KEMENTERIAN PENGANGKUTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN PENGHARGAAN
MALAYSIA MALAYSIA
Cetakan Pertama (Edisi Rintis 2018) Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa- Pembangunan Semula Modul Pendidikan
apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih ditujukan kepada semua yang berikut:
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Persiaran Perdana, Raya Malaysia
Presint 4, 62100 WP,
PUTRAJAYA • Jabatan Pengangkutan Jalan
Tel : 03-2148 1011 Kementerian Pendidikan Malaysia
Faks : 03-2148 1969 • Bahagian Pembangunan Kurikulum
• Bahagian Buku Teks
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Lembaga Peperiksaan
Laman Sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
Reka Letak dan Reka Huruf : • Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
Rising Fusion Sdn Bhd • Universiti Kebangsaan Malaysia
Muka Taip Teks : Arial • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Saiz Muka Taip Teks : 11 Point
Kementerian Dalam Negeri
Dicetak dan Diedar oleh :
Polis Diraja Malaysia
Rising Fusion Sdn Bhd (798455-k)
No 21 Jalan PBS 14/13, Taman Perindustrian
Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5879 9897
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan
sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk
menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan
keselamatan jalan raya menjadi pemangkin jalan raya yang
berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan
raya ini dapat menyumbang ke arah keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
RAKAN PKJR
JARJIT ADAM JUTIM
G
MEI LIN ALIYA
RANI
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT
KANDUNGAN 1 16
2 18
3 20
4 22
5 24
6 26
7 28
8 30
9 32
10 36
11 38
12 40
13 41
14 42
15 44
16 47
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Tema Fokus Hasil Pembelajaran
1 Penggunaan 1.1 Risiko dan akibat 1.1.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan faktor dan akibat nahas jalan raya
Jalan Raya di Malaysia.
1.1.2 Menyatakan perkaitan risiko, mengambil risiko dan implikasi risiko
dengan persekitaran jalan raya serta situasi perjalanan.
1.1.3 Mengenal pasti faktor risiko yang memberikan kesan terhadap
keselamatan remaja sebagai pengguna jalan raya termasuk :
• Mengenal pasti perkara yang menyebabkan remaja paling berisiko
ketika di persekitaran jalan raya.
• Menyenaraikan langkah yang boleh memberikan kesan kepada
prestasi pemandu atau penunggang.
• Menyenaraikan sebab pejalan kaki dan penunggang berada dalam
risiko kematian dan kecederaan serius.
1.1.4 Menyenaraikan tingkah laku yang mempengaruhi keselamatan semua
pengguna jalan raya serta akibat penggunaan jalan raya yang salah
dan tidak selamat.
1.2 Pengurusan risiko 1.2.1 Menyatakan cara-cara untuk menangani risiko berkaitan dengan
tingkah laku pengguna jalan raya.
1.2.2 Menyenaraikan cara-cara untuk menangani risiko dan mengurangkan
bahaya di persekitaran jalan raya.
1.2.3 Menyenaraikan cara-cara untuk menangani risiko dan mengurangkan
bahaya berkaitan dengan situasi perjalanan.
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Tema Fokus Hasil Pembelajaran
2 Faktor 2.1 Risiko dan akibat 2.1.1 Memahami dan menerangkan akibat memandu melebihi had laju.
Manusia dalam 2.1.2 Mengenal pasti kesan yang berlaku kepada seseorang semasa
perlanggaran disebabkan kelajuan.
Perlanggaran
2.1.3 Mengetahui perbezaan antara had laju, had laju yang ditetapkan, had
2.2 Keletihan laju yang dicadangkan dan kelajuan yang bersesuaian.
2.3 Memandu bawah 2.2.1 Mengetahui kepentingan tidur yang cukup untuk mengekalkan
pengaruh dadah dan perhatian semasa memandu dan mengetahui ritma sirkadian
alkohol (circadian ryhthm) serta kesan gangguannya kepada tubuh manusia.
2.4 Hilang tumpuan 2.2.2 Mengenal pasti simptom keletihan dan kesannya terhadap pengguna
jalan raya.
2.3.1 Mengenal pasti kesan ubat, dadah dan alkohol (untuk tujuan
berseronok) kepada keselamatan pengguna jalan raya.
2.3.2 Memahami undang-undang yang berkaitan dengan pemanduan
bawah pengaruh alkohol dan dadah serta akibat mengabaikan
undang-undang tersebut.
2.3.3 Menyatakan bantahan atas pemanduan di luar kawalan. (pengaruh
alkohol dan dadah)
2.4.1 Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan kesannya.
(penglihatan dan pendengaran contohnya penggunaan telefon bimbit
dan muzik yang kuat.
2.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan kesannya.
(fizikal contohnya bergurau senda, makan minum dan menukar siaran
radio)
2.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan kesannya.
(kognitif contohnya berkhayal)
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Tema Fokus 3.1.1 Hasil Pembelajaran
3 Alat 3.1 Tali pinggang keledar Mengenal pasti fungsi dan cara pemakaian tali pinggang keledar
Perlindungan dengan betul untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan tahap
kecederaan jika berlaku nahas atau kenderaan berhenti secara
mengejut.
3.1.2 Mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian tali
pinggang keledar.
3.1.3 Menyatakan implikasi sekiranya tidak menggunakan tali pinggang
keledar dengan betul .
3.1.4 Menjelaskan impak kecederaan serius atau kematian yang
mengakibatkan perubahan kehidupan yang ketara terhadap orang lain.
3.2 Topi keledar 3.2.1 Mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian topi
keledar.
3.2.2 Mengenal pasti fungsi dan ciri-ciri topi keledar yang dapat
menyelamatkan nyawa dan mengurangkan tahap kecederaan jika
terlibat dalam nahas.
3.2.3 Menghuraikan impak kecederaan otak yang akan menjejaskan
kehidupan.
3.3 Alat pemantul cahaya 3.3.1 Mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan kebolehlihatan
pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.
3.4 Beg udara 3.4.1 Menyatakan faedah kewujudan dan fungsi beg udara di dalam kereta
bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian.
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Tema Fokus Hasil Pembelajaran
4 Pejalan Kaki 4.1 Tingkah laku pejalan 4.1.1 Mengenal pasti tindakan yang perlu diambil oleh pejalan kaki ketika
kaki yang selamat di jalan raya.
4.1.2 Mengemukakan kepentingan menggunakan setiap kemudahan
pejalan kaki.
4.1.3 Mengenal pasti cara yang betul apabila berjalan di kawasan yang
tidak mempunyai kemudahan laluan pejalan kaki.
4.1.4 Menjelaskan faktor yang menghalang penglihatan pejalan kaki
sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.
4.1.5 Menganalisis persekitaran pejalan kaki yang mesra pengguna.
5 Penunggang 5.1 Menunggang basikal 5.1.1 Menghuraikan kepentingan menggunakan alat perlindungan ketika
Basikal dan
Motosikal dengan selamat menunggang basikal.
5.1.2 Merancang laluan yang selamat ketika menunggang basikal.
5.1.3 Menjelaskan cara yang betul untuk berinteraksi dengan kenderaan
lain ketika menunggang basikal.
