PEMBELAJARAN KONTRAK
ISI KANDUNGAN HARI & WAKTU PERHIDMATAN 1.0 PERKHIDMATAN LEBIH MASA 2.0 CUTI NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN 3.0 5.0 NOTIS BERHENTI HUBUNGAN 4.0 21.0 LAWATAN IBUBAPA/PENJAGA 6.0 DOKUMEN PENDAFTARAN 7.0 PERTUKARAN ALAMAT & NO.TELEFON KEMUDAHAN YANG DISEDAIAKAN 8.0 10.0 BAYARAN YURAN & LAIN-LAIN 9.0 KELENGKAPAN KANAK-KANAK 11.0 BARANGAN PERIBADI KANA-KANAK 12.0 MENGHANTAR & MENGAMBIL ANAK 13.0 15.0 KEHADIRAN KANAK-KANAK 14.0 KESELAMATAN 16.0 KESIHATAN 17.0 KEBERSIHAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 18.0 20.0 PEMAKANAN 19.0 PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA
www.reallygreatsite.com Page 1 of 27 AHAD - KHAMIS 1.0 HARI & WAKTU PERKHIDMATAN 1.1 HARI PERKHIDMATAN OPERASI 7.00 pg - 5.30 ptg: SEPENUH MASA 7.00 pg - 12.30 tgh: TADIKA 12.30 tgh - 5.30 ptg: AFTER SCHOOL DAYCARE 7.00 pg - 5.00 ptg: SEPANJANG RAMADHAN 1.2 WAKTU PERKHIDMATAN OPERASI JUMAAT & SABTU - CUTI 9.00 pg - 5.00 ptg *Ibubapa/penjaga digalakkan untuk membuat temujanji sekiranya berhasrat untuk membuat pendaftaran dan membuat lawatan. 1.3 WAKTU URUSAN PEJABAT
2.0 PERKHIDMATAN LEBIH MASA 2.1 Ibubapa/penjaga digalakkan mengambil anak seawal mungkin supaya dapat meluangkan masa bersama keluarga. 2.2 Perkhidmatan lebih masa tidak digalkkan pada bulan Ramadhan. 2.3 Jika memerlukan perkhidmatan lebih masa, ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan lebih awal kepada pihak QUETY QEEDS. 2.4 Perkhidmatan lebih masa dikira bermula pada jam 12.31 tengahari & 5.31 petang. 2.5 Bayaran lebih masa hendaklah dibayar ke akaun CIMB TADIKA KUALITI TEKNOLOGI selewat-lewatnya pada hari terakhir setiap bulan. 2.6 TIDAK dibenarkan sama sekali membuat tunggakan bayaran perkhidmatan lebih masa. 2.7 Bayaran perkhidmatan lebih masa adalah RM10.00/jam. 2.8 Bayaran perkhidmatan lebih masa sepanjang Ramadhan adalah RM15.00/jam. 2.9 Kehadiran kanak-kanak sebelum jam 7.00 pagi akan dikenakan bayaran lebih masa RM10.00/jam dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. Page 2 of 27
3.0 CUTI Perkhidmatan operasi QUETY QEEDS dibuka sepanjang tahun KECUALI: 3.1 Cuti umum yang telah digazetkan oleh kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 3.2 Cuti yang telah ditetapkan oleh QUETY QEEDS (Cuti Hari Raya Puasa & Cuti Hari Raya Haji, Cuti Penambahbaikan Tadika yang akan diberitahu dari masa ke semasa). 3.3 Cuti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan jika terdapat sebarang wabak dan penyakit berjangkit di premis. 3.4 Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti wabak penyakit, bencana alam, ketiadaan air, elektrik dan lain-lain. Page 3 of 27
4.1 Ibubapa/penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada perkhidmatan di tadika hendaklah memberi SEBULAN notis bertulis kepada pihak tadika. 4.2 Sekiranya tiada notis bertulis diterima, kanak-kanak masih dianggap menerima perkhidmatan di tadika dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa. 4.3 Yuran pendaftaran, yuran tahunan dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA atas sebarang sebab dan pada bila-bila masa sepanjang tahun. 4.4 Sekiranya kanak-kanak telah berhenti kemudian ingin mendapatkan semula perkhidmatan di tadika, ibubapa/penjaga perlu membuat pendaftaran dan membayar semula yuran pendaftaran, yuran tahunan dan lain-lain bayaran yang ditetapkan mengikut yuran semasa tadika. 4.0 NOTIS BERHENTI Page 4 of 27
