The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7724430, 2021-11-22 10:34:22

Laporan Projek Sunrise Alarm Clock

Laporan Projek Sunrise Alarm Clock

Kelly Kuan



Laporan Projek
Sunrise Alarm Clock

Nama: Kelly Kai Wen Kuan
Kelas: 3 Merah
Subjek: RBT
Projek: Sunrise Alarm Clock

Penghargaan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3, Puan Hanis atas tunjuk ajar dan
bantuan beliau bagi saya menyiapkan produk Sunrise Alarm Clock ini
dengan berjaya. Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu
bapa saya iaitu Encik Eric dan Puan Angel atas dorongan dan
sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini.
Tidak lupa kepada sahabat saya, iaitu Jovina yang sentiasa
membantu saya serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan
produk ini.

Abstrak

Produk Sunrise Alarm Clock ini dihasilkan dengan tujuan
membangunkan heavy sleepers dan semua pengguna
dengan mudah dan penuh semangat. Pekerja dan murid-
murid didapati menghadapi kesukaran bangun dengan
penuh semangat dan bangun pada masa yang ditetapkan
kerana berasa letih semasa bangun awal. Melalui proses
penyelesaian massalah secara inventif, reka bentuk
elektronik serta reka bentuk kawalan dan pengaturcaraan
telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan reka
bentuk Sunrise Alar Clock. Reka bentuk ini membolehkan
produk menunjukkan masa serta mengeluarkan suara dan
cahaya pada masa yang ditetapkan supaya dapat
menjadikan pengguna bangun dengan penuh semangat.
Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan
produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan
penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa
produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya.
Produk juga mendapat maklum balas yang positif daripada
pelanggan yang telah ditunjukkan cara pelaksanaan produk
ini. Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan
cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan
dan memantapkan kualiti produk Sunrise Alarm Clock yang
akan dihasilkan pada masa hadapan.

Kandungan

1.0 Pengenalan

Jam loceng merupakan sesuatu yang amat penting untuk
membangunkan orang pada masa yang ditetapkan supaya tidak
lewat ke apa-apa situasi. Berdasarkan borang kajian keperluan
pelanggan yang diedarkan, pengguna didapati sentiasa tidak
dapat bangun dengan awal dan penuh semangat walaupun ada
jam loceng. Hal ini disebabkan, masih berasa letih apabila
membangun, dan tidak dapat bangun dengan segera.

Melalui kaedah penyelesaian masalah inventif, masalah
membangun dengan segera dan penuh semangat menggunakan
jam loceng biasa telah dikenal pasti. Sunrise Alarm Clock
merupakan produk inovasi yang mampu mengatasi masalah yang
dihadapi pengguna ketika menggunakan jam loceng. Sunrise Alarm
Clock ini amat mudah digunakan dan boleh digunakan oleh sesiapa
sahaja tanpa mengira tempat dan masa.

1.1 Kajian Keperluan
Pelanggan

2.1 Penyelesaian Masalah
Inventif

Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah
inventif yang dihadapi pelanggan apabila menggunakan jam
loceng biasa.

Berdasarkan model fungsi didapati masalah berpunca daripada tiada
cahaya yang ckup terang. Analisis berantai punca-kesan telah dijalankan

untuk mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah.

1.3 Borang Projek Brief

1.4 Aplikasi Projek Brief
dalam Bentuk Jadual

2.0 Penentuan

Gabungan Teknologi

2.1 Teknologi yang Dipilih

Saya telah memilih gabungan reka bentuk elektronik dan reka
bentuk kawalan dan pengaturcaraan untuk digabungkan dalam
penghasilan produk Sunrise Alarm Clock.

2.2 Tujuan Penggunaan Teknologi

Reka Bentuk elektronik dan reka bentuk kawalan dan
pengaturcaraan telah dipilih kerana sesuai dengan proses
penghasilan produk tersebuut dan mudah untuk dibeli dan
digunakan. Selain itu, harga dua teknologi ini adalah sederhana.

2.3 Fungsi Teknologi

1.Reka bentuk elektronik:
- Wayar berfungsi untuk menyambungkan sumber elektrik
kepada produk.
- Lampu LED berfungsi untuk mengeluarkan cahaya.

2. Reka bentuk kawalan dan pengaturcaraan:
- Arduino Uno V3 berfungsi untuk menghantar isyarat kepada
lampu LED melalui wayar setelah memasukkan code.