5.1.4 Menjelaskan tindakan yang perlu diambil apabila melihat kemalangan
melibatkan basikal.
5.1.5 Menjelaskan risiko menunggang basikal di jalan raya.
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Tema Fokus Hasil Pembelajaran
5 Penunggang 5.2 Menunggang 5.2.1 Menghuraikan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan
Basikal dan motosikal dengan keselamatan ketika menunggang motosikal.
Motosikal selamat
5.2.2 Merancang laluan yang selamat ketika menunggang motosikal.
5.2.3 Memahami risiko yang berkaitan dengan penunggang motosikal.
6 Pemandu dan 6.1 Tingkah laku 5.2.4 Menjelaskan sikap dan cara yang betul untuk penunggang motosikal
Penumpang pemandu yang berinteraksi dengan pengguna jalan raya yang lain.
selamat
5.2.5 Menjelaskan tindakan yang perlu diambil apabila melihat kemalangan
melibatkan motosikal.
5.2.6 Mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan motosikal dan
penunggang motosikal.
6.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri pemandu yang berhemah dan membuat
perbandingan antara pemandu berhemah dengan pemandu yang
tidak berhemah berdasarkan pemerhatian.
6.1.2 Menghuraikan situasi berbahaya ketika memotong kenderaan lain.
6.2 Tingkah laku 6.1.3 Menerangkan proses untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia.
penumpang yang
selamat 6.2.1 Membincangkan tingkah laku penumpang yang mengganggu
pemandu secara fizikal.
6.2.2 Mengenal pasti tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan
pemandu.
6.2.3 Menjelaskan tindakan selamat yang diambil oleh penumpang
sebelum dan semasa perjalanan.
Aktiviti 1
Tingkah Laku dan Risiko
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid memberikan respons berdasarkan poster kemalangan di jalan raya.
2. Murid membincangkan risiko serta cara-cara menanganinya dalam kumpulan.
(Round Table)
3. Murid membentangkan hasil perbincangan.
A Gambar di bawah menunjukkan tingkah laku yang berisiko di jalan raya. Bincangkan.
Berbasikal secara beriring-iringan Melintas di kawasan sibuk
Motosikal yang diubah suai Memandu sambil berswafoto
16
HP 1.2.2
PKJR
B Berdasarkan gambar yang diberikan, lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan risiko dan
cara-cara menanganinya.
Kesalahan Risiko Cara Menangani
Berbasikal secara Kemungkinan dilanggar oleh Menunggang basikal dalam
beriring-iringan kenderaan satu deretan
Mengakibatkan kecederaan Kekalkan jarak yang
Menghalang lalu lintas selamat di belakang
kenderaan yang selamat
Penggunaan motosikal Tiada ciri keselamatan (saiz tayar Menggunakan motosikal yang
yang diubah suai dan tiada cermin sisi) menepati spesifikasi yang
Kemalangan ditetapkan
Melintas di kawasan Kemungkinan dilanggar oleh Melintas di kawasan selamat
yang sibuk kenderaan seperti lintasan pejalan kaki
Kecederaan Menggunakan jejantas
Memandu sambil Hilang kawalan Fokus dan berhati-hati
berswafoto Membahayakan pengguna jalan semasa memandu
raya yang lain
17
*Terima jawapan lain yang relevan dan sesuai
1.2.2 HP
PKJR
Aktiviti 2
Malang Tidak Berbau
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid membaca petikan dengan t.eliti
2. Murid menyatakan risiko yang akan dihadapi sekiranya melalui jalan tersebut dan langkah-langkah
untuk menanganinya dalam bentuk peta minda.
A Baca petikan dengan teliti.
Keunikan Malaysia memang tidak dapat dinafikan lagi
khususnya dengan kepelbagaian bentuk muka buminya.
Keindahan bukit bukau yang dipenuhi dengan hutan hujan
tropika, kawasan tanah tinggi, sungai, air terjun dan cuaca
yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan
Malaysia sebagai satu destinasi yang cukup menarik untuk
dikunjungi.
Namun begitu, bentuk muka bumi ini telah
mewujudkan struktur jalan raya yang pelbagai. Bagi kawasan
tanah tinggi seperti di Cameron Highlands, Genting
Highlands dan Kundasang, jalan raya yang dibina berliku-liku.
Kawasan-kawasan tersebut bukan sahaja ditumbuhi dengan
ribuan spesies pohon, malah diselaputi kabus yang
menghalang kebolehlihatan pemandu. Lantaran itu,
pemanduan di kawasan seperti ini memerlukan fokus yang
tinggi terutamanya ketika hujan lebat bagi menghadapi risiko
jalan licin, berlopak, pokok tumbang serta tanah runtuh yang
boleh menyebabkan kemalangan.
Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di negara
ini sering mengundang hujan yang lebat khususnya ketika
angin monsun Timur Laut dan angin monsun Barat Daya
bertiup. Hal ini sekali gus mengakibatkan banjir terutamanya di
kawasan rendah. Oleh itu, pemandu yang menggunakan jalan
raya tersebut disarankan supaya merancang perjalanan bagi
mengelakkan risiko terperangkap dalam bencana banjir.
Seterusnya, satu lagi fenomena yang sering dihadapi
oleh masyarakat di negara ini ialah masalah jerebu. Jerebu
yang berpunca daripada pembakaran terbuka mendatangkan
implikasi kepada pengguna jalan raya. Indeks Pencemaran
Udara (IPU) yang tinggi mengakibatkan jarak penglihatan yang
rendah dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati bagi
mengelakkan kecelakaan.
HP 1.2.3 Kesimpulannya, pengguna jalan raya dituntut agar
PKJR lebih cakna dengan pelbagai situasi di sepanjang jalan sebagai
persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran persekitaran,
cuaca dan keadaan jalan raya di negara ini. Jangan kita lupa,
malang tidak berbau. Oleh itu, hargailah nyawa kita, ingatlah
orang yang tersayang.
18
B Berdasarkan petikan dalam Aktiviti 2A, nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak
risiko sekiranya anda menggunakan jalan tersebut. Lengkapkan peta minda di bawah.
LaRnigsikkaohPMerejnalaanngaanni
Persekitaran Cuaca Jalan Raya
Berhati-hati melalui Berhati-hati ketika melalui Berhati-hati melalui jalan
kawasan yang mempunyai kawasan yang berisiko yang menjadi laluan haiwan
banyak pokok banjir
Berhati-hati dan mematuhi
Elakkan menggunakan Elakkan memandu had laju apabila melalui
kawasan yang berisiko dalam keadaan berjerebu jalan yang bersimpang-siur
mengalami tanah runtuh atau berliku-liku
Berhati-hati memandu
Berhati-hati semasa melalui ketika hujan lebat Berhati-hati melalui
jalan kawasan angin lintang jalan yang berpasir,
berbatu dan
halangan-halangan lain
seperti serpihan tayar
*Terima jawapan lain yang relevan.
