The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATURCARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joycejmg78, 2021-08-18 11:24:30

BUKU ATURCARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2021

BUKU ATURCARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2021

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Sabah Maju Jaya

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya
kita dapat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021 pada
hari ini. Tahun ini merupakan sambutan yang paling bermakna kerana genap 50 tahun
semenjak disambut buat pertama kalinya pada tahun 1972. Sejak daripada itu, Hari Guru
disambut sebagai menghargai jasa bakti dan pengorbanan guru dalam membangunkan
anak bangsa dan negara. Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih
mengekalkan tema “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”.

Tema ini adalah sangat bertepatan dalam usaha menjadikan cinta kepada ilmu sebagai teras pendidikan.
Tahniah juga saya ucapkan kepada pihak jawatankuasa penganjur atas inisiatif mengadakan sambutan Hari
Guru secara dalam talian. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada PPD Penampang,
sekolah-sekolah menengah daerah Putatan dan Penampang serta lepasan SPM atas keputusan yang
cemerlang dalam SPM 2020 di mana PPD Penampang mencapai 90.48% untuk LMS dan Gred Purata 4.89.
Begitu juga dengan keputusan STPM 2020 di mana kedua-dua pusat Tingkatan Enam iaitu SMK Putatan dan
SMK Limbanak mendapat 100% Lulus Penuh dalam STPM dan terdapat 3 pelajar memperoleh keputusan 5
prinsipal dengan PGNK 4.00.

Sejak setahun yang lalu proses pembelajaran dan pengajaran konvensional telah banyak bergantung kepada
pengajaran dan pembelajaran daripada rumah ( PdPR ) sama ada secara atas talian atau luar talian ( Offline )
yang kini telah menjadi kebiasaan baharu dalam sistem pendidikan kita. Pendidikan digital menjadi pilihan
sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atau PdPR untuk memastikan murid kekal menerima pendidikan
walaupun sekolah ditutup.

Hari ini, pelantar pembelajaran digital mendominasi kaedah pembelajaran sebagai sokongan pembelajaran
sedia ada yang dijalankan dalam bilik darjah. Sejak 15 Jun 2020, KPM telah mengumumkan platform baharu
pembelajaran digital untuk guru, pendidik dan murid, iaitu ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ atau
DELIMa. Platform ini merupakan salah satu peluang untuk para guru berusaha memperkasa diri dalam
membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara digital. Guru-guru kini mengorak langkah
menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan PdPR secara dalam talian yang membolehkan
murid-murid dapat mengikuti kaedah pembelajaran norma baharu.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan yang akan menerima
anugerah pada kali ini. Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat kepada semua warga pendidik untuk
terus berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan pendidikan negara dan
memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang jauh lebih baik.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada PPD Penampang atas program Sambutan Hari Guru Tahun 2021. Marilah
kita bersama-sama menjayakan agenda nasional dalam konteks pendidikan ke arah membina negara bangsa
melalui pendidikan berkualiti demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya
merealisasikan hasrat dan aspirasi negara.

Kepada guru, andalah pewaris negara untuk membina generasi baharu. Sekali lagi, Selamat Hari Guru. “Terima
kasih cikgu!”.

Sekian.

Yang Berhormat Ir. Shahelmey bin Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah

Selamat Sejahtera
Salam Sabah Maju Jaya
Sabah Hebat katakan TIDAK kepada Nombor 16
Katakan YA kepada 10 Terbaik
Salam Penampang Huguan Pemacu Kecemerlangan

Setinggi-tinggi kesyukuran atas limpah dan kurniaNya kita dapat
menyambut Hari Guru Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021
walaupun dalam suasana baru yang berbeza dari sebelumnya
akibat Perintah Kawalan Pergerakan di negeri kita.
Saya ingin mengambil ruang mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua warga pendidik di daerah Penampang.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga pendidik atas peningkatan keputusan SPM
dan STPM 2020 bagi Daerah Penampang. Sudah pasti kejayaan ini tidak akan dapat dicapai
tanpa hasil usaha warga pendidik Daerah Penampang yang berperanan sebagai
penyumbang terbesar kepada pencapaian ini.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun adalah sebagai satu pengiktirafan dan
penghargaan atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan di dalam
mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa dan melahirkan lebih ramai ilmuan
yang mempunyai daya saing yang tinggi.

“Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, tema ini menyingkap konsep berguru, bahawa
ilmu hendaklah diperolehi daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang
dapat dipercayai berteraskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa, manakala murid yang
ada pada hari ini adalah generasi pewaris masa hadapan negara.

