DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SECARA ISLAMIK
SEMESTER 1 SESI 2022/2023
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
AAK2183
TAJUK :
MENYEDIAKAN SATU FLIPBOOKS RINGKAS BAGI MENERANGKAN PENDEKATAN
DAN AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN DAN DIPRAKTIKKAN OLEH
IBU BAPA DALAM MERANGSANG POTENSI ANAK-ANAK DAN HASILKAN SATU VIDEO PENDEK
YANG BERDURASI 1-2 MINIT UNTUK MENJELASKAN PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN ANAK
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO.MATRIK
NOR AIENA SYAFIKA BINTI JOHAR PID20063
DISEDIAKAN UNTUK :
CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
PENGENALAN
MAKSUD
PENDEKATAN
Pendekatan pengajaran menurut Parera (1986) adalah, pendekatan
merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea
utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma atau
pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada satu huraian.
Manakala menurut Kamarudim Hj. Husin (1988), pendekatan adalah satu
kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat
pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Terdapat beberapa
jenis pendekatan yang boleh digunakan dalam pendidikan awal kanak-
kanak, dan menurut Mariani Md. Nor, dalam artikel Phdnya, menyatakan
bahawa Kurikulum Prasekolah dilaksanakan dengan menggunakan
pendekatan bermain sambil belajar, di samping pendekatan bersepadu,
dan bertema dan pendekatan ICT. Berikut merupakan jenis-jenis
pendekatan pengajaran yang digunakan di dalam pengajaran .
PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Perkembangan kognitif ialah merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh
setiap kanak-kanak. Ia sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan
intelek seseorang dan perkembangan mental. Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk
berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental kanak-kanak seperti mengingati, berimaginasi dan
lain-lain..Selain itu , Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanaka-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam
satu perkembangan kepada yang seterusnya. Teori utama perkembangan kognitif telah dikemukakan
oleh Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut
turutan umur. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan
kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza. Jean Piaget berpendapat persekitaran tidak
membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara
aktif untuk mamahami persekitaranya. Keadaan ini berlku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya . Perkembangan kognitif tersebut memainkan
peranan penting kepada guru dalam membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif mereka
melalui pendekatan yang bersesuaian.
Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Pendekatan Pembelajaran Masteri :-
Maklumat yang diterimadiproses melalui pemilihan,
Pendekatan pembelajaran ini adalah memfokuskan
perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia kepada kejayaan kanak-kanak menguasai sesuatu
ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan perkara yang diajar. Semua kanak-kanak perlu dipastikan
diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada menguasai hasil pembelajaran dalam satu bab sebelum
proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan- berpindah ke bab pembelajaran seterusnya.
rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses Pembelajaran Masteri memerlukan masa yang
secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan mencukupi, di samping proses Pengajaran dan
maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang Pembelajaran yang berkualiti. Selain itu, guru perlu
individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda menyedari bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan
mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. dan keperluan yang berbeza, dan kanak-kanak perlukan
Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir,
kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya pendekatan yang sesuai.
apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk
berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini
adalah salah atau negatif
AKTIVITI YANG
SESUAI
Puzzle :-
Puzzle membantu meningkatkan kemahiran berfikir, logikal, dan juga
mencabar ketangkasan minda si kanak-kanak . Mereka harus
menyusun dan berfikir secara kreatif untuk mencantumkan cebisan
puzzle bagi membentuk imej yang betul.
Malah, aktiviti ini juga membuatkan kedua-dua bahagian mereka
bekerja pada masa yang sama – bahagian kreatif bekerja untuk
melihat sebuah puzzle yang siap, Selain itu , bahagian logik pula
bekerja untuk memadankan kepingan puzzle dengan betul dan
membentuk imej yang sempurna.
Board Games
Board Games seperti permainan dam haji, Monopoly, atau ular tangga
dapat menggalakkan kemahiran mengira, berfikir, dan meningkatkan
fokus mereka. Board Games yang juga lebih meriah apabila
dimainkan bersama kawan-kawan turut membantu kemahiran
komunikasi anak-anak disamping mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
PUZZLE KELEBIHAN Board
AKTIVITI Games
1) Penyelesaian masalah. 1) Melatih fokus kanak-kanak
Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, kanak-kanak akan belajar berfikir dan
1) Melatih kemampuan
menyusun strategi. intrapersonal
2) Meningkatkan koordinasi tangan dan mata.
Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan 1) Mengasah kemampuan kognitif
banyak manipulasi tangan dan mata. Koordinasi tangan dan mata (hand-eye dan logika
coordination) adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan
4) Meningkatkan kreativiti kanak-
mata, kanak
3) Merangsang kemahiran kognitif.
Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, 5) Melatih emosional kanak-kanak
kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kanak-kanak seharusnya dapat
memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal
ketika mereka bermain puzzle. Kemahiran kognitif membolehkan kanak-
kanak memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan
akibat serta meningkatkan kemahiran analisis mereka.
4) Perkembangan motor halus.
Ketika bermain puzzle, kanak-kanak akan terdorong untuk memicit,
menggenggam, mengasing
PERKEMBANGAN
FIZIKAL
Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor kanak-kanak yang merangkumi
kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal.
Kanak-kanak mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal
pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan.
Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar manakala motor halus berkaitan dengan
hal yang menggunakan saraf. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi
perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.
Pada usia bayi berumur 0-3 bulan, bayi akan memberi respon kepada bunyi yang
kuat, mengenali suara ibunya atau orang terdekat , serta mendengar suara bayi itu
sendiri menyebabkan bayi itu terhibur dan cuba untuk menghasilkan bunyi yang lain.
Apabila bayi berusia 4-6 bulan, bayi tersebut akan memusingkan kepala ke kiri atau
kanak serta membesarkan mata untuk mencari bunyi sekeliling.
Pendekatan Main Sambil Belajar
Pendekatan main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa
kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya
paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah
merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Main sebagai penentu penting bagi
perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di
samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, kordinasi dan ketangkasan seseorang murid,
Caplan&Caplan (1973). Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi
Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid
melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Menurut Buku
Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan
yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang
bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.
Pembelajaran melalui bermain adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak, kerana ini akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada
mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain kanak-kanak akan
dapat menguasai pelbagai perkembangan, antaranya adalah perkembangan dari segi fizikal,
emosi, bahasa, dan sosial
AKTIVITI YANG SESUAI
1) Aktiviti masukkan bola ke dalam bakul
yang disediakan
2) Aktiviti pilih kad dalam bakul warna
yang sama dan letakkan di tempat yang
warna sama
3) Aktiviti fingerpaint & mengecop
4) Aktiviti roll and Fold paper
5) Aktiviti taped Toy
6) Aktiviti jalan bawa bola
KELEBIHAN
AKTIVITI
Aktiviti fizikal adalah suatu aspek yang unik malah amat penting dalam pendidikan jasmani untuk kanak-
kanak. Aktiviti fizikal mempunyai banyak faedahnya jika kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba
melakukan pelbagai pergerakan. Guru-guru dan ibu bapa perlu menitikberatkan hal ini kerana ianya
menguntungkan kanak-kanak dari pelbagai sudut. Antaranya ialah sesuatu pergerakan akan membantu
pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat dan meningkatkan daya kecerdasan. Contohnya, dengan melakukan
aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat megeluarkan peluh dari badan. Fungsi peluh ialah menyihatkan tubuh badan
dan menyingkirkan toksin. Tambahan pula, kanak-kanak dapat meningkatkan stamina mereka. Yang kedua
ialah kanak-kanak dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya dan menguasai kemahiran fizikal.Selain
itu , aktiviti fizikal juga kanak-kanak dapat mengerakkan otot pada bahagian kaki untuk berjalan pada halangan
di hadapan. Aktiviti berjalan juga boleh dilakukan berbagai cara yang lebih efektif seperti kanak-kanak perlu
berjalan kehadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam bulatan, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan
laju dan berjalan bersendirian sambil membawa bola dan Kanak-kanak juga dapat melibatkan pergerakkan kaki
dan tangan sepenuhnya bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pergerakan motor kasar .Seterusnya
aktiviti fizikal juga dapat membantu merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak dan dapat
meningkatkan koodinasi mata kanak-kanak . Di samping itu, melakukan aktiviti fizikal dapat memupuk
semangat setiakawan dan kanak-kanak dapat bersaing dengan sihat. Akhir sekali , dengan melakukan aktiviti
fizikal, kanak-kanak dapat menamkan sifat keberanian dalam diri masing-masing
PERKEMBANGAN
SOSIAL
MAKSUD
PERKEMBANGAN
SOSIAL
Kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran:
menarik perhatian oranglain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,
memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan.Perkembangan sosial kanak-
kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat dan budaya. Perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran. Perkembangan sosial kanak-kanak
dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan
atau imitasi dan identifikasi, aktiviti bermain,perkembangan kongnisi
sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya serta interaksi mereka
dengan bahan.
