The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fathimahazzahra0236, 2021-04-24 12:20:20

Tokoh Pemimpin Johor : Tun Dr.Ismail

BUKU SKRAP

TUN DR . ISMAIL BIN DATO
HAJI ABD RAHMAN

TIMBALAN PERDANA MENTERI
4 November 1915 – 2 Ogos 1973

NAMA : FATHIMAH AZ ZAHRA BT ZAHARUDIN
KELAS : 5 SAINS
ALAMAT E-MAIL: [email protected]
ALAMAT SEKOLAH : SMK TAMAN SERI
SAUJANA 81900 KOTA TINGGI , JOHOR

Tun Dr. Ismail Bin

Abdul Rahman

Tun Dr. Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
kedua. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Tun Abdul
Razak menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970
menggantikan Tunku Abdul Rahman. Sebelum dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah menjawat pelbagai
jawatan penting dalam kabinet. Antara jawatan yang pernah
disandang beliau adalah Menteri Kehakiman dan Keadilan. Menteri
Perusahaan dan Perdagangan, Kementerian Dalam Negeri dan
Menteri Sumher Asli. Selain itu, kredebiliti Tun Dr. Ismail juga
terserlah apabila beliau dilantik menjadi Duta Besar Tanah Melayu
pertama ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap pertama Tanah Melayu
ke PBB. Kedua-dua jawatan ini amat penting bagi negara yang baru
mencapai kemerdekaan untuk memperkenalkan negara ke peringkat
antarabangsa dan meletakkan batu asas yang kukuh bagi sebuah
negara baru.

Pada 9 Jun 1966, Tun Dr. Ismail telah dianugerahkan gelaran
"Tun" oleh DYMM Tuanku Ismail Nasirudin Shah ibni Almarhum Sultan
Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong Malaysia keempat. Beliau
merupakan orang pertama yang dianugerahkan gelaran "Tun".
Beberapa aspek latarbelakang kehidupan Tun Dr. Ismail akan dilihat
seperti latarbelakang keluarga, pendidikan, kerjaya dan pembabitan
awal politik beliau. Aspek latarbelakang seseorang tokoh amat
penting untuk diteliti kerana faktor latarbelakangakan membentuk
peribadi dan corak kepimpinan seseorang pemimpin. Keperibadian
dan kesungguhan Tun Dr. Ismail sebagai pemimpin negara terbukti
apabila beliau menjadi orang kepercayaan dua orang Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Abdul Razak.
Malahan ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr.
Ismail telah diberi kepercayaan untuk memegang dua buah
kementerian yang penting iaitu Kementerian Dalam Negeri dan
Kementerian Perdagangan dan Industri.

Biodata Tun Dr .

Ismail

Allahyarham Tun Dr. Ismail dilahirkan pada 4 November 1915
di Johor Bahru dalam kalangan keluarga elit Melayu yang terkenal
di Johor. Beliau adalah anak kepada pasangan Dato' Abdul Rahman
bin Yassin dan Zaharah binti Abu Bakar. Dato' Abdul Rahman bin
Yassin berketurunan Keluarga Orang Kaya Ahat yang berasal
daripada Padang, Muar. Dato' Abdul Rahman Yassin juga
mempunyai darah keturunan Bugis yang berasal dari kerabat Raja
Chempa Bugis yang pernah membina kerajaan di Bukit Mor, Muar.
Raja Chempa Bugis ini dikatakan mempunyai dua orang waris iaitu
Daeng Seriok dan Daeng Indera Perma. Tun Dr. Ismail adalah dari
susur galur Daeng Indera Perma. Manakala ibu Tun Dr. Ismail pula,
Zaharah binti Abu Bakar berasal dari keturunan Orang Kaya Abu
Bakar, Muar. Dato' Abdul Rahman Yassin dan Zaharah binti Abu
Bakar adalah bersepupu, mereka berkahwin pada tahun 1911. Tun
Dr. Ismail mempunyai sembiIan orang adik beradik, empat lelaki
dan lima perempuan. Mereka ialah Suleiman, Ismail, Abdullah,
Yassin, Khatijah, Esah, Rafeah, Zubaidah dan Fatimah. Selain itu,
Tun Dr. Ismail mempunyai ramai adik-beradik angkat perempuan
dari bangsa Cina kerana ibu dan bapa beliau sering mengambil
anak gadis berbangsa Cina sebagai anak angkat. Namun begitu,
menurut Tun Dr. Ismail, beliau hanya dapat mengingati sembiIan
orang daripada mereka.

