1.0 PENGHARGAAN
selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Suriani Binti
Ripin
Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain
itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan
dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di
tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak
mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
1|Page
2.0 PENGENALAN
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan
perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan
persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut
dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak
berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi
membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan
yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan
perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara
sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap
rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari
segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin
negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan
perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.
2|Page
Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan
secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk
keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
• memelihara cara hidup demokratik
• mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama
• membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak
• membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden.
Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-
lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan
dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang
efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-
prinsip rukun negara akan dibincangkan.
3|Page
3.0 OBJEKTIF TUGASAN
• Memberi justifikasi sejarah pembentukan rukun negara.
• Mengaplikasikan pemahaman yang lebih mendalam tentang makna rukun
negara terhadap perpaduan.
• Memberikan pencerahan berkenaan cabaran yang dihadapi dalam
mengukuhkan tali perpaduan rakyat.
• Mengutarakan kepentingan rukun negara.
• Kesan mengabaikan rukun negara.
4|Page
4.0 Apakah itu perpaduan?
Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama yang
dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti.Malaysia merupakan
negara berbilang kaum yang terkenal dengan kehidupan aman dan
harmoni . Tiga kaum utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan
India.
Apakah itu rukun negara?
Rukun negara adalah salah satu wadah dalam mengekalkan perpaduan
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa , agama dan kaum.
Kepelbagaian dan perbezaan adalah salah satu perkara yang mudah dalam
mencetuskan pergaduhan dan percanggahan sesama sendiri dalam
kalangan rakyat. Hal ini berikutan sejarah hitam yang pernah melanda
Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei 1969 dimana timbul perbalahan antara
kaum.Jadi, adanya inisiatif penubuhan rukun negara dalam mengekalkan
rakyat boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan saksama.
Rukun negara terdiri daripada 5 prinsip iaitu:
1. kepercayaan kepada tuhan
2. kesetiaan kepada raja dan negara
3. keluhuran perlembagaan
4. kedaulatan undang – undang
5. kesopanan dan kesusilaan
5|Page
Menerusi sambutan Hari Kebangsaan 2020 dan sambutan 50 tahun
Rukun Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulllah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperingatkan rakyat tentang
kepentingan rukun negara.
M,N
Titah Al-Sultan Abdullah, prinsip-prinsip teras yang terkandung dalam Rukun Negara bersifat
sejagat dengan merentasi nilai-nilai murni semua bangsa, agama serta berupaya menjadi
panduan hidup sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka.
SUMBER: https://umno-online.my/2020/08/31/rukun-negara-asas-perpaduan-
nasional-dan-pembentukan-negara-agong/
6|Page
4.1 Sejarah pembentukan Rukun Negara
Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah
menukar corak dan bentuk kehidupan masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris
telah menggalakkan kemasukan buruhburuh dari negara China dan India untuk
bekerja di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah milik mereka
serta menggalakkan berniaga di pekan-pekan.
Di bawah dasar pecah perintah kerajaan Inggeris telah memisahkan penempatan
dan bidang pekerjaan ketiga-tiga kaum secara berasingan. Kebanyakan orang
Melayu dibiarkan terus tinggal di kampungkampung tradisional dan
meneruskan pekerjaan sebagai petani dan nelayan. Orang-orang Cina pula
ditempatkan di sektor perlombongan dan berniaga. Inggeris menempatkan
orang-orang India di ladangladang getah milik mereka sebagai pekerja ladang.
Hanya sebilangan kecil orang-orang India yang mengusahakan pekerjaan lain di
pekanpekan. Dasar pecah perintah Inggeris juga telah memisahkan ketigatiga
kaum yang terdapat di negara ini daripada bidang pendidikan.
Tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di
Pulau Pinang semasa majlis pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang.
Perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor 1960, Bukit Mertajam 1966 dan
sekali lagi di Pualau Pinang 1967. Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara
kecil-kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius bagi membendung rusuhan
kaum hanya dimulakan pihak kerajaan setelah kejadian rusuhan kaum yang
serius berlaku pada peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa
ini, kerajaan telah mengambil langkah tegas serta jangka panjang untuk mencari
satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang.