Pendekatan Nyanyian, Muzik, dan Pergerakan Kreatif
Pendekatan ini akan membantu memperkembangkan lagi sosioemosi, kognitif, fizikal, dan
kreativiti kanak-kanak. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak akan berasa seronok kerana dapat
meluahkan perasaan mereka melalui aktiviti yang dijalankan. Menurut Mariani Md. Nor dalam
artikel PhDnya, antara beberapa contoh aktiviti yang dianggap sebagai main atau bermain
adalah main drama, menyanyi, berlakon, dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh
dikategorikan di bawah definisi main. Diantara jenis-jenis lagu atau muzik yang sesuai untuk
kanak-kanak adalah:Selain itu , Pendekatan ini ialah Lagu yang menggunakan jari
Lagu dan aktiviti ini adalah bersesuaian untuk kanak-kanak kecil kerana pergerakan jari ini
ditumpukan kepada pergerakan jari dekat dengan paras mata kanak-kanak dan Lagu Permainan
Membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berinteraksi dan melibatkan diri menjadi
sebahagian daripada pembentukan sesuatu komuniti yang bermuzik. Lagu ini melibatkan
aktiviti memegang tangan kawan-kawan, dan bergerak bersama-sama mengikut rentak muzik,
dan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.
AKTIVITI
YANG SESUAI
Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan sosial
kanak-kanak. Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia
dan ianya telah dipelajari sejak kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain,
berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji
atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi
dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi
peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan. Kemahiran sosial membawa
maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan
interpersonal yang efektif atau keupayaan untuk berkomunikasi secara
efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Oleh itu,
jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak
bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial
mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba
belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana
penyesuaian semasa bergaul adalah perkara asas kepada proses sosialisasi
kanak-kanak
KELEBIHAN
Muzik dan nyanyian begitu sinonim terutamanya pada peringkat kanak-kanak. Secara semulajadi,kanak-
kanak menyukai bunyi dan muzik dan membuatkan mereka lebih terhibur. Oleh yang demikian,muzik dan
nyanyian dapat dilihat memberi kesan positif serta menarik perhatian kanak-kanak di sekolah mereka . Ia
bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak malah merupakan saturangsangan yang memberikan kesan
yang positif terhadap perkembangan minda kanak-kanak terutamanyadalam bilik darjah. Selain daripada itu,
kanak-kanak memberikan perhatian, memahami rentak, irama dansebutan melalui muzik yang dimainkan.
Oleh itu, muzik dapat digunakan secara kreatif dan efektif olehguru ketika proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) . Selain itu, muzik juga dapat membantu kanak-kanak menambah perbendaharaan kata
melalui lirik yang mempunyai perkataan-perkataan yang baru. Ditambah lagi dengan aspek pic, tempo, corak
irama, dan melodi, kanak-kanak lebih mudah mempelajari dan mengingati perkataan-perkataan yang baharu
. Muzik, lagu dan nyanyian meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Di samping itu , Aktiviti muzik, lagu dan
nyanyian untuk kanak-kanak dapat memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti muzik
memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan
menyampaikan mengikut mood.Seterusnya , Membina keyakinan diri dan sosial kanak-kanak aktiviti muzik
juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina keyakinan diri. Kanak-kanak yang didedahkan
dengan aktiviti persembahan dan muzikal membantu mereka membina keyakinan berada di hadapan umum
dan juga membina hubungan sosial dengan rakan sebaya.
