The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Islam Tingkatan 3 KSSM.
Pelajaran 13 : Beriman kepada hari Akhirat.
Tanda-tanda besar hari Kiamat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qurratulainmohdfairus226, 2021-07-15 13:48:45

GEMPA BUMI DI TIMUR, DI BARAT DAN SEMENANJUNG TANAH ARAB

Pendidikan Islam Tingkatan 3 KSSM.
Pelajaran 13 : Beriman kepada hari Akhirat.
Tanda-tanda besar hari Kiamat.

- GEMPA BUMI -

DI TIMUR
DI BARAT
DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

AHLI KUMPULAN :
ALIF DANIAL – NAUFAL MIZAN
IZZATUL INSYIRAH – QURRATUL AIN – AUNI UMAIRAH

- KEJADIAN YANG MENCETUSKAN GEMPA BUMI -

Gempa terjadi kerana manusia tidak lagi memperhatikan keadaan alam dengan baik. Di mana tempat-tempat di
alam ini, kini dijadikan bangunan-bangunan besar yang megah nan indah. Kesannya, penghijauan semakin
menipis dan dunia semakin terkikis mengakibatkan banyak kemusnahan terjadi di muka bumi.

Salah satu bentuk kemusnahan ialah dengan adanya bencana alam. Hal ini memang merupakan sesuatu yang
ilmiah. Ia hadir bukan atas dasar keinginan manusia, melainkan sudah menjadi kehendak Allah SWT. Salah satu

bentuknya ialah gempa bumi dan kebiasanya kita dapat mengatasi masalah ini.

TETAPI, APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA GEMPA BUMI TERJADI SECARA BERTERUSAN?

Hal inilah yang akan terjadi sebelum kiamat. Gempa bumi terjadi di mana-mana dan berlangsung secara
berterusan.

Gempa bumi ini boleh menjadi dari salah satu rahmat Allah SWT kepada umatnya untuk menghapus segala
dosa-dosa mereka.

Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy”ari, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Umatku adalah
umat yang dirahmati Allah SWT. Mereka tidak akan diazab di akhirat. Allah menjadikan azab mereka di

dunia, dengan adanya pembunuhan, gempa bumi dan huru-hara”, (HR. AHMAD DAN HAKIM).
Gempa bumi juga boleh menjadi salah satu hukuman untuk manusia akibat kerosakan yang mereka telah
lakukan. Tuntasnya, gempa bumi itu boleh menjadi azab dan hukuman untuk manusia pasa satu masa.

- DALIL AL-QURAN -

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu! Sesungguhnya
gempa hari kiamat itu sesuatu perkara yang amat besar (1) Pada hari kamu
melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan

melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang
mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan
melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi

azab Allah amatlah berat, mengerikan (2)

-BEBERAPA FIRMAN ALLAH SWT BERKAITAN KEJADIAN GEMPA BUMI-

Yang bermaksud :

1. “Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.”
(SURAH AL-ZALZALAH, 99:1)

2. “Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah
mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.”

(SURAH AL-A’RAF, 7:78)

3. “(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-gunang bergoncang
(serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir
yang mudah bersepah.”
(SURAH AL-MUZAMMIL, 73:14)

4. “(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-
benar goncangan.”

(SURAH AL-WAQIAH, 56:4)

- HADIS -

Diriwayatkan daripada Salamah Bin
Nufail As-Sukuni, dia berkata :

“Kami sedang duduk-duduk di sisi
Rasulullah SAW lalu baginda
menyebutkan suatu hadis yang

bermaksud; ‘Sebelum terjadinya hari
kiamat akan terdapat kematian-
kematian yang mengerikan dan

sesudahnya akan terjadi tahun-tahun
gempa bumi.”

(HADIS RIWAYAT AHMAD)

-PERSOALAN-

APAKAH PERBEZAAN GEMPA BUMI BIASA DENGAN GEMPA
BUMI KIAMAT?

: Berdasarkan firman Allah SWT, gempa bumi yang
digambarkan dalam Al-quran adalah situasi gempa
bumi besar akhir zaman yang lebih dahsyat dengan
apa yang berlaku pada hari ini. Gempa bumi tersebut

adalah satu bentuk goncangan yang akan
memusnahkan keseluruhan dunia serta menghancurkan
setiap apa yang ada di muka bumi Allah SWT. Oleh
itu, gempa bumi yang berlaku pada hari ini tidak boleh

disamakan dengan gempa akhir zaman yang
diberitakan menerusi Al-Quran

- TAMAT-

SEMOGA BERMANFAAT
SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version