Berikutan itu, Majlis Perundangan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah
MAGERAN di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29
Januari 1970. Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada
seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein merangkap
Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin
Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan),
wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik. Majlis ini
juga mempunyai wakil-wakil daripada tokoh agama, badan-badan profesional,
perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan
wakil kumpulankumpulan kecil.
7|Page
Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970, dipengerusikan
Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein.
Setelah berbincang serta mengkaji sedalamdalamnya selama beberapa bulan,
Majlis Perundingan Negara telah merumus bahawa satu ideologi yang mampu
mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.
Berdasarkan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah
diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-Empat pada 31 Ogos 1970, iaitu
sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai
teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara
diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan,
kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan
undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai
kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun
Negara adalah jelas merupakan kunci kepada masyarakat majmuk negara ini
untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan penyatuan rakyat
amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat.
8|Page
4.2 Maksud Prinsip Rukun Negara
Rukun negara bukan prinsip yang hanya untuk dilafzakan tanpa difahami dan
dihayati setiap bait bait ayatnya dengan terperinci.Sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab kita seharusnya memahami maksyd disebalik 5 prinsip rukun
negara yang menjadi senjata perpaduan kita :
1.Kepercayaan kepada Tuhan
-Melalui kepercayaan kepada agama dan tuhan inilah melahirkan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan,
tetapi agama dan kepercayaankepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman
dan tenteram. Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas
alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan
tindakan. Hal ini seperti mana yang kita tahu setiap agama menggalakann setiap
umatnya mempelajari perkara baik sahaja.Jawatankuasa penggubal Rukun
Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan
dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Raja,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-
Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja
dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah memberikan taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di
peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat
setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
9|Page
3.Keluhuran Perlembagaan
- Menekankan rakyat mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warganegara Malaysia dikehendaki menghormati dan memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara.Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Oleh hal yang demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak.
4. Kedaulatan Undang-Undang
- Kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama
taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin bagi
semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan
perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya
undang-undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan disebabkan
perbalahan dan jenayah berleluasa. Seterusnya, undang-undang negara dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Menerusi kewujudan
undang-undang juga, ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar
dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk
kekacauan. Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan
tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara seperti mana yang
dijamin oleh Perlembagaan Negara.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
-Bermaksud perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya
bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Hal ini
juga mencerminkan imej negara.Sikap baik penting dalam membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
10 | P a g e
4.3 Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan
➢ Fitnah yang terletak dihujung jari
- Hari ini, kita melihat sesiapa saja boleh menyampaikan maklumat, baik sahih
atau sebaliknya. Berikutan penggunaan media sosial yang begitu terbuka, ada
pihak menggunakan kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang
serta mencetuskan api perkauman.Jadi , penyebaran berita palsu semakin mudah
berleluasa. Dengan hanya menggunakan jari,kita sudah mampu mempengaruhi
pemikiran orang lain dengan begitu mudah. Begitu juga dengan pergolakan
kaum semakin mudah tercetus dan amat sukar dibendung lebih lebih lagi dalam
kepesatan teknologi yang begitu canggih.Keadaan ini sudah pasti tidak sihat
untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia.
➢ Penerapan perbezaan kaum berasal daripada ibubapa
-bak kata pepatah,melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Hal ini jelas
sangat berkait rapat tentang didikan ibubapa berkenaan perbezaan kaum di
negara kita ini. Kebanyakan ibubapa zaman sekarang gemar membezakan kaum
dan memberikan penjarakan sosial anak -anaknya dengan kaum lain.dalam kata
lain, mereka mengasingkan anak anak mereka untuk tidak bergaul dalam
kalangan kaum yang berbeza. Anak perlu dibiasakan dengan pergaulan silang
kaum dan budaya. Di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
terdapat Tadika Perpaduan yang memberikan penekanan kepada hal seumpama
ini.
➢ Pihak ketiga yang berusaha meniup api marak isu perkauman
- Mereka melakukan hal ini untuk kepentingan diri sendiri dimana keuntungan
dipihak mereka yang tidak dilihat orang.Semua pihak, baik ahli politik,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat perlu peka terhadap isu
yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.Kebebasan adalah hak semua
pihak, namun ia tidak boleh disalah guna ke arah memporak-porandakan
keamanan dan kestabilan negara.Bagi mengatasi masalah ini, Kita perlu
wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan supaya
kita semua mempunyai azam,kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama
dengan aman damai.
