The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook_50_Kompilasi_Kisah_Jutawan_Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK SELATAN Moe, 2021-03-01 08:22:00

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Ebook_50_Kompilasi_Kisah_Jutawan_Malaysia

© Ain Maisarah 2013

Terbitan Pertama 2013

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,

sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Blink Book Sdn. Bhd.

Pengurus: Syaizul Amal
Ketua Penulis: Ain Maisarah
Ketua Editor: Nurismaliza Ismail ([email protected])

Editor: Nurismaliza Ismail
Pereka Kulit: Khairul Azmi

Diterbitkan oleh:

(932243-D)
No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,

68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-61880316 Faks: 03-61890316
Laman web: www.blinkbook.com.my

50 Kompilasi

Kisah Jutawan Malaysia

Keluhan demi keluhan didengari sebaik sahaja
harga gula naik, minyak petrol dikurangkan
subsidi dan kerajaan tidak memberi bantuan
pinjaman pendidikan lagi. Itulah luahan hati rata-
rata rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa kos
kehidupan di Malaysia makin meningkat dan kita
sudah tidak mampu lagi hidup selesa.

Namun sebenarnya hidup kita, kita sendiri
yang tentukannya. Bukan kerajaan atau sesiapa
pun! Sekiranya harga gula naik, maka kita perlu
berusaha lebih kuat lagi bagi memastikan gaji
bulanan juga naik. Sekiranya ada cara mengawal
perbelanjaan tidak perlu, kita mesti mulakan
sekarang supaya pada akhirnya tabung simpanan
penuh dan pelaburan membeli aset boleh dilakukan.

Bacalah kisah 50 jutawan Malaysia yang
mampu melakukannya dan mengubah hidup
mereka. Ramai berkongsi tips yang sama, kerja
kuat, gunakan bakat, intai peluang dan berbelanja
mengikut keperluan. Moga pembaca e-book ini juga
akan menjadi jutawan!

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

1) Lalitha Kaleedhass

Mutiara Kata: Memulakan bisnes tanpa sebarang
wang, ia bukan sesuatu yang mustahil.
Pengasas bersama Multimedia Glory Sdn Bhd (MMG)
sebenarnya adalah seorang bekas suri rumah
dari Coimbatore, Tamil Nadu, India. Beliau tiba di
Malaysia pada tahun 1997 dengan hanya sehelai
sepinggang. Bersama-sama dengan anaknya dan
sepupunya yang telah menetap di Malaysia semenjak
1987, beliau memulakan sebuah syarikat perisian
kecil pada tahun 1999 dari sebuah apartmen di
Brickfields, Kuala Lumpur.

Kerja pertama syarikatnya adalah menjana
laporan untuk Affin Bank, menyalin dan menguruskan
data daripada sistem lama yang ingin digantikan.
Beliau perlu bekerja pada hujung minggu apabila
bank tutup dan untuk setiap laporan, beliau dibayar
RM500. Berpuas hati dengan kualiti kerja, bank
berkenaan memberi lebih banyak projek kepada
MMG.

Syarikat berkenaan kemudiannya berjaya
masuk ke sektor kerajaaan, melaksanakan sistem
untuk Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi
yang lain. Hari ini, MMG menikmati pendapatan
berjumlah RM200 juta dan keuntungan di antara
RM10 juta ke RM20 juta.

“Kami tidak mempunyai sebarang modal
permulaan. Hanya mohon kemudahan bank bila
mengesahkan pesanan daripada pelanggan. Jangan
pohon pinjaman jika anda memulakan satu bisnes
dan berharap untuk mendapatkan sesuatu.”

4

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

2) Datuk Yusuf Taiyoob

Mutiara Kata: Sokongan keluarga akan menguat-
kan diri menempuh cabaran perniagaan.
Siapa tidak kenal kurma yang paling popular di
Malaysia berjenama Yusuf Taiyoob bersempena
dengan nama pemiliknya sendiri iaitu Datuk Yusuf
Taiyoob. Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di
negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma,
apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem,
Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Paling menarik, kilangnya terletak di lokasi
strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara
Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan
terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat
cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang
besar di satu sudut. Prinsip utama dalam hidup
Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang
lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi
bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran
dan pengalaman pahit.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam
perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak
wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan
ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi
saya bersyukur mendapat bantuan keluarga. Itu
menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan
atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan
pandang langsung, malah anda akan ditendang ke
sana dan ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Selepas gagal dalam perniagaan minyak
wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain…
termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus,
makanan kering dan rempah. Beliau kemudian
mencari bentuk perniagaan baru, walaupun

5

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah
terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara
ini. Walaupun menyedari wujud persaingan pada
waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990,
beliau percaya sudah ada pelanggan tetap… selain
harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn
Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar
pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan
kering serta basah dari luar negara untuk pasaran
di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian
pengedar di seluruh negara. Bagi memastikan stok
kurma mampu memenuhi permintaan pasaran,
Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan
tiga bulan lebih awal dan sebaik sahaja musim
perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk
menyambut Ramadhan tahun hadapan.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan,
kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi
bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita bantu orang susah sebab saya rasa seronok
apabila mampu mengurangkan beban mereka.
Kalau ada lebih kita mesti bersedekah dan beringat
bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

3) Irfan Khairi

Mutiara Kata: Di Malaysia ada banyak lagi jurang
dalam pasaran. Isi kekosongan tersebut, pasti
akan berjaya.
Bermodalkan wang sebanyak RM500, Irfan Khairi
yang baru berusia 28 tahun, sudah pun bergelar
jutawan. Melihat dari segi luaran, penampilan lelaki
ini cukup ringkas dengan kemeja T dan seluar
jeans. Tiada lambang barang-barang mewah yang
menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan.

6

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Irfan Khairi merupakan seorang graduan dari
Universiti Staffordshire, Britain dan pernah bekerja
di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar
di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd.

Selaku seorang pereka sistem multimedia
dan perunding internet, Irfan bertanggungjawab
mencipta satu sistem pembelajaran internet,
dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh
lebih 5,000 buah sekolah di Britain. Berasaskan
minatnya yang mendalam dalam bidang internet
dan perniagaan, beliau kemudian memulakan
‘perusahaannya’ sendiri pada tahun 1999.
Perniagaan itulah yang membawanya menjadi
seorang jutawan pada usia yang begitu muda.

“Perjalanan mencari satu juta ringgit
sebenarnya bermula ketika saya belajar di Universiti
Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya
kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya
lebih kepada seni rekaan. Selesai belajar di
UiTM, saya melanjutkan pelajaran ke Britain
dalam bidang multimedia.” Sejak itu, Irfan cuba
mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan
wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar
jika beliau bekerja dengan orang, beliau tidak
akan dapat menghasilkan banyak wang. Justeru,
Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.
Perniagaan internetnya melibatkan perkhidmatan
membentuk buku eletronik (e-book), laman web,
grafik, SEO (Search Engine Optimization), menjual
peta, penempahan hotel, perunding multimedia,
e-niaga dan pembelajaran. Nyata segala percaturan
perniagaannya berkembang dengan pesat.

“Internet adalah cara saya mendapatkan
pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ, tiga tahun
kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang

7

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

pertama,” jelas Irfan secara jujur. Perkhidmatannya
digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata
dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat,
Britain, Negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan
Australia. Menurut Irfan, dia memang seorang yang
bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk
menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun.
Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.

4) Datuk Samuri Juraimi

Mutiara Kata: Perniagaan makanan dan minuman
adalah perniagaan yang boleh dilakukan oleh
semua orang. Apa yang membezakan adalah
ketahanan dan kerajinan.
Sate Kajang Haji Samuri dimiliki oleh Datuk Samuri
Juraimi, seorang usahawan yang sudah 20 tahun
membangunkan empayar perniagaan sate yang
terkenal itu. Memulakan kisah perniagaannya, beliau
belajar resepi membuat sate pada usia 14 tahun.
Beliau kemudiannya membuka gerai pertamanya
di sebelah Stadium Kajang bersama enam orang
pekerja dan kini berkembang sehingga mempunyai
22 cawangan seluruh Malaysia dengan 600 pekerja.

Menurut beliau, beberapa syarikat pernah
menyatakan minat untuk bekerjasama tetapi apa
yang ditawarkan dilihat seolah-olah cubaan untuk
‘membunuh’ perniagaannya. “Saya tidak mahu Sate
Kajang Haji Samuri mudah diambil alih mana-mana
pihak dan akhirnya jatuh kepada orang asing,” kata
beliau.

“Kami bercadang meluaskan perniagaan ini
secara francais dan ia mampu dicapai sekiranya kami
berjaya mendapatkan lesen Amalan Pengilangan
Terbaik (GMP).”

8

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Dengan lesen GMP itu, Samuri berkata, pihak
beliau turut bercadang mengeluarkan produk
sate sejuk beku yang bakal dipasarkan ke luar
negara. “Dengan menekankan kepada aspek
pengkomersialan, saya yakin perniagaan kami dapat
diperbesarkan lagi seperti mana francais ternama
yang wujud di negara ini.”

Datuk Samuri berhasrat untuk mewujudkan
sekurang-kurangnya satu cawangan di setiap negeri
seluruh negara. Beliau berkata, perniagaannya kini
dikendalikan oleh ‘generasi kedua’ yang terdiri
daripada anak-anak serta menantunya.

5) Puan Normi Tandoh

Mutiara Kata: Perniagaan yang bermula dari
rumah boleh berkembang pesat apabila ada
usaha keras dan motivasi tinggi untuk berjaya.
Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas
perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil
langkah memulakan perniagaan nasi lemak di
Kampung Baru yang ketika itu merupakan kawasan
orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa
kilogram beras, perniagaannya terus berkembang
dari setahun ke setahun.

Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari,
Puan Normi perlu memasak sehingga 50 kilogram
beras bagi memenuhi permintaan pelanggan yang
semakin mengenali kedainya. Keenakan nasi lemak
Puan Normi terus mendapat sambutan masyarakat
pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam
anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak
Antarabangsa. Nama itu dipilih bagi menghargai
seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar
membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar
negara setiap kali bertugas.

9

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Tahun 1990an, keenakan masakan Puan
Normi mula mendapat perhatian media apabila
Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis
mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa.
Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan
sahaja terus tersebar menerusi buah mulut orang
ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak
dan eletronik. Tahun 1990-an juga menyaksikan
perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan
Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun
1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga
sebelum tengah hari. Tetapi atas permintaan para
pelanggannya, beliau telah mengubah waktu
perniagaan dari 6.00 petang sehingga 10.00 malam
yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11.00 pagi
keesokan harinya.

Menjelang alaf baru tahun 2000, banyak
pembaharuan berlaku kepada perniagaaan
Puan Normi. Walaupun perniagaannya sedikit
merosot berikutan pembukaan Putrajaya sebagai
pusat pentadbiran kerajaan menyebabkan ramai
kakitangan kerajaan tidak lagi datang ke gerainya…
beliau menyaksikan sendiri sesuatu yang tidak
pernah diimpikan iaitu pembukaan restoran Nasi
Lemak Antarabangsa berkonsepkan kafe. Ia
membawa permodenan dan nafas baru kepada
konsep perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa yang
cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

6) Ali Hassan

Mutiara Kata: Penting membina reputasi, bila
ada reputasi yang baik, barulah orang sekeliling
akan mempercayai
Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-
jinak dalam bidang perniagaan menjual aiskrim

10

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

yang dibuat ibunya. Hari ini, kesungguhannya
dalam bidang perniagaan membawa kejayaan
dengan wujudnya empayar bernama AL-ikhsaN.
Memupuk minat bisnes sejak kecil dengan prinsip
hidup yang kuat berpegang kepada ajaran Islam,
hari ini sebanyak 59 buah butik aL-ikhsaN di seluruh
negara wujud dan menjadi bukti sebuah empayar
perniagaan hebat milik Ali Hassan.

Rangkaian kedai aL-ikhsaN bukan asing lagi
dalam kalangan anak muda yang menggemari
produk sukan berjenama popular seperti Nike,
Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora
pada harga yang murah. Empayar al-ikhsaN di
seluruh negara sebenarnya bermula dengan urusan
jual beli baju sukan berasaskan modal kecil dengan
kelompok pelanggan yang tidak besar.

Pada masa itu, baju sukan hanya dijual kepada
warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,
Johor. “Menuntut di universiti dahulu, saya akan beli
satu dan jual satu. Ketika itu, jualan kecil dan modal
juga kecil. Sewaktu itu juga, saya bekerja sambilan
sebagai penghantar piza untuk menampung
perbelanjaan pengajian dan sara hidup,” katanya
yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal
UTM. Ketika ditanya mengenai biasiswa yang
diterimanya, beliau berkata: “Memang saya ada
terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada
ibu kerana kami bukan orang senang.”

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang
pernah ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran
ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung
mengusahakan perniagaan. Bercerita lanjut
mengenai aL-ikhsaN, Ali Hassan memberitahu
perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di

11

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan
daripada titik peluhnya sendiri.

“Ketika itu, sukar mendapatkan pinjaman
bank kerana saiz perniagaan kecil. Tetapi itu
bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin
dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan
secara pantas. Dapat sahaja barang hari ini, jual
secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana
sahaja asalkan boleh dijual,” katanya yang pernah
naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta
bagi memperoleh tempahan dan memasarkan
barangannya. Atas usahanya, butik aL-ikhsaN
mendapat sambutan hangat di Johor Bahru dan kini
mempunyai puluhan cawangan di seluruh negara.
Malah Ali Hassan sudah boleh berbangga menjadi
bumiputera pertama yang mempunyai rangkaian
kedai sukan bertaraf jenama antarabangsa.

7) Allahyarhamah Dato’ Sosilawati
Lawiya

Mutiara Kata: Taraf pendidikan tidak
menentukan siapa diri kita. Usaha kuat yang
akan membuktikan sejauh mana seseorang itu
boleh mencipta sejarahnya.
Kecantikan pastinya dikaitkan dengan wanita. Dan
hakikat ini sangat membantu para usahawan produk
kecantikan memajukan perniagaan mereka. Melihat
kejayaan wanita yang terlibat dalam perniagaan
kecantikan, selalunya kita hanya melihat kisah
kejayaan mereka. Tetapi pastinya di sebalik cerita
kejayaan akan terselit liku-liku kepayahan dalam
mengharungi hidup dan perniagaan.

Pengalaman hidup yang diharungi oleh
usahawan kosmetik berjaya Dato’ Sosilawati

12

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Lawiya dalam mengharungi liku-liku kehidupannya
sememangnya sangat mengharukan. Akibat
kegagalan perkahwinan, peristiwa itu benar-benar
mengajar beliau erti kehidupan.

Satu ketika dahulu, Dato’ Sosilawati pernah
menjaja produk kecantikan dari rumah ke rumah
sambil mengendong bayinya. Ini semata-mata untuk
mendapatkan wang bagi menyara enam anaknya
yang masih kecil selepas suami yang menjadi tempat
bergantung menceraikannya. Biarpun tidak pernah
keluar bekerja sepanjang bergelar isteri, Sosilawati
tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk
mengharap belas ehsan daripada orang lain bagi
meneruskan kehidupan.

Wanita kelahiran Sri Medan, Batu Pahat,
Johor ini bercerai pada usia awal 30-an dan itu
membuatkannya menjadi lebih berani untuk
menongkah liku-liku kehidupan.

“Saya akui, perceraian pertama memang perit
apatah lagi di bahu saya tergalas tanggungjawab
memastikan anak-anak membesar sempurna,’’
katanya.

Sosilawati percaya bahawa jodoh dan
pertemuan itu urusan Tuhan malah tidak keterlaluan
jika dikatakan perceraian tersebut menjadi
pencetus kepada kejayaannya sekarang. Bagi beliau
peristiwa itu mengajarnya untuk berdikari dan mula
bercampur dengan rakan-rakan yang terlibat dalam
perniagaan kosmetik dan kecantikan dan mendapati
ia merupakan sebuah perniagaan yang bagus.
Berkat kesabaran dan menganggap kegagalan
sebagai pengajaran, Sosilawati gigih mengusahakan
rangkaian produk kecantikan Nouvella Visage (NV)

13

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

malah sudah bergelar usahawan kosmetik berjaya
pada usia 40-an.

Mengakui tidak mempunyai pendidikan yang
tinggi hanya sekadar SPM sahaja namun beliau
sanggup bermula dari bawah.

“Pada asalnya saya hanya menjual produk
kosmetik orang lain kemudian saya menubuhkan
butik kecantikan. Saya buat sendiri semua urusan
dari memberi facial hinggalah menarik pelanggan.
Namun berkat dari usaha bersungguh-sungguh
dan tidak mengenal erti putus asa, saya menikmati
hasilnya sekarang,” katanya.

Walaupun ikon ini sudah meninggal dunia,
hingga kini namanya diingati sebagai ikon jutawan
wanita Malaysia yang berjaya.

8) Sarimah Jantan

Mutiara Kata: Berani berubah, barulah
pendapatan kecil boleh berubah menjadi besar.
Sambutan baik itu terhadap kuih tradisional telah
mendorong Sarimah Jantan, untuk menjalankan
perniagaan produk tersebut secara komersial.
Mengambil keputusan berhenti kerja sebagai guru
tadika pada tahun 1990, beliau kemudiannya
menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Setelah berhenti, saya cuba melibatkan di
dalam bidang jahitan dan menerima pendapatan
sekitar RM300 hingga RM1,000 sebulan. Disebabkan
menjahit memerlukan komitmen dan tenaga yang
tinggi, saya akhirnya memilih untuk menjual produk
makanan bermula tahun 2000.”

Ketika itu, beliau menjalankan perusahaan
membuat kerepek, roti, kek dan dodol di rumahnya

14

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

yang terletak di Seksyen 24, Shah Alam. Sambutan
baik yang diterima mendorong beliau membina kilang
memproses di Seksyen 36 dan operasi di sana telah
dimulakan pada tahun 2003. Dengan kos sebanyak
RM30,000, beliau telah membina bangunan kilang,
membeli peralatan dan ketuhar serta menubuhkan
syarikat di bawah penjenamaan Hidayah Cookies.
Bermula tahun 2004, operasi perniagaannya
terus berkembang melalu penerimaan bantuan
yang diberikan oleh Jabatan Pertanian sebanyak
RM10,000. Dana itu digunakan untuk membeli
beberapa buah lagi ketuhar, peralatan lain seperti
meja dan juga peti dingin beku.

“Bagi memperkembangkan produk makanan
ini, saya cuba pula menghasilkan piza dan juga
biskut coklat cip,’’ jelasnya.

Beliau memberitahu, biskut tersebut serta
dodol merupakan antara produk yang mendapat
permintaan tinggi sepanjang tahun. Apa yang
menarik, dari segi pembungkusan, syarikatnya
telah mendapat bantuan Sirim Berhad untuk
mereka bentuk kotak dan label yang menarik. Untuk
mengekalkan kualiti dodolnya, beliau mempunyai
petua dan cara tersendiri ketika menyediakan
makanan tersebut. Antaranya adalah seperti
menggunakan air bertapis serta memasak mengikut
langkah yang teratur dan sempurna.