Ibu Tun Dr. Ismail, Zaharah binti Abu Bakar meninggal dunia
pada usia yang muda iaitu sekitar awal 40-an. Pada ketika itu, usia
Tun Dr. Ismail mencecah sembi Ian tahun. Walaupun tidak lama
menjalani kehidupan bersama ibunya, Tun Dr. Ismail menyifatkan
ibunya sebagai seorang wanita yang periang, hebat dan baik hati
Ayah Tun Dr. Ismail,

Dato' Abdul Rahman Yassin adalah tokoh yang
dihormati di negeri 10hor. Terdapat dua keluarga yang
sangat dihormati di johor pada ketika itu kerana
penglibatan politik serta sumbangan mereka kepada
negeri lohor, iaitu keluarga Dato' Onn laafar dan keluarga
Dato' Abdul Rahman Yassin. Dato' Abdul Rahman Yassin
mula berkhidmat dengan kerajaan 10hor pada tahun 1895
ketika berusia 25 tahun. 14 lawatan pertama disandang
oleh beliau ialah kerani dalam pentadbiran awam.
Kemudiannya, Dato' Abdul Rahman Yassin telah dilantik
menjadi Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari
negeri 10hor. Ketika Tanah Melayu di bawah pendudukan
lepun pada tahun 1942, Sultan Ibrahim telah melantik Dato'
Abdul Rahman Yassin sebagaiAhli Majlis Mesyuarat Negeri
10hor. 15 Dato' Abdul Rahman Yassin juga merupakan
speaker Dewan Negara yang pertama pad a September
1959 16 sehingga 31 Disember 1968.

Tun Dr. Ismail telah berkahwin dengan Toh Puan
Norashikin binti Dato' Mohd. Seth. Toh Puan Norashikin
merupakan anak kepada bekas Pegawai Kanan Kerajaan
Negeri johor.Pasangan ini dikumiakan seramai enam
orang anak, empat lelaki dan dua perempuan

Beliau menerima pendidikan awalnya di sekolah Bukit
Zaharah Johor Baharu dan kemudiannya di Maktab Inggeris
Johor Baharu. Setelah tamat pengajian peringkat
menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej
Perubatan King Edward VII di Singapura dari tahun 1935
hingga1937. Semasa usia beliau menjangkau 28 tahun
(1934), beliau meneruskan pengajian dalam bidang
perubatan di University of Melbourne, Australia. Berkat
usaha yang tidak kenal jemu, beliau muncul sebagai anak
melayu yang pertama mendapat ijazah Doktor Perubatan
dari universiti tersebut pada tahun 1945. Beliau telah
meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah
beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun.

Pendidikan

Pendidikan Lahir dalam lingkungan keluarga yang
mementingkan pendidikan merupakan kelebihan kepada tokoh ini.
Kesungguhan Dato' Abdul Rahman Yassin memberikan pendidikan
kepada anak-anaknya dapat dilihat walaupun ketika zaman itu
kebanyakan keluarga terutamanya dalam kalangan masyarakat
Melayu tidak melihat pendidikan sebagai sesuatu yang penting.
Malahan, pada tahun 1939, W.E Pepys, Penasihat British pernah
mengatakan bahawa satu-satunya orang Melayu di Johor yang
mempunyai ijazah dari universiti ialah Suleiman hin Ahdul
Rahman. Keluarga Tun Dr. Ismail sangat mementingkan
pendidikan, terutamanya ayah heliau. Hal ini turut diakui oleh Tun
Dr. Ismail sendiri.

Tun Dr. Ismail menerima pendidikan awal di Sekolah Bukit
Zaharah, Johor Bahru sehelum memasuki English College, Johor
Bahru pada tahun 1922. Ketika di English College inilah Tun Dr.
Ismail dapat hergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelhagai
kaum. Walaupun sekolah ini adalah sekolah kerajaan, namun
medium pengantara yang digunakan di sekolah ini adalah bahasa
Inggeris. Hal ini berbeza berbanding semasa di sekolah rendah,
kawan-kawan beliau hanya terdiri daripada kaum Melayu sahaja
kerana ketika itu pelajar-pelajar dari kaum lain akan dihantar ke
sekolah berasingan yang menggunakan bahasa ibunda masing-
masing.