11 | P a g e
Contoh isu berkaitan perkauman yang tercetus pada hujung
tahun lepas berkaitan isu tulisan jawi:
Ketika kerajaan sebenarnya sudah pun ‘berlembut’ apabila memaklumkan
walaupun tiga muka surat tulisan jawi kekal dalam buku bahasa Melayu darjah
empat, namun sesi pengajarannya adalah secara pilihan. Tulisan jawi hanya
akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.Keputusan itu jelas dan
mudah. Malah, sebenarnya ia ibarat satu ‘kemenangan’ bagi Persekutuan
Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).Namun,
ternyata Dong Zong tidak pernah berasa cukup! Ia masih tidak berpuas hati
dengan apa yang diterima.Apatah lagi timbul pula puak-puak liberal yang turut
menjaja mengenai hak asasi manusia, namun sebenarnya tidak lebih daripada
sekadar menyambung lidah perjuangan Dong Zong.Maka tidak hairanlah Ahad
lalu selepas Dong Zong gagal mengadakan persidangan jawi, kumpulan liberal
tetap meneruskan perhimpunan mereka dengan nama yang lebih ‘enak’ di halwa
telinga iaitu Kongres Jawi Kebangsaan.Persoalannya, kini siapa yang mahu
beralah dalam isu ini? Polemik ini perlu ditamatkan segera! Selepas kerajaan
sudah pun berlembut sebelum ini, Dong Zong dan puak liberal tidak seharusnya
12 | P a g e
terus menekan dan mengambil kesempatan di atas kebaikan
kerajaan.Berhentilah daripada menjadikan polemik ini semakin runcing serta
satu tragedi hitam bangsa Malaysia.
Sumber isu
https://www.sinarharian.com.my/article/63974/SUARASINAR/Lidah-
Pengarang/Perpaduan-kaum-pada-tahun-2020
13 | P a g e
4.4 Kepentingan Rukun Negara
➢ Mencapai perpaduan yang lebih erat.
- Melalui usaha untuk mencapai perpaduan, semua lapisan masyarakat perlulah
menanam cita-cita yang positif bagi membentuk satu bangsa dan Negara supaya
kekal lama. Sebagai contoh, pada masa kini iaitu dilanda covid-19, semua
masyarakat mestilah bersatu padu dengan mematuhi SOP semasa covid-19. Hal
ini perlu dipatuhi supaya dapat mengurangkan kes. Umum mengetahui, bahawa
sesebuah Negara yang maju dari pelbagai aspek menjadikan konsep perpaduan
yang terjalin antara setiap masyarakatnya sebagai tunggak utama perkembangan
Negara. Tanpa semangat perpaduan yang erat, masyarakat akan saling hidup
mementingkan diri sendiri dalam sesuatu perkara sehingga menimbulkan sikap
endah tak endah terhadap kehidupan sesama masyarakat terutamanya berbilang
bangsa dan agama.
➢ Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
- Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang samauntuk menikmati
kekayaan Negara. Hal ini demikian kerana masyarakat yang adil akan
mewujudkan Negara yang stabil dan masyarakat yang aman. Contohnya,
kerajaan mestilah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada semua
masyarakat tanpa mengira berbilang kaum. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan
daripada berlaku pengangguran yang banyak di Negara ini. Seperti yang berlaku
pada masa kini dengan kehadiran covid-19, ramai masyarakat menganggur
kerana terpaksa berhenti kerja. Selain itu, kerajaan juga perlulah memberikan
peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang pentadbiran, kewangan,
perundangan, penswastaan, pendidikan dan sebagainya. Hal ini supaya
golongan generasi muda lebih berpengetahuan luas untuk mentadbir Negara
kelak.
➢ Membentuk satu sikap yang liberal.
- Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan adat resam masing-masing.
Malaysia dikenali di seluruh Negara kerana mempunyai kekayaan dalam
kepelbagaian kaum.Walaupun berbeza cara amalan kehidupan setiap kaum, kita
mestilah sentiasa menghormati antara satu sama lain dan tidak mementingkan
diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini terbukti pada masa kini
bahawa sesetengah masyarakat tidak menitikberatkan tentang perkara ini dan
sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain. Contohnya, lebih
mengutamakan kawan yang sama kaum dan agama sahaja.
