The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3081 SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH SIAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 450-10-anis, 2023-07-19 11:46:35

MPU3081 SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH SIAP

MPU3081 SITI ZULAIKHA BINTI ABDULLAH SIAP

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 2.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU DI SK KUTAN 3 3.0 CIRI-CIRI PERSATUAN BAHASA MELAYU 3 4.0 KAEDAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU 4 5.0 FOTO BERKENAAN 4 6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PERSATUAN BAHASA MELAYU 4 7.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN 4 8.0 ANALISIS SWOT 5-7 9.0 PENUTUP 7 RUJUKAN 8 LAMPIRAN 9


1.0 PENGENALAN Penubuhan kelab dan persatuan di sekolah merupakan satu usaha yang penting bagi melahirkan modal insan yang hebat dari aspek jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Terdapat pelbagai kelab dan persatuan yang boleh ditubuhkan mengikut keperluan semasa di sekolah tersebut. Jadi, laporan kajian kes ini bertujuan untuk menjelaskan secara ringkas tentang sejarah penubuhan, ciri-ciri persatuan, kaedah dan proses penubuhan, aktiviti atau perkhidmatan yang diamalkan, strategi penjanaan sumber kewangan persatuan dan analisis SWOT persatuan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kutan. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU SK KUTAN Persatuan Bahasa Melayu merupakan salah satu persatuan yang bergiat aktif bersama-sama dengan persatuan dan kelab-kelab lain yang wujud di sekolah ini. Persatuan ini telah diwujudkan sejak tahun 1982 bersama-sama dengan pembukaan sekolah ini. Persatuan ini telah ditubuhkan oleh seorang guru yang bertindak sebagai Ketua Panitia pada ketika itu. Persatuan ini telah dirasmikan oleh Encik Yusoff bin Daud yang merupakan guru besar yang pertama di sekolah tersebut. Pada masa itu jumlah ahli persatuan ini seramai 300 orang. Ini kerana semua murid diwajibkan menjadi ahli persatuan ini bagi menggalakkan murid untuk bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum sekaligus memantapkan lagi tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid kerana mereka sudah terbiasa dengan percakapan dalam dialek negeri. Namun jumlah ahli persatuan Bahasa Melayu kini hanya seramai 150 orang. Ini kerana para pelajar dibenarkan menyertai persatuan dan kelab lain sebagai memenuhi syarat Ko-Kurikulum di sekolah. 3.0 CIRI-CIRI PERSATUAN BAHASA MELAYU Antara ciri persatuan bahasa Melayu ialah menambahkan pengetahuan dan keyakinan dalam diri murid. Sebagai contoh, dalam Persatuan Bahasa Melayu, murid dikehendaki untuk membuat pengucapan awam seperti pidato, syair, pantun, bercerita, melakonkan sketsa dan sebagainya. Aktiviti ini, secara tidak langsung membantu memantapkan kemahiran murid sedia ada serta membantu murid dalam bidang pembelajaran kerana mereka dapat