5.1 Pihak tadika berhak untuk memberhentikan anak-anak atas sebab tertentu demi menjamin keselamatan, kesihatan dan kepentingan tadika. 5.2 Pihak tadika berhak menghentikan perkhidmatan jika berlaku tunggakan yuran selama sebulan (boleh menghubungi pihak pengurusan sekiranya terdapat masalah berkenaan pembayaran yuran). 5.3 Pihak tadika berhak memberhentikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberikan kerjasama kepada pihak tadika dan tidak mengikut peraturan dan syarat-syarat tadika. 5.4 Pihak tadika akan memberi sebulan notis awal jika berlaku penutupan perniagaan. 5.0 NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN Page 5 of 27
6.1 Ibubapa/penjaga memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya ingin melawat anak ketika berada di tadika. 6.2 Ibubapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN memasuki premis tanpa kebenaran pihak pengurusan tadika. 6.3 Ibubapa/penjaga yang ingin memasuki premis tadika hendaklah dalam keadaan bersih dan sihat serta memakai pakaian yang sopan. 6.4 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki premis tadika jika berlaku jangkitan wabak/penyakit berjangkit. 6.5 Pihak tadika hanya menerima pelawat pada waktu tertentu sahaja dengan temujanji. 6.0 LAWATAN IBUBAPA/PENJAGA Page 6 of 27
7.1 Salinan sijil kelahiran anak 7.2 Salinan rekod imunisasi (suntikan vaksin) anak 7.3 Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga 7.4 Salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan) 7.5 1 keping gambar anak dan 1 keping gambar keluarga untuk fail individu anak. 7.0 DOKUMEN PENDAFTARAN 8.1 Ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada pihak tadika jika berlaku pertukaran alamat rumah & nombor telefon bagi memudahkan untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. 8.0 PERTUKARAN ALAMAT & NO. TELEFON Page 7 of 27
9.1 Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui. 9.2 Bayaran hendaklah dibayar melalui akaun yang telah ditetapkan. 9.3 Yuran pendaftaran merupakan bayaran tetap dan tidak dikembalikan. 9.4 Yuran tahunan & yuran worksheet perlu dijelaskan setiap tahun. 9.5 Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 5hb setiap bulan. 9.6 Peringatan pertama akan dikeluarkan pada 6hb kepada ibubapa yang belum menjelaskan yuran bulanan pada bulan tersebut. 9.7 Peringatan kedua akan dikeluarkan pada 12hb sekiranya ibubapa/penjaga masih gagal membuat pembayaran. 9.8 Kegagalan menjelaskan yuran sebelum 15hb akan menyebabkan penggantungan sementara kehadiran kanak-kanak ke tadika sehingga yuran dijelaskan. 9.9 Yuran hendaklah dijelaskan secara atas talian. Sila tuliskan nama penuh dan tujuan pembayaran di bahagian rujukan bagi memudahkan pihak pengurusan tadika membuat kemaskini rekod dan mengeluarkan resit bayaran. 9.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN Page 8 of 27
9.10 Sekiranya perlu, hantarkan bukti pembayaran kepada pihak pengurusan. 9.11 Bayaran yuran anak-anak tadika masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak mengambil cuti satu (1) bulan atau lebih. 9.12 Lain-lain yuran akan dikenakan tertakluk kepada aktiviti yang dirancang seperti lawatan, penglibatan dalam program-program tertentu dan lain-lain. 9.13 Jika berlaku tunggakan yuran, pihak tadika berhak mengambil tindakan undang-undang kepada ibubapa/penjaga yang gagal menjelaskan bayaran tunggakan tersebut. 9.14 Pihak pengurusan tadika berhak memberhentikan perkhidmatan sertamerta kepada ibubapa/penjaga jika yuran tertunggak melebihi satu (1) bulan. 9.15 Jika berlaku arahan penutupan tadika oleh pihak kerajaan seperti penularan penyakit berjangkit, bencana alam dan lain-lain, ibubapa/penjaga hendaklah membayar yuran seperti biasa. 9.16 Yuran hendaklah dibayar mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk kelancaran pengoperasian dan pengurusan tadika. 9.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN Page 9 of 27