Saya yakin dan pasti, warga pendidik di Daerah Penampang mempunyai daya kreativiti dan
inovasi yang tinggi dalam menangani isu PdPR dan menyalur luaskan pengajaran kepada
murid-murid yang tidak mempunyai peranti dan capaian internet khususnya di pendalaman.
Berdasarkan data penglibatan guru dalam pelaksanan PdPR pada bulan jun, penglibatan
guru bagi Daerah Penampang adalah diantara 3 terbaik di negeri sabah. Tahniah saya
ucapkan.

Ucapan syabas dan tahniah juga saya tujukan kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan
daerah Penampang, dan juga kepada semua penerima anugerah Peringkat Daerah
Penampang. Semoga ini memberikan satu bisikan inspirasi kepada semua warga pendidik
daerah Penampang

Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan pihak yang menyumbang secara
langsung atau tidak langsung dalam memastikan penganjuran majlis ini berjalan dengan lancar.
Jaga kesihatan dan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam kehidupan norma baharu
kita. Kekal sihat dan kekal selamat.

Sekian, terima kasih.

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam JPN Sabah Hebat
Katakan TIDAK kepada No. 16, Katakan YA kepada 10 terbaik
Salam Penampang Huguan Pemacu Kecemerlangan

Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan kurniaan serta
izinNya sekali lagi kita dapat meraihkan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Penampang walaupun dengan suasana norma baharu. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Guru “Terima Kasih Cikgu” kepada semua Warga Pendidik,
Pejabat Pendidikan Daerah Penampang di mana sahaja anda berada ketika ini.
Realitinya, pada ketika ini kita berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19
yang semakin membimbangkan, namun kita tetap tempuhi cabaran ini bersama-sama. Dalam situasi pandemik yang terkini,
kita usahakan juga agar Sambutan Hari Guru Tahun 2021 peringkat PPD Penampang menjadi kenyataan di mana pada
tahun ini sambutan diadakan agak berbeza kerana semua aktiviti kita jalankan secara maya.
Sambutan Hari Guru menjadi hari penghargaan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke
arah kejayaan. Tahun 2021, Tema, “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” masih dikekalkan. Tema ini
menggambarkan peranan dan tanggungjawab guru dalam memperkasakan ilmu dan profesionalisme bagi melahirkan
generasi baharu yang berilmu dan mempunyai jati diri seiring dengan matlamat ke arah sebuah negara maju. Dengan itu,
Sambutan Hari Guru Daerah Penampang kali ini bertujuan untuk memberi penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan
semua guru khususnya di daerah Penampang.
Cabaran pandemik COVID-19 telah banyak mengubah rutin seharian dan cara kita bekerja. Kita dituntut menjadi lebih kreatif
dalam merancang segala strategi untuk mendepani pelbagai isu pengurusan sekolah dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. PdP bersemuka telah bertukar kepada PdPR secara online dan offline malah turut menuntut ibu bapa
membantu dan memainkan peranan.
Pentadbir dan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah telah berusaha melaksanakan pelbagai outreach bagi
memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. Tahun 2020 kita berjaya mencapai 90% guru mengajar
PdPR dan tahun ini kita pernah mencapai 100%. Walaupun daerah kita masih berdepan cabaran penglibatan murid dalam
PDPR namun kita akan terus berusaha memastikan tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran.
Dalam kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik atas
peningkatan pencapaian keputusan SPM Tahun 2020. Atas usaha semua pihak, kita telah berjaya meningkat dan kembali
mengungguli pada kedudukan terbaik dalam pencapaian GPD SPM negeri Sabah iaitu 4.89 berbanding 5.03 pada tahun
2019 dan LMS meningkat ke 90.48% daripada 86.70% pada 2019.
Demikian juga dengan keputusan STPM yang telah mencapai 100% lulus penuh dan memperoleh PNGK 2.94 melepasi Gred
Purata negeri dan kebangsaan. Pencapaian yang membanggakan ini merupakan hasil usaha semua dan sudah tentu amat
bermakna kepada guru-guru, ibu bapa, komuniti, murid-murid dan seluruh warga pendidikan daerah Penampang
Kesan daripada Pandemik COVID-19 merupakan cabaran yang perlu dihadapai oleh warga pendidik. Saya menyeru agar
guru-guru memperkasakan PdPC dengan menerapkan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam menyelesaikan isu PdP.
Sempena hari guru pada tahun ini, kita telah menyediakan enam anugerah dengan 27 kategori iaitu Anugerah Utama (Tokoh
guru dan Tokoh Kepimpinan), Anugerah Ikon, Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru
Inovatif dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah.
Anugerah ini adalah memberikan penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan demi
melahirkan insan yang berilmu dan mulia. Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat kepada semua guru untuk terus
berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan pendidikan di daerah Penampang.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para pengetua, para guru besar dan guru-guru serta semua
pihak yang terlibat dan memberikan sumbangan dalam menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa Sambutan Hari Guru bagi tahun 2021 kerana telah
berjaya menganjurkan majlis ini.

