INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ARIF HAKIMI BIN A HADI KAMIL
1.0 Pengenalan 2.0 Kaedah (Lembaran Kerja) 2.1 Aktiviti 2.2 Tajuk PdP 2.3 Standard Kandungan & Standard Prestasi 2.4 Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid Isi Kandungan 3.0 Kaedah Instrumen (Skala Kadar) 3.1 Aktiviti 3.2 Tajuk PdP 3.3 Standard Kandungan & Standard Prestasi 3.4 Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid 4.0 Kaedah (Senarai Semak) 4.1 Aktiviti 4.2 Tajuk PdP 4.3 Standard Kandungan & Standard Prestasi 4.4 Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid 5.0 Penutup 6.0 Rujukan
Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia telah berubah secara dratis dalam sistem pengskoran dan pentaksiran murid-murid. Sistem dulu yang dikenali sebagai sistem pentaksiran berpusat kini telah berbubah menjadi sistem pentaksiran bilik darjah (PBD). PBD merupakan sejenis pentaksiran yang berterusan dalam menggabungkan nilai formatif dan sumatif dalam pembelajaran dan pengajaran untuk melihat perkembangan murid-murid (Arumugam k,s, 2020).Menurut Sindhu, et.al (2018) PBD dilaksanakan untuk memberi kesamarataan pada semua golongan murid tanpa melihat pada stratifikasi murid dan berfokus untuk membaiki kelemahan murid-murid. Kenyataan ini turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2019) dengan menyatakan PBD ini dilaksanakan untuk menjadikan pembelajaran sekolah yang lebih bermakna, menyeronokkan, membantu dalam mengukur tahap penguasaan murid secara holistik dan menjadikan pembelajaran yang sama rata bagi setiap murid. Malahan pentaksiran murid dibuat berdasarkan bukti yang telah dikumpulkan oleh guru melalui beberapa kaedah seperti lisan, penulisan dan pemerhatian (Wan Huzairi, 2017) 1.0 PENGENALAN
2.0 KAEDAH LEMBARAN KERJA
Terdapat pelbagai jenis pentaksiran secara bertulis yang boleh dijadikan sebagai sumber maklumat kepada guru. Kaedah ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana perkembangan murid dari segi intektual, kognitif serta afektif murid-murid dalam mencapai objektif pembelajaran yang terkandung dalam DSKP dan standart pembelajaran. Antara contoh pentaksiran bilik darjah secara penulisan adalah portfolio, rubrik, skala kerja, lembaran kerja, soal selidik dan senarai Semak. Mengikut istrumen yang dipilih oleh guru tersebut, saya dapati ia telah menggunakan lembaran kerja. Lembaran kerja ini haruslah selari dengan standard kandungan yang berada didalam DSKP. Bertujuan untuk memastikan murid dapat mengetahui dan memahami sesuatu yang telah dipelajari.
Melihat pada lembaran kerja yang di atas, aktiviti yang dijalankan adalah secara formatif (kuiz). Pentaksiran formatif ialah aktiviti penilaian oleh guru terhadap murid di mana matlamatnya lebih untuk memberikan maklumat yang berguna supaya pembelajaran seterusnya berkualiti tinggi dan lebih baik (Bambang Sumintono, 2016) 2.1 Aktiviti Setelah sesi pembelajaran dan pengajaran berakhir guru memberikan setiap murid sehelai lembaran kertas yang berisikan beberapa soalan berkaitan dengan topik pembelajaran yang baru sahaja selesai dalam sesi PDP Lembaran ini diberikan dalam sesi refleksi untuk melihat sejauh mana kefahaman murid-murid tentang pembelajaran tadi. Setiap murid mengisikan jawapan dengan semangat menunjukkan bahawa setiap murid telah memahami konsep dalam lompatan lompat jauh serta mampu menganalisis berdasarkan gambar rajah yang diberikan.
Tajuk PdP yang dipilih untuk membuat instrumen pentaksiran lembaran kerja tersebut adalah asas olahraga, asas dalam lompatan 2.2 Tajuk PdP Topik tersebut merupakan salah satu topik daripada DSKP darjah 6 dan terdapat dalam buku teks pendidikan jasmani dan Kesihatan iaitu unit 6 muka surat 38 tajuk “Layanganku”. Topik ini diajarkan untuk meningkatkan Kemahiran motor kasar murid dalam menggunakan daya dan kuasa semasa melakukan lompat tinggi. Topik ini turut mengajarkan tentang teknik layangan, teknik lompatan dan teknik pendaratan yang betul serta kurang resiko kecederaan semasa melakukannya.
Standard pembelajaran yang diambil semasa melakukan sesi PdP ini ialah pada DSKP tahun 6 yang bertajukkan” Olahraga Asas, Asas Lompatan”. 2.3 Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Standard pembelajaran ini adalah 2.10.1 iaitu menjelaskan perkaitan antara lonjakan dengan jarak lompatan Murid-murid perlu melakukan analisi terhadap rajah yang berada di dalam lembaran kerja lalu mengisi Kawasan kosong dengan jawapan analisis yang dipikirkan. Standart prestasi yang diambil berada pada tahap 4 iaitu menjelaskan melalui contoh gaya lompatan yang sesuai dilakukan untuk melepasi halangan. Murid dapat mengetahui konsep asas lompatan yang dilakukan untuk menjayakan aktiviti tersebut.