Untuk musim perayaan tahun ini sahaja,
syarikatnya telah mengeluarkan lebih 40 guni
biskut coklat cip dengan setiap satu daripadanya
mempunyai berat 25 kilogram (kg). Beliau turut
bercadang untuk menghasilkan beberapa lagi
jenis biskut seperti oat, nestum dan badam pada
masa hadapan. Bagi menarik perhatian pelanggan,

15

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

pihaknya juga ada menyediakan hamper dan
menerima tempahan untuk majlis perkahwinan.

Dalam memastikan perniagaan beliau berjaya
dan berjalan lancar, pelbagai cabaran telah beliau
ditempuhi seperti pernah ditipu dan bekerja tidak
tentu masa. “Walaupun saya mempunyai 12 orang
pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan,
namun saya tetap perlu turun padang memantau
keadaan tempat pemprosesan pada masa-masa
tertentu,’’ katanya.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang
perniagaan tersebut, ibu kepada empat orang anak
itu mendapat dorongan serta bantuan daripada
suami dan juga adik beradiknya. Untuk perancangan
pada masa hadapan, jutawan biskut ini bercadang
memperluaskan pasaran produknya ke Sarawak,
Sabah, Brunei dan Singapura.

9) Taib Muda

Mutiara Kata: Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.
MENGENANGKAN kehidupannya yang miskin lebih
25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi
jutawan hanya dengan mengusahakan keropok.
Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda atau lebih
dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal
kegagalan dalam perniagaan bagi memastikan
impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.

Bagi penggemar keropok kering dan lekor
dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok
Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana
terkenal dengan keenakan dan keasliannya.
Pembabitan awalnya dalam bidang ini bermula pada
1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong

16

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan.

“Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh
yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung
ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat
perut semata-mata untuk memastikan anak
cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini
Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika. Selepas
berbincang bersama isterinya, Suri Ngah Taib,
40, yang setia mengharungi kesusahan dihadapi
mereka, Pak Embong mendapat ilham untuk
memulakan perniagaan keropok kering dan lekor
secara kecil-kecilan.

Walaupun pernah ada kata-kata sinis
dilemparkan kepada dirinya dan keluarga ketika
memulakan perniagaan, ia dianggap sebagai asam
garam dan pencetus semangat untuk terus berjaya.
Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih
muda ketika itu membuang perasaan malu apabila
sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap
hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan
Perikanan di Pulau Kambing.

Menurutnya, keropok lekor yang siap diproses
bersama isterinya itu dijual di sekitar kampung
dan bandar Kuala Terengganu. Rutin mengayuh
beca dengan menjaja keropok berterusan lebih
sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul
dijadikan modal untuk membuka kedai menjual
makanan tradisi itu di Paka, Terengganu dan Johor
Bahru. Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan
bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia
bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus
bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan
untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong
Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.

17

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila
keropok keluarannya menerima sambutan hangat,
terutama daripada orang luar yang bertandang
ke perkampungan berkenaan. Beliau kemudian
melebarkan sayap dengan membuka empat lagi
cawangan kedai keropok di Cameron Highlands,
Pahang dan Gua Musang, Kelantan.

Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan
lancar dan semua cawangan berkenaan memberi
pulangan seperti diharapkannya dengan purata
keuntungan RM30,000 sebulan. Keuntungan itu
juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada
musim cuti sekolah dan perayaan.

Walaupun hidup semakin mewah dan kini
memandu BMW dengan hasil perniagaan keropok,
Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan
dilalui, terutama ketika terpaksa mengayuh beca
untuk menjual keropok.

10) Datuk Chef Wan

Mutiara Kata: Masakan dan makanan boleh
menggembirakan orang lain. Ia industri yang
tidak mungkin mati sampai bila-bila.
Di Malaysia, Datuk Chef Wan merupakan chef paling
terkenal dan dikatakan menerima pendapatan
tertinggi berbanding dengan chef lain di negara ini.
Beliau yang hampir 30 tahun menceburi bidang itu
bermula dari bawah dan kini bakatnya dalam bidang
tersebut diiktiraf di peringkat dunia dan menjadi
kebanggaan negara.

Dilahirkan pada tahun 1958 di Singapura,
pemilik nama Redzuawan Ismail ini merupakan
pengacara masakan No. 1 di Malaysia. Pada usia
tiga tahun, keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur

18

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal
Air Force ke The Malaysian Air Force. Menetap di
pangkalan Angkatan Tentera Udara, di sinilah beliau
mengembangkan bakat memasak. Seni memasak
yang dipelajari daripada ibunda dan nenda tercinta
serta didorong rasa ingin tahu dan sering melakukan
eksperimen, telah mengasah bakat Chef Wan di
dapur.

Menerima gelaran Datuk baru-baru ini, penat
lelah selama lebih 30 tahun yang dipikul beliau dalam
mengharumkan nama negara akhirnya terbalas.
Figura terkenal ini telah berjaya membuka mata
banyak pihak bukan saja dalam negara malahan
di peringkat antarabangsa dalam bidang masakan
yang rata-ratanya dimonopoli oleh kaum Hawa.

Memasak untuk personaliti terkenal seperti
Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika
Syarikat, Bill Clinton, kehebatan beliau bukan pada
penghasilan hidangan istimewa tetapi pada celoteh
dan keletahnya yang unik dan mampu memukau
penonton sepanjang hari. Antara trademark beliau
ialah menggunakan leteran nenek di kampung
dalam interaksi dengan penonton yang tidak pernah
gagal untuk memikat hati penonton. Beliau juga
digelar Jamie Oliver di Britain dan Martha Stewart
di Amerika tetapi versi Malaysia.

Tidak ramai yang tahu bahawa tukang masak
kesayangan rakyat Malaysia ini adalah seorang
akauntan bertauliah. Dek kerana minat yang amat
mendalam dalam bidang masakan, beliau berhenti
kerja, ambil ijazah dalam Latihan Profesional Chef
dan Pengurusan Hotel dari California Culinary
Academy di San Francisco, Amerika Syarikat dan
berusaha gigih untuk menjadi seorang chef yang
kreatif, berinovasi dan profesional.

19

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Beliau mengambil keputusan drastik dengan
membuat belok terbesar dalam hidupnya pada
17 tahun dulu walaupun keputusan itu akan
mengecewakan bapanya. Tidak mampu lagi untuk
membohongi diri, berpakaian kemas dan menjalani
kehidupan korporat bukanlah sesuatu yang ingin
dilakukannya dalam hayat ini. Tujuh tahun bekerja
untuk sebuah bank membuatkan beliau rasa
terseksa dan mengatakan pada diri bahawa enough
is enough. Beliau terdesak untuk melakukan
perubahan kerjaya dan mahu melakukan sesuatu
yang dicintainya iaitu makanan.

Mengimbas kembali pada turning point beliau,
tiada siapa yang menyangka bahawa Chef Wan tidak
pernah menyesal akan keputusan untuk beralih
profesion. Walaupun beliau harus bermula daripada
bawah dengan membasuh pinggan mangkuk dan
pada masa yang sama membiayai pengajiannya
sendiri, beliau puas. Selain daripada ijazah yang
diperoleh, beliau turut memiliki Diploma dari Hotel
Ritz, Paris.

Chef Wan juga telah dinamakan sebagai Chef
Selebriti Televisyen Terbaik di Anugerah Buku
Masakan Dunia Gourmand tahun lepas di Perancis.
Terkenal sebagai seorang yang bekerja kuat dan
seolah-olah yang tidak cukup dengan rencana harian
yang padat, beliau bakal melancarkan pelbagai set
pinggan mangkuk dan dapur, yang dinamakan Chef
Wan Lifestyle dengan cara jualan langsung.

11) Amarullah Sudin

Mutiara Kata: Majukan diri, usaha kuat dan
jangan letak limitasi pada diri sendiri.

20

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Dahulu pernah mengambil upah RM220 sebulan,
kini beliau menjadi idola peneroka kerana statusnya
sebagai ‘Jutawan Felda’.

Amarullah Sudin, amat disenangi oleh
masyarakat Felda Umas. Menjejak kembali
kisahnya… ternyata isteri tercinta, Muniati Asnawir,
menjadi tulang belakangnya dalam bidang pertanian,
penternakan dan pembinaan. Pada beliau, isterinya
adalah perancang kewangan dan ekonomi terbaik
untuk keluarga hingga membolehkan beliau berjaya.
Isterinya menguruskan hal-hal kewangan serta
menggalakkan mereka berjimat-cermat dengan
membeli mengikut keperluan dan bukan keinginan.
Besar pengaruh isterinya hingga beliau terkenang
kembali insiden kehilangan 5 ekor lembu ketika
mula berjinak-jinak menjadi penternak pada 2000.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan isterinya, lalu
mendorong Amarullah berusaha mengganti semula
lembu yang hilang.

“Ingatkan kembali, memang ia peristiwa
sedih. Namun, menjadi lucu kerana saya terpaksa
berbohong dengan isteri dan memberitahu lembu
yang hilang sudah ditemui semula. Sedangkan,
saya terpaksa membeli lembu-lembu baru untuk
menggantikan yang hilang itu. Tetapi, saya tidak
pernah menyalahkan isteri atas kemarahannya itu
kerana isteri risau saya tidak ada pengetahuan
dalam bidang penternakan.”

“Selepas peristiwa itu, saya terus mengikuti
kursus penternakan lembu di Jabatan Perkhidmatan
Haiwan (JPH). Saya mula bertatih dan sekarang,
bilangan lembu yang diternak mencapai 500 ekor.
Saya juga ada 170 ekor kerbau yang dipasarkan di
Sarawak termasuk Indonesia.”

21

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Pada Amarullah, keikhlasan ketika
melaksanakan tanggungjawab serta disiplin yang
tinggi amat penting untuk mencapai kejayaan malah
menjadi pegangannya selama ini.