Sekian,

Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang

Aturcara Majlis

10.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku
10.10 pagi:
10.15 pagi: Bacaan doa

: Ucapan Alu-Aluan Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
: Pegawai Pendidikan Daerah Penampang

: Ucapan Yang Berbahagia Datuk Dr Mistirine binti Radin
: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
:
Ucapan Perasmian Yang Berhormat Ir Shahelmey bin Yahya
12.30 tgh: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
Sabah

Gimik Pelancaran

Persembahan Koir

Penyampaian Anugerah

❖ Anugerah Terbaik Akademik : SPM & STPM
❖ Anugerah Pusat Sumber
❖ Anugerah Guru Ikon
❖ Anugerah Guru Cemerlang
❖ Anugerah Guru Inovatif
❖ Anugerah Khas Pendidikan
❖ Anugerah Tokoh Kepimpinan
❖ Anugerah Tokoh Guru

Majlis bersurai

Program Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

TARIKH PROGRAM
13 Ogos 2021
14 Ogos 2021 Solat Hajat dan Bacaan Yassin
16 Ogos 2021
Gerakan Massa : Terima kasih Cikgu
17 Ogos 2021
Pengurusan Kewangan Norma Baharu
18 Ogos 2021 Bersama Bank Islam
19 Ogos 2021
Webinar : Isu & Cabaran PdPR : Strategi
Pengekalan Kualiti Pengajaran &
Pembelajaran

Program Apa Khabar Kita / Ziarah Prihatin

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Penampang Tahun 2021

Tokoh Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Nama : Puan Hajah Siti Salmiah binti Haji Samaie @ Haji Tahir
Tarikh Lahir : 11 Januari 1960
Tempat Lahir : Weston, Beaufort
Sekolah Rendah : SK Weston, Beaufort (1966 – 1971)
Sekolah Menengah : SMK Weston (1972-1975)

Maktab Perguruan SMK Pengiran Omar, Sipitang (1976-1977)
Universiti Maktab Sabah, Kota Kinabalu (1978)

: Maktab Perguruan Gaya (1979 – 1980)
: Universiti Pertanian Malaysia (1988 - 1992)

Sejarah Perkhidmatan

❖ Guru Penolong SMK Weston (1981 – 1986)
❖ Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Agama Kota Kinabalu (1993-1997)
❖ Ketua Unit Kurikulum Pejabat Pendidikan Bahagian Pantai Barat Selatan
❖ Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Penilaian dan Peperiksaan JPN Sabah
❖ Penolong Pengarah Unit Naik Pangkat Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan

JPN Sabah
❖ Pengetua SMK Tun Fuad Kota Kinabalu (2006 -2014)
❖ Pengetua Cemerlang SMK Tansau (2014 -2020)

Sumbangan

❖ Pembentang Koperasi Cahaya Hikmah Sejahtera Acheh, Indonesia (2019)
❖ Pembentang Kertas Kerja Pengupayaan Koperasi SMK Tansau melalui Pemuafakatan

Pintar (MOU) peringkat antarabangsa dengan Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN)
(2015 – 2016)
❖ Pembentang Seminar Sejarah Brunei Ke-2 “Jejak Kesultanan Brunei di Sabah”
(2011)
❖ Penceramah dan fasilitator Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan
Bahasa Inggeris KPM (MBMMBI) (2013)
❖ Panel juri/penceramah ‘Munsyi Dewan’ DBP, KL peringkat kebangsaan (1995)

Anugerah

❖ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1998, 2003, 2019
❖ Anugerah Kecemerlangan Koperasi Kebangsaan pada tahun 2019
❖ Anugerah Kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) 2018
❖ Johan Pengerusi Koperasi Terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2018
❖ Johan Pemimpin Koperasi Sekolah Terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2017
❖ Menerima Tawaran Baharu untuk Pengetua (BAIAH) pada tahun 2015

