KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA
KAUM INDIA
NAMA: QUAH XUANHONG
KELAS: 2 AZALEA
GURU: PUAN M.BATMAVATHY
ISI KANDUNGAN Muka Surat
1
Bil Tajuk 2
1. Asal usul Kaum India 3
2. Bahasa Kaum India 4
3. Pakaian Tradisional Kaum India (Lelaki) 5-6
4. Pakaian Tradisional Kaum India (Perempuan) 7
5. Makanan Tradisional India 8
6. Tradisi & Pantang Larang Kaum India 9
7. Perayaan Kaum India
8. rujukan
ASAL USUL KAUM INDIA
• Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India .
• Orang India yang telah datang sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000
tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai
cengkih.
• Sejak dekad 1870-an, pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang
kemudian menyebabkan penghijrahan orang India secara beramai-ramai
dari subbenua India ke Tanah Melayu peluasan pemerintahan British ke
negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat .
• Penduduk India di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan terdiri
terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga
mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan
kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap.
1
BAHASA KAUM INDIA 2
• Bahasa Tamil
➢Bahasa Tamil (தமிழ் ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama
dalam keluarga bahasa Dravidian.
• Bahasa Telugu
➢Bahasa Telugu(తెలుగు) adalah satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di
India dan tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian .
• Bahasa Malayalam
➢ Bahasa Malayalam (മലയാളം) adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi
India dan tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian .
• Bahasa Punjabi
➢ Bahasa Punjabi (ਪਜੰ ਾਬੀ) adalah bahasa dari orang Punjabi dan Kawasan Punjab
dari India dan Pakistan .
• Orang India Malaysia juga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu .
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA (LELAKI)
• Dhoti • Kurta
Dhoti merupakan pakaian Kurta pula adalah
tradisional untuk lelaki kaum pakaian tradisional bagi
India. Dhoti diperbuat daripada kaum lelaki India di
lembaran kain putih yang majlis rasmi. Ia
panjang. Terdapat juga Dhoti yang merupakan kemeja
berwarna kuning pudar atau panjang yang sampai ke
kuning susu. Kain ini dililit di lutut dan lazimnya
bahagian pinggang dan diikat diperbuat daripada kain
pada celah paha dan kemudian kapas atau linen.
disangkutkan pada bahu. Kain
tersebut dihiasi dengan manik-
manik kecil supaya kelihatan
menarik. Biasanya, Dhoti hanya
dapat dilihat pada hari
perkahwinan sahaja.
3
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
(PEREMPUAN)
• Sari • Salwar Kameez/
Punjabi
Sari merupakan pakaian
tradisional perempuan Pakaian Salwar Kameez juga dikenali
kaum India. Sari terdiri sebagai Punjabi. Punjabi amat popular di
daripada sebidang kain utara India dan biasa dipakai oleh
yang berukuran 5 hingga perempuan kaum India di Malaysia.
6 ela panjang dan Punjabi terdiri daripada blaus panjang
dipadankan dengan kain yang dipadankan dengan seluar panjang
dalam yang berwarna yang longgar dan tudung kepala yang
seakan-akan kain Sari sesuai warnanya.
tersebut. Choli yang
berwarna sama atau
setenang dengan kain
Sari ini dililit pada badan
dan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di
atas bahu kiri.
4
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Murukku
• Murukku juga bernama chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama
murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai
makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai
perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.
Idli
• Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan
sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari
buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
5
Tosai
• Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada
pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan
oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan
juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau
makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk
sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-
lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Nasi Beriani
Nasi beriani berasal dari India. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani
gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh
orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung
gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan
haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade,
maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi manga. 6
TRADISI DAN PANTANG LARANG KAUM INDIA
Tradisi Pantang Larang
▪ Sebelum Perkahwinan ▪ Mendidihkan Susu
➢ Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau Niccayam ➢ Mengikut adat resam kaum India,
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan apabila sebuah keluarga pindah ke
dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa rumah baru,, susu hendaklah
dididihkan terlebih dahulu di atas
dapur masak yang baru sehingga ia
beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga- melimpah keluar dari periuk. Ini
bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk adalah simbolik untuk rezeki yang
diberikan kepada wakil perempuan. sentiasa melimpah ruah untuk
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat keluarga tersebut dan juga memberkati
janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini rumah baru. Susu yang telah dididih itu
bakal pengantin perempuan. akan dipersembahkan untuk dewa-
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan dewa terlebih dahulu sebelum
kepada orang ramai. diberikan kepada tetamu dengan
sedikit gula.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan
menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan
maatruthal. 7
PERAYAAN KAUM INDIA
• Sambutan Deepavali
➢ Perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia .
➢ Gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali ” yang bererti barisan .
➢ Disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,
‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
• Thaipusam
➢ Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu,iaitu Lord Murugan, disambut pada bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan “Thai” .
➢ Untuk menghapuskan dosa-dosa berpuasa selama sebulan (makan sayur sahaja- 1 kali sehari)
➢ Membawa patung Dewa Subramaniam dan diarak dengan muzik tradisi .
8
RUJUKAN
• Ibubapa
• Internet
• Buku teks
• Guru
9