The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS MATAPELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3.
TEMPOH PELAKSANAANYA DARI 21 JUN 2021 - 1 JULAI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qurratulainmohdfairus226, 2021-06-26 14:42:18

- KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN -

KERJA KURSUS MATAPELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3.
TEMPOH PELAKSANAANYA DARI 21 JUN 2021 - 1 JULAI 2021

- PENGHARGAAN -

Melalui peluang keemasan ini, saya Qurratul Ain Binti Mohd Fairus terlebih dahulu ingin memanjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk melaksanakan kerja kursus ini

dengan sempurna.

Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna walaupun ketika ini kita semua menghadapi cabaran
pandemik Covid-19 dan hasil kerja ini adalah atas bantuan daripada pelbagai pihak. Antara mereka termasuklah
orang perseorangan. Mereka yang dimaksudkan itu ialah rakan sebatch dan rakan sekelas saya dalam membantu

menyiapkan tugasan ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkam jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
bimbingan saya juga merangkap Guru Geografi iaitu Puan Asmaniza Binti Yop kerana telah banyak memberi

penerangan tentang cara melaksanakan kerja kursus walaupun ketika beliau sibuk. Selain itu, penghargaan dan
terima kasih juga ditujukan pada ahli keluarga saya yang banyak membantu saya dalam hal kewangan, tenaga dan

idea untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai akhir kalam, sepanjang kerja kursus ini dijalankan, saya telah dapat mempelajari banyak perkara baharu
dan menambah ilmu pengetahuan. Semoga kerja kursus seperti ini dapat dijalankan untuk masa akan datang untuk

memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan Geografi para pelajar. Tugasan ini telah menjadi salah satu
proses mengulangkaji bagi saya. Oleh itu, saya berharap pencapaian saya dalam matapelajaran ini akan bertambah

baik serta kerja kursus ini diberi markah penuh. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya
terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan dalam tugasan ini. Sekian daripada saya, terima kasih.

- PENDAHULUAN -

Tajuk kajian yang telah saya jalankan iaitu “Kegiatan Ekonomi di kawasan Beseri,
Perlis” dimana kawasan kajian ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna

kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti dengan lebih jelas
berkaitan kegiatan-kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya. Saya memilih kawasan
ini kerana mudah mendapatkan data-data yang diperlukan dan berhampiran dengan

kediaman saya.

Selain daripada itu, kajian ini telah diberi tempoh pelaksanaannya dari 21 Jun – 1 Julai
iaitu kira-kira 10 hari. Walaubagaimanapun, saya berjaya menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh lebih kurang 6 hari Walaupun semasa membuat kajian ini, saya
menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi pada akhirnya semua masalah itu dapat

diatasi. Saya sungguh berpuas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini dengan
sebaik-baiknya.

Sebagai akhir kata, saya berharap kajian saya ini dapat memberi manfaat kepada
seluruh lapisan masyarakat serta dijadikan sebagai rujukan jika ada maklumat yang

berkaitan dan yang orang ramai perlukan dan juga seumpama dengannya.

- OBJEKTIF KAJIAN -

Berikut merupakan objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji
tentang kegiatan ekonomi di kawasan Beseri, Perlis :

❑ Mengenalpasti jenis kegiatan ekonomi utama di Beseri,
Perlis.

❑ Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi utama di Beseri, Perlis.

❑ Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama
tersebut terhadap kawasan Beseri, Perlis.

- LATAR BELAKANG KAWASAN BESERI -

Negeri Perlis Indera Kayangan mempunyai 22 mukim. Antaranya adalah mukim
Beseri yang juga merangkap sebuah pekan. Beseri adalah salah sebuah mukim

yang terletak di bandar Kangar yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan
penduduk.

Kegiatan ekonomi utama penduduk Beseri ialah perniagaan, pendidikan, pertanian
dan sebagainya. Kepesatan aktiviti perniagaan, pertanian dan pendidikan di

Beseri menjadikan kawasan ini sebagai kawasan tumpuan aktiviti perniagaan dan
penempatan kakitangan. Kepesatan aktiviti perniagaan di Beseri menyebabkan
pembangunan bangunan kerajaan dan bangunan kedai baharu.

Majoriti penduduk di kawasan ini ialah kaum Melayu dan beragama Islam.
Pekerjaan mereka kebanyakannya ialah seorang peniaga, pendidik, petani dan

sebagainya.