menambahkan kosa kata mereka secara tidak langsung. Ia bukan sahaja membantu murid dalam bidang akademik, bahkan membantu murid dalam kehidupan pada masa akan datang. 4.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN Proses penubuhan persatuan bermula tahun 1982 yang mana ianya memerlukan persetujuan dari pelbagai pihak dalam menjayakan dan melancarkan proses penubuhan Persatuan Bahasa Melayu. Oleh itu, Guru Besar SK Kutan pada ketika itu telah menubuhkan jawatankuasa bagi membantunya dalam urusan penubuhan. Visi dan misi dibentuk untuk melengkapkan penubuhan ini. 5.0 FOTO BERKENAAN (RUJUK DI LAMPIRAN) 6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PERSATUAN BAHASA MELAYU Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi melengkapkan aktiviti persatuan ini. Antara aktiviti tahunan dijalankan oleh persatuan Bahasa Melayu yang paling mendapat sambutan ialah Lawatan ke Pesta Buku. Aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan murid terutamanya bagi murid tahun 6 dan 5. Kebiasaannya, guru akan memberikan keutamaan bagi tahun 5 dan 6 sebagai peluang untuk mereka mendapatkan dan mencari buku bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana, syarikat buku akan menawarkan harga lelong dan semestinya harga mampu milik bagi murid terutamanya murid yang kurang berkemampuan. Aktiviti ini juga memberikan galakan kepada murid untuk meminati buku sama ada buku akademik mahupun buku luar akademik seperti komik dan sebagainya. Sudah tentu ia akan memberikan semangat kepada murid untuk mengamalkan aktiviti membaca sebagai hobi mereka. Namun begitu, sejak UPSR dihapuskan, guru pembimbing Persatuan Bahasa Melayu memberikan peluang kepada semua murid tahap 2 iaitu 4, 5 dan 6 ke pesta buku bersama sekolah-sekolah yang lain. 7.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan Persatuan Bahasa Melayu adalah melalui dua sumber iaitu yuran ahli sebanyak RM320 dan peruntukan kokurikulum sebanyak RM200. Setiap tahun, ahli Persatuan Bahasa Melayu akan membayar yuran ahli sebanyak RM5 setiap tahun. Sumber itu akan digunakan sebagai wang pengangkutan untuk lawatan. Namun, jika tidak mencukupi, guru biasanya akan mengutip wang dari murid untuk menampung bas perkhidmatan untuk


pertandingan atau lawatan. Guru juga mengambil inisiatif untuk mengutip dana dari NGO untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti bagi meringankan beban murid. Baki daripada duit tersebut, guru akan mennyalurkannya ke jamuan akhir tahun. 8.0 ANALISIS SWOT KEKUATAN 1) Mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah. 2) Mempunyai guru penasihat yang berpengalaman serta komited dalam menyumbangkan idea dan masa. 3) Ahli yang aktif dan sentiasa berminat dengan aktiviti yang dianjurkan. KELEMAHAN 1) Ahli terlalu sedikit menyebabkan aktiviti atau pertandingan diwakili oleh murid yang sama. 2) Aktiviti tahunan yang dirancang tidak dapat menjana pendapatan persatuan. 3) Pengurusan kewangan yang kurang cekap. PELUANG 1) Mendapat bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG. 2) Guru penasihat dari persatuan lain membantu dari sudut kolaborasi program. 3) Syarikat SMO sering mengadakan Pesta Buku Tahunan. ANCAMAN 1) Sebilangan tarikh program bertembung dengan takwim sekolah 2) Tidak mendapat kerjasama dan bantuan dari agensi luar. 3) Segelintir murid yang lebih mementingkan akademik berbanding aktiviti persatuan. 8.1 KEKUATAN Antara kekuatan dalam penubuhan kelab ini ialah mendapat kerjasama dan sokongan yang penuh daripada pihak sekolah. Hal ini kerana para pentadbir sekolah sangat berminat dengan perkara dan aktiviti yang dirancang kerana dapat meningkatkan kemahiran murid dari pelbagai aspek. Jadi, persatuan ini dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun dengan jayanya. Selain itu, persatuan ini juga mempunyai guru-guru penasihat yang berpengalaman serta komited dalam menyumbangkan idea dan masa. Mereka telah banyak menyertai kursus dan bengkel kemahiran pengelolaan dalam pengurusan persatuan yang dianjurkan di peringkat


