The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by andrae041012, 2022-09-10 23:09:52

seni pembetulan

seni pembetulan

4.3 Perbandingan Pengkaryaan
Tradisi dengan moden

Disediakan oleh : FREDDERRICH KELANG

Aliran

1. Aliran merujuk kepada haluan atau gerakan seni visual utama yang wujud dalam
perkembangan seni visual

2. Gerakan yang berlaku dalam perkembangan seni visual merujuk kepada peredaran
masa yang berperingkat atau dikenali dengan FASA

3. Setiap fasa dalam senivisual berubah mengikut gaya yang agak berbeza

4. Mengikut Arnold Hauser (1963) gaya berubah disebabkan berlakunya perubahan dalam
psikologi dan sosiologi.Pertembungan factor psikologi dan sosiologi melahirkan cara
tertentu yang digunakan oleh pengkarya dalam menampilkan sesebuah hasil.Gaya
mencirikan sesuatu zaman dan menimbulkan idea baharu

5. Dalam perkembangan seni visual, karya dihasilkan mengikut tiga aliran yang penting
iaitu aliran tradisional, aliran moden dan aliran pascamoden.

Nama pelukis: LAI FOONG MOI
Tajuk: Rumah Panjang Dayak
Tahun: 1959
Bahan: Cat minyak atas kanvas
Ukuran:75 x 58 cm
Sumber:Balai seni Visual Negara,
Malaysia

1. Penghasilan gaya seni Lukis moden di
Tanah Melayu telah mula dihasilkan
oleh pelukis-pelukis kembara (travel-
artist) Inggeris yang bekerja di Tanah
Melayu pada abad ke-18 dan ke-19.
Kebanyakan karya seni visual lebih
tertumpu kepada karya seni lukis yang
mencerminkan prinsip-prinsip
Naturalisme Eropah.

2. Aliran moden yang ditonjolkan dalam
karya seni visual pada awal abad ke-19
telah membawa satu perubahan makna,
fungsi dan konteks yang berbeza
dengan aliran tradisional.

Nama pelukis:Ahmad Hassan
Tajuk:Menyirat Jaring
Tahun:1960
Bahan:Cat minyak atas kanvas
Ukuran:104.5 x 77 cm
Sumber:Balai Seni Visual Negara,
Malaysia

1. Kesan kepulangan pelajar seni yang
belajar di luar negara juga telah
membawa satu gaya baharu dalam
seni tampak di Malaysia.Contohnya,
dua orang pelukis yang belajar di
maktab seni Lukis di London pada
tahun 1950-an ialah Tay Hooi Keat
dan Syed Ahmad Jamal. Kedua-dua
pelukis ini menggunakan
pendekatan eksperimental seperti
penghasilan lukisan abstrak.

2. Pengkaryaan dalam aliran moden
lebih menumpukan eksperimental
dalam penghasilan karya



Nama pelukis:CHEONG SOO PENG
Tajuk:Tropical Life
Tahun:1959
Bahan:Dakwat Cina dan gouache atas
kertas
Ukuran:43.6 x 92 cm
Sumber:Balai Seni Visual Negara,
Malaysia

• Penghasilan karya lebih tertumpu
kepada aspek formalistic yang pelbagai.
Contohnya, karya oleh Cheong Soo Peng
dan Lai Foong Moi yang menghasilkan
karya yang mengikut stail dan Teknik
dalam aliran moden

• Karya seni visual dalam aliran moden
mengakibatkan penolakan dan
selanjutnya meminggirkan seni
tradisional Melayu

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version