Nama Pasangan : Tuan Haji Sumardi bin Mohd Yusof
Bilangan Anak : 4 orang anak lelaki

Tokoh Kepimpinan
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Nama : Encik Mojuntin bin Ebin
Tarikh Lahir
Tempat Lahir : 11 November 1963
Sekolah Rendah : Kg Tenghilan, Tuaran
Sekolah Menengah : SK Pekan Tenghilan Tuaran (1970-1975)

Maktab Perguruan : SMK Tenghilan (1976-1978)
SMK Badin Tuaran (1979-1980)
Universiti
: Maktab Perguruan Kent Tuaran (1983 – 1985)

Maktab Perguruan Ilmu Khas (1990)
: Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi (1995 -1997)

Sejarah Perkhidmatan

➢ Guru SK Tigaman (1986)
➢ Guru SK Maukab, Ranau (1986 – 1991)
➢ Guru SK Puun Tunoh (1991 – 1994)
➢ Ketua Guru Disiplin SMK Datuk Peter Mojuntin (1997 – 2006)
➢ Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

JPN Sabah (2007 - 2011)
➢ Ketua Bidang Bahasa SMK Datuk Peter Mojuntin (2011 – 2012)
➢ Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

JPN Sabah (2012 – 2014)
➢ Pegawai Pendidikan Daerah Penampang (2014 – 2019)

Sumbangan

➢ Ahli mesyuarat pentadbir Program Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
➢ Ahli Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas dan Program

Intergrasi Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
➢ Ahli panel Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 buku teks Kadazandusun Tingkatan 1 bahagian

buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia.
➢ Pengerusi Panel Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 bagi mata pelajaran Kadazandusun

tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5
➢ Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
➢ Fasilitator Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Kadazandusun Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 5.
➢ Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Penampang.
➢ Ahli Lembaga Pengurusan Pendidikan Pra Sekolah Bagi Sekolah-Sekolah Mission Negeri

Sabah.

Anugerah

➢ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001, 2005, 2013 dan 2019
➢ Anugerah Warden Asrama Cemerlang Peringkat Negeri Sabah dan juga peringkat

kebangsaan (2005)
➢ Anugerah Gemilang Pengetua Peringkat Sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang

(2005)
➢ Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (Johan Peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar)

(2004)
➢ Anugerah Cemerlang Kokurikulum SMK Datuk Peter Mojuntin (2012)

Nama Pasangan : Puan Murini binti Kuai
Bilangan Anak : 3 orang anak (2 lelaki dan 1 perempuan)

Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

AHLI JAWATANKUASA INDUK HARI GURU
PERINGKAT DAERAH PENAMPANG

Pengerusi : Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
Pegawai Pendidikan Daerah

Timbalan Pengerusi : Encik Ag Mohd Kadir bin Ag Kanak
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi 1 : Puan Germaine Marcella Sikijip
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan

Naib Pengerusi 2 : Puan Ho Fui Lu
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran

Naib Pengerusi 3 : Encik Robert John
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha 1 : Encik Kasbulah Mangun
Setiausaha 2 Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Penampang

: Puan Suzana Cosmas
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Setiausaha 3 : Puan Dazye T Dayah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Bendahari : Puan Lynicia Philippus
Penolong Akauntan PPD Penampang

Ahli : Semua Pengetua & Guru Besar
Kaunselor Pendidikan Daerah
SIP+ dan SISC+
Semua Penolong Pegawai & Penolong Pegawai Tadbir

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Penasihat 1 Puan Indang Kasi binti Haji Sibin
Penasihat 2 Pegawai Pendidikan Daerah Penampang
Pengerusi
Encik Ag Mohd Kadir Bin Ag Kanak
Timbalan Pengerusi Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang

Encik Kasbulah Mangun
Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Daerah Penampang

Puan Venancy @ Angela Suimin
Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar
Daerah Penampang

Setiausaha Encik Awang Lai
Timbalan Setiausaha Guru Besar SK Buit Hill
Encik Mohd Fazil Hoyak
Guru Besar SK Terian

Bendahari Puan Dorin Lasius
Guru Besar SK Puun Tunoh
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Teks Ucapan Alu-aluan, Ucapan Cik Dayang Azizah binti Abdullah
Pengarah & Ucapan Perasmi Puan Helan Lee
Penyediaan Bahan Multimedia Puan Rahmah Ab Rahman

