja secara celupan bagi
mendapatkan anak benih yang seragam pembesarannya dan cepat proses pertumbuhannya. Biji benih
tambahan diperlukan 10% untuk kerja-kerja penyulaman.
Gambar 3 12
Gerak Kerja
Biro Lestari
Memindahkan anak benih ke polibeg
Anak benih yang berusia 10–21 hari sedia dipindahkan ke dalam polibeg (Gambar 3). Pada
peringkat ini, ketinggian anak benih ialah 10–20 cm dengan 7–10 helai daun. Kerja-kerja
memindahkan anak benih dilakukan pada lewat petang bagi mengurangkan tekanan pada anak
benih akibat kesan pindah, sekali gus mempercepat proses pemulihan anak benih. Anak benih
bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada beg tanaman dan
dipadatkan pangkalnya. Anak benih cili ditanam sedalam 3–5 cm dari permukaan sabut kelapa
dengan penitis panah diletak di pangkal anak pokok.
13
Gerak Kerja
Biro Lestari
Pengurusan tanaman fertigasi cili
Pembajaan
Baja fertigasi cili terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan stok B. Formulasi baja fertigasi cili
seperti dalam Jadual 1. Baja yang ditimbang berasingan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu.
Kemudiannya, komponen baja dijadikan stok baja (pati baja) bahagian A dan bahagian B di dalam 100
air secara berasingan. Disyorkan supaya larutan stok sentiasa tersedia untuk dicairkan ke dalam tangki
larutan baja apabila diperlukan.
14
Gerak Kerja
Biro Lestari
Tanaman fertigasi cili memerlukan larutan nutrien pada kepekatan yang
tertentu di beberapa peringkat pembesaran. Kepekatan larutan nutrien diukur
menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC). Penentuan EC mesti dilakukan
setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC diperlukan dan
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Unit ukuran konduktiviti elektrik ialah
µS. Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah
antara EC 1.5–4.0. Bagi tanaman cili, EC yang disyorkan adalah antara 1.8
hingga 2.4. Selepas selesai kerja memindahkan anak pokok ke polibeg, anak
pokok cili diberikan air kosong. Selepas tempoh 24 jam anak pokok cili
diberikan larutan baja dengan kepekatan 1.8 µS sehingga berusia 3 minggu.
Selepas 3 minggu, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0–2.4 µS sehingga
tamat musim penanaman. Semburan daun (foliar) seperti kalsium boron
digalakkan bagi mengurangkan kesan kekurangan kalsium pada buah.
EC meter
15
Gerak Kerja
Biro Lestari
Membuat sokongan tanaman
Sokongan pada pokok cili perlu dibuat menggunakan pancang berbentuk ‘X’ atau ‘H’. Pancang
memberikan sokongan pada pokok daripada terbalik terutama pada peringkat buah. Kegagalan
menyediakan pancang sokongan akan mengakibatkan pokok tumbang dan ranting patah, ini
sekali gus mengurangkan hasil buah cili. Pancang dapat dibuat menggunakan kayu, buluh dan
besi. Ketinggian pancang yang sesuai adalah antara 4’–5′ dengan ditanam sedalam 1′.
16
Gerak Kerja
Biro Lestari
Cantasan
Kerja-kerja cantasan atau membuang tunas air dilakukan selepas 2–3 minggu penanaman.
Tunas air ialah tunas yang muncul selepas cabang utama cili. Bagi cili merah, tunas air
dibuang kesemua sekali. Ini bagi memastikan nutrien yang dibekalkan dapat digunakan
pokok untuk pembesaran dan penghasilan buah. Manakala bagi cili padi, 3–5 tunas air
disimpan bagi meningkatkan hasil cili padi.
17
Gerak Kerja
Biro Lestari
Penuaian hasil
Hasil tuaian pertama bagi cili merah adalah sekitar 75 hari selepas mengubah. Manakala bagi cili
padi pula tuaian pertama adalah sekitar 90 hari selepas mengubah. Kutipan hasil dilakukan dengan
selangan 3 hari di peringkat awal dan setiap hari pada peringkat puncak. Prestasi kutipan hasil yang
perlu dicapai oleh pengusaha ialah 2.5 kg sepokok bagi cili merah dan 1.5 kg sepokok bagi cili padi.