19 1.2.3 HP
PKJR
Aktiviti 3 : 90
Had Laju
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid meneliti gambar jalan raya yang pelbagai dan papan tanda had laju yang berbeza.
2. Murid meneroka maklumat berkaitan perbezaan antara had laju, had laju yang ditetapkan
dan kelajuan yang bersesuaian serta kewajarannya.
3. Murid melakukan aktiviti Perbincangan Meja Bulat (Round Table) untuk menambah maklumat.
4. Murid membentangkan hasil dapatan.
A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Bincangkan ciri-ciri yang membezakan had
laju mengikut jenis jalan.
110 Keadaan jalan: amat sempurna
Papan tanda: lengkap
km / j Saiz jalan: amat lebar
Lampu jalan: mencukupi
Penyelenggaraan: kerap
Jumlah pengguna: banyak
80 Keadaan jalan: agak sempurna
Papan tanda: agak lengkap
km / j Saiz jalan: agak lebar
Lampu jalan: agak mencukupi
Penyelenggaraan: berkala
Jumlah pengguna: banyak
60 Keadaan jalan: kurang sempurna
Papan tanda: kurang lengkap
km / j Saiz jalan: kurang lebar
Lampu jalan: kurang mencukupi
Penyelenggaraan: kurang
Jumlah pengguna: kurang
HP 2.1.3 Info 966 km
PKJR
terpanjangPKJR Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Lebuh raya ekspres
adalah Lebuhraya Utara-Selatan dengan jumlah
20
B Nyatakan kewajaran had laju di kawasan sekolah.
Papan tanda Kawasan sekolah
SEKOLAH
HAD LAJU
30
Km/j
Ciri-ciri Kewajaran
1. Keadaan jalan : Keselamatan murid
Pelbagai keadaan
Pengguna yang belum matang
2. Papan tanda :
Lengkap Jumlah pengguna - ramai
3. Saiz jalan : Mengurangkan bunyi kenderaan
Mengikut lokaliti yang mengganggu ketenteraman
orang lain
4. Lampu jalan :
Mengikut lokaliti 2.1.3 HP
PKJR
5. Penyelenggaraan :
Mengikut keperluan
6. Jumlah pengguna :
Mengikut enrolmen
21
Aktiviti 4
Keletihan
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid menonton video berkaitan tanda-tanda keletihan dan kesannya kepada pengguna
jalan raya.
2. Murid mencatat simptom-simptom keletihan dan kesannya kepada pengguna jalan raya
dalam peta pelbagai alir berdasarkan video yang ditayangkan.
3. Murid menulis ulasan tentang langkah menangani keletihan ketika memandu berdasarkan
maklumat yang diberikan.
A Tonton klip video yang ditayangkan dengan teliti.
Alvin dan rakan-rakan keluar melepak Alvin hanya tidur selama 2 jam sebelum kAelmvinaldanangarnakaaknib-raatkmanemteralnibdaut ddaallaamm
sehingga awal pagi. memulakan perjalanan. keletihan.
B Tulis simptom-simptom keletihan dan kesannya dalam peta pelbagai alir di bawah.
TANDA KESAN
Mengantuk Terbabas
Tidak fokus KELETIHAN
Kematian
Terlelap Info PKJR: Membahayakan
nyawa
HP 2.2.2 4X kemalangan mautMemandu antara jam 10 malam hingga waktu subuh
PKJR lebih berisiko untuk terlibat dalam 22
Sumber : MIROS
C Tulis ulasan tentang langkah-langkah menangani keletihan ketika memandu berdasarkan
maklumat di bawah. Panjang ulasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
KeletihanLangkah-langkah
Menangani
TidTuidruser csuekcuukpunpynaya ElEalkakkaknanmmakaaknaannanbebreartat BBerehrehnetnitrierheahtat
Keletihan merupakan satu faktor penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.
Isi-isi : Isi tersirat
Isi tersurat Tidur 7 jam sehari
Tidur secukupnya Elakkan mengantuk - contoh : elakkan
Elakkan pengambilan makanan berat pengambilan makanan berlemak
Berhenti rehat Memulihkan tenaga - contoh : tidur sekejap
(10 minit - 15 minit)
Kesimpulannya, setiap pemandu harus merancang perjalanan agar dapat mengelakkan
keletihan ketika memandu.
23 2.2.2 HP
PKJR
Aktiviti 5
Implikasi Pengaruh Dadah
dan Alkohol
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid menonton klip video berkaitan pemanduan di luar kawalan di bawah pengaruh alkohol.
2. Murid menyatakan implikasi memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh
alkohol.
3. Setiap kumpulan melakonkan situasi yang dipilih.
4. Setiap kumpulan memberikan ulasan tentang nilai dan pengajaran yang diperoleh daripada
lakonan kumpulan lain.
Nota: Guru juga boleh mengaplikasikan situasi yang sama untuk pengaruh dadah.
A Tonton klip video dengan teliti. Bincangkan implikasi memandu kereta di bawah pengaruh alkohol.
Sam minum arak bersama Sam memandu di bawah Sam ditahan oleh polis.
rakan-rakannya. pengaruh alkohol.
Sam dikehendaki menjalani Sam digari oleh polis. Sam dibawa ke balai polis untuk siasatan.
ujian pernafasan.
Had yang ditetapkan bagi ujian pernafasan adalah : Kesalahan memandu di bawah Info
pengaruh alkohol ataupun
PKJR
35 mikrogram alkohol dalam mabuk tertakluk di bawah
Seksyen 45 Akta Pengangkutan
100 milimeter nafas atau Jalan 1987. Jika di dapati
bersalah, anda boleh
didenda maksimum
HP 2.3.3 80 miligram alkohol dalam 24
PKJR RM6,000
100 milimeter darah atau
100 m1il0i7mmeiltigerarmaairlkkoheonl dcailnamg 1 tahudnan
penjara.
Sumber : Akta Pengangkutan Jalan 1987
B Lakonkan situasi yang telah dipilih secara berkumpulan.
1 2 3
Anda sedang berada di dalam Vincent sedang menunggang Akibat memandu dalam keadaan
sebuah bas ekspres dari Kuala motosikal yang ditunggang oleh tidak terkawal, Sigun telah
Lumpur ke Pulau Pinang. Joey yang diketahui baru ditahan oleh polis dan terpaksa
Pemandu bas tersebut memandu mengambil pil ekstasi. Akibatnya menjalani ujian pengaruh alkohol.
dalam keadaan yang berbahaya
motosikal yang ditunggang Sigun telah ditangkap dan
akibat pengaruh dadah. menjadi tidak terkawal lalu dihadapkan ke mahkamah.
melanggar pembahagi jalan.
Apakah nasihat anda kepada Vincent dan Joey telah tercedera. Apakah nasihat anda kepada
pemandu bas tersebut? Sigun?
Apakah nasihat anda kepada
mereka?
