The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Atur Cara Untuk Digunakan Semasa Majlis Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM Dan Rak Buku Digital Pusat Sumber Kejora SMK Jalan Reko

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haslinalina7777, 2021-03-16 10:51:00

Buku Aturcara Majlis Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM 2021

Buku Atur Cara Untuk Digunakan Semasa Majlis Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM Dan Rak Buku Digital Pusat Sumber Kejora SMK Jalan Reko

MAJLIS PELANCARAN

ANJURAN
PUSAT SUMBER KEJORA

SMK JALAN REKO

HIDUP LEBIH BERMAKNA
DENGAN MEMBACA

TEKS UCAPAN PERASMI

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas
izinNya, kita dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran HaN1s @ Pembugaran
NILAM dan Rak Buku Digital Pusat Sumber Kejora SMK Jalan Reko. Matlamat utama ‘NILAM’
atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam
kalangan pelajar. Hasrat yang begitu tinggi agar matlamat program NILAM dapat membudayakan
amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan melahirkan pelajar-
pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu. Jadi, saya amat berharap semua pelajar dapat
memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah
dirancang oleh Pusat Sumber.

Sifat suka membaca adalah satu amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya seumur
hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu pengetahuan, memperkayakan maklumat
dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Membaca juga boleh mendidik diri sendiri ke arah yang
lebih baik dan seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, ilmu pengetahuan dan
maklumat yang pelbagai, membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup dan mampu berdaya
saing serta bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi.

Semoga warga SMK Jalan Reko akan terus mara ke hadapan dan berjiwa kental dalam
menghadapi transformasi pendidikan. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada semua warga SMK Jalan Reko dan ahli jawatan kuasa yang berjaya menjalankan
program pada pagi ini. Teruskan lah keazaman anda untuk meningkatkan minat dalam membaca.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Majlis
Pelancaran HaN1s atau Pembugaran NILAM dan Rak Buku Digital Pusat Sumber Kejora SMK
Jalan Reko. Sekian, terima kasih.

Sekian, wassalam
MAIMUN BINTI MOHAMED
PENGETUA
SMK JALAN REKO

TEKS UCAPAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Majlis
Pelancaran HaN1S @ Pembugaran NILAM dan Rak Buku Digital secara dalam talian.

Untuk pengetahuan semua, Majlis Pelancaran HaN1S dan Webinar Jeyawaraya Pusat Sumber
Sekolah & NILAM Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 telah diadakan pada 25 Februari yang
lepas. Jadi, semua sekolah diminta membuat pelancaran di peringkat sekolah pula dan laporan
mestilah dihantar ke PPD. Setelah perbincangan dilakukan, kami memilih tarikh hari ini untuk
membuat pelancaran di peringkat sekolah kita.

Tahun lepas, di samping menggunakan Buku NILAM, kita juga menggunakan Sistem e-NILAM
untuk merekodkan bacaan. Pelancaran Sistem e-NILAM dijalankan pada 27 April 2020 dan
sistem ini hanya bertahan setahun sahaja. Tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia membina
semula Sistem IQ-NILAM untuk memudahkan pihak sekolah terutama guru kelas, Guru
Perpustakaan & Media dan Penyelaras NILAM untuk memantau perekodan bahan bacaan murid.
Setakat hari ini Sistem IQ-NILAM ini masih dalam penyelenggaraan dan guru-guru masih belum
dapat melihat perekodan NILAM di dalam sistem tetapi murid-murid sudah boleh mengisinya.

Pihak Pusat Sumber akan memaklumkan kepada guru-guru bila sistem ini sudah selesai
diselenggara supaya kita semua dapat melihat bilangan buku yang diisi oleh murid-murid.
Semoga sistem ini dapat meningkatkan kelancaran pelaksanaan Program NILAM di sekolah dan
seterusnya melestarikan budaya membaca dalam kalangan murid. Oleh itu, saya berharap semua
murid SMK Jalan Reko bersama-sama merekodkan bacaan di dalam Sistem IQ-NILAM ini
sekurang-kurangnya satu bahan sehari untuk meninggikan data NILAM sekolah kita.

Sekian sahaja dari saya untuk kali ini, terima kasih.

Sekian, terima kasih.

HASLINA BINTI IBRAHIM
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SMK JALAN REKO

TENTATIF MAJLIS PELANCARAN HAN1S @ PEMBUGARAN NILAM
DAN RAK BUKU DIGITAL

Masa Atur cara Pautan Link
https://forms.gle/ozWSErRyxbFjyeHJ8
10.30 pagi  Pengisian Google Form
- Rekod kehadiran

10.40 pagi  Bacaan Al-Fatihah https://anyflip.com/zyuv/vqol/
 Ucapan Guru Perpustakaan &
Media
 Ucapan perasmian oleh Pengetua

10.50 pagi  Gimik Pelancaran https://www.youtube.com/watch?v=MTnj-myseFo
- Montaj Perasmian

10.55 pagi  Taklimat NILAM https://www.youtube.com/watch?v=6hsV6WZaec0

11.00 pagi  Persembahan Murid https://www.youtube.com/watch?v=R49Ig0EY644&t=6s
- Resensi Buku BI https://www.youtube.com/watch?v=x7LQ6RPjxGI
- Resensi Buku BM

11.15 pagi  Program Reko Membaca https://iqnilam.moe.gov.my
- Merekod bacaan di dalam https://www.youtube.com/watch?v=x_tr91FLdyc
Sistem IQ-NILAM
- Cara merekod bacaan NILAM
(IQ-NILAM) menggunakan id-
DELIMA

12.30  Majlis Bersurai
t/hari

TENTATIF MAJLIS PELANCARAN HAN1S @ PEMBUGARAN NILAM
DAN RAK BUKU DIGITAL TAHUN 2021

Pengerusi : Pn. Maimun bt. Mohamed
Timbalan Pengerusi : En. Abu Mansor Mat Urdi bin Yahaya
Naib Pengerusi I : En. Mohd Ridzuan bin Abdullah
Naib Pengerusi II : Pn. Kamaliah bt. Ismail
Naib Pengerusi III : Pn. Norlela bt. Mohd Noor
Naib Pengerusi IV : Pn. Yap Eit Moy
Setiausaha : Pn. Haslina bt. Ibrahim
Power point NILAM : Pn. Zaimah bt. Mohd Zain
Persembahan Murid : Pn. Nurhuda bt. Mohd Isa
Dokumentasi : Pn. Nurhanina bt. Mohamad Akib
Teks Ucapan Perasmi : Pn. Saripah bt. Ibrahim
Video & Buku Atur Cara : Pn. Haslina bt. Ibrahim

Hebahan Kepada Murid : Semua Guru Tingkatan


Click to View FlipBook Version