negeri dan kebangsaan. 8.2 KELEMAHAN Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah dari segi bilangan ahli yang terlalu sedikit. Perkara ini memberi kesan dalam mencari bakat murid kerana hanya segelintir yang berani untuk tampil ke hadapan untuk menyertai sesuatu pertandingan seperti pidato. Jumlah ahli yang sedikit juga menyebabkan sesuatu aktiviti tidak boleh dijalankan kerana tidak mencapai kapasiti yang dikehendaki. Selain itu, kebanyakan aktiviti tahunan yang dirancang tidak dapat menjana pendapatan kepada persatuan. Menurut Nurainsah dan Zaimah (2019), perkara ini perlu diberi perhatian kerana sumber pendapatan merupakan perkara yang penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Hal ini telah menyebabkan segala perancangan dalam persatuan ini terbantut dan tidak dapat dijalankan dengan baik. Seterusnya, persatuan ini juga mempunyai pengurusan kewangan yang kurang cekap. Perkara ini meliputi urusan keluar dan masuk duit dalam persatuan ini. Dengan adanya masalah seperti ini, guru penasihat dan ahli persatuan perlu meminimakan aktiviti yang dirancang kerana tidak mempunyai dana dan peruntukan yang mencukupi. 8.3 PELUANG Dari segi peluang, persatuan ini mendapat bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG. Sumbangan yang diberikan adalah dari segi peralatan, keperluan dan wang ringgit. Pihak PIBG sentiasa memberikan sokongan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti dalam persatuan ini demi memastikan kelancaran dan keberkesanan dalam setiap perkara yang dijalankan. Di samping itu, guru penasihat dari persatuan lain juga banyak membantu dari sudut kolaborasi program. Misalnya, Persatuan Sejarah telah mengadakan kolaborasi dengan Persatuan Bahasa Melayu dalam pertandingan sajak sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Perkara sebegini dapat mempelbagaikan aktiviti persatuan di samping mencungkil bakat murid dalam pelbagai kebolehan. Jadi, kolaborasi seperti ini dapat memberikan peluang kepada ahli persatuan untuk merancang lebih banyak aktiviti yang menarik. Selain itu, Syarikat Muda Osman iaitu syarikat pengeluaran utama buku di Kelantan sering mengadakan pesta buku setiap tahun. Ia memberikan peluang kepada guru untuk membuat aktiviti lawatan ke pesta buku bagi mengisi aktiviti tahunan persatuan.


8.4 ANCAMAN Terdapat juga beberapa ancaman yang dihadapi untuk menjalankan aktiviti persatuan ini. Antaranya adalah dari segi tarikh pelaksanaan program. Sebilangan tarikh program bertembung dengan takwim sekolah dan program bagi persatuan lain. Hal ini kerana pada peringkat awal, ahli jawatankuasa tidak mengambil kira takwim penuh sekolah ketika merancang aktiviti persatuan. Jadi, aktiviti tersebut perlu diubah ke tarikh yang lain dan mesti diberi keutamaan kepada program sekolah. Selain itu, terdapat juga sesetengah program yang dirancang tidak mendapat bantuan dari pihak luar. Perkara ini menyukarkan ahli persatuan untuk merancang program di peringkat yang lebih tinggi kerana kurangnya kerjasama yang diberikan oleh mereka. Maka, kebanyakan program hanya tertumpu di bawah pihak pentadbir sekolah dan PIBG tanpa bantuan mana-mana agensi yang berkaitan. Seterusnya, terdapat juga segelintir murid yang lebih mementingkan akademik berbanding aktiviti persatuan terutamanya bagi murid tahun 6. Hal ini kerana mereka akan menghadapi peperiksaan awam iaitu UPSR sehingga mengabaikan aktiviti persatuan. Namun, menurut Nor Suhara dan Jamil (2010), mereka perlu sedar bahawa aktiviti persatuan merupakan sebahagian daripada pembelajaran yang perlu mereka ikuti. Sejak UPSR dimansuhkan, aktiviti persatuan mulai mendapat sambutan dalam kalangan murid. 9.0 PENUTUP Konklusinya, sebarang penubuhan kelab atau persatuan mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancamannya yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, setiap kelemahan dan ancaman yang dikenal pasti perlu diperbaiki dari semasa ke semasa demi kemajuan kelab atau persatuan tersebut. Strategi dan perancangan yang sistematik dalam penubuhan sesuatu kelab atau persatuan akan memastikan perjalanan kerja-kerja menjadi lebih lancar dan berkesan.


RUJUKAN Ab.Alim Abd Rahim (2008). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit Oxford Sdn. Bhd. Che Mas Saud & Zainal Abidin Saad. (2019). Teknik Analisis Swot Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah. Jurnal IPDA, 26(1), 36-47. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Model Kokurikulum. Putrajaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia. Nor Suhara Fadzil & Jamil Ahmad. (2010). Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan di sekolah. In Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education (pp. 59-69). Nurainsah Sepeai & Zaimah Ramli. (2019). Pengurusan Kewangan Usahawan: Kajian Kes Usahawan KADA di Kota Bahru, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1-13.


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version