PERKEMBANGAN
EMOSI
MAKSUD PERKEMBANGAN EMOSI
Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek iaitu “ emovere “ yang
membawa maksud “ untuk keluar “. Oleh itu, emosi merupakan tindak balas atau
kebangkitan yang dikeluar terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan
yang bertindak sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Emosi juga akan di
keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Selain itu, emosi
juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang
melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. ( Mohmood
Nazar Mohamad, 1992 ). Emosi juga adalah merupakan penggerak utama bagi
menggambarkan tingkah laku kanak-kanak khususnya peringkat pertengahan dan
akhir. Hal ini kerana menerusi emosi yang dilahirkan, mereka dapat menunjukkan
segala bentuk perkara yang dirasai serta yang difikirkan.
Pendekatan Pengajaran Bertema
Pengajaran ini dikenali sebagai tematik, iaitu melibatkan tema-tema
tertentu yang dipilih untuk sepanjang satu semester, ataupun
setahun.Pendekatan bertema adalah merangkumi koleksi bahan, aktiviti
dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini
menjadi alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara
matapelajaran kanak-kanak.Pemilihan dan penentuan tema adalah
berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan
kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek, dan
berorientasikan kajian kes.
AKTIVITI YANG
SESUAI
TAJUK AKTIVITI : TEKA – TEKI MUKA
Mengambil gambar muka kanak-kanak yang kelihatan gembira , sedih ,
marah , letih , menangis dan takut . Yang mana lebih mudah untuk diambil
dan besarkan muka mereka dan mencetaknya di dalam kertas saiz A4 dan
mewarna wajah di kertas tersebut . Selain itu , Potong mata , mulut dan
hidung dan biarkan bahagian muka . Seterusnya Pihak sekolah meminta
kanak-kanak untuk meletakkan bahagian-bahagian ini bersama – sama untuk
membentuk jenis emosi yang tertentu . Mereka merasa sangat seronok
apabila melihat banyak wajah yang berbeza di kertas tersebut
AKTIVITI
MEMBUAT
DOH
Aktiviti membuat doh dan mengekspresi emosi menggunakan doh
dilakukan secara individu . Aktiviti ini dapat memberikan pendedahan
kepada kanak-kanak tentang kaedah membuat doh dengan
menggunakan bahan-bahan seperti tepung , garam , minyak dan
pewarna makanan dan bahan yang mudah . Selain itu , selepas siap
doh kanak-kanak boleh menggunakan doh tersebut untuk membuat
ekspresi emosi pada lembaran kerja yang telah siap diwarnakan .
Kanak-kanak juga akan dapat melihat pelbagai jenis ekspresi emosi
dan dapat mengenal jenis-jenis emosi .
KELEBIHAN
AKTIVITI
Perkembangan Emosi ini bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibubapa untuk
memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini juga akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak melalui pengalamannya.Kanak-kanak akan dapat
mengenal pasti setiap emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Mereka juga akan
mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang semakin cekap yang
dapat mengelakkan situasi yang boleh mendatangkan emosi yang negatif atau
mengekalkan emosi yang menyenangkan. Selain itu, mereka juga akan membina
konsep kendiri melalui mengawal pergerakan motor kasar. Dalam masa yang sama,
mereka juga berkebolehan untuk membezakan tingkah laku yang betul atau salah.
Kanak-kanak ini juga akan merasa takut untuk melakukan kesalahan tetapi tingkah
laku yang positif dan diingini juga patut diberi pujian. Bukan sekadar itu, kanak-kanak
dengan kebolehan mengawal perasaan dan emosi juga dikatakan akan mempunyai
keperibadian ceria, tegas, dan ada rasa simpati pada individu lain.Kelebihan lain bagi
anak dengan keupayaan pengurusan emosi yang baik adalah mereka akan dapat
menghadapi masalah dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.