“Rutin harian saya bermula awal pagi bagi
memastikan lembu-lembu berada di kawasan
ladang meragut rumput. Saya juga mengikat
kontrak dengan pihak Felda untuk menjalankan
kerja pembersihan kawasan menggunakan haiwan
ternakan saya mengikut blok yang ditetapkan.”

Itulah bukti kegigihan seorang bapa kepada
sembilan orang anak ini dalam mengubah taraf
hidup. Kesusahan yang dirasai sebelum ini tidak
pernah menjadi halangan mencipta kejayaan. Usaha
dan semangat juang yang kental dalam diri beliau
dan anggota keluarga yang tidak pernah berputus
asa memajukan diri, menjadi kunci kepada kejayaan
seisi keluarga.

12) Tuan Haji Burhanuddin

Mutiara Kata: Pelajari dan kuasa bidang bagi
memaksimakan kejayaan.

Upin dan Ipin merupakan watak animasi yang dicipta
dan diketengahkan oleh syarikat Les Copaque
Productions Sdn. Bhd. Tunjang utama syarikat
ialah Tuan Haji Burhanuddin. Beliau sebenarnya
mempunyai pengalaman kerja dalam bidang Oil
and Gas. Selepas menghabiskan pengajian di
universiti, beliau berkhidmat dengan PETRONAS
sebagai Jurutera Petroleum. Sebelum menceburkan
diri dalam bidang perniagaan, beliau menyandang
beberapa jawatan utama dalam PETRONAS
dan kebanyakan masa diminta berkhidmat di
Miri, Sarawak. Selepas bersara, beliau dijemput
menyertai Dayang Enterprise Sdn. Bhd. (DESB)

22

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

sebagai Managing Director dan rakan kongsi. DESB
merupakan syarikat yg menawarkan perkhidmatan
kepada industri Oil and Gas.

Di DESB, beliau berjaya meningkatkan modal
pusingan syarikat daripada RM8 Juta kepada RM40
juta. Pada tahun 2000, DESB mencipta rekod apabila
memenangi hampir kesemua tender yg ditawarkan
bagi perkhidmatan ‘maintanance’ dalam industri
Oil and Gas, menjadikan modal pusingan syarikat
berkembang kepada RM130 Juta. Pada tahun
2005, rakan kongsi beliau ingin membawa syarikat
ke bursa saham Kuala Lumpur. Namun beliau
tidak mempersetujui dan mengambil keputusan
meninggalkan terus dunia Oil and Gas.

Berbulan-bulan lamanya beliau hanya berada
di rumah dan bermain golf. Dan pada satu ketika
terdetik di hati beliau, sampai bila harus begini.
Isteri beliau mempunyai minat dan bakat dalam
penulisan skrip dan pernah bercadang menjadi
penerbit filem. Secara kebetulan, tiga graduan dari
MMU telah berjumpa dan membuat pembentangan
mereka kepada belian tentang impian mencipta
watak animasi 3D tempatan dan ini telah menambat
hati Tuan Haji Burhanuddin. Tertarik dengan
kemampuan tiga graduan ini, beliau menubuhkan
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.

Bermulalah perjalanan Les` Copaque
menerbitkan filem animasi 3D dengan penulisan
jalan cerita, watak dan sebagainya mengikut
kehendak dan selara rakyat Malaysia.

Watak Upin dan Ipin menjadi satu fenomena
bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia,
Singapura dan Brunei. Ia juga kini telah ditayangkan
di 17 kawasan di Asia melalui Disney Channel Asia.

23

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Upin dan Ipin juga adalah filem tempatan pertama
yang berjaya menembusi pasaran filem India. Kini,
Upin dan Ipin bukan lagi watak dalam filem tetapi
telah menjadi satu jenama unggul dari Malaysia yg
meliputi cenderahati, restoran dan tidak lama lagi,
Taman Tema Upin dan Ipin.

13) Tuan Haji Habib Mohamed

Mutiara Kata: Berpegang pada satu prinsip iaitu
berdedikasi dalam perniagaan.
Bermula sebagai satu perniagaan keluarga, Tuan
Haji Habib Mohamed berjaya memikat hati para
pasaran dengan sifatnya yang mendahulukan
kehendak pelanggan. Beliau tidak mempunyai role
model untuk dicontohi dalam perniagaan berlian
pada ketika itu tetapi tekad beliau ialah menjaga
kehendak dan hati pelanggannya yang dianggap
sebagai asset penting dalam perniagaannya.

Dedikasi dan motivasi tinggi dalam dirinya untuk
menghasilkan corak dan produk yg berkualiti tinggi
akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat
berlian. Bermula di Pulau Pinang, pelanggannya
sudah menjangkaui luar Pulau Pinang dan negeri-
negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Langit
tidak selalu cerah, pada era kejatuhan ekonomi
pada 1980an, Tuan Haji Habib berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan dugaan dalam perniagaan.

Beliau tetap percaya bahawa kualiti produk
yang baik adalah asas untuk terus bertahan dalam
perniagaan. Perniagaan Habib Jewel mendapat
nafas baru apabila anak Tuan Haji habib Mohamed
iaitu Meer Sadik mengambil alih perniagaan ini
sebagai Pengarah Urusan. Dengan latar belakang
sebagai gemologist daripada Gemological Institute
of America dan ijazah dalam bidang perniagaan,

24

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Meer Sadik telah membawa Habib Jewel ke arena
skala perniagaan yg lebih besar.

Sebagai contoh, beliau telah membuat kejutan
dalam perniagaan berlian secara agresif apabila
mengeluarkan iklan penuh warna satu muka
dalam akhbar The Straits Times, Singapura sehari
sebelum Festival Berlian (Jewel Fest) dibuka. Beliau
juga memperkukuhkan nama Habib Jewel dengan
menjalankan usahasama dengan pengeluar berlian
hiasan antarabangsa seperti koleksi Queen’s Heart
dan Heart on Fire dari Amerika Syarikat. Entiti
perniagaan berlian antarabangsa yang dijalinkan ini
memperkukuhkan lagi Habib Jewel dalam industri.

Kini, nama Habib Jewel tidak asing lagi bagi
pencinta barang kemas, bermula dari kedai kecil
di Penang, namanya kini gah seantara dunia.
Semuanya bermula hanya dengan satu perkataan
iaitu DEDIKASI yang diamalkan oleh keluarga Habib.

14) Datuk Stapa Omar & Datuk
Azlina Che Abdullah

Mutiara Kata: Gantungkanlah impian setinggi
bintang, kalau jatuh sekalipun… kita akan
tersangkut di atas awan.
Dua insan yang saling melengkapi ini bijak mengurus
hubungan dengan baik agar keluarga serta
periuk nasi berjalan seiring. D’Clasicc Life (DCL),
D’Navechee, DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang
dan DCL Manufacturing adalah antara syarikat yang
diuruskan berdua dan menjadi antara pasangan
jutawan bumiputera yang disegani semua.

Mereka lahir daripada latar belakang yang
hampir sama. Seorang dari Terengganu dan seorang
lagi dari Kelantan. Lebih nostalgik, Azlina dan Stapa,

25

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

masing-masing asalnya anak orang miskin yang
perlu bersengkang mata demi sesuap nasi.

Datuk Azlina, kematian bapa ketika kecil dan
ibunya hanyalah seorang penjual kuih tradisional.
Datuk Stapa pula adalah anak yatim piatu yang
tiada harta warisan keluarga. Ketika muda, kedua-
dua ikon ini menghabiskan waktu dengan bekerja
dan tiada masa untuk bercinta.

“Saya jenis yang tidak bergaul sangat dengan
budak lelaki sejak dari sekolah lagi. Itu yang
diajarkan oleh arwah bapa saya sampailah saya
jumpa Datuk. Kami terjumpa buat pertama kali
semasa ceramah motivasi jualan langsung. Dahulu
masa mula-mula jumpa, saya tidak tertarik pun
dengan Datuk. Tetapi lama-kelamaan, sebab selalu
jumpa, bercakap dan dengar ceramah motivasi
perniagaan olehnya, mulalah timbul rasa kagum,”
luah Datuk Azlina.

Atas pendedahan dalam sesi ceramah motivasi-
motivasi perniagaan yang dihadiri, mereka sama-
sama membuka syarikat yang berasaskan konsep
Multi Level Marketing.

“Ia bukan permulaan yang mudah. Kami
pernah dihalau keluar rumah kerana 10 bulan tidak
membayar sewa, kereta kena tarik, diisytiharkan
bankrap dan pernah dihalau dari bangunan yang
diduduki sekarang kerana bangunan itu dibeli oleh
orang lain. Ketika itu kami ibarat berada di tengah
lautan dan di sekeliling kami ada tsunami. Waktu itu,
saya hanya ada dia dan dia ada saya, itu sahaja,”
getus Stapa.

Isteri adalah kekuatan suami dan suami pula
kekuatan si isteri, ini antara pelajaran yang boleh
dikutip daripada kisah lampau pasangan berhati

26

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

waja ini. Kata pasangan ini, gantungkanlah impian
setinggi bintang, kalau jatuh sekalipun ia tersangkut
di atas awan. Rendahkan hati kita serendah mutiara
di dasar lautan, seandai timbul sekalipun, ia akan
tersangkut di antara batu karang.

15) Mohamed Faroz Mohamed Jakel

Mutiara Kata: Mulakan daripada perniagaan
kecil, kembangkan dengan kesungguhan. Bina
empayar dengan promosi berterusan.
Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil
sekiranya Jakel dilabelkan sebagi gedung tekstil
terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak
tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai
khususnya menjelang musim perayaan.