Selepas tamat pengajian di English College, Tun Dr. Ismail
meneruskan pengajian ke Kolej Perubatan King Edward VII di
Singapura. Tun Dr. Ismail berada di King Edward dari tahun 1935
sehingga 1937. Beliau juga tidak menamatkan pengajian di Singapura
disebabkan kelemahan latarbelakang pendidikan dalam bidang sains,
pengajian Tun Dr. Ismail di Singapura tidak disempurnakan sehingga
tamat. Hal ini berikutan beliau tidak dapat bersaing dengan pelajar dari
Kuala Lumpur. Pulau Pinang dan Singapura. Walaupun sebelum
menjejakkan kaki ke Kolej Perubatan King Edward VII, beliau telah
mendapat pendidikan yang terbaik di Johor.

Selepas peperiksaan akhir tahun ketiga, Tun Dr. Ismail telah
dipanggil oleh Ketua Perubatan Negeri untuk memberi penjelasan di
atas keputusan peperiksaannya yang kurang cemerlang. Semasa
dipanggil memberi penjelasan. pihak kolej telah membacakan segala
rekod salah laku dan aktiviti beliau sepanjang menjadi pelajar di kolej
tersebut. Ini termasuklah rekod berapa banyak masa yang beliau
bazirkan untuk ke kabaret.Hal ini telah menyebabkan Tun Dr. Ismail
marah dan enggan meneruskan pengajian di Kolej Perubatan King
Edward VII. Setelah menarik diri daripada Kolej Perubatan King
Edward VII, Tun Dr. Ismail telah membuat permohonan untuk
melanjutkan pelajaran ke Hong Kong dan Australia. Namun,
permohonan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Hong Kong tidak
berjaya. Mujur pada ketika itu, Universiti Melbourne menerima
permohonan beliau.12 Oleh itu, pada Mei 1940, Tun Dr. Ismail telah
berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan.

Kejayaan Tun Dr. Ismail dalam bidang akademik
banyak dipengaruhi oleh latarbelakang keluarga beliau. Hal
ini dapat dilihat apabila ayahanda beliau sendiri iaitu Dato'
Abdul Rahman Yassin juga mendapat pendidikan yang tinggi
semasa di zamannya. Dato' Abdul Rahman juga mendapat
pendidikan di Sekolah Tinggi Muar yang merupakan sekolah
Inggeris yang pertama dibuka di Muar. Selepas itu, Dato'
Abdul Rahman Yassin melanjutkan pelajaran ke Raffles
College, Singapura.16 Dato' Abdul Rahman bercita-cita
menjadi seorang peguam. Kegigihan beliau dalam memburu
cita-citanya dapat dilihat apabila beliau sanggup berulang-
alik setiap hari untuk menyambung pelajarannya.17 Namun
hasrat dan cita-cita heliau tidak dapat diteruskan kerana
beliau gagal mendapatkan tajaan hiasiswa daripada kerajaan
negeri Johor untuk melanjutkan pelajaran ke England
meskipun pada ketika itu kecemerlangan beliau dalam
pendidikan telah dibuktikan. Akibat daripada kekecewaan ini.
Dato' Abdul Rahman Yassin telah memberikan pendidikan ke
peringkat tertinggi kepada hampir kesemua anaknya dengan
menggunakan wangnya sendiri. Oleh itu. tidak hairanlah
kebanyakan clalam kalangan adik-beradik Tun Dr. Ismail
yang menjawat jawatan yang tinggi.

Kerjaya Tun Dr,

Ismail

Mengimbas kembali jawatan-jawatan yang pernah disandang
oleh Allahyarham, beliau pernah dilantik menjadi ahli Dewan
Undangan Negeri Johor dan kemudian sebagai Majlis Kerja
Kerajaan Johor (EXCO) pada tahun 1948. Pada tahun 1951, beliau
telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang
Pertama. Pada 1 Januari 1956, beliau turut serta dalam rombongan
ke London untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Pada 31
Ogos 1957 (setelah merdeka), beliau bertugas sebagai Menteri tak
Berjawatan dan kemudian sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat. Beliau juga berperanan
sebagai wakil tetap Negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 juga, beliau diberi
amanah sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri . Pada tahun 1970,
beliau telah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan Negara.
Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri Malaysia oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Di samping
itu, beliau turut menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan
Perusahaan.

Selain itu, Tun Dr. Ismail juga pernah menyandang jawatan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 hingga 21
Mei 1967 dan meninggalkan kabinet disebabkan masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, kekosongan jawatan diisi oleh Tun Abdul
Razak. Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi
menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan
peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan
MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah
MAGERAN (Mei 1969- Februari 1971).