10.1 Ruangan & bilik berhawa dingin / kipas. 10.2 Barang permainan yang selamat dan sesuai. 10.3 Ruang tidur / rehat yang luas & selesa. 10.4 Bahan / alat bantuan mengajar yang menarik & mengikut perkembangan semasa. 10.5 Bahan bacaan kanak-kanak. 10.6 Ruang aktiviti yang luas & selesa. 10.7 Menu makanan yang seimbang. 10.8 Jadual aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak. 10.9 Kakitangan yang cekap dan terlatih. 10.10 Ruang aktiviti luar yang luas. 10.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Page 10 of 27
Pakaian persalinan (2 pasang) Lampin pakai buang (jika perlu) Bekalan susu- beserta sukatan (jika perlu) Tuala mandi (dibawa balik setiap hari) Telekung/kopiah & sejadah Plastik pakaian kotor (jika perlu) Ubat gigi & berus gigi - disimpan di tadika (akan dimaklumkan apabila perlu ditukar) Lain-lain keperluan akan diberitahu dari masa ke semasa. 11.1 Pakaian seragam WAJIB dipakai setiap hari dari rumah. 11.2 Kanak-kanak perlu memakai kasut apabila melakukan aktiviti di luar. 11.3 Keperluan harian: 11.4 Setiap barang kanak-kanak mestilah dilabel dengan nama kanak-kanak. Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barang peribadi kanka-kanak. Ibubapa WAJIB menyemak semua keperluan anak-anak sendiri sebelum balik. 11.0 KELENGKAPAN KANAK-KANAK Page 11 of 27
12.1 Alat-alat permainan, peralatan komunikasi, peralatan elektronik dan barang perhiasan (barang kemas) TIDAK DIBENARKAN dibawa ke tadika. Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan / kehilangan barang tersebut. 12.0 BARANGAN PERIBADI ANAK Page 12 of 27
13.1 Kanak-kanak hendaklah mandi dari rumah sebelum hadir ke tadika. 13.2 Sila pastikan kedatangan yang berterusan (konsisten) dan elakkan anakanak daripada sering tidak hadir ke tadika. 13.3 Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak-anak melalui panggilan telefon atau melalui Whatsapp sebelum jam 8.00 pagi kerana guru akan mencatat kehadiran anak-anak setiap pagi. 13.4 Elakkan menghantar anak terlalu lewat (melebihi jam 9,30 pagi) kerana akan menjejaskan jadual aktiviti anak-anak dan mengakibatkan mereka ketinggalan sebahagian daripada program yang telah dijadualkan. 13.5 Kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit seperti cacar air, Influenza, demam campak, sakit mata, penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD), Covid-19, Begok, penyakit kulit yang berjangkit, kudis buta, batuk kokol, Difteria, Rota Virus dan semua jenis penyakit berjangkit tidak dibenarkan hadir sama sekali ke tadika. Kanak-kanak yang sudah sembuh dari penyakit berjangkit perlu memberi surat pengesahan doktor yang mengesahkan kanakkanak bebas dari penyakit berjangkit jika ingin hadir semula ke tadika. 13.6 Hanya kanak-kanak yang benar-benar sihat sahaja boleh hadir ke tadika. 13.0 KEHADIRAN ANAK-ANAK Page 13 of 27