45
Baru-baru ini jiran anda telah
Andy dihadapkan ke mahkamah mengalami kemalangan jalan
atas kesalahan menunggang raya. Sebelum memandu dia
telah mengambil pil selsema dan
bawah pengaruh dadah sehingga ubat batuk tanpa membaca
ibu bapanya didakwa. preskripsi ubat. Akibatnya, dia
mengantuk dan hilang tumpuan
Apakah nasihat anda kepada semasa memandu kereta dan
Andy?
akhirnya dia terbabas lalu
terlanggar sebuah lori.
Apakah nasihat anda kepada jiran
anda?
*Perlu berhati-hati semasa menyampaikan nasihat
C Nyatakan nilai dan pengajaran yang diperoleh daripada lakonan tersebut.
Nilai Pengajaran
Bertanggungjawab
Rasional Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan
Patuhi undang-undang dan kebajikan penumpang kenderaan awam.
Kasih sayang Kita hendaklah rasional dalam setiap tindakan yang
dilakukan dengan mengelakkan pengambilan dadah.
Kita hendaklah mematuhi undang-undang jalan raya bagi
mengelakkan kemalangan.
Sebagai anak kita hendaklah menunjukkan sikap kasih
sayang terhadap ibu bapa dan keluarga dengan menjauhi
gejala negatif.
Sayang akan nyawa Kita hendaklah sayang akan nyawa sendiri dan nyawa HP
orang lain dengan mematuhi preskripsi ubat-ubatan yang PKJR
25 diambil.
2.3.3
Aktiviti 6
Derita Kecuaian
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid membaca petikan dan menyatakan punca-punca, contoh dan kesan hilang
tumpuan semasa memandu.
2. Murid menulis punca-punca pemandu hilang tumpuan dan kesannya kepada pengguna
jalan raya.
A Baca petikan berita dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Masalah kecelakaan jalan raya telah menjadi isu nasional. Jalan raya yang
sepatutnya menjadi laluan untuk kemudahan awam seolah-olah bertukar fungsi menjadi pembunuh nombor satu
negara. Hal ini semakin meruncing dan membimbangkan ketika kita sedang meniti arus kemajuan negara.
Pelbagai punca telah dikenal pasti sebagai penyebab berlakunya kemalangan jalan raya yang semakin
meningkat dari sehari ke sehari.
Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah pemandu tidak menumpukan perhatian semasa
memandu. Hal ini disebabkan ketidakpatuhan pemandu terhadap peraturan jalan raya semasa memandu.
Misalnya, pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa
memakai alat bebas tangan (handfree) dan memandu dengan menggunakan
sebelah tangan sahaja. Kesannya, pemandu akan hilang tumpuan semasa
pemanduan sehingga mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan
jalan raya.
Selain itu, berbalas-balas mesej dengan menggunakan aplikasi
media sosial seperti Whatsapp, Wechat, Messenger, Instagram dan Twitter
boleh menjadi punca hilang tumpuan semasa memandu. Penggunaan
aplikasi media sosial secara tidak bertanggungjawab ke arah
menyumbang peningkatan statistik kemalangan jalan raya. Walaupun
berswafoto dan bermain permainan interaktif dengan menggunakan telefon ketika
kesesakan lalu lintas dapat menghilangkan kebosanan tetapi buruk padahnya.
Hakikatnya, kelekaan menggunakan telefon ketika memandu sudah pasti mengganggu tumpuan
pemandu. Sekiranya kelajuan kereta kurang daripada 20km/j, mungkin risiko menyebabkan kemalangan
maut bagi pemandu agak tipis tetapi masih membahayakan nyawa orang lain terutamanya penunggang
motosikal. Jika kereta dipandu laju, bahaya akan wujud di sekeliling kita ke arah boleh menyebabkan
kecederaan serius dan meragut nyawa. Walaupun terdapat banyak kes kemalangan ngeri dilaporkan namun
amalan negatif ini masih tidak dapat dikikis dalam kalangan pengguna jalan raya.
Seterusnya, faktor keletihan pemandu turut menjadi penyumbang ke arah kemalangan jalan raya.
Sebagai contoh, pemandu yang keletihan akibat bekerja sepanjang hari dan tidak cukup rehat boleh
mengakibatkan pemandu hilang tumpuan dan terdorong berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu,
pemandu disarankan agar berehat secukupnya supaya tidak memandu dalam keadaan berbahaya.
Tuntasnya, semua pengguna jalan raya hendaklah berganding bahu dan bersatu hati dalam usaha
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sesungguhnya, semua pemandu perlu peka dan
mengambil inisiatif untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya justeru tidak membiarkan
permasalahan ini berlarutan sehingga menjadi barah. Ingat, pengguna jalan raya perlulah mengamalkan
sikap mencegah lebih baik daripada mengubati.
HP 2.4.3 26
PKJR
B Tulis punca-punca pemandu hilang tumpuan dan kesannya kepada pengguna jalan raya
dalam peta minda di bawah.
1 2 Punca 4 5
Memandu Berbalas mesej Bermain Keletihan dan
menggunakan 3 permainan
telefon tanpa alat dengan Berswafoto interaktif tidak fokus
bebas tangan menggunakan semasa memandu
(handsfree) aplikasi sosial
HilangTumpuan
1 Kesan 3
Kemalangan Membahayakan
2 pengguna jalan
raya yang lain
Kecederaan
dan
maut
27 2.4.3 HP
PKJR
Aktiviti 7
Beringat Sebelum Kena
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid membaca petikan dan menyenaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan
tersebut serta membincangkan maksudnya.
2. Murid membina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.
3. Murid melengkapkan perenggan dengan ayat yang gramatis.
A Baca rencana di bawah dengan teliti. Senaraikan peribahasa yang terdapat dalam rencana
tersebut dan bincangkan maksudnya.
Kepentingan Tali Pinggang Keledar
Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa
kerana malang tidak berbau. Salah satu faktor kemalangan
berlaku ialah pengabaian penggunaan alat perlindung.
Lazimnya, kecederaan dan kematian dalam sesuatu
kemalangan dapat dikurangkan sekiranya pengguna jalan
raya menggunakan alat perlindung seperti tali pinggang
keledar. Namun, kesedaran orang ramai terhadap risiko
jika tidak memakai tali pinggang keledar masih berada
pada tahap yang rendah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),
dengan memakai tali pinggang keledar risiko kecederaan
maut dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus bagi
penumpang hadapan dan 75 peratus bagi penumpang belakang. Menurut MIROS lagi, tanpa memakai tali
pinggang keledar pula, tiga daripada empat orang akan berisiko tercampak keluar daripada kenderaan
yang boleh mengakibatkan kecederaan, kecacatan mahupun kematian. Tegasnya, penggunaan tali
pinggang keledar berkesan untuk mengurangkan kecederaan parah sekiranya berlaku kemalangan.
