The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by F1094 Syahmi adli, 2024-03-26 12:48:17

E-Book Rukun Negara

rukun negara

MPU 21032 ETIKA DAN PERADABAN RUKUN NEGARA MUHAMMAD SYAHMI ADLI BIN MOHMAD SAIFULLIZAN MUHAMAD IRFAN BIN KHALID NUR SAMIHAH NASUHA BINTI RASHIDI


MPU21030 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN RUKUN NEGARA


Jabatan Pengajian Am Politeknik Port Dickson KM 14, Jalan Pantai 71050 SiRusa Negeri Sembilan No. Tel: 06-6622000 No. Faks: 06-6622026 www.polipd.edu.my Hak Cipta Terpelihara Terbitan Pertama 2024 Hak cipta ebook ini adalah terpelihara. Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa izin bertulis daripada Politeknik Port Dickson. Diterbitkan oleh Politeknik Port Dickson KM 14, Jalan Pantal 71050 SiRusa Negeri Sembilan e-ISBN: 67899-007-445


PENASIHAT PEREKA GRAFIK MUHAMAD IRFAN NUR SAMIHAH NASUHA PENGHARGAAN PENASIHAT PN. NOR KHAYATI BINTI BASIR PENSYARAH KURSUS EDITOR MUHAMMAD SYAHMI ADLI


PRAKATA eBook RUKUN NEGARA disediakan sebagai bahan bacaan pengajaran dan pembelajaran Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032) di Politeknik Malaysia selain menjadi bahan bacaan umum dan santai kepada seluruh masyarakat khususnya mahasiswa Politeknik di Malaysia. Rukun Negara merupakan sebuah dokumen yang mengandungi prinsip-prinsip asas yang membentuk landasan nilai untuk memperkokohkan keharmonian dan kesepaduan di Malaysia. Dilancarkan pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara menegaskan pentingnya kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan, serta menjaga keharmonian di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan budaya. Sebagai panduan moral dan sosial, Rukun Negara terus menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. eBook RUKUN NEGARA disediakan sebagai bahan bacaan pengajaran dan pembelajaran Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032) di Politeknik Malaysia selain menjadi bahan bacaan umum dan santai kepada seluruh masyarakat khususnya mahasiswa Politeknik di Malaysia. Rukun Negara merupakan sebuah dokumen yang mengandungi prinsip-prinsip asas yang membentuk landasan nilai untuk memperkokohkan keharmonian dan kesepaduan di Malaysia. Dilancarkan pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara menegaskan pentingnya kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan, serta menjaga keharmonian di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan budaya. Sebagai panduan moral dan sosial, Rukun Negara terus menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. NAMAPENULIS MUHAMMADSYAHMIADLIBIN MOHMADSAIFULLIZAN MUHAMADIRFANBINKHALID NURSAMIHAHNASUHABINTIRASHIDI NAMAPENULIS MUHAMMADSYAHMIADLIBIN MOHMADSAIFULLIZAN MUHAMADIRFANBINKHALID NURSAMIHAHNASUHABINTIRASHIDI


KENALI PENULIS MUHAMMAD SYAHMI ADLI BIN MOHMAD SAIFULLIZAN 06DAD21F1094 MUHAMAD IRFAN BIN KHALID 06DKM21F1069 NUR SAMIHAH NASUHAH BINTI RASHIDI 06DAD21F10


ISI KANDUNGAN Penghargaan Prakata Kenali penulis Keistimewaan ebook Hasil pembelajaran Manual pengguna Penerapan nilai 1 Penerapan nilai 2 Penerapan nilai 3 Kepentingan rukun negara Uji kefahaman Rujukan Sijil penghargaan i ii iii iv v vi 10 13 15 16 19 20 21