14.1 Pihak tadika sangat menggalakkan ibubapa/penjaga mengambil inisiatif untuk menghantar dan mengambil sendiri anak-anak mereka di tadika. 14.2 Jika ibubapa/penjaga tidak dapat mengambil anak, sila maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya orang lain yang akan mengambil anak tersebut, berikan butiran seperti nama & hubungan untuk makluman pihak tadika. 14.3 Ibubapa/penjaga digalakkan mengamalkan konsep 5S iaitu Senyum, Sapa, Sambut, Sentuh & Salam. 14.4 Untuk keselamatan anak, ibubapa/penjaga perlu menghantar/mengambil anak ke/di pintu masuk premis dan menyerahkan kepada guru yang bertugas. Ibubapa/gupenjaga juga dapat memaklumkan kepada guru bertugas sekiranya anak dibekalkan ubat atau menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan anak. 14.5 Sekiranya terdapat isu mahkamah yang melibatkan kes hak penjagaan anak (perceraian, anak angkat). sila maklumkan kepada pihak tadika bagi mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini berlaku. 14.6 Sekiranya ibubapa/penjaga berhasrat untuk mengambil anak lebih awal atau lewat daripada biasa, sila maklumkan kepada pihak tadika supaya anak dapat bersiap terlebih dahulu. 14.0 MENGHANTAR & MENGAMBIL ANAK Page 14 of 27
14.7 Guru bertugas menyambut kedatangan anak hanya akan menunggu sehingga jam 8.30 pagi sahaja. 14.0 MENGHANTAR & MENGAMBIL ANAK 15.0 15.1 Kemalangan KESELAMATAN 15.1.1 Kemalangan merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidah sengaja dan tidak dirancang. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab dan memberikan kesan seperti kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda. 15.1.2 Kemalangan boleh dibahagikan kepada kemalangan kecil (jatuh, lebam, digigit , dicakar, bengkak dan pendarahan kecil) dan kemalangan besar (patah, pendarahan yang banyak, luka dalaman, sawan, melecur, tersepit). 15.1.3 Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, tindakan berikut akan dilakukan oleh pihak pengurusan tadika: Page 15 of 27
Mengenal pasti jenis dan bahagian kecederaan. Hubungi ibubapa dan maklumkan berkenaan dengan kecederaan serta punca kemalangan berlaku. Memantau anak yang cedera dan perhatikan perkembangannya. Anak yang cedera akan dirujuk ke klinik/hospital sekiranya kecederaan yang dialami berlarutan. Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan dan seterusnya membalut dengan kain bersih. Pihak pengurusan memberi rawatan awal seperti menuam dengan ais di kawasan yang bengkak, meletakkan antiseptik untuk meminimakan kecederaan. CARTA ALIR PROSEDUR KEMALANGAN KECIL Page 16 of 27
Mengenal pasti jenis dan bahagian kecederaan. Kos rawatan sepenuhnya perlu ditanggung oleh ibubapa. Mengikuti perkembangan anak yang cedera serta mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan pihak klinik/hospital. Membawa anak yang cedera ke klinik atau hospital berdekatan. Hubungi ibubapa dan memaklumkan berkenaan kecederaan anak serta punca kemalangan berlaku. CARTA ALIR PROSEDUR KEMALANGAN KECIL Page 17 of 27
15.0 15.2 Rakaman Bergambar KESELAMATAN 15.2.1 Pihak tadika berhak mengambil gambar anak-anak atau merakam video ketika berada dalam jagaan dan ketika menjalankan aktiviti di dalam atau di luar premis. 15.2.2 Pihak tadika dibenar menyiarkan gambar dan video anak-anak di media sosial elektronik seperti Facebook, Whatsapp atau Instagram dan sebagainya. 15.2.3 Pihak tadika dibenar menyiarkan gambar anak-anak di media cetak. Page 18 of 27
16.1.1 Ibubapa/penjaga perlu menyerahkan salinan imunisasi/vaksin kepada pihak tadika semasa pendaftaran. 16.1.2 Ibubapa/penjaga perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan anak-anak yang disediakan oleh pihak tadika. 16.1.3 Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat kesihatan anak yang tidak diberikan oleh ibubapa/penjaga. 16.1.4 Maklumat kesihatan anak-anak tidak boleh dirahsiakan daripada pihak tadika. 16.1.5 Hanya kanak-kanak yang mendapatkan suntikan vaksin (ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan) yang diterima masuk ke tadika. 16.1. 6Ibubapa/penjaga perlu memastikan anak dalam keadaan sihat dan bersuhu badan normal semasa menghantar anak ke tadika. 16.0 16.1 Rekod Kesihatan KESIHATAN Page 19 of 27