Sikap orang ramai yang menganggap pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang remeh
merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kadar kematian akibat kemalangan. Ada juga
pengguna yang memakai tali pinggang keledar sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka hanya
memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan kompaun daripada penguat kuasa tetapi bukan kerana
kesedaran untuk mengurangkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Menyedari kepentingan dan keberkesanan pemakaian tali pinggang keledar dalam
mengurangkan risiko kematian semasa kemalangan, peraturan penggunaan tali pinggang keledar tempat
duduk belakang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009. Tahukah anda apakah yang akan terjadi
sekiranya tali pinggang keledar di tempat duduk belakang ini tidak digunakan? Penumpang belakang
bukan sahaja akan membahayakan diri sendiri, malah mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu
dan penumpang di hadapan. Sebagai contoh, pada kelajuan 50 km/j, penumpang belakang dengan berat
60 kilogram berupaya menghentam tempat duduk di hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
Dapatkah kita menggambarkan implikasinya? Oleh itu, berilah perhatian kepada keselamatan ketika
memandu dengan memakai tali pinggang keledar kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya yang mementingkan keselamatan, kita haruslah
prihatin terhadap peraturan pemakaian tali pinggang keledar yang betul dan sempurna, bak kata pepatah
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
HP 3.1.3 28
PKJR
B Bina ayat berdasarkan peribahasa yang berikut :
1 Malang tidak berbau
Ibu menasihati Raju agar sentiasa memakai topi keledar walaupun kedai itu
berhampiran dengan rumahnya kerana malang tidak berbau.
2 Seperti melepaskan batuk di tangga
Aidil sering dimarahi oleh gurunya kerana selalu membuat kerja rumah bagaikan
melepaskan batuk di tangga.
3 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Wilson berpakaian cerah pada waktu malam untuk meningkatkan kebolehlihatan
ketika menunggang motosikal kerana dia berpendapat sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
4 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Rohan yang dilahirkan cacat bercita-cita tinggi untuk menawan puncak gunung
Everest kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
C Lengkapkan perenggan di bawah berdasarkan tiga kesan buruk akibat tidak memakai tali
pinggang keledar dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Pada pendapat saya KBAT
i)
ii) terhumban keluar daripada kenderaan
iii) kecederaan
iv) kecacatan
kematian
29 3.1.3 HP
PKJR
Aktiviti 8
Tragedi Berdarah
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid membaca petikan cerpen dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan.
3. Murid berbincang tentang bahan grafik yang diberi dalam kumpulan.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan.
5. Murid merumuskan hasil pembelajaran.
A Baca cerpen di bawah dengan teliti.
Kenangan manis bersama keluarga tercinta mungkin tidak lagi dapat aku rasai. Keseronokan percutian
yang kami rancang belum sempat terakam dalam kotak memori. Semuanya musnah dalam sekelip
mata. Sikap berhati-hati bapa ketika memandu memang diakui oleh semua ahli keluarga namun benar
kata orang malang tidak berbau. Hanya dentuman yang begitu kuat sahaja yang masih aku ingat.
Kereta bapa remuk sama sekali, semua ahli keluarga, ibu, bapa dan dua orang adikku terkorban
sekelip mata.
Cuma aku yang cedera parah, patah kaki dan tangan. Menurut laporan media, lori yang
dipandu terlalu laju oleh seorang pemandu yang mabuk membuatkan ahli keluargaku terkorban.
Namun, hal yang amat aku kesali ialah aku sahaja yang memakai tali pinggang keledar pada waktu
kemalangan itu terjadi.
Peristiwa hitam itu masih menghantui sanubariku sehingga kini. Apa-apa sahaja bunyi yang
datangnya daripada kenderaan, menjadi igauan ngeri. Bunyi ciut tayar kereta sewaktu membrek di luar
rumah membuatkan aku sentiasa gelisah. Bukan sekali dua aku berkeadaan begitu malah, setiap kali
mendengar bunyi tayar berdecit atau melihat paparan kemalangan dalam berita di kaca televisyen,
tiba-tiba sahaja jantungku berdegup kencang.
Walaupun terselamat daripada tragedi itu,
aku mudah resah, panik dan tersentak sewaktu
tidur. Situasi yang berlarutan itu menyebabkan
aku menjadi seorang yang murung. Nasihatku
kepada semua pengguna jalan raya, sentiasalah
memakai tali pinggang keledar bagi menjamin
keselamatan diri.
Menurut Pakar Runding Psikiatri, Dr. Ellan
Khairuddin menjelaskan bahawa cedera jiwa yang
aku alami merupakan simptom klasik Gangguan Info Kecelaruan stres pascatrauma ialah gangguan kecemasan teruk yang
dapat berkembang selepas terpapar setiap peristiwa yang
Tekanan Pascatrauma (PTSD). Jelas beliau, PKJR
keadaan tersebut berlaku apabila seseorang menghasilkan trauma psikologi. Kejadian ini dapat mencetus ancaman
terdedah kepada satu peristiwa buruk hingga kematian diri sendiri mahupun orang lain malah merosak potensi
membawa kepada trauma. Trauma, menurut Dr. integriti fizikal, seksual, atau psikologi individu. Sebagai kesan daripada
trauma psikologi, PTSD (Post Traumatic Stress Disorder / gangguan
Ellan ialah peristiwa yang jarang dialami dalam stress pasca trauma) biasanya menunjukkan frekuensi gejala yang tidak
kehidupan seharian seseorang. sering muncul namun berlangsung cukup lama apabila dilihat dan
berbanding gejala pesakit stress akut.
HP 3.1.4 30
PKJR
B Jawab soalan-soalan berikut secara lisan.
1. Berdasarkan petikan cerpen, bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?
• akibat lori yang dipandu terlalu laju oleh seorang pemandu yang mabuk.
2. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori tersebut?
• memandu terlalu laju.
• memandu dalam keadaan mabuk.
3. Apakah implikasi daripada kemalangan ngeri yang ‘aku’ alami?
• ahli keluarga ‘aku’ terkorban.
• ‘aku’ cedera parah, patah kaki dan tangan.
4. Berikan maksud peribahasa malang tidak berbau.
• Kecelakaan tidak dapat diketahui sebelumnya / kecelakaan yang terjadi dengan tiba-
tiba
5. Pada pendapat anda, bagaimanakah kemalangan jalan raya dapat dielakkan? KBAT
• Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya.
• Mereka bentuk jalan raya yang lebih selamat dan mesra pengguna.
• Kenderaan diselenggara secara berkala dan selamat digunakan.
C Secara berkumpulan, bincangkan impak kecederaan serius atau kematian kepada orang lain
berdasarkan carta pai yang diberi. Laporkan hasil perbincangan kumpulan anda.
KBAT
Statistik Mengikut Jenis Kemalangan Kemalangan Maut
& 6,570
Kecederaan Akibat Jalan Raya 5Ke,5m2a7langan Ringan
Kemalangan Parah
3,478
31 Sumber : Cawangan Perangkaan Tra k, PDRM Bukit Aman HP
PKJR
3.1.4
Aktiviti 9
Ambil Mudah Membawa Padah
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid melaksanakan bacaan secara mentalis atau mekanis.
2. Murid menyenaraikan implikasi tidak memakai topi keledar.
3. Murid menulis perenggan isi yang lengkap.
A Baca perbualan di bawah.
Aliya. Takziah Aliya. Berita
kemalangan abang
awak tersiar di akhbar.
Terima kasih Rani. Saya amat Dimanakah kemalangan
bersedih dengan peristiwa itu berlaku?
yang berlaku.
HP 3.2.3 32
PKJR
Kemalangan itu
berlaku di
persimpangan
jalan tidak jauh dari
rumah saya.
Bagaimanakah Abang saya
keadaannya koma dan
sekarang terlantar di
hospital
Koma? Ketika kemalangan tersebut ,
Kenapa? abang saya mengalami
kecederaan teruk di bahagian
kepala kerana tidak memakai
topi keledar. Kemungkinan
besar abang saya akan
lumpuh seumur hidup.
33 3.2.3 HP
PKJR
Saya pernah mendengar
ceramah bahawa angka
kematian akibat tidak memakai
topi keledar sangat tinggi.
Sekiranya kita memakai topi
keledar tetapi tidak
mengancingnya dengan kemas
juga akan mengakibatkan
kecederaan parah dan
kematian.
Betul kata awak. Kesan Nampaknya ayah
tidak memakai topi saya sudah sampai.
keledar akan memberikan saya balik dahulu
impak kepada Rani.
kecederaan otak dan
seterusnya boleh
menyebabkan kita
menjadi lumpuh, koma,
kecacatan fizikal dan
gangguan emosi.
Baiklah Aliya. Jangan lupa
pakai topi keledar dengan
betul. Jumpa lagi.
HP 3.2.3 34
PKJR
B Berdasarkan perbualan antara Aliya dan Rani, senaraikan implikasi tidak memakai topi
keledar dengan betul.
boleh menyebabkan kematian
boleh menyebabkan koma
lumpuh
kecederaan yang parah
kecacatan kekal
gangguan emosi
C Berikut merupakan isi-isi penting bagi karangan bertajuk ‘Kepentingan Memakai Topi Keledar’.
Pilih mana-mana satu isi dan hasilkan satu perenggan isi yang lengkap.
dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya
dapat mengelakkan kecederaan yang serius pada bahagian kepala / otak
dapat mengurangkan risiko kecacatan kekal fizikal
dapat mengelakkan gangguan emosi kepada mangsa kemalangan
Info PKJR betulMemakai topi keledar keselamatan dengan
40% 70%bolehmenyebabkan:
PKenEgMuraAngTanIArisNiko PKKeEEnCPguEAraDLnAEgaRnAriAsikNo
35 Sumber : www.who.imt/www.themalaymailonline.com 3.2.3 HP
PKJR
Aktiviti 10
Kebolehlihatan
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid menonton klip video yang ditayangkan. Secara rawak, beberapa orang murid menyatakan
pendapat mereka tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku kepada penunggang,
pembonceng motosikal dan pemandu kereta tersebut.
2. Murid melakukan aktiviti sumbang saran tentang cara-cara meningkatkan kebolehlihatan
dalam kumpulan.
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas mengikut kreativiti
masing-masing. (gallery walk atau one stay others stray)
4. Murid meneliti kad imbasan alat pemantul cahaya yang boleh meningkatkan kebolehlihatan
pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.
A Tonton klip video dan berikan pendapat anda tentang pengakhiran klip video tersebut.
Dua orang remaja menunggang moto- Lampu belakang motosikal
sikal dengan berpakaian tidak berfungsi.
gelap pada waktu malam.
Terdapat kenderaan lain berada Kereta hampir melanggar motosikal
pada jalan yang sama. kerana motosikal tidak dapat
dilihat dengan jelas.
Info Kesedaran kepada masyarakat tentang faktor kebolehlihatan penunggang
PKJR motosikal masih lagi pada tahap yang amat menyedihkan dengan meningkatnya
kes-kes kemalangan maut di jalan raya. Berdasarkan statistik daripada MIROS,
HP
PKJR 3.3.1 sebanyak 16,278 kes kemalangan melibatkan motosikal telah direkodkan 36
berlaku pada waktu bermula 6.00 petang hingga 6.00 pagi.
Sumber : MIROS
Secara berkumpulan bincangkan faktor-faktor berlakunya kemalangan dan cara-cara
B meningkatkan kebolehlihatan pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.
Kemudian, bentangkan hasil perbincangan.
Faktor-faktor
1. Penunggang dan pembonceng memakai pakaian gelap
2. Topi keledar berwarna gelap
3. Lampu belakang motosikal tidak menyala
4. Jalan yang gelap
5. Jalan yang berkabus
Cara-cara Meningkatkan Kebolehlihatan
1. Pemakaian jaket pemantul cahaya (siang dan malam)
2. Pemakaian baju yang berwana cerah (putih, kuning) pada waktu malam
3. Memakai topi keledar yang berwarna cerah pada waktu malam
4. Pemakaian topi keledar yang mempunyai pelekat pemantul cahaya
5. Menampal pelekat pemantul cahaya di bahagian belakang iaitu di bawah nombor
pendaftaran motosikal (mud guard)
37 3.3.1 HP
PKJR
Aktiviti 11
Beg Udara
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid menonton klip video dan memberikan respons.
2. Murid berbincang tentang tajuk pidato secara berkumpulan.
3. Murid melakukan simulasi pidato di dalam kelas.
A Tonton klip video yang ditayangkan. Berikan pendapat berkaitan video yang dipertontonkan.
Tanpa Beg Udara
Pandu uji pada kelajuan 64km/j. Kesan perlanggaran kepada
pemandu dan penumpang
Dengan Beg Udara
Pandu uji pada kelajuan 64km/j. Kesan perlanggaran kepada
pemandu dan penumpang
HP 3.4.1 Imbas kod QR untuk ke klip video Pandu Uji Asean NCAP / MIROS
PKJR
38
B Bincangkan secara berkumpulan tentang tajuk pidato ‘Penggunaan Beg Udara
Mendatangkan Kebaikan kepada Pengguna’.
• Memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan penumpang
• Sebagai ciri keselamatan tambahan untuk pemandu dan penumpang jika
dilanggar dari arah sisi
• Mengelakkan kecederaan serius terutamanya pada bahagian kepala dan
dada
• Menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang
C Simulasi pidato di dalam kelas.
Info
PKJR
BAGAIMANA BEG UDARA BERFUNGSI?
Beg udara berfungsi seperti penggalak (booster) roket solid. Isyarat daripada
sensor nyahpecutan kereta akan menghantar satu denyut (impuls) elektrik
yang mengaktifkan campuran nitrogen dengan bahan kimia. Bahan kimia
itu kemudian akan mengurai dan bertindakbalas pantas untuk menjana gas
nitrogen panas, sekali gus mengembungkan beg udara dan terpacul keluar
daripada roda stereng, papan pemuka atau panel sisi. Proses
pengembungan beg udara itu berlaku pada kelajuan 322kmj dan sepantas
1/25 saat (40 milisaat).
*Sumber : https://pandulaju.com.my/7-perkara-penting-yang-perlu-anda-tahu-tentang-isu-beg-udara-takata/
39 3.4.1 HP
PKJR
Aktiviti 12
Tingkah Laku Pejalan
Kaki yang Selamat
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid meneliti gambar-gambar yang diberi.