“Apa jua jenis perniagaan tentunya mempunyai
masalah. Kalau tidak mahu ada masalah, jangan
sesekali melibatkan diri dalam perniagaan.” Itulah
antara kata-kata semangat daripada arwah bapa
yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed
Faroz Mohamed Jakel dalam mengembangkan
empayar perniagaan tekstil mereka.

Merupakan anak kedua daripada 12 adik-
beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama
yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali
umum. Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak
tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di
sebuah premis yang kecil di Muar, Johor. Hanya
berbekalkan modal RM30 dan dua tenaga kerja,
Jakel menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan
dan runcit tanpa membayangkan keuntungan besar.

Tahun demi tahun, mereka berniaga untuk
survival masa hadapan. Perkembangan skala operasi
dan jaringan bisnes tidak sekali-kali mengubah

27

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

prinsip asas mereka iaitu untuk menjual jenis fabrik
yang mampu dimiliki oleh semua golongan.

Melihat kejayaan Jakel yang berdiri teguh pada
hari ini selepas tempoh lebih 25 tahun, bukan sedikit
liku dan cerita jatuh bangun yang didepani syarikat
itu. Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak yang
menyebarkan fitnah kononnya kain yang mereka
jual tidak bermutu tinggi dan berharga mahal. Tidak
cukup dengan itu, ketika negara mengalami krisis
ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima
tempiasnya. Tetapi disebabkan Jakel mempunyai
strategi perniagaan yang baik, keadaan itu tidak
terlalu menjejaskan kedudukan operasi Jakel.

Siapa sangka, ketika banyak syarikat bergelut
dengan iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel
dilimpahi rezeki apabila mampu membesarkan
ruang niaga dengan membeli panggung wayang
Rex untuk dijadikan stor dan jualan runcit di
Segamat, Johor. Mengenai cawangan syarikat yang
kini sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed
Faroz memberitahu, ilham tersebut bermula
kerana boleh dikatakan setiap hari Jakel menerima
kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana
kebanyakannya dari luar Johor.

Premis yang terletak di Kuala Lumpur
merupakan usaha signifikan Jakel dalam melebarkan
sayap ke ibu negara. Ini kerana nama Jakel bukan
hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan
biasa. Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung tekstil
kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen
tanah air.

Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat
pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk
pasaran tempatan dan luar negara.

28

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

16) Tuan Haji Mohd Tamin

Mutiara Kata: Modal paling penting dalam
perniagaan adalah keazaman.
Kicap Tamin yang popular, dimulakan perniagaannya
oleh Tuan Haji Mohd Tamin pada tahun 1951 di
Batu Gajah, Perak. Syarikat bernilai jutaan ringgit
ini hanya dimulakan dengan modal RM10 sahaja.
Bekalan atau modal yang paling bernilai adalah
keazaman dan ketelitian dalam menghasilkan
produk oleh pengasas kicap iaitu Tuan Haji Mohd
Tamin.

Beliau sangat teliti dalam memastikan kualiti
produk beliau terjamin. Ramuan dan adunan serta
proses pembuatan kicap ini amat dijaga rapi oleh
beliau. Hasil daripada kesungguhan beliau dalam
menjaga kualiti produknya, ia mendapat tempat
di hati suri rumah dan warga kampung sekitar.
Kesetiaan pengguna kepada produk beliau amat
kuat, sehingga ada anak-anak muda yang bekerja di
Kuala Lumpur tetap membawa kicap tamin sebagai
bekal apabila pulang dari kampung di sekitar Perak.

Daripada pengeluaran harian sebanyak
700 botol sehari, ia telah berkembang kepada
pengeluaran menjangkaui 80,000 botol sos dan
kicap sehari. Syarikat beliau juga maju setapak
ke hadapan dalam bidang pengilangan dengan
kemampuan membuka kilang moden di Batu Gajah
dan Kuala Kangsar dengan jumlah pekerja 250
orang.

Syarikat beliau juga telah mempelbagaikan
pengeluaran produk kepada pelbagai jenis produk
seperti sos cili, sos tomato, cuka,dan pelbagai
jenis kicap. Produk-produk syarikat beliau juga
berjaya menembusi pasaran Jepun, UK, Arab, dan

29

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Indonesia. Kejayaan Haji Mohd Tamin ini diteruskan
oleh anak-anak beliau melalui syarikat Salmi Hj
Tamin Sdn Bhd, Zamani Hj Tamin Sdn Bhd dan Maju
Tamin Trading Sdn Bhd. dan melalui kesepakatan
anak-anaknya, empayar kicap Tamin terus kukuh
hingga ke hari ini.

17) Allayarham Tan Sri SM
Nasimuddin SM Amin

Mutiara Kata: Berjimat cermat dalam perniagaan,
membolehkan keuntungan digunakan semula
untuk mengembangkan empayar.
NAZA sememangnya satu nama besar dalam industri
permotoran negara. Kumpulan Naza kini ada 14
bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri
seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan,
kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera,
pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan,
penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza
juga kini memegang hak francais Malaysia untuk
kenderaan Kia dari Korea Selatan, Peugeot dari
Perancis, serta permit import untuk kenderaan
Mazda. Naza turut menjadi pengimport kenderaan
mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan
terpenting di Malaysia melalui usaha-usaha seperti
Naza-Brabus.

Empayar hebat ini dimulakan dengan usaha
Allayarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, seorang
usahawan bumiputera yang unggul dalam kelasnya
yang tersendiri. Beliau memulakan perniagaan pada
usia 21 tahun.

Bapanya seorang kontraktor dan beliau telah
bekerja membantu bapanya dalam perniagaan
seawal usia 16 tahun lagi. Hasil daripada sikap
berjimat dan menabung, beliau berjaya menyimpan

30

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

wang sebanyak RM80,000 dan memulakan per-
niagaan beliau sendiri.

Memandangkan minat beliau adalah kepada
kereta dan industri automobil, beliau bercadang
membawa kereta terpakai dari Jepun. Tanpa
bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000,
beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara
matahari terbit dan menetap selama 3 bulan di
sana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau
juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun
dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi
memastikan kereta tersebut dijual. Dalam masa
3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta
tersebut.

Memulakan operasi pertama di kedai beliau
di Taman Maluri, beliau melangkah lebih jauh
dengan membuka cawangan di Kampung Baru
dan mensasarkan jualan sehingga 40-60 biji
kereta sebulan. Beliau berjaya melakukannya dan
perniagaan semakin berkembang.

Antara tips kejayaan yang sempat dikongsikan
adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa
menyimpan keuntungan untuk dilaburkan kembali
supaya proses mengembangkan perniagaan dapat
dilaksanakan dengan jaya. Kini walaupun arwah
sudah tiada, empayarnya diambil-alih oleh anak-
anaknya. Antara pengembangan berterusan dari
Naza Group of Companies adalah memulakan
francais perniagaan aiskrim Tutti Fruity dan
pembinaan hartanah mega di sekitar KLCC.

18) Datuk Normaziah Sheikh
Mohamed

Mutiara Kata: Pengalaman hidup mampu

31

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

mematang dan mendorong untuk mencapai apa
yang dicita-citakan.
Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, wanita cekal
yang mempunyai kisah hidupnya sendiri. Baginya,
kegagalan perkahwinan pertama tidak pernah
membuatkan beliau menjadi manusia pasif,
sebaliknya dijadikan iktibar bangkit meneruskan
kehidupan. Demi membesarkan dua anaknya yang
ketika itu masih kecil, beliau menceburi pelbagai
bidang perniagaan termasuk kecantikan.

Menyingkap penglibatannya dalam bidang
kecantikan, Normaziah bukanlah orang baru kerana
sudah hampir 13 tahun dalam bidang tersebut.
Keputusan mengambil hak ke atas jenama Kayla,
produk yang diimport dari Beverly Hill, Amerika
Syarikat di bawah syarikatnya, Dermilab Sdn.
Bhd., merupakan antara langkah berani sepanjang
penglibatannya dalam bidang kecantikan.
Kegigihannya mengembalikan semula perniagaan
Kayla, suatu ketika dahulu begitu gah sebelum
mengalami kejatuhan, membuktikan kekuatan yang
ada dalam diri wanita ini.

Sekiranya sebelum ini Kayla mengimport
100% barangan dari luar negara, kini jenama ini
menghasilkan produk di sebuah kilang yang terletak
di Nilai, Negeri Sembilan dan mengeksport kembali
ke luar negara.

Menerajui beberapa buah syarikat lain seperti
Euro Mega Manufacturing, Mega Prestima Industries
Sdn. Bhd, Bellini Resources (M) Sdn. Bhd. dan
Dermilab Sdn. Bhd, beliau mengetengahkan ciri-
ciri unggul sebagai seorang ketua di pejabat. Inilah
yang melayakkan beliau dipilih sebagai Wanita Ikon
2007. Normaziah menjadi pilihan juri bukan sahaja

32

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

kerana ciri-ciri kepimpinan dan kecemerlangan
yang dimiliki, bahkan berdasarkan kegigihannya
mengembangkan perniagaan dan pada masa sama
tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kepada
masyarakat.

Paling terbaru, beliau adalah rakan kongsi Dato’
Siti Nurhaliza dan sama-sama bertanggungjawab
mengembangkan pasaran barang-barang kosmetik
jenama Simplisiti.

19) Datuk Maznah Hamid

Mutiara Kata: Jadi orang yang berani merebut
kejayaan dan peluang, bukan sekadar menjadi
pemerhati dalam kejayaan orang lain.
Securiforce Sdn. Bhd. adalah antara syarikat
yang menawarkan khidmat kawalan keselamatan
yang terkenal di Malaysia. Antara anak syarikat di
bawah Securiforce Sdn. Bhd. adalah Securiforce
Electronics, Securiforce Technologies, Securiforce
Transport dan Securiforce Logistics.