Instrumen senarai semak ini sangat berguna untuk mendapatkan kefahaman murid terutama dalam bahagian penggunaan daya kognitif murid. Melalui lembaran kerja tersebut guru dapat menilai tahap penguasaan yang sesuai untuk kepada murid-murid dan ia mampu memberi satu bukti kepada guru bahawa pembelajarannya berhasil atau tidak 2.4 Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid. Antara idea saya yang mampu untuk meningkatkkan prestasi embaran kerja tersebut adalah memberi penegasan kepada murid yang malas dan juga memberi imbuhan kepada murid yang berjaya jawab dengan benar atau murid yang sedaya upaya menjawab soalan tersebut Bagi pandangan saya terdapat sedikit kekurangan terhadap instrumend lembaran kerja ini seperti berlakunya sikap acuh tidak acuh bagi murid yang sedikit nakal. Hal ini demikian kerana tiada paksaan ataunpun imbuhan yang diberikan semasa mengisi lembaran kerja tersebut maka murid-murid akan menjadi sambil lewa dalam mengisi lembaran kerja tersebut.
3.0 KAEDAH INSTRUMEN (Skala Radar)
Kaedah yang digunakan oleh guru tersebut adalah kaedah pemerhatian. Sesetengah guru mentafsir dan memberi penilaian terhadap muridnya menggunakan pemerhatian secara dalam langsung dan tidak langsung (Siti Hayati, et.al, 2018). Kaedah pemerhatian ini akan sangat membantu guru untuk terus menganalisis murid-murid. Instrumen skala radar adalah instrumen yang memerlukan pemerhatian daripada guru terhadap kelakuan murid-murid untuk memberi penilaian dan pentaksiran berkaitan kemampuan murid secara tersurat dan tersirat.
Melihat pada skala radar di atas dapat disimpulkan bahawa guru tersebut telah melakukan aktiviti berpusatkan murid dengan menggunakan kaedah hands-on. Menurut Bilgin.I (2009), Aktiviti hands-on yang menggabungkan pendekatan pembelajaran koperatif meningkatkan kemahiran murid dan sikap murid terhadap pembelajaran berbanding pendekatan demonstrasi guru. Murid yang terlibat secara langsung akan memberi impak yang sangat baik dari segi kefahaman serta psikomotor murid tersebut. Guru akan memerhatikan murid semasa aktiviti amali dilakukan dan memberi skor serta penilaian kepada murid. 3.1 AKTIVITI
3.2 TAJUK PDP Tajuk PdP yang dipilih untuk membuat instrumen skala radar tersebut adalah Kemahiran asas permainanan, kategori jaring. Topik tersebut merupakan salah satu topik daripada DSKP darjah 4 dan terdapat dalam buku teks pendidikan jasmani dan Kesihatan iaitu unit 4 muka surat 21 tajuk “johan permainan kategori jaring”. Topik ini diajarkan untuk meningkatkan Kemahiran motor kasar murid terutama pada bahagian otot lengan dengan melakukan servis bawah lengan dengan benar p.Topik ini turut mengajarkan tentang gaya pukulan, kekuda kaki dan teknik memukul yang betul untuk memastikan bola pergi dengan tinggi, laju dan tepat pada sasaran.
3,3 Standar pembelajaran & Standard Prestasi Standard pembelajaran yang diambil semasa melakukan sesi PdP ini ialah pada DSKP tahun 4 yang bertemakan”Kemahiran Asas Permainan Kategori Jaring”. Standard pembelajaran ini adalah 1.7.1 iaitu melakukan servis bawah dengan menggunakan lengan dan alatan Standard Pembelajaran & Standard Prestasi Murid-murid perlu melakukan servis bawah bola secara amali untuk melihat sejauh mana kemampuan murid dari aspek psikomotor murid. Standart prestasi yang diambil berada pada tahap 2 iaitu boleh melakukan servis bawah dan menerima servis dengan menggunakan tangan dan alatan serta boleh menyatakan titik kontak pada tangan dan alatan.