2.4 Kekuatan dan
Kelemahan Teknologi

3.0 Penerangan Konsep

3.1 Pemilihan Konsep Reka Bentuk

Saya telah memilih konsep bentuk engikut fungsi kerana reka
bentuk produk saya mestilah mengikut fungsi yang dikehendaki
oleh pelanggan. Selain tu, reka bentuk produk saya juga mestilah
memenuhi fungsi sepenuhnya. Elemen reka bentuk yang
digunakan pada lakaran ialah elemen warna, bentuk, tekstur,
saiz dan garisan. Prinsip reka bentuk yang digunakan pada
lakaran ialah prinsip keringkasan, kesatuan, harmoni, kepelbagain
dan kontras.

3.2 Lakaran
Perkembangan Idea

Lakaran Idea 1 :

Lakaran Idea 2 :

Lakaran Idea 3 :
Lakaran Idea 4 :

4.0 Lakaran Akhir

4.1 Lakaran bermaklumat

4.2 Lakaran ceraian

4.3 Analisis Lakaran Produk dari
Aspek Elemen Reka Bentuk

4.4 Analisis Lakaran Produk darii
Aspek Prinsip Reka Bentuk

5.0 Jadual Kerja

6.0 Pengurusan Kewangan

6.1 Konsep SMART



7.0 Penghasilan Produk

A. Mengukur, menanda, dan memotong bahan.
1. Ukur dan tandakan ukuran pada
kayu.
2. Memotong kayu menggunakan
gergaji kayu.

B. Membina dan mencantum bahagian produk.
1. Mencantumkan kayu yang telah
dipotong menggunakan glu kayu
untuk membentuk bentuk jam yang
dikehendaki.

C. Membuat kemasan.
1. Menghasilkan suatu ruang untuk
wayar,arduino dan suis.
2. Membaiki bahagian yang tidak
kukuh.

8.0 Pengujian dan Penilaian

Saya telah memilih kaedah ujian parameter
untuk menguji kefungsian dan kesesuian
produk terhadap pengguna. Aspek ujian yang
dijalankan ialah jumlah pengguna menekan
button snooze dan semangat pengguna
selepas bangun.

Berdasarkan ujian parameter yang telah dilakukan,
dapat dirumuskan bahawa pengguna dapat bangun
dari tidur dengan lebih cepat menggunakan sunrise
alarm clock yang telah dihasilkan. Selain itu,
pengguna juga terdapat masalah menukarkan alarm
dan reka bentuk jam tidak kukuh.

8.2 Analisis Keputusan
Pengujian

8.3 Penilaian

8.4 Analisis Keputusan
Penilaian

8.5 Menilai Kesesuaian

Produk

Hasil penilaian terhadap keputusan
pengujian, produk Sunrise Alarm Clock
didapati sesuai digunakan kerana
memiliki ciri-ciri yang berikut:

1.Bahan-bahan yang digunakan seperti
kayu dan plastik sesuai dengan
produk.

2.Bahan yang digunakan sangat mesra
alam.

3.Harga yang sederhana.

9.0 Cadangan

Penambahbaikan

Berdasarkan laporan pengujian dan
penilaian, produk Sunrise Alarm Clock
didapati mampu berfungsi seperti yang
dirancang dan selamat digunakan oleh
pengguna. Walau bagaimanapun, beberapa
penambahbaikan perlu dilakukan pada
produk.

Lakaran Cadangan Penambahbaikan
pada Produk

10.0 Penutup

Sunrise Alarm Clock merupakan reka bentuk
produk yang dihasilkan dengan tujuan untuk
memudahkan pengguna bangun dengan cepat
dan penuh dengan semangat pada masa yang
ditetapkan. Harapan saya, Sunrise Alarm Clock ini
akan dapat memenuhi keperluan semua kategori
pengguna. Sunrise Alarm Clock ini telah direka
bentuk dengan bahan dan bentuk yang selesa.
Saiznya yang sederhana memudahkan produk ini
dikenfalikan dan dibawa ke mana sahaja. Harga
produk yang berpatutan menjadikan produk
mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak
terhingga ditujukan kepada semua pihak yang
telah memberi sokongan dan bantuan kepada
saya sehingga produk Sunrise Alarm Clock ini
berjaya dihasilkan.

11.0 Lampiran

Lukisan Unjuran Ortografik Sudut
Ketiga

Lukisan Isometrik

Lukisan Skematik Litar


Click to View FlipBook Version