The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM e-NILAM, TVPSS DAN <br>MINGGU PUSAT SUMBER PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yugien, 2023-05-21 09:57:27

BUKU PROGRAM MAJLIS PELANCARAN PROGRAM e-NILAM, TVPSS DAN MINGGU PUSAT SUMBER PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM e-NILAM, TVPSS DAN <br>MINGGU PUSAT SUMBER PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

Keywords: PSS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER PUAN MAZNAH BINTI MUSLIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK ALAM DAMAI TEMPAT: DEWAN BUDIMAN 7.30 PAGI 22 Mei 2023 - Pelancaran Program e-NILAM & TVPSS 22 Mei 2023 - 26 Mei 2023 - Aktiviti Minggu PSS MAKLUMAT LAIN: KUALA LUMPUR 22 MEI 2023 DIRASMIKAN OLEH:


NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid-murid. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Selari dengan program NILAM ini, Pusat Sumber Sekolah SMK Alam Damai mengambil peluang untuk mengadakan Majlis Pelancaran Program e-NILAM dan Televisyen Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) di peringkat sekolah bagi tahun 2023 sebagai salah satu inisiatif dalam aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang berasaskan penggunaan teknologi dan menyokong pembelajaran abad ke-21. Melalui aktiviti NILAM muridmurid dapat meningkatkan jumlah pembacaan yang disasarkan iaitu 40 bahan bacaan setahun. Manakala aktiviti TVPSS pula, murid-murid akan dilatih untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, berkolaboratif dalam satu pasukan, berkongsi idea dan kreativiti serta berfikir secara kritis. Oleh hal demikian, Majlis Pelancaran Program e-NILAM dan TVPSS SMK Alam Damai ini dilaksanakan seiring dengan program Minggu Pusat Sumber SMK Alam Damai pada 22 Mei 2023 hingga 26 Mei 2023. PENGENALAN PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


1. Meningkatkan pengetahuan murid melalui aktiviti pembacaan dan murid boleh mengulas buku bacaan tersebut. 2. Memberi peluang kepadamurid dalam penglibatan aktif aktiviti Pusat Sumber peringkat sekolah. 3. Meningkatkan bilangan bahan bacaan dan kualiti bacaan murid-murid daripada pelbagai sumber bacaan yang terdapat di Pusat Sumber. 4. Mewujudkan komuniti yang membudayakan amalan membaca di sekolah dan di rumah OBJEKTIF PROGRAM PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


TARIKH : 22 MEI 2023 1) Pengerusi Majlis (Pengawas PSS) 2) Ucapan perasmian & gimik pelancaran (Pn.Maznah) 3) Tayangan Video 4) Nyanyian Lagu NILAM ATURCARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


PENASIHAT: Dr. Asnaini Binti Awi (Pengetua) PENGERUSI: Pn. Maznah binti Muslim (Penolong Kanan Pentadbiran) NAIB PENGERUSI: Tn. Hj. Mohd Nazri Bin Siweng (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid) En. Sham Bin Abdul Rahman (Pen. Kanan Kokurikulum) En. Rosli Bin Omar (Pen. Kanan PPKI) PENYELARAS : Pn. Nur Farah Fasihah Binti Komari (GPM) SETIAUSAHA : Pn. Nur Azira Binti Romlie (Guru NILAM PSS) AHLI JAWATANKUASA: Semua Guru PSS JAWATANKUASA INDUK PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


PENYELARAS PROGRAM Pn. Nur Farah Fasihah Binti Komari Ø Menyelaras pelaksanaan program PSS peringkat sekolah. SETIAUSAHA Pn. Nur Azira Binti Romlie ØMenyelaras pelaksanaan program NILAM secara digital. ØMengumpul data NILAM sepanjang tahun Ø Menyediakan sijil penyertaan NILAM BUKU PROGRAM Pn. Halimatun Norsaadiah Binti Hamzah ØMenyediakan buku program dan disemak oleh GPM TEKS UCAPAN PENGETUA Pn. Norfitrah Binti Che Nor ØMenyediakan teks ucapan pengetua JURUACARA Pn. Azlina Binti Ramali ØMenyediakan teks ucapan pengacara majlis Ø Membimbing Pengawas PSS yang akan menjadi pengacara majlis JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


DOKUMENTASI & VIDEO PELANCARAN Pn. Nur Azira Binti Romlie ØMengumpulkan bahan-bahan dokumentasi daripada setiap AJK yang terlibat dan menghantar salinan dokumentasi kepada GPM ØMenghasilkan video pelancaran HADIAH & PENGURUS PEMENANG Cik Nur Supial Binti Mat Daud Pn. Norfitrah Binti Che Nor ØMenguruskan hadiah pertandingan ØMengumpulkan nama pemenang pertandingan GIMIK PELANCARAN Pn. Nur Farah Fasihah Binti Komari ØMenguruskan gimik pelancaran JURUGAMBAR TVPSS ØMengambil gambar / video semasa majlis pelancaran PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER JAWATANKUASA PELAKSANA


Bil Aktiviti Tarikh AJK Pelaksana 1 Majlis Pelancaran Program e-NILAM, TVPSS dan Minggu Pusat Sumber 22 Mei 2023 (Isnin) Pn. Nur Farah Fasihah Binti Komari (GPM) dan JK PSS 2 Pertandingan Video Bicara Buku (Ulas Buku Kegemaran – BM & BI) 22 – 26 Mei 2023 Pn. Nur Azira Binti Romlie 3 Pertandingan Video Pembaca Berita 22 – 26 Mei 2023 Pn. Azlina Binti Ramali 4 Kempen tanda pagar (hashtag) #SEMEKADMembaca (Gambar guru @ murid bersama sekurang-kurangnya 5 buah buku yang paling digemari dengan tanda pagar yang sama #SEMEKADMembaca) 22 – 26 Mei 2023 Pn. Norfitrah Binti Che Nor 5 Pertandingan Book – Hunt (Jejak Maklumat melalui pembacaan dan kuiz) 22 – 26 Mei 2023 Cik Nur Supial Binti Mat Daud AKTIVITI MINGGU PUSAT SUMBER PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


Membaca dan belajar amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan anda NILAM program membaca memberi semangat Membaca dengan jaya budaya kita Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita Ganjaran yang diberi tidak terhingga Jadi rakan pembaca juga capai jauhari Pembaca yang bestari anugerah diberi NILAM, NILAM Anugerah NILAM Menerangi jalan suram NILAM, NILAM Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya Membaca dan belajar amalan hidup mulia Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita Dunia indah sekali pasti lebih berseri Amalan membaca menjana minda bestari Lagu : Rosli Bin Ahmad Lirik : Nazura Bt Mohamad LAGU NILAM PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


Adalah diharapkan agar programini dapat membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga SMK Alam Damai terutama murid-murid. Program ini juga diharapkan dapat direalisasikan mengikut tarikh yang dirancang supaya murid berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. PENGHARGAAN PROGRAM E-NILAM, TVPSS & MINGGU PUSAT SUMBER


Click to View FlipBook Version