Terdapat beberapa pandang darat fizikal yang dijumpai di dalam peta. Antaranya
ialah hutan, sungai, rumput, bukit, tasik, kontur dan sebagainya. Bagi pandang
darat budaya yang terdapat di dalam peta pula ialah seperti jambatan,
petempatan, kedai, getah, sekolah, masjid, sawah padi, jalan raya, kilang dan
sebagainya

- KAEDAH KAJIAN -

Terdapat pelbagai jenis kaedah kajian yang digunakan untuk menjalankan
kajian ini. Antaranya ialah :

1. KAEDAH PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian ke atas kawasan di Beseri, Perlis.
Melalui pemerhatian ini, saya mendapati pelbagai jenis kegiatan ekonomi
yang dijalankan oleh penduduk setempat demi menyambung kelangsungan
hidup.

2. KAEDAH RUJUKAN
Saya juga telah merujuk bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan

kajian saya seperti buku, artikel, internet dan sebagainya. Banyak maklumat
yang diperolehi melalui kaedah ini. Salah satu laman web yang saya layari
ialah Wikipedia.

3. KAEDAH TEMUBUAL

Kegiatan ekonomi di kawasan Beseri, Perlis ini memberi kesan kepada
kehidupan seharian masyarakat di kawasan ini. Dengan kaedah temubual
bersama orang sumber iaitu Encik Mohd Fairus Bin Ismail dan Puan Siti
Amrina Binti Bokhari, saya lebih memahami kepentingan dan kesan
kegiatan ekonomi terhadap masyarakat setempat.

- KEGIATAN EKONOMI UTAMA DI KAWASAN KAJIAN -

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Beseri, Perlis seperti
pertanian, pelancongan, perdagangan dan sebagainya. Tetapi pada kali ini saya fokuskan
kepada kegiatan ekonomi perniagaan sebagai kegiatan ekonomi utama di Beseri, Perlis.

Hal ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini amat bergiat aktif dalam sektor
perniagaan bagi menghasilkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan kehidupan
seharian. Kebanyakannya mengusahakan perniagaan persendirian dimana keuntungan

dan kerugian sesebuah perusahaan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Sebagai
contoh, perniagaan runcit seperti gerai, pasar mini, kedai runcit dan restoran.

Terinai lake view cafe
ialah satu-satunya cafe di

Beseri, Perlis yang
membolehkan para
pelanggan dapat merasai
kelazatan hidangan barat
sambil menikmati
pemandangan indah Tasik

Timah Tasoh

- FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN
EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN -

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi yang ada di kawasan kajian. Antaranya
ialah dari segi faktor fizikal. Kita dapat lihat bahwa kawasan kajian majoritinya bertanah pamah, ianya
sangat sesuai untuk kegiatan seperti pertanian, pengangkutan, perindustrian dan sebagainya. Kegiatan

seperti pertanian, misalnya penanaman getah, sayur-sayuran, dan padi dapat berkembang dengan pesat
lalu produk yang dihasilkan dari sumber ini dapat juga dipasarkan dengan lebih meluas dalam sektor

perdagangan . Sebagai contoh, getah yang dapat menghasilkan produk seperti sarung tangan dan tayar.

Seterusnya, faktor yang lain ialah kemudahan infrastruktur. Kewujudan jaringan dan sistem
pengangkutan yang cekap dan efisien dalam sektor pertanian dan perdagangan amatlah diperlukan. Hal
ini dapat memudahkan proses pengangkutan bahan mentah dari sumbernya ke kilang dan barangan siap

ke pasaran serta bagi mengangkut barangan pertanian yang cepat rosak terus ke pasaran. Contohnya
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Produk seperti sarung tangan
dan tayar adalah dihasilkan

daripada getah

- KEPENTINGAN-KEPENTINGAN KEGIATAN

EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN -

Kegiatan ekonomi di kawasan kajian memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan setempat. Antara kepentingan kegiatan
ekonomi di kawasan kajian ialah ia dapat mendorong kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana kegiatan ekonomi dapat

menyumbangkan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan mentadbir negara. Untuk pengetahuan semua, pendapatan
negara diperoleh daripada cukai, hasil eksport, kedatangan pelancong asing dan keuntungan aktiviti perniagaan. Misalnya, cukai secara