Beliau kembali menjawat jawatan Menteri Hal
Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973 dan
bertanggungjawab membantu Tun Abdul Razak
meredakan ketegangan dalaman sebagai Timbalan
Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun
Abdul Razak. Beliau telah menampilkan prestasi yang
amat membanggakan serta banyak membantu
meringankan tugas serta tekanan yang dihadapi oleh
Tun Abdul Razak. Beliau juga pernah memangku
jawatan Perdana Menteri semasa Y.T.M Tunku Abdul
Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.

Antara anugerah yang beliau perolehi ialah
pingat Panglima Mangku Negara (PNM) oleh Yang
Dipertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah Kehormat
Doktor Perundangan oleh Universiti Malaya pada Jun
1964, Anugerah Kehormat daripada pemerintah Vietnam
(‘Vietnam National Order Grand Officer’) oleh kerajaan
Republik Vietnam (Oktober 1965), Bintang Kebesaran
Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Oktober 1965,
Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang
Dipertuan pada April 1966 yang membawa gelaran Tun.

Selain itu, pada Mac 1970 beliau
mendapat Anugerah Bintang Republik Indonesia
daripada Presiden Sukarno, Ijazah Kehormat
Doktor Undang-undang dari Universiti Malaya
(1964) dan Universiti Sains Malaysia (Jun 1973).

Pada 2 Ogos 1973, beliau meninggal dunia ketika
berusia 58 tahun akibat serangan jantung dan
merupakan pemimpin yang pertama di Makam
pahlawan, Masjid Negara.

Sumbangan tun Dr,.

Ismail

Sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap tanah air amatlah
besar. Sumbangan terbesar beliau adalah dalam menuntut hak
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam
menyatukan semula hubungan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei
1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan
menawarkan khidmat bakti agar perkembangan peribadi nusa dan
bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan api
perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai
keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat
dan Negara terlaksana dengan sepenuhnya. Kini, Negara kehilangan
seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan
unggul.

Beliau telah menyumbangkan banyak jasa dan memainkan
peranan penting ketika pembentukan malaysia dan menjadi Menteri
Keselamatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan setelah
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 . Beliau bertanggungjawab
menubuhkan ASEAN dan mewujudkan persefahaman Zon Bebas
ASEAN dari segala pengaruh dan campur tangan kuasa tentera asing
dan idealogy . Beliau terus gigih bekerja meskipun kesihatannya kerap
terganggu kerana menghidap penyakit barah dan sakit jantung .
Kesihatannya bertambah parah apabila berlaku perpisahan Singapura
dari Malaysia pada Ogos 1965 . Beliau telah bersara awal pada 1 Jun
1967 kearana masalah kesihatan yang bertambah buruk dan memaksa
beliau mengikuti rawatan dan berehat .

Sumbangan beliau terhadap negara amat besar.
Pada 1 Januari 1956, beliau turut serta dalam rombongan ke
London untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Oleh
itu, sumbangan yang terbesar beliau adalah menuntut hak
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membantu
negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum
selepas 13 Mei 1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan
dalam negeri dan sanggup menawarkan khidmat bakti agar
bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan api
perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai
keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan
masyarakat dan negara dengan sepenuhnya.

Sumbangan pemikiran beliau yang luar biasa memberi
inspirasi kepada Akademi Perubatan Malaysia menganjurkan
pidato Tun Dr.Ismail setiap dua tahun sekali. Sebagai
penghormatan untuk beliau, beberapa nama tempat diletakkan
nama beliau untuk memperingati jasa beliau antaranya, di
sebuah kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dinamakan
Taman Tun Dr. Ismail, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai,
Kolej Tun Dr. Ismail di UPM Serdang, Kolej Kediaman Tun Dr.
Ismail di UTHM Batu Pahat serta Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
di UKM Cheras (PPUKM).

Bukan itu sahaja , Universiti Malaya
menganugerahkan ijazah Kehormat Kedoktoran Undang -
Undang kepada beliau pada tahun 1964.

Nilai Kepimpinan Yang

Boleh Dicontohi

Antara nilai kepimpinan yangboleh dicontohi oleh Tun
Dr. Ismail ialah beliau seorang tokoh pemimpin Melayu
yang berprinsip dan setia .Beliau merupakan salah seorang
pemimpin kepercayaan YM Tunku Abdul Rahman Beliau dan
Tunku Abdul Razak sentiasa bersama- sama dalam
perbincangan untuk menuntut kemerdekaan negara
sehingga berjaya diperoleh pada 31 Ogos 1957.