Puan Pawasia Baha
Encik Ibrahim bin Ahmad

Anugerah Tokoh Guru & Tokoh Encik Ag Mohd Kadir bin Ag Kanak
Kepimpinan Puan Germaine Marcella Sikijip

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah
Daerah Penampang

Majlis Guru Besar Daerah Penampang

Surat Jemputan Puan Suzana Cosmas
Pendaftaran Puan Dazye T Payah
Encik Ng Nyuk Wah @ Awang Lai
Encik Mohd Fazil Hoyak

SMK Bahang
SK Bahang
Urus setia Hari Guru

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Hiasan Pentas/Tirai & Photobooth SK Pekan Putatan
Gimik Pelancaran SK Kg Contoh
Persiapan Meja & Jamuan SK Pekan Putatan

Floor Manager SK Penampang
SK Sugud

SMK Limbanak
SK Kem Lok Kawi
SK Tansau

Encik Martin Sibit
Encik Ng Nyuk Wah @ Awang Lai

P.A Sistem SK Tombovo
Bicara Profesional Hari Guru Encik Jinggol Lianus
Encik Jamal

SM St Michael

Gerakan MASSA SMK Datuk Peter Mojuntin
SK Puun Tunoh

Bacaan Doa/Solat Hajat/Bacaan Yasin Unit Pendidikan Islam PPD Penampang
Ustaz Mohd Farizan bin Seman

Program Apa Khabar Kita / Ziarah Puan Hajah Maznah Abdul Ghani
Keranamu Kaunselor Pendidikan Daerah
Sektor Psikologi dan Kaunseling
Protokol & Penyambut Tetamu
Ahli Jawatankuasa Induk

Publisiti Encik Daynel Petros
Puan Rosalin Jomilon
Encik Irwin Anjun

Juruacara Puan Rosalin Jomilon
Encik Izlan Haimin
Encik Steve George

Hadiah, Sijil & Cenderahati Puan Gladys Yap
Puan Samba Anak Latit

Puan Adriana Maradan
Cik Natasja Iman Roland
Puan Tantiyanna binti Supain
Puan Nur Balqis Angelica binti Abdullah Kuan

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras Penyampaian Hadiah SK Pekan Putatan
SK Tansau
Pengurus Anugerah SK Buit Hill
SK St Aloysius Limbanak
Juru Gambar
Persembahan Koir SK Babagon
Persembahan Pentas SK Buayan
Pengurus Jamuan SK Longkogungon
SK St Anthony
Buku Program / Aturcara SK Kibabaig
Ikrar Hari Guru SK Terian
Stage Manager
Sumbangan Hari Guru SK Petagas

SMK Limbanak

SK St Joseph
SJKC Yue Min

Puan Zurainah Omar
Puan Jeinah Jaafar
Puan Kainis @ Henrita Toidis
Puan Tang Siew Kean

Encik Awang Dzuliskandar Bin Ag Saman
Puan Joyce Jessica Michael Gumpil

Encik Ramlee A Ghaffar
Majlis Guru Besar Daerah Penampang

Encik Lazim Gudau
Encik Ismail Awang Damit
Encik Mohd Fazil Bin Hoyak

Sektor Perancangan
Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pembelajaran
Sektor Pembangunan Murid

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah
Daerah Penampang

Majlis Guru Besar Daerah Penampang

Senarai Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Bil Anugerah Pencapaian Sekolah

1 Anugerah Peningkatan GPS GPS 5.71, LMS 81.93% SMK Bahang
SPM & & LMS SPM GPS 4.59, LMS 95.58%
STPM 2020 SMK Datuk Peter
Mojuntin

GPS 5.06, LMS 90.30% SMK Limbanak

GPS 5.10, LMS 92.34% SMK Putatan

GPS 5.16, LMS 95.58% SMK Tansau

2 Anugerah Pencapaian GPS GPS 2.80, LMS 100% SM ST Michael
Pusat & LMS Terbaik
Sumber 100% SMK Putatan
Sekolah SPM 2020 SMK Limbanak
Anugerah 100%
Peningkatan SK Tansau
PNGK STPM Anugerah Pusat Sumber SK Kibabaig
2020 dan Cemerlang SK Kipovo
Pencapaian SK Longkogungon
100% Lulus Anugerah Pusat Sumber SMK Limbanak
STPM 2020 Harapan SMK Datuk Peter
Sekolah Rendah
Anugerah Pusat Sumber Mojuntin
Sekolah Rendah Cemerlang
(SKM)
Anugerah Pusat Sumber
Sekolah Harapan
Menengah
Anugerah Pusat Sumber
Cemerlang

