PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG KRITIS TAHUN 5 MODUL SIRAH PEDAGOGI HIKMAH
Pedagogi Hikmah BAGAIMANA MELAKSANAKAN MENGHUBUNGKAITKAN SOALAN DENGAN KONSEP Perbincangan soalan 4 PILIH SOALAN MENGIKUT KONSEP YANG DITETAPKAN 3 Bina Soalan TEKS, CERITA, GAMBAR DLL Menggunakan bahan rangsangan 1 GUNAKAN SIMBOL Perbincangan 2 konsep Nilai murni sebab & akibat Definisi
TOPIK 1
TOPIK 1 : HIJRAH MEMBAWA RAHMAT SOALAN PANDUAN HASIL PEMBELAJARAN 1. Apakah maksud hijrah? 2. Siapakah yang memberikan ancaman kepada umat Islam di Mekah? 3. Dimanakah tempat nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam berhijrah? 4. Berapakah individu yang terlibat dalam peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w ke Madinah? 5. Siapakah yang menghantar makanan kepada Rasullah s.a.w dan saidina Abu Bakar ketika berada di Gua Tsur? Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Menjelaskan peristiwa penting hijrah BAHAN PERANGSANG Video peristiwa hijrah https://www.youtube.com/watch?v=kZsGKjeJdJI&t=81s JALUR INKUIRI Merumus iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.
APA BAGAIMANA Set Induksi (5 Minit) 1. Guru menayangkan video berkaitan peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah. 2. Murid ditanya berkaitan apa yang dilihat merangsang murid untuk mengaitkan video dengan topik pembelajaran. 1. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan video yang ditunjukkan 2. Guru meminta murid mengangkat tangan untuk menyatakan pandangan 3. Guru meminta murid menjawab mengikut giliran Perkembangan 1 (10 Minit) Jalur Inkuiri 1. Apakah maksud hijrah? 2. Siapakah yang memberikan ancaman kepada umat Islam di Mekah? 3. Dimanakah tempat nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam berhijrah? 4. Berapakah individu yang terlibat dalam peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w ke Madinah? 5. Siapakah yang menghantar makanan kepada Rasullah s.a.w dan saidina Abu Bakar ketika berada di Gua Tsur? 1. Guru mengarahkan murid untuk membina soalan daripada video tersebut secara individu. 2. Guru member galakan kepada murid untuk mengaitkan soalan dengan tajuk pembelajaran. Menyusun soalan murid Fokus kepada jalur inkuiri yang dinytakan Guru memilih soalan yang hendak di jawab.
Refleksi:........................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................... Perkembangan 2 (30 Minit) Guru mempamerkan soalan berkenaan peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w dan saidina Abu Bakar melalui soalan yang berada dalam aplikasi quizizz dipautan bawah ini. https://quizizz.com/join/pre - game/running/U2FsdGVkX1 9qqD0qo3Yv8xqVVtJFMzei jeugkElzMZ7bzsJpyZM9XUL 59G4nbegNRxVrIeYyPgxnM t%252B8OuAmGQ%253D% 253D/start 1. Guru meminta murid untuk menjawab soalan quizizz tersebut didalam peranti komputer guru dan dipancarkan di papan pemancar secara individu. 2. Murid menjawab soalan dengan masa yang telah ditetapkan. Penilaian & penutup (15 Minit) 1. Guru meminta murid merumuskan sesi pembelajaran dengan menyatakan pengajaran/iktibar yang boleh diambil daripada topik pembelajaran melalui tindakan harian. 2. Aktiviti pentaksiran diberikan kepada murid untuk membina peta bulatan dengan menyatakan kepentingan peristiwa hijrah. Guru memberikan peluang kepada semua murid untuk menyatakan tindakan yang boleh diambil ke dalam kehidupan seharian melalui kepentingan peristiwa hijrah.
Ulasan:............................................................................................................................................................. .......................................................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................................................