Selain itu, Tun Dr. Ismail mewarisi sifat keyakinandiri
yang tinggi dan suka berdikari .Beliau menjalankan
perniagaan dengan memnuka Klinik perubatan sendiri yang
dinamakan Klinik Tawakal. Beliau suka membantu orang
miskin dan kurang bernasib baik terutamanya dalam bidang
pendidikan dan kesihatan . Penglibatan aktif beliau dalam
persatuan bukan politik seperti Persatuan Bekas
Mahasiswa Luar Negeri Johor atau Persatuan Siswazah
Melayu Johor yang ditubuhkannya, mendorong beliau
dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri Johor pada
tahun 1948 dan seterusnya sebagai EXCO Kerajaan.

Bukan itu sahaja ,Sebagai seorang pemimpin. Tun Dr.
Ismail mempunyai prinsip hidup yang tegas sehingga
digelar sebagai Man of Principle."Tun Dr. Ismail merupakan
seorang pemimpin negara yang amat dihormati oleh
masyarakat sehingga ke hari ini. Selain seorang yang
bersikap tegas dan adil,

Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang
amat mementingkan ketepatan masa. Sikap Tun Dr. Ismail
yang tegas ini memang diakui oleh ternan mahupun
lawan. Beliau dikatakan sebagai seorang yang kurang
bicara. mahal dengan senyuman dan kata-katanya adalah
muktamad (keputusannya). Selain itu, Tun Dr. Ismail
merupakan seorang pemimpin yang tidak bersifat
perkauman. Hal ini dapat dilihat dalam hampir kesemua
ucapan beliau sepanjang menjadi menteri. menunjukan
bahawa beliau tidak bersifat perkauman dan
mementingkan hubungan antara kaum.

Perwatakan beliau yang tidak bersifat perkauman
ini banyak dipengaruhi oleh faktor latarbelakang keluarga
serta pendidikan yang diterima oleh beliau. Semenjak dari
kecil lagi Tun Dr. Ismail sudah biasa bergaul dengan
kenalan bcrlainan bangsa. Sikap ibu bapa Tun Dr. Ismail
yang sering mengambil anak angkat dari kalangan
bangsa Cina juga telah membentuk peribadi beliau agar
tidak bersifat perkauman dan petah bergaul serta
memahami budaya serta adat resam kaum lain. Malahan,
ketika masih kecil, ayah beliau sering membawa mereka
sekeluarga melawat ke rumah rakan-rakan ayahnya yang
berbangsa Cina.Pergaulan ketika di sekolah juga menjadi
faktor penyumbang kepada pembentukan sikap Tun Dr.
Ismail Ketika di English College,

Penutup

Tun Dr. Ismail adalah merupakan seorang tokoh politik
Malaysia yang amat berjasa kepada negara. Ketokohan serta
sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara
amatlah disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah
pimpinan dua orang Perdana Menteri menunjukkan bahawa
bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran
negara amatlah diperlukan. Tun Dr. Ismail adalah seorang
pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas dalam menyatakan
pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutamanya
berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin
negara. Tun Dr. Ismail bukanlah seorang ahli politik dalam erti
kata yang lazim, beliau lebih merupakan seorang pentadbir
yang cekap dan memang sewajarnya beliau menjadi orang
kanan kepercayaan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Jika
beliau mempunyai umur yang panjang, mungkin kini beliau
tersenarai sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga
selepas Tun Razak. Latarbelakang keluarga serta pendidikan
yang diterima beliau telah membentuk peribadi dan sifat
kepimpinan beliau. Bakat kepimpinan beliau dalam politik
diwarisi daripada ayah, abang serta ipar beliau yang juga
turut terbabit dalam dunia politik. Selain itu, keperibadian
beliau sebagai seorang doktor telah menjadikan beliau
seorang pemimpin yang teliti dalam membuat setiap
keputusan. Walaupun tidak bercita-cita menjadi seorang ahli
politik, namun beliau berjaya menjadi seorang ahli politik yang
disegani dan ketokohan beliau sebagai ahli politik sukar untuk
dicari ganti.

SumberRujukan

1. https://ktdiukm.wordpress.com/ktdi-history/biodata-tun/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman
3. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22942/070_
087.PDF
4. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tun-drismail-dato-hj-
abdul-rahman.html
5. https://www.facebook.com/pkkm.um/posts/1931022320455154/
6. https://www.britannica.com/biography/Tun-Ismail-bin-Dato-
Abdul-Rahman
7. http://tokohsejarahmalaysia-2a1.blogspot.com/2011/07/tun-dr-
ismail-bin-dato-hj-abdul-rahman.html
8. https://www.facebook.com/watch/?v=1134398393419458
9. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/06/466702/kenang-
jasa-tun-ismail



Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version