Bermula daripada sebuah syarikat yang
menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan,
ia telah berkembang kepada perkhidmatan kargo,
pengangkutan kargo, pembekalan sistem CCTV,
sistem kawalan kebakaran dan pelbagai peralatan
elektronik.

Tulang belakang yang menggerakkan syarikat
ini dengan jayanya ialah Datuk Maznah Hamid.
Usahawan wanita bumiputra yang terkenal dengan
gelaran ‘wanita waja’ atau ‘iron lady’. Kejayaan beliau
tidak perlu disangkal lagi kerana berjaya merangkul
beberapa anugerah di dalam negara seperti Anugerah
Tokoh Usahawan Dewan Perniagaan Melayu Kedah,

33

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Anugerah Wanita Kehormat Universiti Putra Malaysia
dan pelbagai lagi.

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang
boleh dikongsi adalah permulaan beliau memulakan
langkah pertama dalam bidang perniagaan
kawalan keselamatan. Beliau hanya bermodalkan
RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan
kawalan keselamatan pada tahun 1981. Pada awal
pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri
turun padang sebagai pekerja demi menguruskan
operasi syarikat daripada bill collector, peronda dan
pengawal keselamatan sendiri.

Di sinilah sebenarnya beliau dapat melihat
bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan
segala permasalahan dapat diatasi dan diperbaiki.
Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan
syarikat berkembang kepada 50 buah cawangan di
seluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan
keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak
pihak terutamanya bagaimana beliau dapat
menjalankan perniagaan tanpa satu sen pun
bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar
dalam perniagaan adalah diri sendiri. Beliau sangat
komited dalam mendidik masyarakat tentang
dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan
MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti
kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat
dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.

20) Puan Anita Ali

Mutiara Kata: Berani berubah dan sentiasa
belajar merupakan tonggak kejayaan.

34

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Beliau berkelulusan Ijazah dalam bidang
pengangkutan dari UiTM. Selepas berjaya memegang
segulung ijazah, beliau cuba mencari pekerjaan
yang sesuai dengan jurusan yang diambil tetapi
gagal. Oleh kerana tidak mahu menganggur, beliau
memohon lesen Kontraktor kelas F dan berjaya
mendapat beberapa projek kerajaan. Malangnya,
kelembapan ekonomi membuatkan beliau gagal
dalam perniagaan ini.

Ekoran daripada kegagalan itu, Puan Anita
tidak patah semangat untuk terus berniaga.
Beliau menceburkan diri dalam satu bidang baru
iaitu perniagaan makanan di Damansara. Beliau
mempelajari cara penyediaan lauk-pauk hanya dari
buku resepi sahaja. Ini bermakna beliau bukan
dilahirkan terus pandai dalam ilmu masakan, tetapi
mempunyai kesungguhan untuk belajar. Seperti
mana yang kita ketahui, perniagaan makanan
ini penuh dengan cabaran dan komitmen penuh
sepanjang hari. Beliau tidak mampu meneruskan
perniagaan itu lalu berhenti dan bekerja makan gaji.

Kerjaya pertama beliau selepas berhenti
berniaga ialah penyambut tetamu di sebuah hotel.
Setelah beberapa tahun bekerja, beliau dinaikkan
pangkat kepada Pengurus Operasi Kanan di hotel
tersebut. Puan Anita sebenarnya bukan bekerja
semata-mata di hotel itu. Sambil bekerja, beliau
mengambil kesempatan belajar dan mengkaji tabiat
pemakanan masyarakat Malaysia untuk mencari
produk baru dan jenama baru restoran makanan
segera.

Selepas yakin dengan produk beliau, beliau
mengambil langkah drastik dengan berhenti kerja
dan memulakan ‘Laksa Shack’. Kini, Laksa Shack
bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi mula

35

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

dilesenkan ke beberapa negara di Asia Tenggara,
Timur Tengah, EU, dan Australia.

21) Zulkifli Mohd. Radzi & Puan
Rohieyal Abd. Ghani

Mutiara Kata: Pemulihan, pemantauan dan
kajian yang mendalam terhadap sesuatu bisnes
adalah sangat penting.
Kejayaan menaikkan semula perniagaan restoran
MamaChop Papa-Grill, selepas mengambil alihnya
daripada usahawan Cina pada 2009, membuktikan
bumiputera juga boleh berjaya. Ketika mengambil
alih restoran makanan barat itu, ia hanya mempunyai
lapan cawangan berbanding 61 buah ketika zaman
kegemilangannya sekitar tahun 2000. Namun di
bawah pengurusan bumiputera, restoran MamaChop
PapaGrill kini memiliki 23 buah cawangan di seluruh
negara serta berjaya mengekalkan rekod tiada
kenaikan harga makanan sejak 2006.

Pengarah Eksekutifnya, Rohieyal Abd. Ghani
berkata, antara faktor kejatuhan perniagaan restoran
itu di bawah pengurusan lama adalah penularan
wabak penyakit berjangkit bawaan unggas seperti
Avian Flu, selesema burung dan pelbagai lagi.

“Wabak berkenaan menimbulkan kebimbangan
kepada pengguna untuk menikmati hidangan ayam
dan keadaan ini menyebabkan banyak cawangan
terpaksa ditutup. Selain itu, keprihatinan masyarakat
terhadap makanan halal juga menyebabkan restoran
berkenaan gagal bersaing kerana sebelum ini, ia
tidak mempunyai logo halal.”

Pada awal pengambil-alihan, sebenarnya
suaminya Zulkifli Mohd. Radzi yang selama ini amat
mencemburui kejayaan yang dikecapi oleh pemilik

36

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

restoran lama adalah orang yang memerhatikan
secara dekat bisnes itu. “Kami juga telah
melakukan kajian lebih dua tahun sebelum kami
mengambil keputusan cukup berisiko membeli
jenama MamaChop PapaGrill pada harga RM1.4
juta. Kemudiannya kami melakukan perubahan
pada logo, warna rasmi, konsep restoran, menu
dan paling penting adalah memperoleh sijil halal
daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),’’
katanya.

Beliau menjelaskan, usaha penjenamaan yang
dilakukan kini menampakkan hasil terutamanya
dalam aspek jualan apabila meraih jualan mencecah
RM70,000 sebulan untuk sebuah restoran. Katanya,
pengurusan baharu MamaChop PapaGrill tetap
meneruskan sistem francais yang telah diamalkan
oleh pengurusan lama sejak 2002 dengan 21
daripada 23 cawangan beroperasi menggunakan
sistem berkenaan.

“Perubahan terhadap menu agar lebih menarik
dan mempunyai citarasa tempatan juga menjadi
faktor kejayaan kami selain memberi bimbingan
yang baik kepada francaisi,” jelasnya.

Bagi memudahkan penghasilan menu yang
asli dan berkualiti, beliau dan suami telah membeli
sebuah kilang roti dengan harga RM500,000
untuk dijadikan kilang pembuatan bahan mentah
restoran mereka. Ditanya tentang cabaran besar
yang dihadapi dalam perniagaan tersebut, beliau
berkata, persepsi orang ramai serta meyakinkan
francaisi supaya membuat pelaburan adalah tugas
yang paling sukar.

“Membaiki sesuatu yang sudah memang
rosak (cawangan francais yang bermasalah)

37

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

memerlukan semangat yang kuat. Prosesnya agak
mengambil masa, tetapi Alhamdulillah kami berjaya
melakukannya. Kini jenama MamaChop PapaGrill
menjadi rebutan dan terdapat beberapa pasar
raya besar membuat tawaran supaya beroperasi di
tempat mereka.”

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi
francaisi MamaChop PapaGrill, terdapat tiga pakej
ditawarkan iaitu secara kios dengan nilai pelaburan
sebanyak RM40,000, kedai biasa (RM138,000) dan
di pasar raya (RM270,000). Pengurusan MamaChop
PapaGrill menyediakan kursus kepada francaisi
dan mereka dijangka boleh memperoleh semula
pelaburan tersebut dalam tempoh dua setengah
tahun.

22) Helen Read

Mutiara Kata: Berani berubah dan rebut peluang
walaupun diri sudah cukup selesa.
Pejabat di tingkat dua Wisma Mahamewah, Jalan
Sungei Besi di Kuala Lumpur dipenuhi dengan
berbaris-baris pakaian yang disusun rapi. Ini adalah
situasi biasa di Q-Corporation Sdn. Bhd. Pakaian-
pakaian ini, setiap satunya dijahit dengan teliti dan
memaparkan label eksklusif, MS. READ. Lalu ia akan
dipamerkan di salah satu daripada dua belas butik-
butik MS. READ yang berada di kompleks membeli
belah ternama seperti Mid Valley Megamall, Jaya
Jusco dan Starhill, dan sering dikunjungi oleh
golongan kelas pertengahan.

Situasi ini sungguh berbeza pada awal 80an,
semasa Helen Read bekerja dari rumah, bertungkus-
lumus dengan benang dan jarum bagi memberi
sentuhan terakhir kepada sehelai blaus.

38

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

“Saya mula dengan menjahit butang di rumah.
Saya melakukannya ketika anak sulung saya,
Benjamin, tidur di buaiannya. Setiap hari saya
terpaksa menyiapkan satu beg penuh pakaian di
mana setiap blaus mempunyai tujuh biji butang!”

Helen percaya cabaran terbesar yang dihadapi
oleh seorang wanita yang menjalankan perniagaan
dari rumah ialah ketiadaan sokongan daripada
keluarga.

“Saya datang dari keluarga yang berada,
dan semua orang sangat terkejut apabila saya
memulakan perniagaan menjahit butang dan
menerima pendapatan antara dua hingga tiga
ratus ringgit sebulan. Mereka sering tertanya-
tanya mengapa saya bekerja begitu kuat untuk
mendapatkan pulangan yang begitu sedikit.”

