The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joycejmg78, 2021-08-17 10:04:51

BUKU ATURCARA HARI GURU 2021

BUKU ATURCARA HARI GURU 2021

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Sabah Maju Jaya

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya
kita dapat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021 pada
hari ini. Tahun ini merupakan sambutan yang paling bermakna kerana genap 50 tahun
semenjak disambut buat pertama kalinya pada tahun 1972. Sejak daripada itu, Hari Guru
disambut sebagai menghargai jasa bakti dan pengorbanan guru dalam membangunkan
anak bangsa dan negara. Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih
mengekalkan tema “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”.

Tema ini adalah sangat bertepatan dalam usaha menjadikan cinta kepada ilmu sebagai teras pendidikan.
Tahniah juga saya ucapkan kepada pihak jawatankuasa penganjur atas inisiatif mengadakan sambutan Hari
Guru secara dalam talian. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada PPD Penampang,
sekolah-sekolah menengah daerah Putatan dan Penampang serta lepasan SPM atas keputusan yang
cemerlang dalam SPM 2020 di mana PPD Penampang mencapai 90.48% untuk LMS dan Gred Purata 4.89.
Begitu juga dengan keputusan STPM 2020 di mana kedua-dua pusat Tingkatan Enam iaitu SMK Putatan dan
SMK Limbanak mendapat 100% Lulus Penuh dalam STPM dan terdapat 3 pelajar memperoleh keputusan 5
prinsipal dengan PGNK 4.00.

Sejak setahun yang lalu proses pembelajaran dan pengajaran konvensional telah banyak bergantung kepada
pengajaran dan pembelajaran daripada rumah ( PdPR ) sama ada secara atas talian atau luar talian ( Offline )
yang kini telah menjadi kebiasaan baharu dalam sistem pendidikan kita. Pendidikan digital menjadi pilihan
sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atau PdPR untuk memastikan murid kekal menerima pendidikan
walaupun sekolah ditutup.

Hari ini, pelantar pembelajaran digital mendominasi kaedah pembelajaran sebagai sokongan pembelajaran
sedia ada yang dijalankan dalam bilik darjah. Sejak 15 Jun 2020, KPM telah mengumumkan platform baharu
pembelajaran digital untuk guru, pendidik dan murid, iaitu ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ atau
DELIMa. Platform ini merupakan salah satu peluang untuk para guru berusaha memperkasa diri dalam
membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara digital. Guru-guru kini mengorak langkah
menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan PdPR secara dalam talian yang membolehkan
murid-murid dapat mengikuti kaedah pembelajaran norma baharu.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan yang akan menerima
anugerah pada kali ini. Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat kepada semua warga pendidik untuk
terus berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan pendidikan negara dan
memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang jauh lebih baik.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada PPD Penampang atas program Sambutan Hari Guru Tahun 2021. Marilah
kita bersama-sama menjayakan agenda nasional dalam konteks pendidikan ke arah membina negara bangsa
melalui pendidikan berkualiti demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya
merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.

Kepada guru, andalah pewaris negara untuk membina generasi baharu. Sekali lagi, Selamat Hari Guru. “Terima
kasih cikgu!”.

Sekian.

Yang Berhormat Tuan Haji Ir. Shahelmey bin Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah

Selamat Sejahtera
Salam Sabah Maju Jaya
Sabah Hebat katakan TIDAK kepada Nombor 16
Katakan YA kepada 10 Terbaik
Salam Penampang Huguan Pemacu Kecemerlangan

Setinggi-tinggi kesyukuran atas limpah dan kurniaNya kita dapat
menyambut Hari Guru Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021
walaupun dalam suasana baru yang berbeza dari sebelumnya
akibat Perintah Kawalan Pergerakan di negeri kita.
Saya ingin mengambil ruang mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua warga pendidik di daerah Penampang.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga pendidik atas peningkatan keputusan SPM
dan STPM 2020 bagi Daerah Penampang. Sudah pasti kejayaan ini tidak akan dapat dicapai
tanpa hasil usaha warga pendidik Daerah Penampang yang berperanan sebagai
penyumbang terbesar kepada pencapaian ini.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun adalah sebagai satu pengiktirafan dan
penghargaan atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan di dalam
mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa dan melahirkan lebih ramai ilmuan
yang mempunyai daya saing yang tinggi.

“Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, tema ini menyingkap konsep berguru, bahawa
ilmu hendaklah diperolehi daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang
dapat dipercayai berteraskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa, manakala murid yang
ada pada hari ini adalah generasi pewaris masa hadapan negara.

Saya yakin dan pasti, warga pendidik di Daerah Penampang mempunyai daya kreativiti dan
inovasi yang tinggi dalam menangani isu PdPR dan menyalur luaskan pengajaran kepada
murid-murid yang tidak mempunyai peranti dan capaian internet khususnya di pendalaman.
Berdasarkan data penglibatan guru dalam pelaksanan PdPR pada bulan jun, penglibatan
guru bagi Daerah Penampang adalah diantara 3 terbaik di negeri sabah. Tahniah saya
ucapkan.

Ucapan syabas dan tahniah juga saya tujukan kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan
daerah Penampang, dan juga kepada semua penerima anugerah Peringkat Daerah
Penampang. Semoga ini memberikan satu bisikan inspirasi kepada semua warga pendidik
daerah Penampang

Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan pihak yang menyumbang secara
langsung atau tidak langsung dalam memastikan penganjuran majlis ini berjalan dengan lancar.
Jaga kesihatan dan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam kehidupan norma baharu
kita. Kekal sihat dan kekal selamat.

Sekian, terima kasih.

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam JPN Sabah Hebat
Katakan TIDAK kepada No. 16, Katakan YA kepada 10 terbaik
Salam Penampang Huguan Pemacu Kecemerlangan

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan kurniaan serta
izinNya sekali lagi kita dapat meraihkan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Penampang walaupun dengan suasana norma baharu. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Guru “Terima Kasih Cikgu” kepada semua Warga Pendidik,
Pejabat Pendidikan Daerah Penampang di mana sahaja anda berada ketika ini.
Realitinya, pada ketika ini kita berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19
yang semakin membimbangkan, namun kita tetap tempuhi cabaran ini bersama-sama. Dalam situasi pandemik yang terkini,
kita usahakan juga agar Sambutan Hari Guru Tahun 2021 peringkat PPD Penampang menjadi kenyataan di mana pada
tahun ini sambutan diadakan agak berbeza kerana semua aktiviti kita jalankan secara maya.
Sambutan Hari Guru menjadi hari penghargaan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke
arah kejayaan. Tahun 2021, Tema, “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” masih dikekalkan. Tema ini
menggambarkan peranan dan tanggungjawab guru dalam memperkasakan ilmu dan profesionalisme bagi melahirkan
generasi baharu yang berilmu dan mempunyai jati diri seiring dengan matlamat ke arah sebuah negara maju. Dengan itu,
Sambutan Hari Guru Daerah Penampang kali ini bertujuan untuk memberi penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan
semua guru khususnya di daerah Penampang.
Cabaran pandemik COVID-19 telah banyak mengubah rutin seharian dan cara kita bekerja. Kita dituntut menjadi lebih kreatif
dalam merancang segala strategi untuk mendepani pelbagai isu pengurusan sekolah dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. PdP bersemuka telah bertukar kepada PdPR secara online dan offline malah turut menuntut ibu bapa
membantu dan memainkan peranan.
Pentadbir dan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah telah berusaha melaksanakan pelbagai outreach bagi
memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. Tahun 2020 kita berjaya mencapai 90% guru mengajar
PdPR dan tahun ini kita pernah mencapai 100%. Walaupun daerah kita masih berdepan cabaran penglibatan murid dalam
PDPR namun kita akan terus berusaha memastikan tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran.
Dalam kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik atas
peningkatan pencapaian keputusan SPM Tahun 2020. Atas usaha semua pihak, kita telah berjaya meningkat dan kembali
mengungguli pada kedudukan terbaik dalam pencapaian GPD SPM negeri Sabah iaitu 4.89 berbanding 5.03 pada tahun
2019 dan LMS meningkat ke 90.48% daripada 86.70% pada 2019.
Demikian juga dengan keputusan STPM yang telah mencapai 100% lulus penuh dan memperoleh PNGK 2.94 melepasi Gred
Purata negeri dan kebangsaan. Pencapaian yang membanggakan ini merupakan hasil usaha semua dan sudah tentu amat
bermakna kepada guru-guru, ibu bapa, komuniti, murid-murid dan seluruh warga pendidikan daerah Penampang
Kesan daripada Pandemik COVID-19 merupakan cabaran yang perlu dihadapai oleh warga pendidik. Saya menyeru agar
guru-guru memperkasakan PdPC dengan menerapkan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam menyelesaikan isu PdP.
Sempena hari guru pada tahun ini, kita telah menyediakan enam anugerah dengan 27 kategori iaitu Anugerah Utama (Tokoh
guru dan Tokoh Kepimpinan), Anugerah Ikon, Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru
Inovatif dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah.
Anugerah ini adalah memberikan penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan demi
melahirkan insan yang berilmu dan mulia. Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat kepada semua guru untuk terus
berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan pendidikan di daerah Penampang.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para pengetua, para guru besar dan guru-guru serta semua
pihak yang terlibat dan memberikan sumbangan dalam menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa Sambutan Hari Guru bagi tahun 2021 kerana telah
berjaya menganjurkan majlis ini.