PERKEMBANGAN
BAHASA
MAKSUD PERKEMBANGAN BAHASA :-
Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87) adalah satu sistem lambang
bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia.Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua (1985:40) cetakan
kesepuluh pula menghuraikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitari, yang
diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan
mengidentifikasikan diri.Disertakan juga di sini pendapat dari seorang tokoh bahasa
terkemuka tanah air, Raminah HjSabran (1985) , “banyak dasar yang boleh dijadikan
asas untuk mendefinisikan bahasa.Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut
fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau
komunikasi. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa bahasa merupakan suatu sistem
lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi- bunyian yang diucapkan dan
digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung. Bahasa juga
boleh dikatakan sebagai saluran bagi membolehkan kanak-kanak menyusun dan
menyatakan idea atau pengalamannya
AKTIVITI
YANG SESUAI
Aktiviti Perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut ialah aktiviti
bercerita atau berlakon menggunakan prop atau topeng. Bahasa
kemahiran berkomunikasi verbal dan tidak verbal. Bermain
membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif..
Sebagai contohnya aktiviti fizikal main di taman dapat
meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan di kalangan
kanak-kanak . Selain itu , aktiviti menyusun abc dan mengenal
dan membaca nama – nama haiwan juga dapat membantu kanak-
kanak meningkatkan perkembangan Bahasa mereka .
KELEBIHAN
AKTIVITI
1. Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan
bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta
memudahkan pembelajaran anak-anak.
2. Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Melalui bercerita semakin cepat
anak-anak menyerap masuk ilmu dan informasi kerana ia disampaikan dengan gaya dan
bersahaja. Anak-anak akan mudah faham berbanding membaca.
3. Bercerita bagi anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, amat membantu mereka
memahami sesuatu. Dalam umur begini kebanyakannya masih lemah atau tidak tahu membaca.
Jadi dengan bercerita, mereka akan tahu dan faham.
4. Bercerita dapat menambah kosa atau perbendaharaan kata anak-anak. Kadang-kadang kita
terkejut bagaimana seseorang anak itu boleh bercakap dengan perkataan yang tidak pernah dia
jumpa di dalam buku. Apabila kosa kata bertambah, maka mereka akan lebih yakin untuk
berkomunikas
KESIMPULAN
Kesimpulannya , pihak Kementerian Pendidikan perlu merancang satu strategi yang berkesan dan
bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Peranan guru
juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak dapat
membantu kanak-kanak di taska atau tadika menyesuaikan diri mereka . Guru juga harus sentiasa
peka dengan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat supaya dapat memberikan yang
terbaik untuk pembelajaran kanak-kanak di taska mahupun tadika . Berdasarkan kajian-kajian
tersebut membuktikan pelbagai masalah yang wujud dalam taska dan perlu di ambil tindakan
segera untuk meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak agar dapat melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan konsep ‘1 Malaysia rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan’, pendidikan awal kanak-kanak perlu dititikberatkan agar matlamat utama
pembangunan keluarga dan masyarakat untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif
tercapai. Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek
fizikal , sosial , kognitif , bahasa dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja ,
dewasa dan tua. Sebagai guru , kita perlu peka dan prihatin terhadap perubahan perkembangan ini
termasuk keperluan untuk memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan murid-murid
dibawah pengawasannya . Pemilihan jenis-jenis pendekatan dan Teknik pengajaran bergantung
pada guru di tadika / taska . Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan kanak-kanak . Guru juga mestilah seorang yang mempunyai daya kreatif dan inovasi
yang tinggi dalam cara pengajaran dan pembelajaran .
RUJUKAN
1) https://www.scribd.com/document/168128680/perkembangan-kanak-kanak
2) https://www.slideshare.net/norulhudaahmad/pendekatan-pengajaran-dan-pembelajaran-
prasekolah
3) https://strategipdp18.wordpress.com/pendekatan-bersepadu/
4)
https://www.researchgate.net/publication/327954228_Pendekatan_bermain_dalam_pengajaran_dan
_bahasa_dan_literasi_bagi_pendidikan_prasekola
5) https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4803/2879
6) https://nalurikreatif.com/blog/aktiviti-perkembangan-emosi-kanak-kanak/
7) https://www.academia.edu/4845098/Perkembangan_fizikal_kanak2
SEKIAN ,TERIMA
KASIH