The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR FARHANI MAISARAH BINTI ZAWAWI (F2E)

Bukti penggunaan bahasa kurang santun di media sosial & cadangan mengatasinya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Farhani Maisarah, 2022-04-12 11:11:23

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

NUR FARHANI MAISARAH BINTI ZAWAWI (F2E)

Bukti penggunaan bahasa kurang santun di media sosial & cadangan mengatasinya.

Keywords: Ksantunan berbahasa

BMMB1144
KESANTUNAN BERBAHASA

NAMA PENSYARAH : ABDUL RAHIM OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : NUR FARHANI MAISARAH BINTI ZAWAWI
ANGKA GILIRAN : 2021252310115
PROGRAM : PPISMP
AMBILAN : JUN 2021
KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU / F2E
TARIKH HANTAR : 10/04/2022

KANDUNGAN

1. DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA
2. PENGGUNAAN BAHASA KURANG SANTUN YANG DILONTARKAN

OLEH MASYARAKAT MALAYSIA DI MEDIA SOSIAL

I. PENGGUNAAN KATA PANGGILAN YANG TIDAK SESUAI
II. PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK SOPAN
III. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
IV. PENGGUNAAN BAHASA SINGKATAN

3. CADANGAN UNTUK MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA

4. RUMUSAN
SENARAI RUJUKAN

DEFINISI KESANTUNAN
BERBAHASA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan ‘santun’ boleh
didefinisikan sebagai budi bahasa atau budi pekerti yang halus, beradab
dan mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain. Selain itu,
perkataan‘santun’ juga merujuk pada tutur kata, bahasa badan dan
intonasi suara. Manakala “berbahasa” pula membawa maksud mempunyai
bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa dan menggunakan sesuatu
bahasa Oleh itu, kesantunan berbahasa boleh ditakrifkan sebagai sebagai
kesopanan dan kehalusan seseorang individu itu menggunakan bahasa
ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Asmah Haji Omar
(2000) pula mendefinisikan kesantunan berbahasa sebagai penggunaan
bahasa dalam kehidupan seharian yang tidak menimbulkan kemarahan,
kegusaran dan rasa tersinggung kepada pendengar.

PENGGUNAAN BAHASA KURANG
SANTUN YANG DILONTARKAN
OLEH MASYARAKAT MALAYSIA
DI MEDIA SOSIAL

Sumber : Facebook

Gambar di halaman sebelah menunjukkan masyarakat malaysia
menggunakan kata panggilan yang tidak sesuai ketika menulis komen di
laman sosial Facebook. Mereka memanggil YB Encik Ahmad Razif Abdul
Rahman sebagai "ko", "hampa", "ang", dan "Razif". Situasi ini jelas
menunjukkan ketidaksantunan dalam berbahasa kerana kata panggilan
yang sepatutnya untuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang merupakan
Menteri Besar Terengganu ialah YB, Encik ataupun beliau. Hal ini jelas
bertentangan dengan Teori Kesantunan Asmah (2000) yang menyatakan
bahawa sewaktu berkomunikasi, seseorang individu itu perlu mengambil
kira taraf dan peranan orang yang bercakap. Dalam situasi ini
masyarakat sepatutnya menggunakan kata panggilan yang lebih sopan
kerana apa yang ditulis ini dapat dilihat dan dibaca oleh seluruh
masyarakat di dunia. Hal ini sudah pasti dapat mencerminkan sikap rakyat
Malaysia yang tidak santun dalam berbahasa.

Terdapat beberapa sebab masyarakat Malaysia menggunakan kata
panggilan yang tidak sesuai dalam media sosial. Sebab pertama ialah
kekurangan pengetahuan mengenai kata panggilan yang sesuai untuk
individu yang memiliki pangkat yang besar. Hal ini berlaku kerana
sikap individu itu sendiri yang tidak mengambil tahu perkembangan isu
semasa, dan tidak mengenali orang-orang di sekelilingnya. Perkara ini
juga boleh berlaku disebabkan kurangnya masa ibu bapa bersama
anak-anak kerana kesibukan bekerja. Kebiasaannya, ibu bapalah yang
akan mengajar nilai-nilai kesantunan dalam kehidupan seharian dan
menceritakan isu semasa kepada anak-anaknya. Di samping itu,
terdapat juga masyarakat yang tidak tahu bahawa individu tersebut
memiliki pangkat yang besar dan hanya beranggapan bahawa individu
tersebut hanyalah masyarakat biasa. Akhir sekali, terdapat juga
segelintir masyarakat yang sengaja tidak menggunakan kata
panggilan yang sesuai kerana perasaan benci yang membuak-buak
terhadap individu tersebut.

2. PENGGUNAAN BAHASA
YANG TIDAK SOPAN

Bahasa yang tidak sopan ialah bahasa yang merangkumi kata-kata
kesat, lucah, kejian, makian dan penghinaan. Bahasa ini telah

menjadi ratib harian sebahagian masyarakat Malaysia sehingga
mempengaruhi generasi muda untuk merasakannya sebagai sesuatu
yang normal dalam kehidupan harian. Hal ini telah menyebabkan
remaja hari ini sangat gemar menggunakan kata-kata kesat dalam
media sosial. Kata-kata kesat bukan sahaja dapat menggambarkan
sikap biadap seseorang itu, malah ia juga dapat mengguris perasaan
orang lain yang membacanya

CONTOH PENGGUNAAN BAHASA
TIDAK SOPAN DI MEDIA SOSIAL

Sumber : Facebook

Gambar di halaman sebelah jelas menunjukkan masyarakat malaysia yang menggunakan bahasa
yang tidak sopan dalam akaun Facebook. Antara kata-kata kesat yang kita dapat lihat ialah
"babi", "sial" "anjing", "bodoh", "bingai" serta ayat "otak letak kat lutut" dan "kecik2 xnk mampos
besaq2 susahkan org". Perkataan seperti "babi" dan "anjing" adalah tidak santun kerana ia seperti
menyamakan manusia dengan binatang yang kotor dan haram di sisi agama Islam. Hal ini disokong
dengan pendapat Asmah Haji Omar (2000) yang turut mengatakan bahawa perkataan "babi"
dianggap sebagai perkataan yang tidak sopan. Seterusnya, perkataan "bodoh", dan "bingai" pula
dianggap tidak santun kerana ia menggambarkan sifat-sifat manusia yang negatif tidak disukai.
Perkataan "sial" pula bermaksud jahanam, yang mendatangkan kecelakaan atau tidak beruntung
(Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, 2011). Ayat "otak letak kat lutut" adalah tidak sopan kerana otak
manusia yang digunakan untuk berfikir terletak di dalam kepala dan bukannya pada lutut. Ayat ini
membawa maksud seseorang itu tidak mempunyai otak atau bodoh kerana tidak. Akhir sekali, ayat
"kecik2 xnk mampos besaq2 susahkan org" juga merupakan ayat yang tidak santun kerana ayat
tersebut dapat mengguris hati orng yang membacanya. Hal ini kerana ayat tersebut jelas
menggambarkan bahawa individu tersebut hanya menyusahkan orang lain dan seharusnya mati
sewaktu kanak-kanak lagi agar tidak menyusahkan orang ramai.

Terdapat beberapa sebab bahasa tidak sopan digunakan secara berleluasa di media sosial.
Sebab yang pertama ialah sikap masyarakat yang tidak dapat mengawal emosinya ketika
marah. Kata-kata kesat dan berunsur makian digunakan apabila emosi seseorang itu dikuasai
oleh perasaan ego, angkuh, sombong, marah dan rasa terhina. Maka, seseorang itu akan
cenderung untuk melepaskan perasaan marahnya melalui kata-kata sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan. Selain itu, seseorang individu itu cenderung untuk menggunakan bahasa tidak
sopan kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan orang yang paling hampir
dengan kita selain ibu bapa dan ahli keluarga. Seseorang individu itu mudah terpengaruh untuk
turut menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan apabila rakan-rakannya sering
menggunakannya dalam pertuturan harian sehingga menjadi suatu kebiasaan. Akhir sekali,
penggunaan bahasa tidak sopan secara berleluasa dalam media sosial juga menyebabkan
seseorang itu turut menggunakan bahasa yang tidak sopan kerana menganggapnya sebagai
hal yang biasa dilakukan oleh semua orang.

3. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Menurut Aminudin (2013), bahasa rojak berasal daripada
masyarakat yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu,
kemudiannya mereka mencampur adukkan bahasa asing
seperti bahasa Inggeris yang akhirnya menghasilkan
bahasa rojak. Selain itu, bahasa rojak juga dikenali sebagai
penukaran kod, iaitu mencampuradukkan dua atau lebih
bahasa dalam satu percakapan atau perbualan. Bahasa
rojak atau penukaran kod ini boleh berlaku sama ada hanya
sepatah perkataan sahaja ataupun sebahagian besar
perbualan tersebut.

Gambar di sebelah jelas menunjukkan seorang individu Sumber : Twitter
yang menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris dalam akaun Twitternya. Di sini
kita dapat lihat penggunaan perkataan bahasa Inggeris
adalah melebihi perkataan bahasa Melayu, iaitu "no
other way than", "extra", "and sharpen your English",
"invest in yourself", "invest in you", dan "you can do it".
Penggunaan bahasa rojak ini dianggap sebagai tidak
santun kerana ia telah mencemarkan keindahan bahasa
Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi di negara kita. Tambahan pula, identiti
masyarakat Melayu juga tidak dapat digambarkan
dengan jelas kepada masyarakat luar apabila bahasa
Melayu tidak digunakan sepenuhnya dalam pertuturan.
Selain itu, bahasa rojak juga tidak santun kerana ia
menyebabkan segelintir masyarakat Melayu tidak dapat
memahami perkara yang cuba disampaikan olehnya
kerana tidak mahir dalam berbahasa Inggeris. Oleh
sebab itu, sebagai rakyat malaysia, kita sewajarnya
menggunakan bahasa Melayu secara sepenuhnya dalam
komunikasi harian tidak kira sama ada komunikasi lisan
atau tulisan supaya kita dapat memelihara kesantunan
dalam berbahasa.