Sekian,

Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang

Aturcara Majlis

10.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku
10.10 pagi:
10.15 pagi: Bacaan doa

: Ucapan Alu-Aluan Pegawai Pendidikan Daerah
Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
:
Ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
: Yang Berbahagia Datuk Dr Mistirine binti Radin
:
: Ucapan Perasmian Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah
Yang Berhormat Tuan Haji Ir Shahelmey bin Yahya

Gimik Pelancaran

Persembahan Koir

Penyampaian Anugerah

❖ Anugerah Terbaik Akademik : SPM & STPM
❖ Anugerah Pusat Sumber
❖ Anugerah Ikon
❖ Anugerah Khas Pendidikan
❖ Anugerah Guru Cemerlang
❖ Anugerah Guru Inovatif
❖ Anugerah Tokoh Kepimpinan
❖ Anugerah Tokoh Guru

12.30 tgh: Majlis bersurai

Program Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

TARIKH PROGRAM
13 Ogos 2021
14 Ogos 2021 Solat Hajat dan Bacaan Yassin
16 Ogos 2021
Gerakan Massa : Terima kasih Cikgu
17 Ogos 2021
Pengurusan Kewangan Norma Baharu
18 Ogos 2021 Bersama Bank Islam
19 Ogos 2021
Webinar : Isu & Cabaran PdPR : Strategi
Pengekalan Kualiti Pengajaran &
Pembelajaran

Program Apa Khabar Kita / Ziarah Prihatin

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Penampang Tahun 2021

Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

AHLI JAWATANKUASA INDUK HARI GURU
PERINGKAT DAERAH PENAMPANG

Pengerusi : Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
Pegawai Pendidikan Daerah

Timbalan Pengerusi : Encik Ag Mohd Kadir bin Ag Kanak
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi 1 : Puan Germaine Marcella Sikijip
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan

Naib Pengerusi 2 : Puan Ho Fui Lu
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran

Naib Pengerusi 3 : Encik Robert John
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha 1 : Encik Kasbulah Mangun
Setiausaha 2 YDP Majlis Guru Besar

: Puan Suzana Cosmas
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Setiausaha 3 : Puan Dazye T Dayah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Bendahari : Puan Lynicia Philippus
Penolong Akauntan PPD Penampang

Ahli : Semua Pengetua & Guru Besar
Kaunselor Pendidikan Daerah
SIP+ dan SISC+
Semua Penolong Pegawai & Penolong Pegawai Tadbir

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Penasihat 1 Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
Penasihat 2 Pegawai Pendidikan Daerah

Encik Ag Mohd Kadir Bin Ag Kanak
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Pengerusi Encik Kasbulah Mangun
Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Daerah Penampang

Timbalan Pengerusi Puan Venancy @ Angela Suimin
Naib Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Daerah Penampang

Setiausaha Encik Awang Lai
Timbalan Setiausaha Guru Besar SK Buit Hill
Encik Mohd Fazil Hoyak
Guru Besar SK Terian

Bendahari Puan Dorin Lasius
Guru Besar SK Puun Tunoh
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Teks Ucapan Alu-aluan, Ucapan Cik Dayang Azizah Binti Abdullah
Pengarah & Ucapan Perasmi Puan Helan Lee
Penyediaan Bahan Multimedia Puan Rahmah Ab Rahman
Puan Pawasia Baha
Encik Ibrahim Bin Ahmad

Anugerah Tokoh Guru & Tokoh Encik Ag Mohd Kadir Bin Ag Kanak
Kepimpinan
Puan Germaine Marcella Sikijip
PPSMS
MGB