14 | P a g e
➢ Membina sebuah masyarakat progesif.
- Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap Negara memerlukan masyarakat
yang progesif terhadap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras
dengan perkembangan teknologi terkini. Masyarakat yang progesif terhadap
kemajuan ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada Negara contohnya
dalam bidang ekonomi. Golongan muda terutamanya perlulah menguasai
bidang ini supaya dapat mencipta teknologi yang canggih dan sekali gus dapat
bersaing dengan Negara lain contohnya Negara Jepun.
➢ Memelihara satu cara hidup demokratik.
- Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-
kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Umum mengetahui, sistem pemerintahan di Malaysia dijalankan secara
demokrasi. Contohnya, semasa pilihan raya berlangsung, rakyat sendiri perlulah
membuat undian bagi memilih kerajaan yang mampu mentadbir Negara kearah
kemajuan dari pelbagai aspek. Tanpa pentadbiran yang cekap, sesebuah Negara
tersebut akan mundur dan dalam masa yang sama akan dipandang rendah oleh
negara lain. Jadi, perkara ini tidak boleh dipandang enteng begitu sahaja.
Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda Negara, kepentingan bangsa
dan Negara mestilah didahulukan. Kepentingan Negara hendaklah diutamakan
lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan
keselamatan Negara berkekalan.
15 | P a g e
4.5 Kesan Mengabaikan Rukun Negara
Kebanyakan masyarakat malaysia hanya mengenali Rukun Negara sekadar
prinsip semata-mata dan tidak mengetahui maksud dan tujuan rukun negara
dibuat serta mengabaikan falsafah kebangsaan ini terlalu lama. Hasilnya,
masyarakat dan juga diri kita tidak tahu teks penuh Rukun Negara apatah lagi
mahu menghayatinya.
Pengabaian terhadap Rukun Negara telah menzahirkan implikasi yang negatif
khasnya dalam tatacara kehidupan masyarakat. Pelbagai tingkah laku negatif
dan kebejatan moral berlaku kerana kita tidak berpegang teguh kepada ideologi
atau kefahaman yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia ini.Mari kita imbas
kembali pada tahun 2018 yang lalu beberapa ketidakharmonian yang berlaku
dalam masyarakat kita.Contohnya dari isu kecil seperti membuang sampah
merata-rata hinggalah ke isu besar iaitu tidak menghormati institusi raja
berpelembagaan.Sedar tidak sedar kita sedang mengalami krisis akibat
pengabaian Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat yang majmuk.
Salah satunya adalah kes membuang kerusi daripada tingkat atas pangsapuri
yang telah menyebabkan seseorang maut akibat perbuatan orang tersebut ini
adalah merupakan salah satu kes yang membuka mata kita terhadap perangai
buruk rakyat Malaysia.Selain itu,kisah kerusi terbang telah membuat
masyarakat kota tercegang seketika dengan isu tersebut bukan saja membaling
kerusi malah menjadi tabiat tersebut sering dilakukan oleh sesetengah masyakat
pangsapuri atau rumah flat yang membuang sampah daripada tingkat atas rumah
ke bawah yang menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan mereka.
16 | P a g e
Tidak tahu hendak dibandingkan dengan apa, tetapi jika dilihat haiwan di dalam
zoo juga kita mencampakkan makanan dengan sopan, tetapi apabila di kawasan
perumahan, mereka mencampakkan sampah, kerusi, televisyen ke bawah
dengan rasa tidak bersalah.Inilah yang membawa kepada lahirnya manusia tidak
sopan dan tidak beradab dalam kalangan warganegara Malaysia.
Isu kedua, pula adalah institusi beraja kita dijadikan bahan lawak oleh
masyarakat Malaysia.Penyebaran video yang disebarkan Yang Maha Mulia
sedang tidur dan kemudian dijadikan bahan jenaka dalam suatu pengucapan
awam ini jelas sekali menunjukkan bahawa prinsip kesetiaan kepada raja dan
negara telah ditanam dalam tanah setinggi tujuh kaki dan dibacakan
talkin.Kemurkaan yang telah dilakukan oleh Yang Maha Mulia ternyata
langsung tidak mengundang rasa kesetiaan dalam kalangan masyarakat yang
lain kerana mereka sudah tidak lagi menghayati betapa pentingnya raja sebagai
simbol kemegahan negara ini yang disanjung tinggi semangat Raja
Berpelembagaan.