KEISTIMEWAAN EBOOK Lebih Murah, Lebih Jimat Tanpa perlu mengeluarkan kos mencetak dan juga pengedaran, penerbit dapatmenawarkan harga yang lebih rendah berbanding versi cetakan, dan masih mengekal margin untung yang sama. Ada yang menawarkan pada kadar sehingga 70% lebih murah. Selain itu, berbanding dengan membeli buku bercetak di internet, kita tidak perlu membayar kos penghantaran. Membeli buku di kedai pula, kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk minyak kenderaan dan juga caj parkir. Dapat Dibaca Segera Sekiranya kita membeli buku di Shopee atau mana-mana kedai online, kita perlu menunggu buku-buku itu sampai sebelum boleh membacanya. Dan walaupun di kedai, memang kita mendapat buku itu terus, tetapi jarang sekali kita membaca terus kerana ada urusan lain yang memerlukan perhatian kita seperti memandu pulang. Dengan ebook, selepas membayar anda boleh terus membacanya menggunakan peranti pilihan anda, tak kiralah pada iPad, iPhone, Android, mahupun komputer. Akses Kepada Judul Kehabisan Cetak Bergantung kepada penerbit, ada judul-judul tertentu memang sudah kehabisan dan tidak diulang cetak. Ini mungkin kerana kos yang tinggi dan juga pasaran yang tidak menentu. Penerbit biasanya mencetak sekurangkurangnya 1000 naskah dan untuk menjual sebanyak itu, ia agak sukar lebihlebih lagi judul yang terlalu khusus ataupun bersifat akademik atau rujukan.


HASIL PEMBELAJARAN Kepentingan Keharmonian Pengiktirafan Kepelbagaian Kesedaran terhadap Nilai-nilai Kebangsaan Kewajipan terhadap Demokrasi Tanggungjawab Individu terhadap Negara


PENERAPAN NILAI 1 “Kita perlu berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apapun kaum, agama dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara. ” “Kita perlu berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apapun kaum, agama dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara. ”


PENGENALAN APA ITU RUKUN NEGARA? Rukun Negara adalah ideologi Kebangsaan Negara yang dibentuk untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau yang tua, setelah berlakunya peristiwa rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan menjadi pegangan, panduan serta amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara.


KESEDARAN RAKYAT MALAYSIA MENGENAI RUKUN NEGARA Kesedaran rakyat Malaysia terhadap Rukun Negara adalah penting dalam memastikan pengamalannya dalam kehidupan seharian. Walaupun banyak yang memahami prinsip-prinsip asas Rukun Negara, tahap penghayatan dan pengamalannya mungkin berbeza-beza di kalangan individu dan kumpulan masyarakat. Usaha kesedaran dan pendidikan perlu diteruskan oleh pihak berkuasa dan masyarakat sivil untuk memastikan kesinambungan pemahaman dan pengamalan nilai-nilai Rukun Negara dalam membina masyarakat yang lebih bersatu dan harmoni. Rukun Negara yang diisytiharkan pada tahun 1970 merupakan asas pembentukan negara bangsa Malaysia. Sepanjang setengah abad ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan masyarakat memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. Selari dengan perkembangan dunia digital pada hari ini, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesedaran rakyat Malaysia berkaitan Rukun Negara dalam tempoh 5 tahun (2016- 2020). Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undangundang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.


PENERAPAN NILAI 2 “Negara unggul yang kita impikantentunya negara yang membahagiakan sekaligus membanggakan, bukan negara yang menyengsengsarakan dan memalukan. ” “Negara unggul yang kita impikantentunya negara yang membahagiakan sekaligus membanggakan, bukan negara yang menyengsengsarakan dan memalukan. ”


RUKUN NEGARA SEMAKIN DILUPAKAN? Menyentuh amalan perpaduan rakyat Malaysia pula, perkara ini menuntut satu penegasan agar tidak berterusan menjadi barah mencetuskan suasana tidak baik kalangan masyarakat Sesuatu yang menrisaukan apabila setiap kali berlakunya kemalangan jalan raya, ia berakhir dengan pergaduhan, kecederaan, malah sebahagiaan besarnya meragut nyawa Antara punca membawa kepada peristiwa tersebut sebagaimana terpahat dalam sejarah termasuklah perang mulut,laungan sentimen kaum dan agama sehingga mencetuskan ketegangan. justeru, teras kelima Rukun Negara secara jelas memberi penekanan terhadap nilai kemanusiaan dengan harapan setiap rakyat Malaysia saling menghormati dan menerima perbezaan masing-masing. Prinsip ini sekiranya dijiwai dan dihayati berupaya memudarkan sikap sombong, ego serta menunju-nunjuk yang semakin menebal kalangan masyarakat umum, mendisiplinkan rakyat supaya patuh kepada undangundang. Menggaris lima prinsip iaitu Kepercayan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluruhan Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan, Rukun Negara diperkenalkan rentetan asas perpaduan kaum yang dilihat rapuh dan goyah ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Sayangnya, semangat konsep itu kini dilihat semakin luntur dan kurang penghayatan dalam kalangan masyarakat. Paling ketara apabila melihat prinsip ini semakin terhakis dalam kalangan warga maya di media sosial. Bahasa yang kurang sopan dan tidak beradab semakin mendominasi hantaran hantaran komen Meletakkan nilai yang baik pada tingkh laku, beradab sopann dan mengikut perturan menjadi amalan yang sentiasa ditunutu mengikut falsafah Rukun Negara Oleh itu, sudah sampai masanya prisip Rukun Negara ini ditekankan semula dalam kalangan rakyat Malaysia