Surat Jemputan Puan Suzana Cosmas
Puan Dazye T Payah
Pendaftaran Encik Awang Lai
Hiasan Pentas/Tirai & Photobooth Encik Mohd Fazil Hoyak

SMK Bahang
SK Bahang
Urus setia Hari Guru

SK Pekan Putatan
SK Kg Contoh
SK Pekan Putatan

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Gimik Pelancaran SK Penampang
SK Sugud

Persiapan Meja & Jamuan SMK Limbanak

SK Kem Lok Kawi
SK Tansau

Floor Manager Encik Martin Sibit
Encik Awang Lai

P.A Sistem SK Tombovo
Encik Jinggol
Bicara Profesional Hari Guru Encik Jamal
Gerakan MASSA
SM St Michael

SMK Datuk Peter Mojuntin
SK Puun Tunoh

Bacaan Doa/Solat Hajat/Bacaan Yasin Unit Pendidikan Islam PPD Penampang
Ustaz Mohd Farizan Bin Seman

Program Apa Khabar Kita / Ziarah Puan Hajah Maznah Abdul Ghani
Keranamu Kaunselor Pendidikan Daerah
SPsK
Protokol & Penyambut Tetamu
Ahli Jawatankuasa Induk

Publisiti Encik Daynel Petros
Puan Rosalin Jomilon
Encik Irwin Anjun

Juruacara Puan Rosalin Jomilon
Hadiah, Sijil & Cenderahati Encik Izlan Haimin
Encik Steve George

Puan Gladys Yap
Puan Samba Anak Latit
Puan Adriana Maradan
Cik Natasja Iman Roland
Puan Tantiyanna Binti Supain
Puan Nur Balqis Angelica Binti Abdullah Kuan

Penyelaras Penyampaian Hadiah SK Pekan Putatan
SK Tansau
SK Buit Hill
SK St Aloysius Limbanak

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengurus Anugerah SK Babagon
SK Buayan
Juru Gambar SK Longkogungon
Persembahan Koir SK St Anthony
Persembahan Pentas SK Kibabaig
Pengurus Jamuan SK Terian

Buku Program / Aturcara SK Petagas
Ikrar Hari Guru
Stage Manager SMK Limbanak
Sumbangan Hari Guru
SK St Joseph
SJKC Yue Min

Puan Zurainah Omar
Puan Jeinah Jaafar
Puan Kainis @ Henrita Toidis
Puan Tang Siew Kean

Encik Awang Dzuliskandar Bin Ag Saman
Puan Joyce Jessica Michael Gumpil

Encik Ramlee A Ghaffar
Majlis Guru Besar

Encik Lazim Gudau
Encik Ismail Awang Damit
Encik Mohd Fazil Bin Hoyak

Sektor Perancangan
Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pembelajaran Sektor
Pembangunan Murid
Persatuan Pengetua
Majlis Guru Besar

Anugerah Tokoh Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Puan Hjh Siti Salmiah binti Hj Samaie @ Hj Tahir

Puan Hjh Salmiah Binti Hj Samaie @ Hj Tahir dilahirkan pada 11 Januari
1960 di Weston, Beaufort. Beliau telah berkahwin dengan Tuan Hj Sumardi Bin
Mohd Yusof pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang putera cahaya mata.
Beliau mendapat Pendidikan awal di SK Weston, Beaufort dari tahun 1966
hingga 1971. Selepas 6 tahun menuntut ilmu di sekolah rendah, beliau
melanjutkan pelajaran sekolah menengah di SMK Weston (1972-1975) dan
SMK Pengiran Omar, Sipitang (1976-1977). Beliau kemudian menyambung
persekolahan tingkatan 6 di Maktab Sabah, Kota Kinabalu pada tahun 1978.
Sejarah Pendidikan Puan Hjh Salmiah diikuti dengan kemasukan beliau di
Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1979 hingga 1980 dan Institut Bahasa
Kuala Lumpur pada tahun 1987. Akhirnya, beliau telah melanjutkan pelajaran
peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1988
sehingga 1992.