3.4 Keupayaan Instrumen Mentafisir Murid Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemampuan individu setiap murid dalam menjayakan teori dan amali bagi tajuk servis bawah lengan. Guru boleh memperhatikan dengan jelas setiap input dan output yang diperolehi murid semasa kelas teori dan semasa amali. Melalui skala kadar yang dilakukan guru boleh mencari cara untuk memperbaiki murid yang lemah dalam aspek psikomotor dan membantu murid untuk terus berkembang Bagi pendapat saya, walaupun skala kadar ini mempunyai kelebihan yang besar dalam melihat kemampuan murid tetapi terdapat sedikit masalah yang akan timbul seperti kelas pdp akan menjadi terlampau lama kerana guru harus melihat satu persatu murid untuk memberi kebolehsahan pada skala kadar yang dilakukan. Terdapat beberapa Cadangan yang boleh membantu memaksimumkan penggunaan skala kadar ini antaranya ialah mengabungkan dua elemen yang berada dalam skala kadar seperti rajah 1 kekuatan tangan dan kelajuan bola diletakkan dalam columm yang sama untuk memendekkan masa penilaian
4.0 KAEDAH SENARAI SEMAK
AKTIVITI C M Bagi rajah di atas menunjukkan satu kaedah pemerhatian yang telah dilakukan oleh gurunya untuk mentafsir kebolehjadian muridnya dalam menyelesaikan pembelajaran dan pengajaran. Menurut Merriam (2002), data asal dapat dikumpulkan dengan baik melalui pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian guru tersebut telah menyediakan satu senarai semak untuk melihat kemampuan murid dalam mengeploitasikan kefahaman mereka dalam sesi PdP. Data data yang telah terkumpul akan menjadi bukti kepada guru,pentadbir dan masyarakat bahawa sesi PdP telah dilangsungkan. Beberapa elemen yang perlu ada dalam senarai semak ialah apakah yang ingin guru capai semasa dalam sesi PdP tersebut. Hal ini akan menjelaskan skop dan arah senarai semak yang akan digunakkan untuk mengumpul data.
4.1 AKTIVITI C M Melihat pada isi kandungan senarai semak tersebut dapat disimpulkan bahawa guru telah mengwujudkan beberapa kumpuan untuk sesi PdP kali ini. Murid telah dibahgikan kepada 4 kumpulan dan satu umpulan dan setiap kempulan terdiri daripada 4 orang ahli. Guru telah meminta murid untuk melkukan aktivti lakonan ataupun sketsa berkaitan dengan kecederaan lecur dan melecet. Guru akan menjadi pemerhati kepada murid untuk mendapatkan maklumat tentang murid semasa menjalankan aktiviti tersebut.
C M Tajuk PdP yang dipilih untuk membuat instrumen senarai semak tersebut adalah pertolongan cemas. Topik tersebut merupakan salah satu topik daripada DSKP darjah 5 dan terdapat dalam buku teks pendidikan jasmani dan Kesihatan iaitu unit 13 muka surat 101 tajuk “Elak Kecederaan”. Topik ini diajarkan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kecederaan-kecederaan yang berpunca daripada kelalaian dan kecuaian diri. Topik ini turut mengajar murid tentang langkah bantu mula semasa seseorang mengalami kecederaan. 4.2 TAJUK PDP
Try this background for online class. *Please delete this section before downloading. 4.3 STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI YANG DITERAPKAN Standard pembelajaran yang diambil semasa melakukan sesi PdP ini ialah pada DSKP tahun 5 yang bertemakan”Pertolongan Cemas”. Standard pembelajaran ini adalah 9.1.1 iaitu menyatakan punca melecet dan melecur. Murid-murid perlu melakukan sektsa secara amali untuk melihat sejauh mana kefahaman murid tentang melecet dan melecur. Standart prestasi yang diambil berada pada tahap 2 iaitu memberi contoh situasi yang boleh menyebabkan melecet dan mlecur. Murid akan dinilai mengikut tahap prestsi yang berada dalam DSKP tahun 5 tersebut.
4.4 STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI YANG DITERAPKAN 4 kaedah senarai semak tersebut, dapat dinyatakan beberapa kelebihan senarai semak yang memberi manfaat kepada sesi PdP ialah mudah, ringkas dan cepat. Melalui senarai semak tersebut guru dapat melihat perfoma murid dengan jelas kerana terdapat eviden yang menyokong tahap penguasaan murid. Apabila disoal berkaitan kelas yang berlangsung guru boleh menujukkan bukti bahawa senarai semak telak dibuat untuk menganalisis tahap kemampuan murid. Bagi pendapat saya kekurangan dalam instrument senarai semak ini adalah ia hanya berfokus pada pengamatan guru dan mungkin terdapat bias semasa mengisi borang senarai semak. Hal ini demikian kerana guru juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan maka oleh itu murid yang beretika lebih baik dan hormat pada guru akan diberikan skor yang lebih baik. Bagi pandangan saya, untuk menambahbaik instrument senarai semak tersebut adalah dengan melakukan kolaborasi dengan guru lain supaya guru yang lain dapat menjadi bukti kepada murid yang lain untuk mengurangkan bias semasa borang senarai semak sedang diisi. Guru lain juga akan menegur apabila guru yang mengajar mempuyai rasa bias terhadap murid-murid.
5.0 PENUTUP Kesimpulannya, Pentaksiran bilik darjah ang telah diperkenalakan di Malaysia pada tahun 2019 telah memberi impak positif dalam penekanan terhadap kesamarataan pendidikan di Malaysia. Hal ini turut membanggakan kerana PBD yang dilaksanakan ini dengan jelas mampu membantu murid untuk terus semangat kesekolah kerana konsep pbd yang mengutamakan pembelajaran bermakna dan menyeronokkan. Cara yang digunakan untuk melkasanakn PBD adalah mengikut kreativiti guru sendiri tetapi ia haruslah memberi hasil yang sama dengan konsep yang diutarakan dalam pentaksiran bilik darjah.
6.0 RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH