The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Farhani Maisarah, 2024-03-17 13:05:42

BENIH AJAIB ATAU CINCIN PERMATA?

Buku cerita kanak-kanak

BENIH AJAIB CINCIN PERMATA? ATAU HANI SARAH


Di sebuah desa, tinggal seorang pemuda bernama Adi bersama ibu bapanya. Ibunya bernama Mak Inah manakala ayahnya pula bernama Pak Husin. Mereka tinggal di sebuah rumah kayu dan hidup dalam serba kekurangan. 1


Pak Husin bekerja sebagai nelayan manakala Adi dan Mak Inah pula berniaga di pasar yang terletak bersebelahan pelabuhan kapal. Selain itu, mereka sekeluarga turut bercucuk tanam untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga. 2


Setiap pagi, Adi akan membantu ibunya menjual ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar. Ikan-ikan yang dijual merupakan hasil tangkapan Pak Husin manakala sayur-sayuran dan buah-buahan pula dipetik dari kebun mereka. 3


Pada suatu hari, Pak Husin telah diserang penyakit kronik. Pak Husin terlantar sakit di rumah dan sudah tidak mampu menangkap ikan di lautan lagi. Hal ini telah menyebabkan mereka sekeluarga kekurangan wang untuk meneruskan hidup. Pak Husin tidak dibawa ke hospital kerana kos rawatan dan ubat-ubatan di hospital terlalu mahal. Pak Husin hanya mendapat rawatan secara tradisional dan dijaga sepenuhnya oleh Mak Inah sahaja. 4


“Kamu uruskanlah kebun kita dan teruskan berniaga. Ibu akan jaga ayahmu, ” pesan Mak Inah kepada Adi. Adi menyedari bahawa kini dia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar, iaitu menyara hidup keluarganya. 5


Setiap hari, Adi akan berniaga pada waktu pagi dan menguruskan tanaman pada waktu petang secara bersendirian. Meskipun berasa sangat penat, Adi tetap menggagahkan diri demi menyara hidup keluarganya. 6


Tidak lama selepas itu, desa tersebut mula dilanda kemarau yang sangat dahsyat. Kemarau itu telah merosakkan tanaman penduduk kampung serta menyebabkan tanah menjadi kering dan tidak sesuai lagi untuk bercucuk tanam. 7


Adi menjual sayur-sayuran dan buah-buahan terakhir yang berjaya disimpannya sebelum musim kemarau melanda. Jualannya pada hari itu sangat laku kerana hanya dia sahaja satu-satunya peniaga yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar itu. “Bagaimanalah nasib keluargaku selepas ini?” Adi termenung sendirian. 8


Sewaktu Adi termenung, dia ternampak seorang nenek tua berjalan sendirian di hadapan gerai jualannya. Nenek itu sangat kurus dan kelihatan sangat tidak bermaya 9


Adi segera mencapai sebotol air yang dibawanya dari rumah dan membungkus kesemua buah-buahan yang belum habis dijual. “Ambillah buah-buahan dan minuman ini nek, ” kata Adi sambil menghulurkan bungkusan buah-buahan dan sebotol air. “Terima kasih nak. Sungguh mulia hati kamu, ” kata nenek tua itu sambil tersenyum lebar. 10


Nenek tua itu kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari bakulnya. “Cincin permata ini pemberian arwah suami nenek. Cincin sebegini sukar ditemui dimana-mana. Ini sahajalah harta yang nenek ada, ” ujar nenek tua itu sambil memegang sebentuk cincin. 11


“Ini pula benih ajaib. Tanam sahaja di kebunmu dan tanaman akan tumbuh tanpa perlu disiram, ” kata nenek tua itu sambil memegang beg kecil yang berisi biji benih. “Sebagai tanda terima kasih nenek, pilih la salah satu nak. Kamu mahu benih ajaib atau cincin permata?” tanya nenek tua itu. 12


“Saya ambil benih ini sahajalah nek. Simpan sahaja cincin pemberian arwah suami nek. Ia mungkin sangat berharga untuk nenek, ” kata Adi sambil tersenyum. Kemudian, Adi menghantar nenek tersebut pulang. Rumah nenek tersebut berada sangat jauh di hujung desa. 13


“Terima kasih kerana sudi hantar nenek pulang, ” ujar nenek tua itu kepada Adi. “Tak mengapa nek, saya rasa risau kalau nenek jalan seorang diri, ” balas Adi sambil tersenyum. 14


Sebelum pulang ke rumah, Adi singgah ke kebun keluarganya terlebih dahulu. “Walaupun aku tidak mempercayai kata-kata nenek tadi, apa salahnya kalau aku cuba?” detik hati Adi. Adi menanam tiga biji benih ajaib yang diberikan oleh nenek tua tadi di beberapa kawasan kebun itu. 15


Pada keesokan harinya, alangkah terkejutnya Adi melihat ketiga-tiga kawasan yang ditanam dengan benih ajaib itu ditumbuhi banyak pokok. Malah, pokok-pokok tersebut berbuah dengan lebat. Buah-buahan tersebut juga telah masak ranum. Adi segera memetik buah-buahan tersebut dan menjualnya di pasar. Jualannya sangat laku dan habis dijual dalam sekelip mata sahaja. 16


Pada petang itu, Adi mula menanam lebih banyak benih ajaib di kebun keluarganya. 17


Keesokan harinya, kebunnya telah dipenuhi dengan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti. Malah, buah-buahan yang telah dipetik kelmarin turut berbuah semula dengan lebatnya. 18


Setelah beberapa hari berniaga, Adi telah berjaya mengumpulkan wang yang sangat banyak. Dengan menggunakan wang tersebut, Adi telah membawa Pak Husin mendapatkan rawatan di hospital sehingga sembuh sepenuhnya. 19


Selain itu, Adi telah membeli beberapa bidang tanah untuk menanam benih-benih yang lain. Adi juga membuka sebuah kedai yang sangat besar untuk menjual hasil tanamannya. Bukan itu sahaja, Adi juga telah mengupah beberapa orang penduduk kampung untuk mengutip hasil tanaman sementara dia dan keluarganya menguruskan kedai. Kini, Adi dan ibu bapanya terkenal sebagai keluarga terkaya di desa tersebut. 20


Pada suatu hari, datang seorang perempuan jelita ke kedai mereka. Sejak pandangan pertama lagi, Adi sudah jatuh hati pada perempuan tersebut. Setelah berkenalan antara satu sama lain, Adi menyatakan hasratnya untuk mengahwini perempuan itu. Namun begitu, perempuan itu hanya akan menerima lamarannya sekiranya diberikan sebentuk cincin permata. 21


Adi berasa sungguh buntu kerana di desa ini, tiada seorang pun yang menjual cincin permata. Di desa-desa yang lain juga tidak pernah dia temukan cincin permata. Kemudian, Adi teringat akan nenek tua yang pernah menawarkan benih ajaib atau cincin permata kepadanya beberapa hari yang lalu. 22


Namun begitu, nenek tua itu telah menolak tawarannya lalu berkata, “Sekiranya kamu mahukan cincin ini, ambil sahajalah. Tetapi keajaiban benih yang telah nenek berikan akan hilang serta-merta.” “Jadi, adakah kamu masih ingin memilih cincin permata ini berbanding benih ajaib tempoh hari?” tanya nenek tua itu. Adi berasa sangat buntu. Lalu, dia meminta izin untuk pulang ke rumah dahulu. Keesokan harinya, Adi segera bertemu dengan nenek tua itu dan menyatakan hasratnya untuk membeli cincin permatanya dengan harga yang sangat tinggi. 23


Setibanya Adi di rumah, dia menceritakan segala-galanya kepada Pak Husin dan Mak Inah. Pak Husin dan Mak Inah memujuk Adi agar memilih benih ajaib tetapi Adi tetap berkeras untuk memilih cincin permata. Pada petang itu, Adi bertemu semula dengan nenek tua itu untuk mendapatkan cincin permata. 24


Keesokan harinya, Adi menyedari bahawa kesemua tanamannya di kebun telah rosak. Tanah kebunnya juga menjadi sangat kering dan tidak sesuai lagi untuk bercucuk tanam. “Tidak mengapalah, aku masih mempunyai wang yang banyak untuk meneruskan hidup” bisik hati kecilnya. 25


Beberapa hari selepas itu, maka berlangsunglah majlis perkahwinan Adi dengan perempuan jelita itu secara besar-besaran. 26


Seminggu kemudian, wang yang dimiliki oleh Adi dan keluarganya telah pun habis. Perempuan itu menyedari bahawa Adi sudah jatuh miskin. Dia tidak mahu hidup dalam kesusahan. Lalu, dia pergi meninggalkan Adi dan menikah dengan lelaki kaya yang lain. Adi berasa sungguh kecewa dan menyesali tindakannya. 27


“Maafkan Adi wahai ibu dan ayah. Kita telah kembali miskin kerana tindakan Adi, ” kata Adi kepada ibu bapanya sambil menangis teresak-esak. “Tidak mengapa anakku, mari kita sama-sama bekerja keras lagi untuk keluarga kita, ” kata Mak Inah pada Adi Kemudian, Mak Inah dan Pak Husin memeluk Adi dengan sangat erat. 28


Tidak lama selepas kejadian itu, Adi mula bekerja sebagai anak kapal untuk menyara hidup keluarganya. Kerajinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adi sewaktu bekerja telah menyebabkan Sofia jatuh hati kepadanya. Sofia ialah anak perempuan kepada pemilik kapal yang sangat kaya. 29


Akhirnya, Adi mengahwini Sofia. Sepanjang perkahwinan mereka, Sofia telah banyak membantu Adi, Pak Husin dan Mak Inah sehingga mereka berjaya menjadi kaya-raya. Mereka berempat saling menyayangi antara satu sama lain dan hidup bahagia selama-lamanya. 30


GLOSARI 1. Anak kapal 2. Buntu 3. Bercucuk tanam 4. Jelita 5. Kronik 6. Pendapatan 7. Terlantar Pekerja kapal Tidak dapat berfikir Melakukan aktiviti pertanian Cantik Sangat teruk Wang yang diperoleh setelah bekerja Terletak/ terbaring dalam tempoh yang lama - - - - - - - 31


Adi dan ibu bapanya merupakan keluarga yang miskin. Apabila ayahnya diserang penyakit, Adi terpaksa menyara hidup keluarganya dengan bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman. Keadaan bertambah parah apabila kemarau melanda desanya sehingga menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan. Pertemuan Adi dengan seorang nenek tua telah banyak mengubah nasib dirinya dan keluarganya setelah dia berjaya membuat keputusan yang tepat dalam memilih antara benih ajaib atau cincin permata. Namun, adakah Adi masih mampu membuat keputusan yang tepat setelah dirinya bertemu dengan perempuan yang sangat cantik?


Click to View FlipBook Version