Rentetan sejarah perkhidmatan pendidikan beliau bermula di SMK Weston
sebagai Guru Penolong pada tahun 1981-1986, seterusnya sebagai penolong
Kanan Pentadbiran pada tahun 1992-1993 dan kemudiannya, sebagai Ketua
Panitia Bahasa Melayu di SMK Agama Kota Kinabalu pada tahun 1993-1997.
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Unit Kurikulum di Pejabat Pendidikan
Bahagian Pantai Barat Selatan, Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Penilaian
dan Peperiksaan JPN Sabah dan Penolong Pengarah Unit Naik Pangkat Sektor
Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan JPN Sabah. Pada tahun 2006 hingga
2014, beliau telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Tun Fuad Kota Kinabalu.
Kerjaya beliau di dalam bidang pendidikan diikuti dengan pelantikannya sebagai
Pengetua Cemerlang DG54 di SMK Tansau, Penampang pada tahun 2014
hingga 2020.

Semasa perkhidmatan, beliau pernah menjadi hakim Pertandingan
Perbahasan Guru Kategori Bahasa Malaysia peringkat negeri pada tahun 2009,
Ikon Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) Bidang Kokurikulum peringkat
JPN Sabah pada tahun 2016, penceramah dan fasilitator memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris KPM (MBMMBI) pada
tahun 2013, Panel Juri/penceramah ‘Munsyi Dewan’ DBP, KL peringkat
kebangsaan pada tahun 1995, Johan Pemimpin Koperasi Sekolah Terbaik
peringkat Kebangsaan pada tahun 2017, Johan Pengerusi Koperasi Terbaik
peringkat Kebangsaan pada tahun 2018 dan menerima Tawaran Baharu untuk
Pengetua (BAIAH) pada tahun 2015.

Selain itu, beliau juga pernah membentang Kertas Kerja Pengupayaan
Koperasi SMK Tansau melalui Pemuafakatan Pintar (MOU) peringkat
antarabangsa dengan Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) pada tahun 2015-
2016 dan Koperasi Cahaya Hikmah Sejahtera Acheh, Indonesia pada tahun
2019 dan Seminar Sejarah Brunei Ke-2 ”Jejak Kesultanan Brunei di Sabah”
pada tahun 2011.

Beliau pernah menerima Anugerah Kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK)
pada tahun 2018 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998,
2003 dan 2019. Semasa beliau meneraju SMK Tansau, Penampang beliau
telah memperkenalkan tagline ‘Sekolah Hebat Berjiwa Besar’ & ‘Biasakan Yang
Luar Biasa’ pada tahun 2015 dan 2016. Tagline ini terbukti telah merangsang
seluruh warga sekolah sehingga mencipta nama di persada kebangsaan dan
antarabangsa terutama sekali dari segi kemenjadian murid, keberkesanan guru
dan kecemerlangan pentadbiran sekolah sehingga sekolah menjadi
“benchmark” sekolah-sekolah di Malaysia dan di luar negara. Kehadiran tamu
dari seluruh negara dan luar negara melalui Pakej Kopistik seMesTa
(Pelancongan Koperasi Sekolah) melayakkannya memperolehi anugerah
Kecemerlangan Koperasi Kebangsaan pada tahun 2019. Peningkatan akademik
menjadi “core business” sekolah berlaku secara konsisten bagi SPM 2016,
2017 dan 2018 dan telah menerima sijil penghargaan dari PPD Penampang.
Sumbangan beliau dalam akademik amat besar sehinggakan pencapaian
tertinggi SPM SMK Tansau, Penampang pada tahun 2017 mencapai GPS 4.84
dan seterusnya melayakkan sekolah berada di kedudukan No. 2 terbaik di PPD
Penampang dan kedudukan No, 16 di negeri Sabah. Transformasi akademik
yang beliau lakukan telah merubah mentaliti guru-guru dan ibu bapa di SMK
Tansau, Penampang.

Pada 11 Januari 2020, beliau telah mengakhiri khidmatnya di puncak
gemilang. Atas sumbangan dan mengenang jasa baik beliau dalam
memartabatkan pendidikan di SMK Tansau, Penampang dan mengharumkan
nama PPD Penampang, Puan Hjh Salmiah Binti Hj Samaie @ Hj Tahir
dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Daerah Penampang bagi tahun
2021.