“Negara yang selamat adil, makmur, rukun dan harmonis berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan yang bertamadun dan beradab. “Negara yang selamat adil, makmur, rukun dan harmonis berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan yang bertamadun dan beradab. PENERAPAN NILAI 3


KEPENTINGAN RUKUN NEGARA KEPENTINGAN RUKUN NEGARA Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dengan pelbagai kaum, agama, dan budaya. Identiti negara kita terserlah melalui pelbagai kemajuan dalam segenap aspek.Terdapat pelbagai kepentingan Rukun Negara terhadap rakyat dan negara. Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan.Tidak dapat dinafikan bahawa ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan. Namun begitu, jika diteliti setiap agama menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna terutamanya dari segi rohani dan sahsiah diri. Selain itu, Rukun Negara juga penting bagi memastikan keamanan, keselamatan, dan kedamaian negara terpelihara. Prinsip kedua Rukun Negara iatu kesetiaan kepada raja dan negara adalah tunjang bagi memastikan negara aman, selamat dan damai. Ini kerana kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara dapat menjauhkan rakyat daripada sebarang anasir perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara. Menerusi konsep Rukun Negara, rakyat Malaysia perlu memastikan agar perlembagaan Malaysia dipertahan dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak dalamapa jua keadaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan mengandungi prinsip-prinsip bernegarayang telah ditetapkan antaranya menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa, meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh penduduk di Malaysia. Di samping itu, Rukun Negara penting bagi memastikan negara aman, stabil dan makmur. Prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undang-undang adalah lambang kepada kedaulatan negara.Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan.


1 2 3 4 SETIA MEMBANTU DAN 5 BEKERJASAMA SALING MEMAHAMI ANATARA SATU SAMA LAIN RUKUN NEGARA MALAYSIA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MENCAPAI NILAI KEPERIBADIAN YANG TINGGI SETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MEMATUHI SEGALA UNDANGUNDANG YANG DITETAPKAN MEMBENTUK MASYARAKAT YANG TENTERAM KELUHURAN PERLEMBAGAAN BOLEH MENYUARAKAN PENDAPAT MELAHIRKAN KESTABILAN NEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RUKUN NEGARA TUNJANG KEDAULATAN.


AMBIL TAHU TINGKATKAN PENGETAHUAN https://youtu.be/2YVcrPlMBcA? si=0TdD3ifqfKp-XYjr https://youtube.com/watch? v=pi8N1hwjc1I&feature=shared https://youtu.be/st2Tr3d54ak? si=gB3vI69qboBsm5Qj SEJARAH RUKUN NEGARA RUKUN NEGARA BAGAIMANA TERHASILNYA RUKUN NEGARA


https://docs.google.com/form s/d/e/1FAIpQLSf_rgTwYZQpfLvcmDnF6wI0vGEKF J5Og3w695x5Mrs4CNkBQ/vi ewform?usp=sf_link UJI KEFAHAMAN


RUJUKAN https://blog.esentral.com/kebaikan-ebookuntuk-pembaca/ https://www.neliti.com/publications /527958/kesedaran-rakyatmalaysia-mengenai-rukun-negarahanya-bermusim-kajian-infodemiol https://www.sinarharian.com. my/article/247509/suarasinar/analisis-sinar/prinsiprukun-negara-semakindilupakan Apa yang dapat diperolehi daripada Rukun Negara adalah termasuklah aspek-aspek kesatuan, kedaulatan undang-undang, kesejahteraan masyarakat, pembelaan negara, dan kesopanan serta kesusilaan dalam memperkukuhkan keharmonian dan kemajuan negara Malaysia. Ini menegaskan komitmen negara terhadap prinsip-prinsip tersebut untuk mencapai kestabilan dan kemakmuran bersama.


SIJIL PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA RUKUN NEGARA 2024 E-BOOK PENGGUNA MUHAMMAD SYAHM ADLI BIN MOHMAD SAIFULLIZAN MUHAMAD IRFAN BIN KHALID NUR SAMIHAH NASUHA BINTI RASHIDI POLITEKNIK PORT DICKSON DARIPADA:


Click to View FlipBook Version