Anugerah Pusat Sumber
Harapan

Senarai Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Bil Anugerah Nama Penerima Sekolah

3 Anugerah Inovasi PdP Puan Connie Laurenco Marlag SMK Limbanak
Guru Ikon Puan Ling Fong SMK Datuk Peter Mojuntin
Guru STEM Puan Kamariah Binti Liashin
4 Anugerah Encik Cyprian Rian Jokinol SMK Tansau
Guru Guru TVET Puan Diana Michelle W. Sibungkil SM ST Michael
Cemerlang Dr. Norin Farizah Bt Mohd Nuin SM ST Michael
Guru Pendidikan Puan Kamariah Binti Liashin SM ST Michael
5 Anugerah Maya Puan Dg Arifah binti Ahmad SMK Tansau
Guru Inovatif Puan Eleanor Xaviera Masuil SMK Putatan
Guru Kokurikulum & Encik Jayabalan A/L C
Sukan Sivasubramaniam SK Tansau
Puan Connie Laurenco Marlag
Guru Seni Budaya Puan Connie F Bellyson SK Tansau
Encik Cyprian Rian Jokinol
Guru Cemerlang Puan Hildah Josephine G Kuyun SMK Limbanak
Orang Kurang Puan Diana Michelle William SM ST Michael
Sibungkil SM ST Michael
Upaya Puan Norberta Jualin SM ST Michael
Guru Cemerlang Puan Kartika @ Tika Binti
Pendidikan Khas Lukiman SM ST Michael
Guru Hebat Bahasa Puan Faizah Binti Mahat
Puan Maslinah Binti Mohd Taripin SMK Limbanak
Individu Prasekolah Encik Prichard Nelson Patrick
SK Kibabaig
Individu (SR) Encik Stefanus Lucas
Encik Ronald Sikuat SK Puun Tunoh
Kumpulan Puan Rose @ Salvia Binti A SK Pekan Putatan
(Prasekolah Mahmud
hingga menengah) Puan Christine Asiusin SK Bahang
Individu Lepas Puan Elaini Binti Tajuddin
Menengah Puan Christina Kuain SK Pendidikan Khas
Puan Siti Nazahah binti Mingu SMK Datuk Peter Mojuntin
Puan Mohd Zulhilmi Bin Hussin
Puan Junaidah bt Hj Mohd Basri SK Tombovo
Model 5K (Puan Siti Nazahah
binti Mingu & Puan Raminah SK Penampang
binti Ginsos SK Kem Lok Kawi
Puan Connie Laurenco Marlag
SK Babagon
SK Buit Hill
SK Penampang
SK Kibabaig
SK Buit Hill

SMK Limbanak

Senarai Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Penampang Tahun 2021

Bil Anugerah Nama Penerima Nama Sekolah

6 Anugerah Pencipta Kandungan Encik Jayabalan A/L C SK Tansau

Khas Digital Sivasubramaniam SMK Bahang
SM ST Michael
Pendidikan Inovasi Pendidikan Puan Wan Dayangku Syazwana
SK Buayan
Sukarelawan Puan Audrey Cherry Insing SK Buayan

Guru Gigih Encik Jeffrey Joseph SK ST Theresa
Pedalaman Encik Matius Kusop Inobong
Kepimpinan Encik Martin Sibit
(SKM / Pedalaman)

Kepimpinan
(Sekolah Gred B)

Kepimpinan Encik Kasbulah Mangun SK Pekan Putatan
(Sekolah Gred A)
Puan Nurani @ Fauziah binti Pengetua SMK
Kepimpinan (M) Derin Datuk Peter
Mojuntin

(Mei 2002 hingga
November 2020)

7 Anugerah Tokoh Guru Puan Hajah Siti Salmiah binti
Utama Haji Samaie @ Haji Tahir

Tokoh Kepimpinan Encik Mojuntin bin Ebin

Sekalung Penghargaan

Yang Berhormat Ir Shahelmey bin Yahya
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah

Yang Berbahagia Datuk Dr Mistirine binti Radin
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Semua Pengetua Cemerlang / Pengetua Sekolah Daerah Penampang

Semua Guru Besar Sekolah Daerah Penampang

Bank Islam Malaysia Berhad
(Sumbangan Anugerah Tokoh Guru & Tokoh Kepimpinan)

Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021

Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021

Para Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021

dan

Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Penampang 2021


Click to View FlipBook Version