Inilah kesannya dan akibat mengabaikan Rukun Negara.Ketika usaha Rukun
Negara mukadimah perlembagaan dijalankan, terdapat segelintir pihak yang
takut sekiranya, Rukun Negara wujud dalam perlembagaan maka wujudnya
masyarakat yang liberal dan progresif yang akan menuntut hak
mereka.Sedangkan liberal yang dimaksudkan ialah tradisi yang liberal dan
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dalam kehidupan
seharian.Disamping ituketakutan mereka terhadap dua perkataan ini mungkin
atas rasa untuk mengawal agama dalam kehidupan bermasyarakat.
17 | P a g e
Tetapi adakah agama yang dianuti telah dihayati dengan sepenuh hati oleh
masyarakat kita? Sebagai contoh satu berita yang sangat mengejutkan apabila
dilaporkan seorang wanita tidak menutup aurat dengan sempurna yang dipukul
di khalayak ramai oleh seorang lelaki. Ini benar berlaku tetapi kenapa perkara
sebegini tidak mempengaruhi golongan yang liberal dan progresif yang kita
takuti tadi?Ini kerana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
tidak menjadi pegangan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Mereka hanya bertindak menghukum dengan cara sendiri iaitu memposkan
video tersebut tampa membantu mangsa tersebut terlebih dahulu.Mereka lupa
bahawa negara berdaulat ini, didirikan dengan Perlembagaan yang cukup
matang, dan undang-undang kita bertujuan untuk mengawal kesopanan dan
tingkah laku manusia.Mengapa perlembagaan dan undang-undang diabaikan?
Jawapannya amat mudah. Ini kerana mereka tidak menghayati Rukun Negara
dalam kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia.
Selagi kita masih lagi bersifat tidak ambil tahu dan mengabaikan Rukun Negara,
kita tidak akan mampu mencapai matlamat yang pertama, iaitu mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh rakyat di Malaysia yang
berbilang kaum.Kita masih lagi terperangkap dengan dakyah-dakyah
perkauman yang menghalang kita untuk terus bersatu dan maju. Selagi kita
semua tidak menjadikan Rukun Negara yang pertama ini sebagai jalan hidup
kita ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu, selagi itulah,
kita tidak akan berjaya mencapai perpaduan yang membawa kepada
kesejahteraan.
18 | P a g e
Oleh yang demikian, janganlah kita lupakan falsafah kebangsaan ini. Mungkin
Rukun Negara tidak sesuai dijadikan mukadimah dalam perlembagaan Malaysia,
tetapi Rukun Negara perlu diberi satu akta khas supaya ia tidak lagi diabaikan
oleh golongan pemerintah mahupun masyarakat.
Percayalah, sekiranya Rukun Negara diamalkan dengan baik serta mengikuti
semua prinsip-prinsipnya tersebut kita akan dapat mencapai segala matlamat
yang diinginkan dalam Rukun Negara tersebut, dan pasti Malaysia akan
menjadi lebih baik dan harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu
sama lain.
19 | P a g e
5.0 KESIMPULAN
Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara
yang terpenting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya
memakan masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan, generasi kita
kini seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang
sebenarnya kewujudan Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan hanya
untuk dihafal atau diikrarkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian
warganegara Malaysia. Semangat Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia
sangat relevan dalam menangani krisis negara tidak kira ancaman daripada
dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara
mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, berwibawa bagi
menghadapi apa sahaja cabaran.
20 | P a g e
6.0 LAMPIRAN
21 | P a g e
22 | P a g e
7.0 RUJUKAN
1. http://nilaimasyarakatdub1012.blogspot.com/?m=1
2. https://www.sinarharian.com.my/article/63974/SUARA-SINAR/Lidah-
Pengarang/Perpaduan-kaum-pada-tahun-2020
3. https://umno-online.my/2020/08/31/rukun-negara-asas-perpaduan-nasional-
dan-pembentukan-negara-agong/
4. https://images.app.goo.gl/c7fUX989FuzxvuNd8
5.http://www.pfs.edu.my/2016/Kanmani/rukun_negara/jenis_penerbitan%20(1).
pdf
6. http://rukunnegaraasia.blogspot.com/
23 | P a g e