Sebelum menceburi perniagaan pakaian, Helen
merupakan ketua unit housekeeping di sebuah hotel
terkemuka, tetapi dia telah meletakkan jawatan
kerana terikat dengan waktu kerja yang panjang.
Peluang untuk bekerja dari rumah datang tidak
lama setelah dia menjadi rakan kongsi di sebuah
syarikat pembuat pakaian. Dua orang rakan kongsi
yang sedia ada memerlukan lebih kapital dan
memujuknya untuk melibatkan diri sebagai ‘sleeping
partner’ di Q-Corporation. Tawaran ini bermakna dia
tidak perlu patuh pada waktu kerja yang ketat.

“Saya tidak memerlukan wang, tetapi saya
mahukannya. Memperolehi pendapatan, tidak kira
sekecil manapun, menaikkan semangat saya. Ini
bermakna saya mempunyai wang sendiri yang
boleh saya belanjakan mengikut kehendak saya.
Dan waktu yang fleksibel membolehkan saya
meluangkan masa bersama anak saya.”

39

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Dalam tahun 1982, salah seorang rakan kongsi
beliau berpindah ke Ipoh. Helen membeli sahamnya
di syarikat itu, dan kemudian, seorang lagi rakan
kongsinya turut menjual sahamnya, lantas
memberikan beliau kuasa penuh di Q-Corporation.
Impian Helen untuk memperolehi labelnya sendiri
menjadi kenyataan pada 1997 apabila pusat membeli
belah Jaya Jusco, menawarkannya ruang. Sebelum
menerima tawaran tersebut, dia mengkaji struktur
pembeli. Selama dua minggu dia memerhatikan
orang ramai. “Saya dapati ada ramai wanita
bertubuh besar yang tidak muat saiz biasa iaitu saiz
8 – 12. Saya memberitahu pihak Jaya Jusco bahawa
saya hanya akan menjual pakaian saya di sana jika
saya dapat memasuki pasaran eksklusif iaitu saiz
12 – 20.”

Dia kini telah berjaya mempunyai 12 buah
butik dan turut mengasaskan rangkaian restoran
makanan Delicious, dan segala-galanya bermula
dengan menjahit butang pada blaus.

23) Mohd. Aminudin Mohd. Zaibani

Mutiara Kata: Doa dan dorongan keluarga
adalah penyokong kejayaan paling utama.
Ketika mula-mula bapanya menyerahkan urusan
penternakan kolam ikan keli kepada Mohd.
Aminudin Mohd. Zaibani, beliau baru berusia 19
tahun. Kepercayaan itu diberikan selepas selesai
menamatkan pengajian di Institut Skill Tech Mara,
Melaka dalam kursus Sijil Kemahiran Perikanan.
Bermula waktu itu, kolam yang telah diusahakan
sejak tahun 1991 perlu dikendalikannya secara
bersendirian.

“Cabarannya cukup besar kerana bukan
mudah untuk menguruskan operasi kolam ternakan

40

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

di kawasan yang besar ini. Tambahan pula, saya
langsung tidak mempunyai pengalaman selain
hanya ada sedikit ilmu yang diperolehi ketika belajar
dahulu.”

Bercerita mengenai tempoh masa lima bulan
pertama selepas mengambil alih kolam berkenaan,
dia berhadapan dengan masalah yang cukup
besar. Waktu itu, operasi ternakannya terbantut
disebabkan kehabisan makanan ikan dan ubat-
ubatan selain keadaan kewangan yang tidak stabil
untuk tujuan pusingan modal. Semuanya gara-
gara gagal menguruskan perjalanan aktiviti jualan,
penternakan dan pembenihan ikan secara konsisten.

“Selepas kejatuhan itu, saya mula berfikir
untuk bekerja lebih keras dan memberi fokus
terhadap aktiviti penternakan kerana tidak mahu
perniagaan yang ayah usahakan selama ini terkubur
begitu sahaja.

“Jadi, saya bertekad untuk bangun semula.
Saya bermula secara kecil-kecilan dengan membeli
benih ikan daripada pengusaha lain, menternak
dan kemudian menjualnya kembali. Dalam masa
enam bulan, saya berjaya mengumpul modal untuk
membina perusahaan ternakan baru.”

Kini berusia 21 tahun, beliau lebih bijak
mengatur pelbagai strategi penternakannya yang
didaftarkan di bawah penjenamaan High Tech
Aquaculture.

Antara usaha tersebut adalah mencari lebih
ramai pelanggan berpotensi selain menimba
pengalaman serta ilmu daripada penternak berjaya.
Operasi penternakan dan pembenihan miliknya
semakin stabil menjelang Jun 2010.

41

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Melihat daripada segi aktiviti pemasaran, Mohd.
Aminudin mengambil pendekatan menjual anak
benih dan ikan matang pada harga yang rendah.

“Tujuannya untuk meningkatkan kepercayaan
pelanggan dan penternak. Saya juga akan membantu
penternak-penternak ini mencari pemborong bagi
membeli hasil ikan mereka. Apabila anak benih
dijual pada harga rendah di samping mempunyai
pasaran tetap, saya yakin para penternak pasti akan
lebih seronok dan bersemangat untuk meneruskan
aktiviti penternakan ini. Secara tidak langsung,
saya juga akan dapat mengekalkan lebih 80 peratus
pelanggan tetap,” katanya yang mengusahakan
operasi penternakan serta pembenihan ikan keli,
puyu, sepat dan tilapia.

Setakat ini, dia mempunyai 17 buah kolam
simen, 14 kolam separuh simen dan enam kolam
tanah yang dibina di kawasan seluas satu ekar
dengan pengurusan operasi kolam dibantu oleh tiga
orang kakitangan.

24) Rozita Ibrahim

Mutiara Kata: Percaya hidup ini umpama roda
yang ada kala di bawah dan kemudian berada di
atas. Semasa di puncak, minta pada Tuhan agar
tidak lupa diri.
Wanita ini mengaku pernah menjadi penoreh getah,
hidup serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika
bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan
susu. Malah kesusahan hidupnya telah meragut
nyawa anak keduanya yang sakit lumpuh ekoran
tidak mempunyai wang bagi mendapatkan rawatan
terbaik.

42

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Mencabar dirinya bekerja lebih kuat bagi
memperoleh pendapatan yang selesa, beliau
berusaha bergelar usahawan berjaya dengan
empayar perniagaan sendiri. Membawa diri ke kota
dan membuat bermacam-macam kerja daripada
kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi
dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan
langsung, hidup melaratnya berubah menjadi
selesa.

Pendedahan kepada perniagaan jualan
langsung membuatkan Puan Rozita mengambil
keputusan menghasilkan perniagaan sendiri.
Bermodalkan RM400, beliau mulakan perniagaan
dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Bagi
meyakinkan pelanggan… beliau menggemukkan
badan, kemudian makan dan mengamalkan produk
yang dijual. Hasilnya memuaskan. Puan Rozita
kemudian mengulang proses sebanyak tiga kali
dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan
yang diterima menggalakkan dan mendorong
Puan Rozita menubuhkan Sendayu Tinggi
Enterprise dengan menyewa kedai di Plaza Majlis
Perbandaran Klang. Perniagaan berkembang maju
dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi
amat menggalakkan terutama produk pelangsingan
badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat
kembali menggunakan produk warisan nenek
moyang terutama herba.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam
dunia perniagaan, beliau mengambil keputusan
meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise
menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd.
dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk
Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu

43

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu
Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.

Selain menawarkan produk yang berkualiti
kepada pelanggan, Puan Rozita turut menyalur
sumbangan kepada masyarakat terutama golongan
susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua.

Kini Sendayu Tinggi mempunyai kilang
pemprosesan herba bagi produk tradisional dan
memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP)
yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor.
Jumlah pengedar juga melebihi 2,000 orang di
seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di
Jepun, China, Taiwan dan Korea.

25) Dr. Faiz Hashim

Mutiara Kata: Jaga hubungan dengan Allah dan
manusia, perniagaan akan tambah berkat dan
mudah jalannya.
Dr. Faiz Hashim adalah pemilik syarikat Ketella Sdn
Bhd dan berusia 45 thn. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Sains Selangor dan kemudiannya
melanjutkan pelajaran ke UiTM Arau dalam Diploma
Sains. Selanjutnya, ijazah dalam Environmental
Botany diperolehi dari UKM/OHIO University dan
Phd dalam Medicinal And Aromatic Plants dari OHIO
University.

Apa yang menarik tentang Dr. Faiz adalah
bagaimana beliau mula terbabit dalam perusahaan
burung walet. Pada asalnya, Dr. Faiz adalah seorang
juruterbang syarikat Singapore Airlines. Setelah dua
tahun bersama Singapore Airlines, penerbangan ke
Hong Kong telah merubah segalanya.

Ketika berada di Hong Kong, beliau merasa
hairan melihat cara pemakanan masyarakat Cina

44

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

yang amat menitik-beratkan tentang kesihatan.
Malah dalam banyak-banyak makanan kesihatan,
sup sarang burunglah yang begitu digemari dan
dapat dijual dengan harga yang begitu tinggi.

Berminat mahu menceburi bidang tersebut,
selama dua bulan Dr. Faiz mengambil cuti semata-
mata untuk mendapatkan ilmu sehingga sanggup
ke Jakarta berguru dengan tiga guru yang berbeza
pengalaman dan pengisian mereka.

Setelah mengetahui selok-belok perusahaan
sarang burung, Dr. Faiz mempraktikkannya di tanah
air sendiri. Perusahaan sarang burung waled yang
dikembangkannya menjadi antara produk eksport
ke China yang memberi pulangan lumayan buat Dr.
Faiz, jutawan burung waled.

