The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vigneshwaran5297, 2022-10-14 09:13:36

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

ETIKA&
PERADABAN

YANG MENJADI
AMALAN
KAUM INDIA
DI MALAYSIA

NUR IZZANI DARWISYAH
BINTI MOHD YAHYA
(17DHF22F1014)
AUNI AQILAH BINTI YUSOF
(17DHF22F1010)
MUHAMMAD HAMIZAN
BIN RUSLI
(17DHF22F1040)
NURUL IMAN BINTI
MOHD AZMI
(17DHF22F1024)
VIGNESHWARAN
A/L N.SARAVANAN
(17DHF22F1078)

pensyarah etika & peradaban
Ustaz Rusdan bin Hasan


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
KEPERCAYAAN KAUM
INDIA
AGAMA KAUM
PANTANG LARANG
ADAT RESAM
PERAYAAN
PAKAIAN TRADISIONAL
PENUTUP


PENGENALAN

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang

MbearlaasyasliadaserimInadsiaaz. aKmebaannpye
ankajanjamhaenreBkaritdisahtadnigTkaenah

Melayu. Namun, sumber-sumber sejarah
membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia
sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini
merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia
selepas kaum Melayu dan Cina.

Masyarakat India merupakan salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sebuah masyarakat majmuk di negara Malaysia.
Masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka yang tersendiri dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India
mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan yang terdapat pada masyarakat
Melayu. Hal ini, jelas terlihat dari sudut
perkahwinan dan kelahiran. Seperti masyarakat
lain, masyarakat India mempunyai pelbagai suku
kaum. Oleh itu, maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara
umum.


KEPERCAYAAN , AGAMA DAN
PANTANG

LARANG KAUM INDIA

KEPERCAYAAN
KAUM INDIA

AGAMA
KAUM INDIA

PANTANG LARANG
KAUM INDIA


Kepercyaan Kaum India

Kaum India mempunyai
kepercayaan politeisme iaitu
percaya kepada banyak
Tuhan

1. Tuhan Indra (tuhan
perwira)

2. Vayu
3. Agni (tuhan api)
4. Dyaus (tuhan langit)
5. Varuna (tuhan hujan)
6. Tuhan ibu

Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan.
Antaranya, masyarakat Hindu mempercayai
Tuhan Ibu adalah bersifat keibubapaan
kepada segala makhluk. Tuhan ini dianggap
bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling
suci dan tidak akan mengecewakan anaknya.
Amalan ini dipercayai telah diwarisi daripada
kebudayaan masa lampau.


Agama Kaum India

Agama Hindu

Terdapat dua mazhab penting dalam agama Hindu
iaitu Saivanisme dan Vaishnavisme. Saivanisme
merujuk kepada menyembah dewa Shiva, manakala
Vaishnavisme pula kepercayaan kepadadewa Vishnu.

Agama Hindu mempunya lima keyakinan dan kepercayaan
yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha
merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Antara keyakinan
tersebut adalah:

1. Widhi Tattwa – Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan
segala aspeknya.

2. Atma Tattwa – Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap
makhluk

3. Karmaphala Tattwa – Percaya dengan adanya hukum
sebab-akibat dalam setiap perbuatan.

4. Punarbhava Tattwa – Percaya dengan adanya proses
kelahiran semula

5. Moksa Tattwa – Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi
merupakan tujuan akhir manusia.


Pantang Larang Kaum
India

INFO

Bahasa pantang larang ini terhasil daripada kepercayaan
masyarakat dahulu kala berdasarkan pengamatannya
terhadap alam sekitar dan kejadian alam yang bersifat
'sebab dan akibat'. Jika bahasa pantang larang tersebut
dilanggar, seseorang individu itu dikhuatiri akan
menerima kecelakaan atau ditimpa perkara yang buruk.

> Pantang larang ketika berkunjung ke rumah

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama
kali berkunjungi ke rumah melakukan kerja seperti
membasuh pinggan kerana dipercayai membawa sial.

> Pantang larang merisik

Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan Ketika
merisik tetapi ketika rombongan bakal pengantin
perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta
kerana dianggap tidak sopan.


> Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aarati) sireh

Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih
yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang
dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut
arah jam dan juga lawan jam.

Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya
para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke
dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu
dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam
rumah, isi dulang aarati dibuang.

> Mandian selepas bersalin

Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh
badan bayi dengan menggunakan air suam yang
kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia
bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning.
Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk
melembutkan kulit bayi.


Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan
dengan mengangkat kedua belah kaki sambil
menepuk bahagian punggung untuk
mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi
diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu
dengan bedak yang diperbuat dari tepung
beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir
sekali bayi akan dibedung dengan kain
bertujuan untuk meluruskan anggota badan
bayi

> Pantang larang kematian

Gambar si mati tidak boleh digantung secara
formal
tetapi terbalik

Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang
tamu

Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat
sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda
penghormatan

Sedikit makanan berupa beras disuapkan
sebagai pemberian terakhir (vaaikkarisi)


Adat Resam

Kelahiran

Perkahwinan


> KELAHIRAN

Membawa bayi pulang ke rumah upacara aarati.
Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur, sirih
yang dicairkan arang, sirih dan kapur barus yang
dinyalakan diangkat sebanyak tiga kali.

