The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah perkembangan sistem tulisan jawi dalam era perkembangan bahasa Melayu pasca merdeka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofhilia, 2023-09-29 10:42:55

BMMB 1074| Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Sejarah perkembangan sistem tulisan jawi dalam era perkembangan bahasa Melayu pasca merdeka

Keywords: tulisan jawi

Sejarah perkembangan sistem tulisan jawi dalam era perkembangan bahasa Melayu pasca merdeka


Isi Kandungan Sejarah perkembangan sistem tulisan jawi dalam era perkembangan bahasa Melayu pasca merdeka Nama : ALISYA SOFHILIA BINTI SHAHARUDIN UNIT : BM 2 PENSYARAH : ENCIK MOHD SARIFUDDIN BIN MAT SALEH 1.0 Pengenalan 2.0 Sejarah Perkembangan Tulisan Pallava 2.1 Bukti Penemuan Tulisan Pallava 3.1 Sistem Tulisan Jawi 3.2 Contoh Tulisan Jawi 3.3 Perkembangan Tulisan Jawi di Pasai 3.4 Bukti Tulisan Jawi di Pasai 3.5 Perkembangan Tulisan Jawi di Johor dan Melaka 3.6 Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat, Terengganu 3.7 Bahasa Melayu Pascamerdeka 3.8 Mengapa Tulisan Jawi Semakin Dipinggirkan 3.9 Usaha Memartabatkan tulisan Jawi 4.0 Kesimpulan Rujukan


PENGHARGAAN Alhamdulillah, Syukur ke atas hadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaanNya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kursus bmmb 1074, Encik Hj. Mohd Sarifuddin bin Mat Salleh atas segala penerangan. bimbingan, sokongan serta tunjuk ajar yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu kerana sudi memberi kerjasama sepanjang saya melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga ibubapa saya yang sentiasa memberikan sokongan yang padu dan tidak bosan memberi bimbingan walaupun anakanda sedang berada jauh di perantauan. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan siswa pendidik yang telah bertungkuslumus bekerjasama menyiapkan tugasan ini di samping memberi sokongan dan dorongan semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sekian,terima kasih.


1.0 Pengenalan Tulisan merupakan lambang yang bertulis atau lambang sesuatu bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.


2.0 Sejarah Perkembangan Tulisan Pallava Berasal daripada India Orang Hindu yang membawanya semasa mereka tiba di kawasankawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang (Nik Safiah,2010) Bahasa Sanskrit mempengaruhi kerana ia merupakan bahasa ilmu dan pentadbiran. Dinasti ini memeluk jainisme Terhad hanya untuk golongan istana Contoh tulisan pallava


2.1 Bukti Penemuan Tulisan Pallava Prasasti Kedudukan Bukit (682 Masihi) Batu Bersurat Talang Tuwo (684 Masihi)


Tulisan Jawi ialah tulisan arab dalam bahasa Melayu Orang Melayu memandang tinggi tulisan ini sebagai pemahaman agama Islam Sejak tahun 1300 Masihi, tulisan jawi sudah wujud Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri Perkataan Arab diselaraskan oleh orang Melayu agar sesuai dengan bahasa Melayu (Haji Hashim Musa,1999) Antara kesan penyebaran dakwah islamiah, menyebabkan huruf arab menjadi medium berkomunikasi (Hamdan Abd Rahman,1999) 3.1 Sistem Tulisan Jawi


3.2 Contoh Tulisan Jawi


Kesultanan Samudera adalah kerajaan Islam yang terletak di persisiran pantai utara Samudera Kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang dari pelbagai negara Kedatangan pedagang-pedagang Arab membawa ajaran agama Islam menyebabkan abjad tulisan Arab menjadi induk kepada abjad tulisan jawi Daripada hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan bahawa masyarakat menggunakan bahasa Melayu (tulisan jawi) 3.3 Perkembangan Tulisan Jawi di Pasai


3.4 Bukti Tulisan Jawi di Pasai Bukti sejarah bahawa Islam masuk ke Indonesia sekitar abad ke-13 Masihi adalah ditemukannya makam Malik Al-Saleh pada 1297. Batu Nisan ini diperbuat daripada batu pualam yang bertulis tulisan huruf arab (tulisan Jawi)


Sultan mengutuskan surat-surat rasmi kepada wakil Raja di luar 3.4 Bukti Tulisan Jawi di Pasai Surat Rasmi Peniaga-peniaga Barat juga telah diutuskan surat ini Surat-surat ini ditulis dalam tulisan jawi.