2. Murid berbincang dalam kumpulan tentang situasi pada gambar.
3. Murid membentangkan hasil perbincangan. ( gallery walk atau one stay others stray )
A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kenal pasti persekitaran pejalan kaki yang mesra
pengguna. Jelaskan pendapat anda.
2
KBAT
1
4
3
6
5
HP 4.1.5 40
PKJR
Aktiviti 13
Menunggang Basikal dengan
Selamat
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid menonton klip video.
2. Murid bersoal jawab tentang klip video tersebut.
3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang tingkah laku yang selamat dan tingkah laku yang
tidak selamat daripada klip video.
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. (one stay others stray)
A Tonton klip video dengan teliti. Kemudian, beri respons secara lisan berdasarkan video yang
ditonton.
AdamkdeapnaJduatnimg smeecnaurangsgealanmgabta. sikal Amirul dan sraekcaanra-rabkaahnaymae. nunggang Amirul terlibat dalam kemalangan.
B Secara berkumpulan, kategorikan tingkah laku yang selamat dan tingkah laku yang tidak selamat
berdasarkan klip video. Kemudian, bentangkan hasil perbincangan.
Tingkah laku selamat Tingkah laku tidak selamat
memakai jaket pemantul cahaya tidak memakai jaket pemantul cahaya
memakai topi keledar basikal tidak memakai topi keledar basikal
memakai kasut memakai selipar
memakai pad siku dan pad lutut
menunggang basikal di lorong tepi tidak memakai pad siku dan pad lutut
memberi isyarat tangan semasa hendak menunggang sambil berbual-bual dan bergurau senda
membelok
menunggang basikal dalam satu barisan membelok tanpa memberi isyarat tangan
menunggang basikal secara bersaing
menunggang basikal tanpa pembonceng
basikal yang dikekalkan keadaan asalnya menunggang basikal dengan pembonceng
menunggang basikal secara berhemah dan
tertib basikal yang diubah suai (pemegang tinggi,diletakkan
besi tambahan pada tayar di bahagian belakang).
41
menunggang basikal dengan aksi berbahaya HP
PKJR
5.1.5
Aktiviti 14
Menunggang Motosikal dengan
Selamat
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid mendengar sebuah lagu tentang undang-undang yang berkaitan dengan penunggang
motosikal.
2. Murid bersoal jawab tentang audio tersebut.
3. Murid menyenaraikan undang-undang berkaitan penunggang motosikal yang terdapat dalam
lirik lagu tersebut.
4. Murid merumuskan hasil pembelajaran.
A Dengar lagu dengan teliti. Kemudian nyanyikan lagu tersebut.
“Tunggang dengan Selamat”
Rangkap 1 Jika menunggang motosikal
Perlu dapat lesen memandu
Andainya tiada lesen
Anda akan disaman
Rangkap 2 Jika fikir nak jalan-jalan
Pastikan motor ada insurans
Lesen kenderaan motor tak luput
Amalan yang bijaksana
Korus Engkaulah apa kau lakukan
Terkandung dalam pemikiran
Topi keledar jangan dilupakan
Ikut peraturan
Engkaulah apa kau lakukan
Cermin sisi juga dipasangkan
Nombor pendaftaran dilekatkan
Ikut peraturan
(Ulang Rangkap 1 dan 2)
Korus Engkaulah apa kau lakukan
Terkandung dalam pemikiran
Topi keledar jangan dilupakan
Ikut peraturan
Percaya apa kau lakukan
Sifat waspada dibudayakan
Kemalangan boleh dielakkan
Anda selamat.......Anda selamat
HP Melodi oleh En. Mah Kok Heng 42
PKJR Lirik oleh Projek PKJR 2017
5.2.6
B Nyatakan undang-undang berkaitan penunggang motosikal yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.
Bil Undang - undang Huraian
1 Lesen Memandu - boleh mengambil lesen pada usia 16 tahun
2 Lesen Kenderaan - perlu melepasi beberapa ujian yang ditetapkan oleh JPJ
- perlu diperbaharu mengikut tempoh tertentu
Motor (LKM) - kebenaran secara sah untuk menunggang motosikal di jalan raya
- perlu diperbaharu setelah tamat tempoh
- melanggar ordinan lalu lintas jika tiada lesen kenderaan motor
3 Insurans - nota perlindungan yang mengandungi syarat-syarat perlindungan
4 Topi keledar - perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk
5 Cermin sisi menggantikan kerugian dan bayaran premium tertentu
- perlu diperbaharu mengikut tempoh tertentu
- mesti dipakai oleh penunggang motosikal (mengikut piawaian Standard
Malaysia)
- perlu dikancing dengan kemas dan rapat pada dagu maksimum dua jari dari
dagu
- hendaklah dipakai mengikut kesesuaian saiz pengguna
- semua penunggang dan pembonceng motosikal mesti memakai topi keledar
mengikut Akta Pengangkutan Jalan
- dipasang pada kedua-dua sisi kenderaan (untuk membolehkan pemandunya
melihat kenderaan yang datang dari belakang)
6 Nombor - tanda indeks bagi sesuatu nombor pendaftaran yang diberikan pada suatu
pendaftaran kenderaan bermotor
7 Spesi kasi - dipasang pada bahagian hadapan dan pada bahagian belakang motosikal
motosikal
- saiz nombor pendaftaran mestilah mengikut standard yang ditetapkan oleh
JPJ
- plat nombor pendaftaran dibuat daripada logam yang diacuankan atau
ditekankan plastik atau bahan lain yang bersesuaian serta huruf dan angkanya
ditinggikan, ditimbulkan atau dileperkan
- kekalkan struktur enjin asal tanpa pengubahsuaian
- mempunyai sepasang cermin sisi dengan saiz yang standard
- nombor pendaftaran kenderaan
- ekzos asal daripada syarikat pengeluar kenderaan
43 5.2.6 HP
PKJR
Aktiviti 15
Pemanduan Selamat
CADANGAN AKTIVITI :
1. Murid meneliti gambar dan memberikan maksud Lesen Belajar Memandu (LDL) dan
Lesen Memandu Percubaan (CDL).
2. Murid melakukan aktiviti sumbang saran tentang kepentingan lesen.
Guru perlu menjelaskan kepentingan lesen :
• Jika tiada lesen, apabila berlakunya kemalangan kita perlu membayar denda bagi
kesalahan yang dilakukan
• Membahayakan pengguna jalan raya yang lain
• Semua pemandu kenderaan dan penunggang motosikal memerlukan lesen yang sah
3. Murid membaca petikan proses mendapatkan Lesen Memandu.
4. Murid menyusun proses mendapatkan LDL dan CDL.
5. Murid membuat rumusan hasil pembelajaran.
A Apakah yang anda ketahui tentang gambar ini?
Info KeFamktoar lLaaznimgan Motosikal di Malaysia
PKJR
1 2 345
Penunggang
Memecut Mengabaikan tidak memberi Memotong Menunggang
laju / atau dan dengan cuai
isyarat atau tidak mahir
Dilanggar melanggar membelok tau menunggang
pemandu isyarat merah secara
tidak bahaya
lain menggunakan
isyarat dengan
betul
Sumber : PDRM
HP 6.1.3 44
PKJR
B Baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.