langsung seperti cukai pendapatan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Selain itu, kegiatan ekonomi juga amat penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Kepelbagaian kegiatan ekonomi dapat
menyediakan peluang pekerjaan menyebabkan kadar pengangguran di Malaysia berkurangan. Hal ini demikian kerana ia bukan sahaja

dapat memberi keselesaan yang lebih baik kepada kehidupan mereka dan malah mereka dapat mempelajari kemahiran baharu dan
menambah pengalaman mereka dalam sesebuah bidang. Dengan pekerjaan yang mereka miliki, setiap individu dapat memenuhi

tanggungjawab dan peranan mereka terhadap keluarga demi menyambung kelangsungan hidup dengan gaji yang mereka perolehi.
Sebagai contoh, negara masih memerlukan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang pengangkutan. Hal ini kerana semakin ramai yang

menggunakan perkhidmatan penerbangan dan sektor ini berkembang dengan amat pesat. Jadi, mereka memerlukan lebih ramai
juruterbang, pramugari, pramugara, juruteknik, jurutera dan yang berkaitan dalam sektor ini.

- RUMUSAN -

Sebagai kesimpulan akhir, kita dapat mengetahui bahawa kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian ialah
perniagaan atau juga dikenali sebagai perdagangan. Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama
ialah bentuk muka bumi iaitu bertanah pamah serta mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Kegiatan ekonomi ini juga amat penting dalam mendorong kemajuan ekonomi negara serta mewujudkan

peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Selain itu, segala objektif utama kajian ini telah berjaya dicapai dengan sebaik-baiknya. Setiap maklumat
yang diperoleh telah dianalisis dengan baik bagi mendapatkan kesimpulan yang bernas.

Tambahan pula, tidak dapat dinafikan bahawa banyak dugaan yang perlu ditempuhi sepanjang kerja kursus
ini dijalankan. Antaranya ialah seperti masalah talian internet, kekurangan sumber maklumat, ketandusan
idea dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira dan amat berpuas hati dengan hasil kajian

yang telah saya usahakan dengan bantuan daripada guru matapelajaran, ibu bapa dan rakan-rakan.

Saya mendapati kajian yang telah saya hasilkan masih memiliki kekurangan dan kelemahan walaupun
sudah dikaji dengan teliti. Saya berharap agar wabak Covid-19 tamat secepat yang mungkin agar saya dapat
turun ke lapangan untuk memerhati dan meneliti dengan lebih mendalam kajian yang saya jalankan supaya

maklumat yang diperoleh lebih banyak dan disahkan sahih. Saya juga akan berusaha melakukan kajian ini
dengan lebih baik pada masa hadapan dengan penambahbaikan yang lebih menarik.

- GAMBAR-GAMBAR LAIN YANG BERKAITAN -

LADANG HARUM MANIS BUKIT CHABANG

MRSM Beseri mempunyai ladang Antara destinasi pelancongan yang terbaik di Perlis untuk
Harumanis seluas 2 ekar dengan mereka yang sukakan aktiviti pendakian bukit. Cabaran

lebih daripada 270 pokok laluan bukit ini ke puncaknya sangat mencabar daya tahan
harumanis. stamina dan memerlukan skill pendakian yang tinggi. 90%

laluan disini berbatu dan ada juga laluan yang berbatu
tajam. Bagi mereka yang ingin melihat panorama matahari
terbit dari bukit ini, perlulah mulakan pendakian seawal 3
pagi. Bagi yang beginner atau baru mula nak cuba mendaki

bukit, sebaiknya dapatkan seorang jurupandu yang
berpengalaman bagi tujuan keselamatan.

- GAMBAR-GAMBAR LAIN YANG BERKAITAN -

TASIK TIMAH TASOH

Tasik buatan manusia dan menjadi pusat tumpuan utama para pengunjung di negeri Perlis.
Sekitar tasik ini juga sering mejadi tempat untuk mencerap bintang dan dikatakan lokasi
yang paling strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar-gambar bintang dan Milky
Way.

- TAMAT -

SETAKAT INI SAHAJA DARIPADA SAYA
SEMOGA BERMANFAAT
SEKIAN, TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH : Qurratul Ain Binti Mohd Fairus
GURU PEMBIMBING : Puan Asmaniza Binti Yop


Click to View FlipBook Version