17.1 Semua kanak-kanak yang hadir ke tadika wajib mandi dari rumah. 17.2 Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. 17.3 Sekiranya anak-anak dijangkiti kutu kepala, ibubapa/penjaga hendaklah membasminya di rumah. 17.4 Anak yang mempunyai kutu dan terpaksa dihantar ke tadika, ibubapa/penjaga perlu menyediakan sarung kepala/tudung atau syampu kutu untuk anak. 17.5 Anak-anak digalakkan berambut pendek, sekiranya anak berambut panjang, hendaklah diikat dengan kemas dan rapi. 17.0 KEBERSIHAN Page 22 of 27
18.0 18.1 Alahan Makanan PEMAKANAN 18.1.1 Anak-anak yang mempunyai alahan dengan menu makanan yang disediakan oleh pihak tadika perlulah membawa bekalan makanan dari rumah. 18.1.2 Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada guru makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak. 18.2 Bekal Anak 18.2.1 Bekal anak hendaklah daripada pemakanan yang berkhasiat dan dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. 18.2.2 Labelkan bekas makanan dengan nama anak bagi mengelakkan tertukar dengan kanak-kanak lain. Page 23 of 27
19.1 Guru akan mengadakan penilaian kanak-kanak secara berterusan. Oleh itu ibubapa boleh mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan pihak tadika dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan anak. 19.2 Perkembangan kanak-kanak akan direkod mengikut bidang pembelajaran berkaitan. 19.3 Pemerhatian (observation) terhadap kanak-kanak akan dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 19.4 Segala rekod dan permasalahan anak-anak adalah rahsia. 19.0 PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Page 24 of 27
20.0 HUBUNGAN 20.1 Bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak, antara perkara yang terpenting adalah hubungan ibubapa/penjaga dengan pihak tadika. 20.2 Hubungan dan interaksi ibubapa/penjaga dengan pihak tadika perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga. Walaubagaimanapun, berhubungan melalui telefon tidak digalakkan sepanjang waktu operasi untuk memberi fokus kepada pendidikan dan penjagaan kanak-kanak. 20.3 Ibubapa/penjaga boleh menghubungi pihak pengurusan tadika sekiranya ingin meninggalkan pesanan. Page 25 of 27
21.0 PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA 21.1 Ibubapa/penjaga hendaklah menghadiri sesi perjumpaan yang diaturkan oleh pihak tadika untuk membincangkan berkenaan perkembangan anak-anak. 21.2 Ibubapa/penjaga perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak tadika. 21.3 Bersedia memberikan kerjasama kepada pihak tadika apabila diperlukan. 21.4 Berbincang dengan pihak pengurusan tadika jika menghadapi sebarang masalah. 21.5 Melibatkan diri dengan aktiviti tadika. Antara penglibatan yang dicadangkan ialah: 21.5.1 Bekerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang tahun 21.5.2 Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa. Page 26 of 27
21.0 PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA 21.5.3 Menjadi pakar rujuk, penasihat dalam bidang kemahiran masingmasing. 21.5.4 Bekerjasama membekalkan bahan peralatan dari rumah untuk aktiviti anak-anak. 21.5.5 Menyertai aktiviti melestarikan alam sekitar. Page 27 of 27