Anugerah Tokoh Kepimpinan
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Tuan Mojuntin bin Ebin

Tuan Mojuntin bin Ebin telah dilahirkan pada 11 November 1963 di Pekan Tenghilan,
Tuaran. Beliau telah bertemu cinta hatinya dan berkahwin dengan Puan Murini binti Kuai
dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Pekan Tenghilan Tuaran pada tahun 1970 hingga
1975. Kemudian melanjutkan ke SMK Tenghilan tingkatan 1 hingga 3 pada tahun 1976-
1978 dan beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan 4 dan 5 di SMK Badin Tuaran pada
tahun 1979-1980.
Demi mengejar cita-citanya ingin menjadi seorang guru, beliau melanjutkan pengajian ke
Maktab Perguruan Kent Tuaran pada tahun 1983-1985 dan seterusnya ke Maktab
Pergurusan Ilmu Khas, Cheras pada tahun 1990. Beliau menyambung pengajiannya ke
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dan telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian bidang pengkhususan Pendidikan
Khas Dan Linguistik Bahasa Melayu.
Sejarah perkhidmatan beliau, sekolah pertama dimana beliau berkhidmat sebagai guru
adalah di SK Tigaman Kota Marudu pada tahun 1986. Kemudian beliau ditempatkan di
SK Maukab, Ranau pada 1986 sehingga 1991. Pada tahun 1991, atas keperluan
perkhidmatan, beliau telah bertukar ke SK Puun Tunoh Penampang sehingga 1994.
Pada tahun 1997 setelah beliau selesai pengajian di Universiti Malaysia Bangi,
penempatan beliau telah diubahsuai ke sekolah menengah iaitu di SMK Datuk Peter
Mojuntin. Selama berkhidmat di SMK Datuk Peter Mojuntin beliau pernah memegang
jawatan sebagai ketua guru disiplin dan juga sebagai ketua bidang bahasa.
Beliau kemudian berpindah tempat bertugas ke Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas JPN Sabah dan memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Unit
Pendidikan Khas pada tahun 2007 dan 2011. Kemudian sebagai Penolong Pengarah
(unit Penguatkuasaan) di sektor yang sama pada 2012 – 2014.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah, Penampang dari
tahun 2014 sehingga 2019.

Sumbangan beliau sebagai penjawat awam adalah seperti:

1. Ahli mesyuarat pentadbir Program Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

2. Ahli Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas
dan Program Intergrasi Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Ahli panel Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 buku teks Kadazandusun
Tingkatan 1 bahagian buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Pengerusi Panel Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 bagi mata pelajaran
Kadazandusun tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5

5. Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

6. Fasilitator Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Kadazandusun Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5.

7. Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Penampang.

8. Ahli Lembaga Pengurusan Pendidikan Pra Sekolah Bagi Sekolah-Sekolah
Mission Negeri Sabah.

Di samping kesibukan menjalankan tugas sebagai penjawat awam, beliau juga
tidak lupa memberi sumbangan kepada masyarakat. Antara sumbangan beliau
adalah sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Bersatu Kebajikan dan Pendidikan
Kadazandusun Murut negeri Sabah.

Beliau pernah mendapat beberapa anugerah sepanjang perkhidmatan beliau
dalam dunia Pendidikan, antaranya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
bagi tahun 2001,2005,2013 dan 2019. Selain itu beliau juga pernah
dianugerahkan Anugerah Warden Asrama Cemerlang Peringkat Negeri Sabah dan
juga peringkat kebangsaan. Anugerah Jurulatih Cemerlang Softball pada tahun
2003, 2004, 2005, dan 2006. Anugerah Gemilang Pengetua Peringkat Sekolah
SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang pada tahun 2005, Anugerah Kualiti
Menteri Pendidikan (Johan Peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar) pada
tahun 2004 dan Anugerah Cemerlang Kokurikulum SMK Datuk Peter Mojuntin
pada tahun 2012.

Pada 11.11.2019 beliau telah mengakhiri perkhidmatannya sebagai penjawat
awam.

Bagi menghargai jasa dan khidmat bakti beliau selama 33 tahun dalam dunia
pendidikan, maka dengan ini dianugerahkan kepada Yang Berusaha Tuan Mojuntin
bin Ebin sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Penampang bagi tahun 2021.