26) Safee Sali

Mutiara Kata: Kenal pasti bakat sendiri,
bakat sukan juga adalah bakat yang boleh
diperkembangkan menjadi satu aset berharga.
Mohd Safee Mohd Sali dikenali sebagai Safee Sali,
28 tahun (dilahirkan pada 29 Januari 1984) anak
jati Perak merupakan seorang penyerang handalan
di Asia. Beliau baru sahaja menerima tawaran
gaji bulanan pasukan Johor sebanyak AS$15,000
(RM45,753) oleh Pasukan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ) yang kini di bawah kepimpinan baru
kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni
Sultan Ibrahim.

Sebaik Safee memilih untuk bersama skuad
Johor, pemain sensasi negara ini bukan sahaja
mencipta sejarah tersendiri menjadi pemain
termahal yang pernah di beli PBNJ, tetapi sekali gus

45

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak
Malaysia.

Safee sebelum ini sudah dibeli oleh di Pelita
Jaya FC, Jakarta Indonesia dan menerima tawaran
sebanyak IDR 350 million (RM118,000) sebulan
dan juga pelbagai kemudahan seperti bonus tetap
perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi,
cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke
Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh
dua tahun dan pakej tambahan iaitu hak imej
menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu.

Ini sekaligus mencatatkan sejarah sebagai
jutawan bola sepak pertama negara. Pemain bola
antarabangsa ini juga turut ditawarkan oleh salah
satu kelab bola sepak Thailand iaitu Muangthong
United FC tetapi menurut Safee dia lebih selesa
bersama Pelita dan gembira menjalani kehidupannya
di Indonesia. Safee Sali telah berjaya membina
nama Malaysia dalam arena bola sepak dunia.

27) Mohd Shah Dasin

Mutiara Kata: Ikuti kursus-kursus latihan dari
agensi kerajaan. Kebanyakannya percuma dan
dari situ keyakinan membina perniagaan akan
bermula.
Tahun 1998, tahun negara mengalami kegawatan
ekonomi hingga mengakibatkan ramai warga kota
kehilangan pekerjaan. Keadaan meruncing di
bandar-bandar besar, menyebabkan ramai anak
muda berada dalam keadaan tersepit. Ramai
mengambil keputusan pulang ke kampung semula
bagi meneruskan kehidupan.

Mohd Shah Dasin
adalah salah seorang daripadanya.

46

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Pulang kembali ke Kampung Sungai Balang
Kecil, Muar… ketika itu beliau berusia 24 tahun,
selepas merantau lebih sembilan tahun. Selama
di perantauan, pelbagai pekerjaan dilakukan.
Buruh binaan di Singapura, nelayan di Terengganu
sehingga menjadi penebar roti canai di Kuala
Lumpur. Kehidupan keluarga yang terperangkap
dalam kemiskinan menyebabkan beliau tidak
berpeluang melalui alam persekolahan namun ia
tidak menghalangnya daripada mencari rezeki.

Rezeki daripada Tuhan sering datang tanpa
dijangka dan kini Mohd Shah muncul antara
usahawan tani tanaman nanas yang cukup berjaya
di Johor. Menurutnya, pada mulanya beliau hanya
mengerjakan kebun nanas seluas dua ekar pada
tanah milik kedua orang tuanya. “Semasa saya tiba
di kampung, saya menjalankan tanaman nanas
ini secara suka-suka dan kerja tetap saya waktu
itu adalah membuat roti canai. Namun daripada
apa yang bermula sebagai suka-suka, saya nekad
mengerjakan secara serius dan sekarang ini
pulangannya amat berbaloi.”

Semasa membuka kebun nanas, Mohd Shah
secara seorang diri melakukan semua pekerjaan
di kebun itu daripada menebas, menyembur racun
kepada membajanya. Kegigihannya bermula
daripada awal pagi, menggunakan tenaga tulang
empat kerat untuk menyemai anak pokok nanas,
memberikan hormon (penggalak bunga) sehingga
menuai hasilnya. Hasil pulangannya, beliau
berjaya mengikat kontrak dengan pasaraya TESCO
sebagai pembekal nanas selama dua tahun.
Pengeluaran nanas daripada kebunnya mampu
mencecah sehingga 10,000 biji setiap bulan dan ia
sememangnya memberi pendapatan lumayan.

47

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Walaupun kejayaan yang diperolehnya
memberikan pendapatan yang tinggi, beliau yang
kini menjengah usia 32 tahun tetap memilih hidup
bersederhana. Di atas rasa tanggungjawab terhadap
kampung kelahirannya itu, beliau membuka peluang
pekerjaan kepada para penduduk kampung untuk
sama-sama mengusahakan kebun nanasnya.

28) KRU (Norman, Yusry dan Edry)

Mutiara Kata: Sekiranya boleh buat yang terbaik,
jangan selesa dengan pencapaian biasa-biasa
sahaja.
Bercerita tentang kejayaan KRU, ia bermula dengan
penubuhan sebuah kumpulan rap anak muda secara
suka-suka sahaja. KRU ditubuhkan oleh Norman,
Yusry dan Edry pada kala usia mereka sangat
muda. Dengan minat dan kelebihan dalam bidang
muzik, maka tertubuhlah KRU. Memandangkan
masa remaja mereka banyak dihabiskan di London,
mereka lebih terdedah kepada industri muzik di
sana yang lebih berkembang berbanding Malaysia
yang pada waktu itu hanya tertumpu pada lagu rock
dan jiwang karat.

Permulaan menjadi artis, mereka menubuhkan
KRU Productions yang beroperasi dari rumah. Malah,
ibu mereka yang tercinta iaitu Puan Zarina AW
Fenner menjadi pekerja pertama di dalam syarikat
mereka.

Bakat dalam penciptaan lagu KRU semakin
dikesan oleh pihak EMI kerana banyak lagu-lagu
ciptaan mereka yg menjadi hit seperti Hanya Kau,
Perception of Love hingga Generasiku. KRU semakin
mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila
mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang
pengiklanan, komunikasi, pengurusan acara dan

48

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

rancangan television. Kejayaan sekitar tahun 1997-
2004 disusuli oleh KRU dalam bidang yang berkaitan
dengan digital media dan hiburan. Mereka semakin
dikenali sebagai syarikat MSC dan disenaraikan
sebagai ‘public listed company’.

Mereka kini bukan sahaja tertumpu dalam
bidang musik, tetapi perfileman dan segala yg
berkaitan hiburan. KRU Studios adalah bukti
kesunggukan dan kejayaan mereka. Perniagaan
mereka juga berkembang keseluruh dunia dengan
penubuhan syarikat mereka di luar negara seperti:

- KRU Singapore Pte. Ltd. (March 21, 2006)
• KRU Hong Kong Limited (July 17, 2007)
• PT KRU Indonesia (September 28, 2007)
• KRU Europe Limited (April 7, 2008)
• KRU Studios LLC (September 22, 2008)
Kejayaan 3 anak muda ini membuktikan
bahawa kita mampu berjaya walaupun berniaga
di kalangan adik-beradik. Mereka jelas tentang
matlamat, kemampuan dan kelebihan yang ada
dalam diri masing-masing.

29) Ahadiat Akashah

Mutiara Kata: Jangan percaya bulat-bulat pada
kawan baik yang mengurus syarikat. Berikan
perhatian dan awasilah!
Ahadiat dikenali kerana hasil penulisan kreatif yang
melayakkannya dilimpahi kekayaan hasil royalti
selepas kejayaan novel-novel tulisannya diterima
pasaran. Namanya dipuja dan karya agungnya
diiktiraf bukan sahaja kepada golongan pembaca
novel tegar, malahan kaum Adam meliputi mat
rock dan mat kutu turut mendokong setiap watak

49

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

yang diketengahkan. Semuanya bermula selepas
menceburi bidang penulis novel pada 1985. Graduan
aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds
of London Institute, United Kingdom ini sekadar
mencuba nasib selepas membaca karya manuskrip
yang diterbitkan tidak menepati tema jiwa remaja.

Lontaran rasa tidak berpuas hati itu diajukan
kepada pak ciknya yang juga merupakan penulis
tersohor, Marwilis Haji Yusuf. Lelaki itu mencabar
Ahadiat untuk melahirkan novel pertama berjudul
Antara Simpati dan Sayang yang belum pernah
diterbitkan oleh mana-mana pihak.

Menerima cabaran, Ahadiat melakukan apa
sahaja untuk berjaya pada hari ini. Beliau pernah
dihentak dan dimaki oleh bapa saudaranya kerana
hasil manuskrip yang dihasilkan tidak menarik dan
kurang difahami. Setelah memperbaiki manuskrip
demi manuskrip, Ahadiat berjaya menempatkan
diri sebagai penulis yang diterima bukunya hingga
boleh bermegah dengan kereta mewah yang sering
bertukar-ganti saban kali bagi memenuhi tuntutan
minatnya sejak muda lagi.

Namun perjalanan hidup beliau sebagai
penulis bukanlah mudah dan indah tanpa cabaran
getir. Kredibiliti beliau sebagai penulis dipertikaikan
dan penglibatan Ahadiat dalam Komponen Sastera
Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) pada
2007 menjadi perdebatan. Ahadiat turut menerima
tamparan hebat apabila diperdaya melibatkan wang
royalti novel di dalam syarikat penerbitan sendiri
iaitu Roket Kertas Sdn. Bhd. yang dikutip tanpa
pengetahuannya. RM300,000 lenyap begitu sahaja!

Setelah melalui pelbagai episod getir, akhirnya
Ahadiat bangkit sekali lagi apabila pihak produksi
filem mengangkat karya novelnya menjadi filem

50


Click to View FlipBook Version