18
Gerak Kerja
Biro Lestari
2 WRENOFIC
Penyediaan Tapak Projek
1) Bersihkan tapak projek dengan melalukan air ke seluruh kawasan tersebut.
2) Pasang tapak projek dengan lengkap seperti paip penyambung, tangki air dan pam air.
3) Pastikan pam air dapat berfungsi dengan baik.
19
Gerak Kerja
Biro Lestari
Penyediaan anak benih
1) Semai anak benih menggunakan pasu kecil yang telah ditetapkan untuk projek WRENOFIC
tersebut.
2) Gunakan coco peat (sabut kelapa) sebagai medium tapak semaian.
3) Jenis tanaman boleh dipelbagaikan. Untuk memudahkan pengendali projek, adalah disarankan
untuk memilih tanaman jenis sawi.
4) Masukkan coco peat kedalam setiap pasu tersebut sebanyak separuh daripada pasu tersebut.
5) Masukkan sebanyak 2-3 anak benih yang telah dibeli kedalam setiap pasu projek.
20
Gerak Kerja
Biro Lestari
6) Masukkan pasu-pasu tersebut kedalam tray hitam yang terdapat dalam Stor Lestari.
7) Masukkan air sebanyak separuh daripada tray tersebut.
8) Siram pasu-pasu tersebut dengan merenjis air dengan sekata.
9) Tutup tray tersebut dengan tray hitam yang lain. Pastikan tiada sedikit cahaya pun dapat melepasi tray
tersebut.
10) Biarkan tray tersebut selama 3-4 hari. Pastikan medium semaian sentiasa lembap semasa dalam proses
tersebut.
11) Selepas 3-4 hari, sila kenalpasti sama ada daun percambahan sudah muncul atau tidak.
12) Jika sudah muncul, biarkan tray tersebut dibawah cayaha matahari selama 2-3 hari.
13) Penyediaan anak benih sepatutnya dilakukan hanya dalam masa seminggu.
14) Selesai sahaja penyediaan anak benih, pasu-pasu tersebut boleh dialihkan ke tapak projek
21
Gerak Kerja
Biro Lestari
Penuaian hasil
1) Hasil boleh dikutip selepas 6-8 minggu selepas semaian.
2) Keluarkan hasil daripada pasu-pasu tersebut.
3) Buang akar-akar yang terkeluar daripada pasu.
4) Jual hasil-hasil tanaman mengikut harga pasaran semasa.
5) Semaian tanaman berikutnya hendaklah disediakan sebelum hari penuaian hasil.
6) Bersihkan tapak semaian.
22
Gerak Kerja
Biro Lestari
3 Recycle
1) Penjualan barangan kitar semula biasanya dilakukan sebelum bermula semester baharu.
2) Tapak kitar semula hendaklah dibersihkan bermulanya awal semester.
3) Pastikan tong kitar semula berada dalam keadaan baik.
4) Labelkan tong-tong tersebut kepada 3 kategori iaitu, tin, kertas dan plastik.
5) Sediakan tong tersebut pada awal semester.
6) Buat hebahan kepada penghuni dengan menyediakan poster, dan hantar melalui aplikasi
Facebook dan Whatsapp
7) Sentiasa pastikan tong tersebut tidak terlalu penuh.
8) Alihkan tong yang sudah penuh ke stor Lestari bagi pemprosesan sebelum dijual.
Contoh poster 23
Program
Biro Lestari
Program Biro Lestari
Sesi 2018/2019
Semester 1 Semester 2
Projek Wira Alam: Projek Wira Alam: Bengkel Pertanian
Fertigasi Cili Wrenofic Bandar
24
Program
Biro Lestari
Sem 1: Fertigasi Cili dan Wrenofic
Gerak kerja fertigasi cili dan wrenofic dimulakan sebelum bermulanya semester baru.
Fertigasi Cili Wrenofic
25
Program
Biro Lestari
Sem 2: Bengkel Pertanian Bandar
27 April 2019
26
Sekian Terima Kasih
Tahniah & Terima Kasih
Kepada semua pihak yang menjayakan
PERWIRA
Sesi
2018/2019
@KOLEJ PERWIRA 2019 |