CADANGAN SET INDUKSI Video youtube "Hijrah Membawa Rahmat" https://www.youtube.com/watc h?v=kZsGKjeJdJI&t=81s
CADANGAN PERKEMBANGAN 2 U2FsdGVkX19qqD0qo3Yv 8xqVVtJFMzeijeugkElzMZ7 bzsJpyZM9XUL59G4nbeg NRxVrIeYyPgxnMt Kuiz atas talian "Hijrah Membawa Rahmat"
CADANGAN PENTAKSIRAN Peta minda berkaitan kepentingan peristiwa hijrah KEPENTINGAN PERISTIWA HIJRAH
TOPIK 2
TOPIK 2 : ITQAN MENAMBAH BERKAT SOALAN PANDUAN HASIL PEMBELAJARAN 1. Di manakah suasana gambar tersebut? 2. Apakah yang sedang mereka lakukan? 3. Apakah yang mereka jual? 4. Adakah mereka jujur dalam berniaga? Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Menjelaskan tiga keunggulan sifat itqan Nabi Muhammad melalui kisah kehidupan baginda. BAHAN PERANGSANG Gambar suasana di pasar Teks Dialog JALUR INKUIRI Merumus iktibar daripada keunggulan sifat itqan Nabi Muhammad untuk diamalkan secara beradab dan istiqamah. APA BAGAIMANA Set Induksi (5 Minit) Guru menunjukkan gambar suasana di pasar dan bertanya kepada murid apa yang mereka ketahui berkaitan gambar tersebut. 1. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan susasana di pasar. 2. Guru meminta murid mengangkat tangan untuk menyatakan pandangan 3. Guru meminta murid menjawab mengikut giliran Perkembangan 1 (5 Minit) Jalur Inkuiri 1. Guru meminta murid membina soalan daripada gambar yang
Refleksi:........................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................... 1. Di manakah suasana gambar tersebut? 2. Apakah yang sedang mereka lakukan? 3. Apakah yang mereka jual? 4. Adakah mereka jujur dalam berniaga? ditunjukkan secara individu. 2. Guru memberi galakan kepada murid untuk mengaitkan soalan dengan tajuk pelajaran. Menyusun soalan murid (10 Minit) Fokus kepada jalur inkuiri yang dinytakan Guru memilih soalan yang hendak di jawab. Perkembangan 2 (25 Minit) 1. Guru memaparkan teks dialog dan bertanya kepada murid apakah isi utama perbincangan dalam teks dialog tersebut. 2. Guru merangsang murid untuk mengaitkan teks dialog dengan topik pembelajaran. 1. Guru meminta murid secara sukarela atau dipilih secara rawak membaca teks dialog yang dipaparkan secara bergilir. 2. Guru berbincang mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid mengikut urutan. 3. Guru hanya sebagai fasilitator. Penilaian & penutup (15 Minit) 1. Guru meminta murid merumuskan sesi pembelajaran dengan menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada tajuk dan mengaitkannya dengan kehidupan harian. 2. Aktiviti pentaksiran iaitu menjawab lembaran kerja berkaitan pengajaran sifat Itqan dalam pekerjaan dan Itqan dalam amalan seharian. 3. Kuiz online mengenai pengertian dan sifat itqan Nabi Muhammad dalam pekerjaan diberikan kepada murid sebagai latihan tambahan di rumah. 1. Guru memberi peluang kepada semua murid untuk menyatakan tindakan yang boleh diambil dalam kehidupan seharian. 2. Guru memberikan lembaran kerja berbentuk hardcopy di dalam kelas 3. Guru memberikan link Liveworksheets interaktif sebagai latihan tambahan untuk dijawab di rumah. https://www.liveworkshee ts.com/iv3448667zx
.......................................................................................................................................................................... Ulasan:............................................................................................................................................................. .......................................................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................................................
CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 1 Gambar susasana di pasar
CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 2 Teks Dialog Afnan dan Fahmi datang menziarahi Farid di rumahnya. Selama dua hari Farid tidak hadir ke sekolah kerana demam. Mereka berbual-bual sambil meneguk secawan milo yang dihidangkan oleh ibu Farid. Farid: Terima kasih Afnan dan Fahmi kerana menziarahi saya hari ini. Fahmi: Sama-sama Farid. Bagaimana keadaan awak sekarang? Farid: Alhamdulillah beransur sihat. Ayah dan ibu telah membawa saya ke klinik berdekatan. Afnan: Alhamdulillah, semoga esok awak dapatlah datang semula ke sekolah. Semua kawan sekelas bertanya tentang awak. Maklumlah awak kan ramai peminat. Farid: Ha..ha..ha..Insya Allah. Afnan, apa yang awak dan kawan-kawan sekelas belajar selama dua hari saya sakit? Afnan: Oh…hari ini Ustaz Fazli menerangkan mengenai sifat itqan Nabi Muhammad s.a.w. Farid: Itqan? Itqan tu apa? Saya tidak pernah mendengarnya pula. Fahmi: Itqan adalah tekun dalam beramal atau melaksanakan sesuatu pekerjaan secara sempurna dan disertai dengan usaha yang bersungguhsungguh. Afnan: Ustaz juga menerangkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan sifat itqan ini sejak baginda kecil lagi. Farid: Afnan, Fahmi…terangkanlah lagi, saya ingin mendengar kisah baginda. Afnan: Sebelum kami bercerita lebih lanjut lagi, saya tanya awak dulu.
Farid: Tanya apa Afnan? Afnan: Apa pekerjaan nabi semasa kecil? Farid: Ish awak ni…macamlah saya tidak tahu sirah nabi. Mestilah mengembala kambing dan berniaga. Fahmi: Betul, betul, betul. Baiklah Farid…saya akan ceritakan. Sejak kecil lagi Nabi Muhammad sangat rajin dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan. Baginda pernah menggembala kambing dan membantu bapa saudara baginda iaitu Abu Talib berniaga. Afnan: Awak tahu Farid…Nabi Muhammad s.a.w juga digelar al-Amin dalam kalangan masyarakat arab. Farid: Apa maksud al-Amin Afnan? Afnan: Al-Amin maksudnya orang yang dipercayai. Fahmi: Satu lagi Farid, disebabkan sifat nabi yang mulia ini, maka seorang hartawan yang bernama Khadijah binti Khuwailid meminta baginda membawa barang dagangannya ke Syam untuk diniagakan. Afnan: Malahan perniagaan Nabi Muhammad membawa keuntungan yang lumayan disebabkan sifat itqan baginda. Farid: Subhanallah…kita bertiga patut mencontohi dan mengamalkan sifat itqan baginda. Fahmi & Afnan : Betul tu Farid. CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 2
Menjaga pandangan mata Hindari perkara sia-sia Mempunyai sikap tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Sentiasa bermotivasi dan berfikiran positif Mencontohi semangat Rasulullah s.a.w yang tidak pernah putus asa Jauhi perkara yang berunsur maksiat Ikhlas melakukan ibadah Banyakkan berzikir Menepati masa dan tidak bertangguh dalam setiap tugas yang diberikan Melakukan tugasan dengan tekun dan bersungguh-sungguh CADANGAN PENILAIAN ITQAN DALAM PEKERJAAN ITQAN DALAM AMALAN Kelaskan iktibar sifat Itqan Nabi Muhammad s.a.w mengikut kategorinya yang betul.