Seterusnya para sumanggali akan mencelupkan ibu
jarinya ke dalam dulang dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak
Isi dulang akan dibuang. Mandian dengan air suam
yang dicampur herba. Selesai dimandikan, bayi
ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki
sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan
kahak. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang
paling penting dalam masyarakat india. Upacara
mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud
penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan
aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan
agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun
amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya
diamalkan.

Semasa berpantang ibu juga mengamalkan minum arak

dan mandi dengan rebusan daun-daun tertentu.

Suami dilarang memukul isteri

Suami dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang

menyembelih

Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.


> Sewaktu mengandung
-Adat valaikaappu adalah adat yang dilakukan
ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk
gelang tangan baru yang dikenali sebagai
suulkaappu.

> Perkahwinan
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikan
kepada beberapa jenis iaitu Tamil Tirumanam,
Eliyat Tirumanam dan Vaitiikat Tirumanam.
Merisik
-Setiap pasangan yang belum berkahwin akan
dirisik oleh pihak lelaki. Pasangan ini akan saling
membalas kunjungan. Ketika rombongan oleh
bakal pengantin perempuan, bakal pengantin
perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap
tidak sopan.

> Dalam kehidupan seharian
-Melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan
dahulu
-Akan bersembahyang sebanyak tiga kali


perayaan
kaum india


Perayaan

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut yang beragama Hindu
di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang
beerti cahaya dan
perkataan "Gavali"
yang beerti barisan.

Pelita yang dipasang dalam barisan
dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu
bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi
kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara
penyucian yang melambangkan permulaan
yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan
"kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan
di atas tanah yang biasanya diperbuat daripada
bijiran pelbagai warna akan diletakkan.


PAKAIAN
TRADISIONAL KAUM

INDIA


Pakaian Tradisional Lelaki .

Kaum India

Dhoti merupakan pakaian
untuk kaum lelaki.
Pakaian ini diperbuat
daripada kain
yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya
boleh dilihat di hari
perayaan.




Dhoti diperbuat daripada
lembaran kain putih
yang panjang. Kemudian
kain tersebut dihiasi
dengan manik-manik
kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti
yang bewarna kuning
pudar atau
kuning susu.


Pakaian Tradisional Perempuan

Kaum India

Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian
seharian dan turut dipakai pada musim
perayaan. Kebanyakan kain sari adalah
jarang dan lembut.
Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan
sari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna
ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan.


Pemilihan corak pula adalah mengikut si
pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang
lebih suka bercorak haiwan. Untuk
menjadikan si pemakai kelihatan
menarik, kebanyakan mereka memilih
sari yang mempunyai pelbagai jenis
manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya. Walauapapun pemilihan
warna biasanya dipadankan dengan
corak yang menarik dan sesuai dengan si
pemakai.


Kesimpulan

Sebagai rumusan hujah, Kebudayaan kebangsaan
budaya sosial bermaksud Malaysia berteraskan budaya
amalan yang sepatutnya Melayu, Cina. India dan kaum
wujud di semua peringkat lain.
masyarakat. Ini kerana
pembangunan negara pada Namun begitu, terdapat
hari ini juga adalah hasil masalah dengan budaya
daripada perubahan sosial sosial penduduk terutamanya
dan budaya penduduk. berkaitan adat demografi
Budaya sosial ialah cara yang mereka amalkan. Bagi.
hidup dan amalan sosial orang Melayu, adut adalah
yang beradab, yang sangat penting kerana ia
berpunca daripada merupakan salah satu
kepercayaan dan warisan keluarga. Namun,
kecenderungan masyarakat manusia hari ini melanggar
terhadap pembangunan pantang larang kerana lebih
sosial kehidupan rela mengikut cara moden
masyarakat. Di Malaysia, dan barat
kepelbagaian penduduk
telah mewujudkan pelbagai
budaya, yang menjadi
kepercayaan dan amalan
mereka dalam kehidupan


Oleh itu, budaya sosial Pendek kata adalah
seharusnya menjadi menjadi tanggungjawab
amalan yang harus setiap rakyat untuk
wujud dalam semua mengenali dan
lapisan masyarakat. Ini memahami kepelbagaian
kerana pembangunan budaya negara kita
negara pada hari ini juga Dalam hal ini, adalah
adalah hasil daripada penting setiap rakyat
perubahan sosial dan perlu memahami dan
budaya penduduk. Oleh menerima kepelbagaian
itu, sebagai masyarakat budaya ini dengan fikiran
penyayang, kita terbuka Kehendak setiap
hendaklah menjunjung rakyat akan sentiasa
budaya dan tamadun melindungi negara kita.
masyarakat Melayu. Selain itu, sistem pendidik
merupakan titik
memahami kepelbagaian
budaya


SUMBER

RUJUKAN




https://online.anyflip.com/crnos/jwuw/mobi
le/
https://www.coursehero.com/file/48284696
/KEPERCAYAAN-KAUM-INDIA-
MALAYSIAdocx/
https://online.anyflip.com/hnqqw/uqfc/mo
bile/


Click to View FlipBook Version