Terdapat beberapa sebab bahasa tidak sopan digunakan secara berleluasa di media
sosial. Sebab yang pertama ialah sikap masyarakat yang tidak dapat mengawal emosinya
ketika marah. Kata-kata kesat dan berunsur makian digunakan apabila emosi seseorang
itu dikuasai oleh perasaan ego, angkuh, sombong, marah dan rasa terhina. Maka,
seseorang itu akan cenderung untuk melepaskan perasaan marahnya melalui kata-kata
sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Selain itu, seseorang individu itu cenderung
untuk menggunakan bahasa tidak sopan kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya
merupakan orang yang paling hampir dengan kita selain ibu bapa dan ahli keluarga.
Seseorang individu itu mudah terpengaruh untuk turut menggunakan perkataan-
perkataan yang tidak sopan apabila rakan-rakannya sering menggunakannya dalam
pertuturan harian sehingga menjadi suatu kebiasaan. Akhir sekali, penggunaan bahasa
tidak sopan secara berleluasa dalam media sosial juga menyebabkan seseorang itu turut
menggunakan bahasa yang tidak sopan kerana menganggapnya sebagai hal yang biasa
dilakukan oleh semua orang.

Sumber : WhatsApp 4. PENGGUNAAN
BAHASA

SINGKATAN

BAHASA SINGKATAN IALAH
BAHASA YANG MENGANDUNGI
PERKATAAN-PERKATAAN YANG
DIPENDEKKAN DARI SEGI EJAAN.

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp di halaman sebelah, kedua-dua individu
banyak menggunakan kata singkatan dalam dalam perbualan mereka. Contoh jelas yang
dapat kita lihat ialah penggunaan perkataan "esk", "tmn", "gi", "leh", "x", "pn", "cri",
"nnti", "tlg", "ingtkn", "utk" dan "skali". Penggunaan kata singkatan dianggap tidak santun
kerana ia dapat menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada orang lain. Hal ini
kerana, tidak semua orang dapat memahami perkara yang ditulis olehnya. Dalam
perbualan tersebut, "tmn" boleh dibaca sebagai "teman" atau "taman" dan "cri" blh
dibaca sebagai "cari" atau "curi". Seterusnya, "pn" boleh dibaca sebagai "pun" atau
"puan" dan "tlg" boleh dibaca sebagai "tolong" atau "tulang". Hal ini jelas membuktikan
kekeliruan yang boleh wujud daripada pengunaan bahasa singkatan. Lebih parah lagi,
orang lain mungkin tersalah faham dengan perbualan tersebut. Sebagai contoh, orang
lain mungkin membaca "aku pn nk cri tudung ni" sebagai "aku pun nak curi tudung"
walaupun makna sebenar ayat tersebut ialah "aku pun nak cari tudung". Kesannya,
individu yang menulis ayat tersebut boleh dituduh mempunyai niat untuk mencuri tudung.
Hal ini secara tidak langsung menggambarkan imej yang tidak baik tentang individu
tersebut. Akhir sekali, sesetengah orang mungkin langsung tidak dapat faham perbualan
tersebut, terutamanya golongan yang sudah berusia dan kanak-kanak. Jelaslah bahawa
penggunaan bahasa singkatan dalam media sosial merupakan salah satu bahasa yang
tidak santun

Terdapat beberapa sebab bahasa tidak sopan digunakan secara berleluasa di media sosial.
Sebab yang pertama ialah sikap masyarakat yang tidak dapat mengawal emosinya ketika
marah. Kata-kata kesat dan berunsur makian digunakan apabila emosi seseorang itu dikuasai
oleh perasaan ego, angkuh, sombong, marah dan rasa terhina. Maka, seseorang itu akan
cenderung untuk melepaskan perasaan marahnya melalui kata-kata sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan. Selain itu, seseorang individu itu cenderung untuk menggunakan bahasa
tidak sopan kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan orang yang paling
hampir dengan kita selain ibu bapa dan ahli keluarga. Seseorang individu itu mudah
terpengaruh untuk turut menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan apabila rakan-
rakannya sering menggunakannya dalam pertuturan harian sehingga menjadi suatu kebiasaan.
Akhir sekali, penggunaan bahasa tidak sopan secara berleluasa dalam media sosial juga
menyebabkan seseorang itu turut menggunakan bahasa yang tidak sopan kerana
menganggapnya sebagai hal yang biasa dilakukan oleh semua orang.