اييس تمڤت کوسوڠ باݢي مقصود اتقان. اتقان اداهل ______________ دالم ______________ اتاو ملقساناکن سسواتو _______________ سچارا _______________ دان درستاءي دڠن ______________ يڠ ._________________ اونيت 2 : اتقان منمبه برکت برسوڠݢوه – سوڠݢوه اوسها برعمل تکون ڤکرجا سمڤورنا ءن ڤڠرتني اتقان Buku teks halaman 143 Isi tempat kosong bagi maksud ITQAN. نام : بيدڠ : سريه . A
توليس "بتول " اتاو "ساهل " ينت صيفت براک اتقان نيب حممد ء ڤکرجاء دالم ن. نيب حممد دلݢر الصديق دالم اکلڠن مشارکت عرب. سجق کچيل الݢي نيب حممد تله ممبنتو ابو طالب مڠݢمباال کمبيڠ دان برنياݢ. سييت خدجيه تله ممينتا نيب حممد برنياݢ بارڠ داݢڠنڽ کشام. ن نيب حممد مڠاليم کروݢني. ڤرنيااݢء نيب حممد تکون دان برسوڠݢوه - سوڠݢوه دالم ڤک نڽ. رجاء اونيت 2 : اتقان منمبه برکت بيدڠ : سريه نام : Tulis “BETUL” ATAU “SALAH” berkaitan sifat ITQAN Nabi Muhammad dalam pekerjaan. Nabi Muhammad digelar As-Siddiq dalam kalangan masyarakat arab. Sejak kecil lagi Nabi Muhammad telah membantu Abu Talib menggembala kambing dan berniaga. Siti Khadijah telah meminta Nabi Muhammad berniaga barang dagangan ke Syam. Perniagaan Nabi Muhammad mengalami kerugian. Nabi Muhammad tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya. Buku teks halaman 144 .1 .2 .3 .4 .5 . B
TOPIK 3
IDEA UTAMA: Hormat-menghormati, berbudi bahasa, membuat keputusan KEMAHIRAN BERFIKIR: Menghubung kait, membuat keputusan TOPIK 3 : NABI MUHAMMAD PEMIMPIN MASYARAKAT SOALAN PANDUAN HASIL PEMBELAJARAN 1. Siapakah pemimpin? 2. Mengapa perlu membersihkan masjid? 3. Mengapa ketua sentiasa bersama orang pimpinannya? 4. Apakah tindakan Haji Asham yang menyerupai kepimpinan Nabi Muhammad S.AW? 5. Jika anda adalah Haji Asham, bagaimanakah anda ingin membentuk penduduk Kampung Kudrat? Di akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Menyatakan ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W bersama masyarakat 2. Menghubungkaitkan kisah dengan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W BAHAN PERANGSANG Gambar beberapa orang pemimpin atau tokoh di Malaysia Teks cerita Kampung Kudrat JALUR INKUIRI Ciri-ciri pemimpin yang bertanggung jawab dan hubungkait dengan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W
APA BAGAIMANA Set Induksi (5 Minit) Guru menunjukkan gambar tiga pemimpin atau tokoh Malaysia 1. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan ciri-ciri baik yang ditunjukkan oleh pemimpin atau tokoh. 2. Guru meminta murid mengangkat tangan untuk menyatakan pandangan 3. Guru meminta murid menjawab mengikut giliran Perkembangan 1 (10 Minit) Jalur Inkuiri 1. Siapakah pemimpin? 2. Apakah ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W? 3. Bgaimanakah ciri pemimpin yang ditunjukkan daripada kisah? Kaitkan dengan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W 1. Guru meminta 2 orang murid dari setiap kumpulan untuk berada di hadapan bagi membacakan kisah. 2. Murid dikehendaki mendengar kisah dengan teliti dan fokus. 3. Murid dikehendaki mengenalpasti ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. 4. Guru memilih murid dari setiap kumpulan untuk mengemukakan soalan. 5. Wakil kumpulan menulis di papan putih mengikut giliran. Menyusun soalan murid Fokus kepada jalur inkuiri yang dinytakan Guru memilih soalan yang hendak di jawab. Perkembangan 2 (20 Minit) Perbincangan 1. Guru berbincang mengenai soalan yang dikemukan oleh murid mengikut turutan. 2. Guru sebagai fasilitator dan memprovokasi perbincangan. 3. Murid dikehendaki mengangkat tangan sekiranya ingin berbahas berkenaan soalan.
