Koleksi Pantun
Aljundie
9 Pantun
Kemaskini Pada:
9 Ogos 2021
Kandungan 8 Ogos 2021
8 Ogos 2021
Perjuangan 7 Ogos 2021
Rindu 2 6 Ogos 2021
Pantun Pasal Pantun 6 Ogos 2021
Teguh Identiti 5 Ogos 2021
Rindu 5 Ogos 2021
Aboi 4 Ogos 2021
Baiki Diri 29 Julai 2021
Bayar Hutang
Harapan
PERJUANGAN
Berbaris panjang penjual longan,
Jualan kundur juga menjadi;
Keris telanjang sudah di tangan,
Pantang berundur memaling sudi.
Aljundie
8 Ogos 2021
Rindu 2
Buah pauh dibeli bapa,
Makan sedap sambil memandu;
Lama sungguh tidak berjumpa,
Pandang atap terubat rindu.
Aljundie
8 Ogos 2021
PANTUN PASAL PANTUN
Bukan sebarang orang terkenal,
Panjang akal dan ramai teman;
Pantun sejenis puisi tradisional ,
Sudah terkenal sejak berzaman.
Terkenal nama selalu terpandang,
Janji tak mungkir dipanggil bersahut;
Bahagian pertama dipanggil pembayang,
Bahagian yang akhir ialah maksud.
Baik disantun jumpa berkali,
Selalunya hadir diseru nama;
Lantunan pantun indah sekali,
Kata yang akhir berima sama.
Cekap berniaga barangan laris,
Pelbagai barangan semua lengkap;
Rangkap pantun pelbagai baris,
Pastikan bilangan adalah genap.
Bukan pelaris guna kudrat,
Sesuai tempat dipantau rapat;
Bilangan baris dipanggil kerat,
Dua empat mendapat tempat.
Berasa belas dan ambil cakna,
Pelanggan disantun bukan dicerca;
Lapan ke dua belas suku kata diguna,
Barulah pantun indah dibaca.
Jangan dibangkit jualan bersisa,
Sesekali baik pengalaman pahit;
Tidak berkait pantun biasa,
Pantun berkait isinya berkait.
Pelanggan disantun ramah bercerita,
Selalu bersapa tidak berseteru;
Kekalkan pantun budaya kita,
Tidak dilupa generasi baru.
Aljundie
Hulu Selangor
7 Ogos 2021
©Adnat Consultant.
Teguh Identiti
Sedang bersiar dikejar angsa,
Tegak berdiri berlagak mati;
Jangan biar rasa membinasa,
Yakin diri teguhkan identiti.
Aljundie
6 Ogos 2021.
Rindu
Itik berlenggang hala ke laman,
Lengguk padu jalan perlahan;
Baharu berenggang semalaman,
Rasa rindu tidak tertahan.
Aljundie
6 Ogos 2021
Aboi
Semenjak dua menjak
perangainya lain macam
siang tidur tidak berganjak
bangunnya pula bila malam.
Betina mana punya penangan
tengah malam minta keluar
macam ini tidak larat melayan
balik lambat tidurlah kat luar!
(Aboi merayu-rayu
minta dibukakan pintu)
Baiki Diri
Pisang emas pisang berangan,
Tegak berdiri disokong papan;
Andai rimas mengenang angan,
Baiki diri majulah ke hadapan.
Bayar Hutang
Buah rambutan buah pulasan,
Buah manggis manis isinya;
Bayar hutang banyak alasan,
Memang tragis bila ditanya.
Aljundie
4 Ogos 2021
Harapan
Lama menunggu di tepi parit,
Umpan langsung tidak disentuh;
Sama merindu hati menjerit,
Harapan diusung kelak terjatuh.
Aljundie
29 Julai 2021