CADANGAN UNTUK
MENANGANI ISU
KESANTUNAN BERBAHASA

PERANAN Memantau akaun media Memberikan teguran dan
IBU BAPA sosial anak-anak, aktiviti nasihat kepada anak-anak
supaya tidak menggunakan
harian mereka, cara kata-kata yang kurang sopan
pergaulan dan mengenali dalam kehidupan seharian
rakan-rakan anak mereka




Menggunakan bahasa yang Sentiasa meluangkan masa
baik dan sopan apabila dengan anak-anak dengan
memberikan kasih sayang yang
berkomunikasi dengan anak- secukupnya kepada mereka
anak sama ada di rumah atau dan membincangkan isu-isu
semasa bersama mereka
dalam aplikasi perbualan
supaya ianya menjadi ikutan

kepada mereka

PERANAN MEDIA MASSA

Menyiarkan kMnhreiadleansanic-lyyaaneamnildnaagibiaaekkmteraaebsnumaarnhsaeltaponustacna-raasklnnoaatn- rdMadmanieptlecaeymemamtanaananyspgptgtiukaaeikhabnrnaianganysnigtykareuyanadrnargunaaantcndatgaa-inmsssntoyiegbaapalnaaraarkhhnhanay-atnasa
rbayanahcnaagsnagmayenan-ngrgagnubcnaaaiknkgadanann



sopan

PERANAN MEDIA CETAK PERANAN GURU

Dewan Bahasa dan Pustaka, Guru Bahasa Melayu
Kamus Dewan, akhbar-akhbar menekankan aspek kemahiran
dan majalah perlu lebih aktif lisan dalam kemahiran
berbahasa, iaitu aspek-aspek
mengeluarkan bahan-bahan pertuturan yang bertatasusila,
untuk panduan dan rujukan lengkap dan tersusun.
kepada orang ramai tentang
tatacara penggunaan bahasa Guru Pendidikan Agama lslam
Melayu yang betul dan sopan dan Moral menekankan
penerapan nilai-nilai murni,
moral dan sahsiah yang baik
kepada murid-murid

PERANAN KERAJAAN

Mengadakan kempen- Menguatkuasakan Menubuhkan sebuah
undang-undang lembaga untuk menapis
kempen kesedaran negara dengan
mewujudkan satu bahan-bahan untuk
kepada orang ramai akta tentang tayangan stesen-stesen
radio dan televisyen untuk
tentang kepentingan penggunaan bahasa memastikan rancangan
yang tidak sopan di
menggunakan bahasa yang ditayangkan
khalayak umum menepati syarat-syarat
Melayu yang baik dan
wajib tayang serta
betul mematuhi nilai-nilai

budaya dan kesantunan

Contoh : Kempen Budi bahasa Melayu
Bahasa dan Nilai-nilai


Murni Contoh : FINAS (Lembaga
Penapisan Filem Negara

RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat banyak bukti yang jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu zaman sekarang banyak menggunakan bahasa yang
kurang santun dalam media sosial. Kesantunan berbahasa ketika
berkomunikasi dalam media sosial seharusnya dititikberatkan oleh
masyarakat Malaysia supaya dapat menjaga nama baik negara. Hal ini
kerana, bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat itu akan
menggambarkan sikap bagi seluruh rakyat di negara tersebut. Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita mestilah
menggunakan bahasa yang sopan dalam media sosial dan menggunakan
bahasa Melayu dengan betul tanpa merosakkan keindahannya seperti
mencampuradukkannya dengan bahasa-bahasa asing atau menggunakan
kata-kata yang tidak sopan.

SENARAI RUJUKAN

Aminuddin. (2013). Pengantar Apresiasi Karya Sastra. Sinar Baru Algensindo.
Asmah Haji Omar. (2000). Wacana,perbincangan, perbahasan, dan perundingan. Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maslida Yusof & Karim Harun. (2015). Analisis lakuan tutur dalam ruangan status

Facebook. Malaysian Jurnal Of Communication, 31(2), 151-168.
Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J.,

Mokhdzar, Z. A., Jamaluddin, J., Bajuri, M., Ali, M. E. M. (2019). Pengaruh Bahasa
Rojak Di Media Baharu Terhadap Bahasa Kebangsaan. International Journal of Law,
Government, and Communication, 4(15), 141-153. https://doi.org/10.35631/ijlgc.4150015
Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Aliffluqman Mohd Mazzalan. (2018). Aliran Pertuturan Bahasa
Rojak Dalam Kalangan Pengguna Facebook di Malaysia. e-Academia Journal, 7(1), 62-71.


Click to View FlipBook Version