The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

teks mc pelancaran bulan kebangsaan 2022 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisfatini78, 2022-08-19 08:24:14

teks mc pelancaran bulan kebangsaan 2022 (1)

teks mc pelancaran bulan kebangsaan 2022 (1)

SKRIP PENGACARA MAJLIS –
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN peringkat SMKCR 2022

14 OGOS 2022

Mengumumkan ketibaan Puan Siti Hawa @ Karimah Binti Md Nor, YDP
PIBG dan diiringi oleh tuan pengetua serta penolong-penolong kanan.
Para guru dan murid dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan 3 buah
lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. (NAZIE)

**** nyanyian lagu***

(TIRAH)

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh al fadzil
ustaz,…………………… ……….. ……………………………… …………… ……..
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadil ustaz
untuk tampil memimpin bacaan doa. (TIRAH)

**** bacaan doa****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis yang kita rencanakan ini berlangsung dengan jayanya
sehingga usai segala-galanya.(NAZIE)

Ceria wajah terserlah manis,
Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka mauduk majlis,
Semangat gagah dalam jiwa.

(NAZIE)

Yang Berbahagia, Pn. Siti Hawa @ Karimah binti Md Nor (ydp pibg
SMKCR)

Yang Berusaha, Tuan Haji che Alias Bin Che Embong ( Pengetua SMK
Cherang Ruku)

Yang Berusaha barisan penolong Kanan,
Yang Mulia Tengku Rosdi Bin Tuan Ismail - PK Pentadbiran,
Encik Azhar bin Mohamad - PK Hal Ehwal Murid
Encik Afendi bin Adam – PK Kokurikulum
Puan Ros binti Ismail – PK Ting 6
Encik Nik Mud bin Nik Him – PK Pendidikan Khas Integrasi

Guru-guru, dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. (TIRAH)

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Cherang Ruku. Marilah sama-sama kita panjatkan
kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
sentiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.(TIRAH)

Para guru dan murid yang dikasihi,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua
guru dan anak didik di sekolah ini Bersama-sama melangkah seiring
memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

Dengan tema, ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama” menunjukkan
bahawa Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-
65 menggambarkan kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup
dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di bawah
satu lembayung kepemimpinan tanpa mengira bangsa dan agama
untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran
secara berterusan

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian…

Sebagai pembuka tirai, marilah kita saksikan persembahan daripada
para pelajar. ……………………………………………. .
Majlis mempersilakan…

***persembahan pelajar***

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada wakil guru. Dengan
itu dipersilakan ,……………………………………………………..bagi
mempersembahkan sajak yang bertajuk…………………………

***persembahan pelajar***

Terima kasih kepada saudari & saudara ………………………………. atas
persembahan itu tadi. (NAZIE)

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Suatu penghayatan bersama, marilah kita ikuti, ucapan daripada,
Ybrs. Tuan Haji Che Alias Bin Che Embong (Pengetua SMK Cherang
Ruku).
Majlis mempersilakan…

***ucapan pengetua***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas
ucapan itu tadi.

Kini tibalah ketikanya untuk kita sama-sama mengutip pedoman dengan
menghayati ucapan perasmian. Majlis dengan segala hormat dan
sukacitanya mempersilakan, Yang Berbahagia Pn. siti Hawa @ Karimah
binti Md Nor (YDP PIBG)untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKCR bagi
tahun 2022.
Majlis mempersilakan …

***Ucapan perasmian***

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian Yang
Berbahagia puan menyampaikan bingkisan kata, sekaligus merasmikan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMKCR bagi tahun 2022 sebentar
tadi. Dengan ucapan itu tadi, maka rasmilah sudah majlis kita ini. (TIRAH)

Hadirin hadirat sekali,(NAZIE)

Dengan ini maka tibalah masa yang kita nanti-nantikan, untuk itu
dipersilakan kumpulan …………………… untuk mempersembahkan
lakonan ringkas sempena sambutan pelancaran bulan kemerdekaan
peringkat sekolah SMKCR 2022.
Majlis mempersilakan…

***persembahan pelajar***

Hadirin yang dihormati,(TIRAH)

Majlis ditersukan lagi dengan mmempersilakan yang berbahagia puan siti
Hawa @ Karimah binti Md Nor (YDP PIBG) diiringi oleh tuan pengetua dan
penolong-penolong kanan untuk menyempurnakan gimik pelancaran
Bulan Kemerdekaan peringkat SMKCR tahun 2022.
Majlis mempersilakan…

***gimik pelancran***

(TIRAH)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik
pelancaran dan persembahan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema bulan kemerdekaan
iaitu lagu Keluarga Malaysia dan Jalur Gemilang. Untuk itu para guru dan
murid yang dikasihi dipersilakan berdiri bagi sama-sama menyanyikan
lagu.

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi ,maka berakhirlah majlis
perhimpunan kita pada pagi ini.

Saya mewakili jawatankuasa program memohon maaf atas kekurangan
sepanjang pengendalian majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt


Click to View FlipBook Version