JOVINA JOHNY PPSIMP BMSJKC
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN
BAHASA MELAYU
BMMB 1074
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan di Singapura
pada tahun 1952 manakala yang kedua diadakan di Seremban pada
tahun 1954.
Sistem ejaan rumi Kongres terbentuk hasil persetujuan daripada
sidang yang berlangsung pada 16 hingga 21 September 1956 di
Singapura dan Johor Bahru dalam Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu III untuk mengembangkan bahasa Melayu.
Sebanyak 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetpan
tentang bunyi bahasa dan 1 ketetapan tentang tulisan Jawi.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
KETETAPAN EJAAN BAHASA MELAYU
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
PENGGUNAAN SISTEM FONOLOGI BUKAN FONETIK
( MELAMBANGKAN SATU FONEM DENGAN SATU GRAFEM ATAU HURUF SAHAJA)
Penggunaan fonem /h/:
Digugurkan sekiranya wujud pada awal kata agar tidak menimbulkan keraguan.
Tidak boleh digugurkan sekiranya wujud di tengah perkataan yang diapit oleh vokal
yang sama.
Boleh dihilangkan atau dikekalkan sekiranya diapit oleh vokal yang tidak sama.
Tidak boleh digugurkan sekiranya wujud pada akhir kata kecuali fonem tersebut tidak
wujud dalam katanya yang asal.
Boleh digugurkan di tengah kata sekiranya fonem /h/ tidak wujud pada katanya yang
asal.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
KETETAPAN BUNYI BAHASA
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
PENGGUNAAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN
Nama huruf vokal diberi sama nilai bunyi fonemnya.
Contohnya:
- Vokal terdiri daripada huruf a, e, i, o, u.
- Vokal a disebut a seperti a dalam anak.
- Vokal e dibahagi kepada dua bentuk iaitu e yang tidak bertanda seperti emas dan gemar
yang dikenali sebagai e pepet manakala e yang bertanda diberi nama sebagai e taling
seperti enak, lempar dan leher.
Konsonan diberi nama setelah mendapat bantuan daripada huruf vokal a.
- Konsonan asli dalam sistem ejaan terbahagi kepada 17 manakala konsonan pinjaman
berjumlah lima iaitu /f/, /g/. /v/. /x/ dan /z/.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
PENGGUNAAN TANDA SEMPANG
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
TUJUAN PENGGUNAAN TANDA SEMPANG DIGUNAKAN:
Beberapa kata majmuk dapat digabungkan.
Kata yang terpisah dapat digabungkan sekiranya kata itu tidak lengkpa ditulis
kerana sudah sampai ke penghujung baris.
Berfungsi untuk penulisan kata ulang.
1. Hanya aggota ASAS 50 sahaja yang menggunakan sistem ejaan ini dalam
karya mereka.
2. Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini mempunyai persamaan dengan
sistem ejaan yang baik, tetapi tidak digunakan secara rasmi.
Sekian, terima kasih