PPRROOSSEESS MMEENNDDAAPPAATTKKAANN LLEESSEENN MMEEMMAANNDDU
Tahukah anda proses untuk mendapatkan Lesen Memandu? Mengapakah Lesen Memandu
sangat diperlukan untuk membolehkan anda memandu kenderaan di jalan raya? Di manakah
anda boleh mendapatkan lesen memandu ini? Pada umur berapakah anda layak mengambil
lesen memandu? Di bawah ini diterangkan langkah-langkah untuk mendapatkan lesen
memandu.
Sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan lesen memandu, anda perlu
memastikan jenis lesen yang mahu diambil. Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu,
pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berdasarkan kelayakan umur dan kesihatan.
Kelayakan umur minimum ialah 16 tahun bagi kelas motosikal, 17 tahun bagi kelas motokar
dan 21 tahun bagi kenderaan-kenderaan lain. Bagi kelayakan kesihatan pula, adalah dari segi
sihat tubuh badan, boleh melihat ke hadapan pada jarak 23 meter dan tidak buta warna.
Seseorang pemohon itu perlu mendaftar di institut memandu, sekolah memandu atau
pejabat pendaftaran calon yang terdapat di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ). Bagi mereka yang ingin mendapatkan lesen menunggang
motosikal, mereka perlu menghadiri Kursus Teori Penunggangan Selamat (KPP 01) selama
enam jam. Pemohon juga perlu menduduki dan lulus Ujian Bahagian I (Undang-undang Jalan
Raya dan Pemanduan Berhemah). Selepas itu, anda akan memperoleh Lesen Belajar
Memandu (LDL).
Seterusnya, anda akan menjalani latihan praktikal di litar (KPP 02) selama 9.5 jam.
Selain itu, anda juga perlu menjalani latihan praktikal di jalan raya (KPP 03) selama enam jam.
Setelah latihan pratikal tersebut tamat, anda akan menjalani Ujian Penilaian selama 30 minit
(Praujian). Ujian terakhir yang akan anda duduki ialah Ujian Bahagian II dan III (ujian praktikal
JPJ). Setelah lulus ujian tersebut, anda akan memperoleh Lesen Memandu Percubaan. Anda
perlu melalui tempoh percubaan selama dua tahun sebelum lesen anda ditukar kepada Lesen
Memandu Kompeten. Lesen tersebut perlu diperbaharu setelah tamat tempoh.
Info
Tahukah anda?PKJR
Mana-mana pemandu/penunggang yang didapati bersalah akan berhadapan dengan denda sehingga
RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali, bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan.
Bahkan mereka juga boleh didakwa bawah Seksyen 90 untuk kesalahan memandu tanpa pelindungan
insurans, yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Akta Pengangkutan Jalan 1987
45 6.1.3 HP
PKJR
C Lengkapkan carta alir proses mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen
Memandu Percubaan (CDL) dengan susunan yang betul.
Pendaftaran
1 Kursus Teori Penunggangan
Selamat
(KPP 01) (6 jam)
Ujian Bahagian 1
Gagal Keputusan
Gagal Lulus
Lesen Belajar Memandu (LDL)
2 Praktikal di Litar (KPP 02) (9.5 jam)
3 Praktikal di Jalan Raya (KPP 03)
(6 jam)
4 Ujian Penilaian (30 minit)
Keputusan
Lulus
Ujian Bahagian II dan III
Gagal Keputusan
Lulus
Lesen Memandu Percubaan (CDL)
5 Tempoh Percubaan (2 tahun)
Pertukaran Lesen Memandu
PDL Kepada Lesen Memandu
Kompetan
(CDL-Dalam Tempoh 1 Tahun)
HP 6.1.3 46
PKJR
GLOSARI
Glosari Maksud
Alat pemantul cahaya Alat keselamatan yang memantulkan cahaya. Contoh: jaket pemantul
cahaya, pelekat pantul cahaya.
Alat perlindungan
Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau
penumpang daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh:beg
udara, tali pinggang keledar dan topi keledar.
Bahaya Sesuatu yang dapat mendatangkan bencana, kecelakaan, nahas, dan
Beg udara lain-lain.
Had laju Sejenis beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stering
Insurans atau papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat
Jejantas duduk penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika
Kebolehlihatan dilanggar dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan
menggelembung dan mengempis dalam masa kurang darip sesaat
Lesen Belajar Memandu (sekitar 0.05 saat). Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan
(LDL) pemandu dan penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.
Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
Perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk
meggantikan kerugian dengan bayaran premium tertentu.
Jambatan yang dibina merentangi jalan raya untuk memisahkan pejalan
kaki daripada kenderaan bagi membolehkan mereka melintas dengan
selamat tanpa berhadapan dengan kenderaan dan lalu lintas.
Keadaan dapat melihat pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.
Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang
membolehkan seseorang belajar memandu (latihan praktikal) sebelum
dibenarkan menjalani ujian praktikal bagi tempoh tiga atau enam bulan
(Lesen L). Pelanjutan tidak boleh melebihi agregat dua tahun mulai tarikh
mula lesen belajar memandu dikeluarkan. Dalam tempoh dua tahun
seseorang itu perlu lulus semua ujian kompetensi dan mendapat kelas
lesen memandu yang dipohon.
Lesen Memandu Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan
kebenaran kepada seseorang atau pihak tertentu melakukan
menggunakan atau melakukan sesuatu.
Lesen Memandu Percubaan Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setelah
(CDL) seseorang itu lulus semua ujian memandu kompetensi bagi kelas lesen
memandu yang dipohon untuk membolehkan pemandu baharu
memandu kenderaan. Tempoh percubaan selama dua tahun dan dikira
dari tarikh lesen memandu percubaan dikeluarkan. (Lesen P).
47
Glosari Maksud
Lintasan pejalan kaki Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih secara melintang di atas
Lintasan pejalan kaki jalan raya untuk membantu pejalan kaki melintas dengan selamat.
Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan lazimnya
berisyarat terdapat butang serta dua lampu berimej orang berwarna merah dan hijau.
Lintasan pejalan kaki berisyarat dikawal dengan menekan butang yang
Pembahagi jalan terdapat pada tiang lampu pejalan kaki berisyarat.
Ruang pemisah antara dua aliran tra k yang bertentangan di bahagian
Peraturan jalan raya tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok konkrit
ataupun ruang tanah kosong yang lapang.
Perlanggaran
Prekripsi ubat Undang-undang keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran
Risiko pengguna jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.
Terowong pejalan kaki
Rempuhan antara dua kenderaan atau lebih sama ada secara berhadapan
atau sebagainya.
Maklumat terperinci tentang ubat.
Kemungkinan mendapat bahaya akibat melakukan sesuatu tindakan atau
perbuatan.
Laluan yang dibina menembusi tanah atau bukit untuk dijadikan laluan
pejalan kaki.
48