Refleksi:........................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................... Ulasan:............................................................................................................................................................. .......................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................... Penilaian & penutup (15 Minit) Guru meminta murid memberikan pendapat tentang situasi yang diberikan dan jelaskan hujah mereka. Murid menulis jawapan dalam kertas yang disediakan guru.
CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 1 Gambar pemimpin dan tokoh di Malaysia
Ini kisah Kampung Kudrat. Kampung Kudrat terkenal dengan ketua kampung mereka yang bernama Haji Asham. Haji Asham selalu bergotongroyong membersihkan kawasan kampung terutamanya masjid Kampung Kudrat bersama-sama penduduk kampung. Suatu hari, jeng jeng jeng…..seorang pemuda yang bernama Awang Iqbal atau panggilan mesranya, Messi telah tiba di Kampung Kudrat. Messi dan rakan-rakannya sering berkaraoke setiap kali selesai solat isyak hingga tengah malam. Tindakan mereka telah mengakibatkan penduduk Kampung Kudrat berasa marah terhadap mereka. “hoi budak-budak, tak reti nak hormat orang solat ke? Menyemak je datang kampung aku ni!” marah Affan yang selesai solat zohor berjemaah di masjid kepada Messi dan kawan-kawan. “Apa masalah kau nak sibuk hal aku ni? Kau tu orang kampung, mana tahu apa yang aku dengan kawan-kawan aku buat!Lemah!” tengking Messi kepada Affan. Pergaduhan tersebut telah menyebabkan Haji Asham dan beberapa penduduk orang Penduduk Kampung Kudrat keluar dari masjid untuk melihat keadaan yang berlaku. Affan geram dengan jawapan Messi dan berlari ke arahnya dengan perasan marah, tetapi dapat ditahan oleh Haji Asham. “Sabar Ismail, biar Haji Asham yang kacak, bergaya selesaikan isu ini”. “Messi, Haji minta maaf apa yang terjadi tadi. Messi dan kawan-kawan ada cedera di mana-mana ke? CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 2 Kisah Kampung Kudrat
Kata-kata Haji Asham membuatkan beberapa penduduk Kampung Kudrat yang berada di tempat kejadian merasakan Haji Asham terlalu melebihkan orang luar berbanding penduduk asal kampung. Maka, suasana kembali bising dan huru-hara. Haji Asham berjalan dengan tenang ke arah microphone Messi lalu…. “ Allahuakbar Allahuakbar (2 kali)”. Maka suasana tiba-tiba menjadi senyap dan mereka saling berpandang antara satu sama lain. “kenapa Haji tiba-tiba azan?”, “dah masuk asar ke”. Suara tersebut kedengaran ketika Haji Asham melaungkan takbir. “Penduduk Kampung Kudrat ni budi bahasa orangnya. Mungkin mereka tidak perasan yang mereka mengganggu waktu tidur penduduk sekalian. Tapi, ada sesiapa yang datang menegur Messi dan kawan-kawan ke tentang hal ini? Sila angkat tangan jika ada yang pernah menegur mereka tentang isu ini? Affan dan Messi saling meminta maaf dan berpelukan. Penduduk Kampung Kudrat yang lain juga meminta maaf kepada Messi dan rakan-rakannya. Kampung Kudrat kembali tenang dan harmoni seperti dahulu. CADANGAN BAHAN RANGSANGAN 2
CADANGAN BAHAN PENILAIAN Kemukakan kepimpinan Haji Asham dan kaitkan dengan kepimpinan Nabi Muhammad SAW. (5 markah) Berdasarkan kisah Kampung Kudrat, Sekiranya anda adalah Haji Asham, bagaimanakah anda ingin memimpin penduduk Kampung Kudrat? (5 markah)