Senarai Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Bil Anugerah Nama Penerima Sekolah

1 Anugerah Tokoh Guru Hjh Siti Salmiah Binti Hj Samaie

Utama Tokoh Kepimpinan Mojuntin Ebin

2 Anugerah Ikon Inovasi PdP Connie Laurenco Maralag SMK Limbanak

Guru Ling Fong SMK Datuk Peter Mojuntin

Kamariah Binti Liashin SMK Tansau

Guru STEM Cyprian Rian Jokinol SM ST Michael

Diana Michelle W. Sibungkil SM ST Michael

Dr. Norin Farizah Bt Mohd Nuin SM ST Michael

Guru TVET Kamariah Binti Liashin SMK Tansau

Dg Arifah binti Ahmad SMK Putatan

Eleanor Xaviera Masuil SK Tansau

Guru Pendidikan Jayabalan A/L C Sivasubramaniam SK Tansau

Maya Connie Laurenco Marlag SMK Limbanak

Connie F Bellyson SM ST Michael

Guru Kokurikulum & Cyprian Rian Jokinol SM ST Michael

Sukan Hildah Josephine G Kuyun SM ST Michael

Diana Michelle William Sibungkil SM ST Michael

Norberta Jualin SMK Limbanak

Guru Seni Budaya Kartika @ Tika Binti Lukiman SK Kibabaig

Faizah Binti Mahat SK Puun Tunoh

Maslinah Binti Mohd Taripin SK Pekan Putatan

3 Anugerah Khas Pencipta Kandungan Jayabalan A/L C Sivasubramaniam SK Tansau
Pendidikan Digital

Inovasi Pendidikan Wan Dayangku Syazwana SMK Bahang

Sukarelawan Audrey Cherry Insing SM ST Michael

Kepimpinan (R) Kasbullah Bin Mangun SK Pekan Putatan

(Sekolah Gred A)

Martin Sibit SK ST Theresa Inobong

(Sekolah Gred B)

Matius Kusop SK Buayan

(Sekolah Pedalaman)

Kepimpinan (M) Nurani @ Fauziah binti Derin

Guru Gigih Jeffrey Joseph SK Buayan
Pedalaman

4 Anugerah Guru Guru Cemerlang OKU Prichard Nelson Patrick SK Bahang

Cemerlang Guru Cemerlang Stefanus Lucas SK Pendidikan Khas

Pendidikan Khas Ronald Sikuat SMK Datuk Peter Mojuntin

Guru Hebat Bahasa Rose @ Salvia Binti A Mahmud SK Tombovo

Senarai Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Bil Anugerah Nama Penerima Nama
Sekolah
5 Anugerah Guru Christine Asiusin
Elaini Binti Tajuddin SK Penampang
Inovatif Individu Prasekolah Christina Kuain SK Kem Lok Kawi
Siti Nazahah binti Mingu SK Babagon
Individu (SR) Mohd Zulhilmi Bin Hussin SK Buit Hill
Junaidah bt Hj Mohd Basri SK Penampang
Individu Lepas Menengah Model 5K (Siti Nazahah binti Mingu SK Kibabaig
& Raminah binti Ginsos SK Buit Hill
Connie Laurenco Marlag
SMK Limbanak

6 Anugerah Sekolah Rendah SK Tansau
SK Kibabaig
Pusat Sumber - APSS Cemerlang SMK Limbanak
SMK Datuk Peter Mojuntin
Sekolah Sekolah Rendah SK Kipovo

- APSS Harapan

Sekolah Menengah

- APSS Cemerlang

Sekolah Menengah

- APSS Harapan

Sekolah Kurang Murid

- APSS Cemerlang

Sekolah Kurang Murid SK Longkogungon
- APSS Harapan

7 Anugerah SPM Peningkatan GPS & LMS SMK Bahang
(GPS 5.71, LMS 81.93%)
& STPM SPM 2020

SMK Datuk Peter Mojuntin

(GPS 4.59, LMS 95.58%)

SMK Limbanak

(GPS 5.06, LMS 90.30%)

SMK Putatan

(GPS 5.10, LMS 92.34%)

SMK Tansau

(GPS 5.16, LMS 95.58%)

Pencapaian GPS & LMS SM ST Michael
Terbaik SPM 2020 (GPS 2.80, LMS 100%)

Anugerah Peningkatan PNGK SMK Putatan (100%)
STPM 2020 dan SMK Limbanak(100%)

Pencapaian 100% Lulus

STPM 2020

Sekalung Penghargaan

Yang Berhormat Tuan Haji Ir Shahelmey bin Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah

Yang Berbahagia Datuk Dr Mistirine binti Radin
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Semua Pengetua Cemerlang / Pengetua Sekolah Daerah Penampang

Semua Guru Besar Sekolah Daerah Penampang

Bank Islam Malaysia Berhad
(Sumbangan Anugerah Tokoh Guru & Tokoh Kepimpinan)

Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021

Para Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021

dan

Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021


Click to View FlipBook Version