Manuskrip 3.4 Bukti Tulisan Jawi di Pasai Naskhah bagi kitab ‘Aqaid Al-Nasafi merupakan Timbul buku-buku yang lain seperti Manuskrip Tuti Namah, Surat izin berniaga daripada Sultan Alauddin Riayat Shah kepada Sir Henry Middleton yang betarikh 1602 M tulisan Jawi tertua bertarikh pada 998H/1590M


Akhirnya pada tahun 1528, anakanda Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Riayat Shah II menubuhkan kesultanan Johor Pameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah Anak Raja Palembang iaitu Pameswara yang mentadbir Melaka ketika itu Kesultanan Melayu Melaka Islam merupakan pentadbiran yang tersohor pada abad ke-14 Pada tahun 1511, Melaka berjaya ditakluki oleh pihak Portugis dan sultan ketika itu ialah Sultan Mahmud Shah yang melarikan diri ke Pahang kemudian ke Johor Sekitar abad ke 14 Masihi sehingga 15 Masihi Kesultanan Melayu Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam yang utama di Kepulauan Melayu Perkahwinan antara Sultan dengan Puteri Melaka menyebabkan hubungan kerajaan Melayu Islam Samudera Pasai dan kerajaan Melayu Melaka bertambah erat. 3.5 Perkembangan Tulisan Jawi di Johor dan Melaka


Menurut kajian, pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan Johor, tulisan Jawi telah diseragamkan dan lebih baku Perkara ini terbukti mengikut apa yang tertera dalam manuskrip yang terkenal dengan tulisan Jawi iaitu “Hikayat Bayan Budiman” 3.5 Perkembangan Tulisan Jawi di Johor dan Melaka Hikayat Bayan Budiman


Kira-kira tiga ratus tahun lebih kemudian daripada bukti pertama yang bertulis Arab telah ditemui penemuan bukti bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi. Batu Bersurat ialah bukti di Terengganu yang ditemui di Kuala Berang Terengganu yang bertarikh pada hari Jumaat 4 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303M. Batu bersurat ini ditulis di empat penjuru dengan bahasa Melayu menggunakan huruf Jawi dan mengandungi hukum syara’ yang wajib dipatuhi oleh semua rakyat. Namun kerana usianya yang terlalu lama di samping ianya telah digunakan untuk pelapik kaki maka terdapat beberapa bahagian yang telah haus. Bukti ini merupakan satu kesan sejarah Islam yang terpenting dijumpai di Malaysia Para pengkaji bersepakat bahawa batu bersurat ini telah membuktikan dengan jelas betapa ajaran Islam telah dilaksanakan dan diamalkan dengan sempurna dan kuat pada kurun ke 14 Masihi di Tanah Melayu. 3.6 Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat, Terengganu


Diperlihatkan suatu perubahan radikal terhadap bahasa Melayu melalui Batu Bersurat di Kuala Berang Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. 3.6 Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat, Terengganu


3.8 Bahasa Melayu Pascamerdeka Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 Nama asalnya ialah Balai Pustaka Ditubuhkan dan digerakkan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, Rasmi dan sebagainya DBP bertanggungjawab dalam mengembangkan sastera Bertanggungjawab mencetak, menerbit dan membantu penerbitan majalah, buku dan risalah Membakukan sebutan dan ejaan, serta membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan


3.8 MENGAPA TULISAN JAWI SEMAKIN PUPUS? Ibu bapa kurang pendedahan kepada anak-anak tentang penulisan Jawi Kebanyakan generasi muda berpendapat bahawa penguasaan tulisan jawi hanya untuk akademik serta mendapat keputusan yang cemerlang. Generasi muda tidak mempraktikkan tulisan jawi ini kerana mereka menganggap tulisan ini tidak penting. Masyarakat memandang tulisan jawi sebagai persepsi yang negatif kerana mereka mengaitkan tulisan jawi dengan agama Islam. Kekurangan sumber bacaan dalam bahasa jawi. Sebagai contoh, dahulu terdapat akhbar yang menggunakan tulisan Jawi tetapi sekarang sukar untuk dijumpai.


3.9 Usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di sekolah-sekolah rendah agama. Peranan ibubapa dalam mendorong minat anak-anak untuk mengajar dan menulis tulisan jawi. Pihak sekolah menganjurkan program “Mari Mengenal Jawi” untuk mengajar murid-murid dari segi penulisan dan bacaan huruf jawi. Pihak penerbit buku atau akhbar, menerapkan unsur-unsur penulisan jawi dalam terbitan mereka.


4.0 Kesimpulan Akhir kalam, bukti kedatangan pedagang arab sememangnya mempengaruhi ajaran agama Islam di sini. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting dalam menjaga atau memartabatkan tulisan Jawi. Akhir sekali, kita perlu mempertahankan bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang semakin lama semakin pupus dalam kalangan generasi masa kini.


RUJUKAN Tulisan Jawi pada zaman Kesultanan Melayu Johor | Damai Abadi. (n.d.). https://mieneaststar.blogspot.com/2013/11/tulisan-jawi-pada-zamankesultanan.html Unknown. (n.d.). Sistem Tulisan Jawi. http://luqmanln.blogspot.com/2015/08/sistem-tulisan-jawi.html A. L. NS. (1996), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur. Bahasa dan Pustaka Shamsul Aizuwani Nawi Et Al. Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Nusamas Publication


Click to View FlipBook Version