The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 916-1-ain, 2023-02-22 07:42:19

Puisi Tradisional Seloka Pak Pandir

PB KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PUISI TRADISIONAL SELOKA PAK PANDIR Nurul Ain binti Ahmad Suhairun Bm B PPISMP 040212-08-0230 2022232310045


Bil Perkara 1 Penghargaan 2 Seloka Pak Pandir 3 Konsep Kesusasteraan Melayu Jenis dan Bentuk Kesusasteraan Prosa Tradisional Prosa Moden Puisi Tradidional Puisi Moden 4 Konsep Puisi Tradisional (Seloka) Konsep Puisi Tradisional (Seloka Pak Pandir) ISI KANDUNGAN


Bil Perkara 5 Fungsi Sastera Melayu Pendidikan Hiburan Dakwah Kritikan Sosial Fungsi Sastera Melayu (Seloka Pak Pandir) 6 Manifestasi Akal Budi Manifestasi Akal Budi Puisi Tradisional (Seloka Pak Pandir) 7 Rujukan ISI KANDUNGAN


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Roziah binti Ramli ,selaku pensyarah Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Puan Roziah binti Ramli selaku pensyarah bagi subjek ini, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih


SELOKA PAK PANDIR Pandai-pandai wahai Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. .


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Kesusteraan Melayu merupakan hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Menurut kamus pula, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Takrif Kesusasteraan Melayu


JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN Prosa Tradisonal Prosa Moden Puisi Tradisional Puisi Moden


PROSA TRADISIONAL Prosa tradisional merupakan hasil karya seni seseorang yang disampaikan melalui bahasa seperti hikayat, penglipu lara dan cerita jenaka. Tujuannya adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu. Prosa Tradisional ini terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat dan sastera istana. Sastera rakyat berfungsi sebagai satu wadah hiburan kepada rakyat.


PROSA MODEN Prosa moden terdiri daripada cerpen, novel, sketsa, dialog dan drama. Sastera yang dihasilkan merupakan dorongan daripada sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat persoalan, isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke dalam coretan rasa, daya kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Hal ini kerana pemikiran yang terungkap merupakan luahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan, keprihatinan serta pengalaman peribadi pengarang melihat dunia dan masyrakat daripada kaca matanya.


PUISI TRADISIONAL Puisi tradisional merupakan genre sastera yang paling awal. Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre yang terdapat dalam puisi tradidional merupakan pantun, syair, gurindam, seloka, teromba dan sebagainya. Puisi tradisional merupakan ciptaan seni yang menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur emosi, imaginasi dan budi. Puisi tradisional juga mengandungi aspek sosio budaya kehidupan masyarakat yang pelbagai


PUISI MODEN Puisi moden hanya mempunyai satu puisi iaitu sajak. Sajak merupakan puisi moden yang lebih bebas yang terikat pada sesuatau pola khusus walaupun ada ketikanya menggambarkan ciriciri matra, rima dan rentak. Sajak mementingkan keberkesanan pegucapan perasaan melalui pemilihan dan penggunaan kata-katanya yang saling terjalin menurut erti serta irama,


KONSEP PUISI TRADISIONAL (SELOKA)


KONSEP PUISI TRADISIONAL (SELOKA) Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi tradisonal yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur yang tertentu. Seloka sebenarnya dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.


KONSEP PUISI TRADISIONAL (SELOKA ) Jenis-jenis seloka Seloka sindiran Seloka mengejek Seloka menempelak Seloka nasihat Seloka pengajaran Seloka khayal Seloka gurau senda


KONSEP PUISI TRADISIONAL (SELOKA) Namun begitu, isi dan mesej yang disampaikan dengan sindiran berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan kepada masyarakat. Seloka merupakan puisi bebas tidak mempunyai bentuknya yang tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak.


KONSEP PUISI TRADISIONAL (SELOKA PAK PANDIR) Seloka Pak Pandir ini juga merupakan salah satu seloka yang dicipta dalam kategori jenis sindiran kepada segelintir masyarakat yang bersikap negatif seperti sering mengutamakan pihak lain dan masyarakat yang tidak sedar diri. Melalui seloka ini, isi dan mesej sindiran yang diberikan dapat memberi kesedaran kepada pembaca dan masyrakat lain mungkin mempunyai sikap negatif seperti sikap Pak Pandir. Seloka Pak Pandir ini diciptakan dalam bentuk yang tidak tetap iaitu berbentuk bebas yang mempunyai satu rangkap dan lapan belas baris serta rima akhir yang bebas.


FUNGSI SASTERA MELAYU


FUNGSI SASTERA MELAYU Dakwah Pendidikan Hiburan Kritikan Sosial Fungsi sastera Melayu ini dapat mewujudkan emikiran yang bijaksana dalam sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup manusia. Hal ini dapat membentuk sosialisai masyarakat yang jelas dalam pemikiran mereka mengenai sastera Melayu. Fungsi sastera Melayu dapat dibahagikan kepada empat fungsi iaitu:


Fungsi karya juga adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat sekaligus membina insaniah dalam kehidupan manusia. Karya sastera yang disampaikan sebagai suatu bahan dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran serta memberi ruang kepada masyarakat untuk menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. PENDIDIKAN


Karya sastera juga berfungsi sebagai membawa keseronokan. Hiburan tersebut terhasil daripada keindahan kata-kata diungkapkan, irama, atau rentak yang indah. Kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya dapat memberikan hiburan kepada masyarakat yang mendengar atau membaca. HIBURAN


Fungsi dakwah ini menumpukan kepada pembentuan akhlak manusia Melayu. Ia dapat dijadikan sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia. Antara ciri penting yang membentuk pandangan sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan waqi'iyyah (relistik), yang mendalami dan menilik sesuatu sebagaimana adanya. DAKWAH


Karya sastera berfokuskan kepada masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga perkara tersebut saling berkait. Hal ini mempengaruhi tindakan dan tatasusila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej terhaap masyrakat, pembaca dan pendengar. KRITIKAN SOSIAL


FUNGSI SASTERA MELAYU (SELOKA PAK PANDIR)


FUNGSI SASTERA MELAYU KRITIKAN SOSIAL ( SELOKA PAK PANDIR) Kritikan terhadap sikap Pak Pandir yang seorang yang berbuat baik tidak bertempat iaitu suka melakukan kebaikan tetapi tidak pada waktu, tempat dan orang sesuai. Seloka Pak Pandir berunsurkan kepada kritikan sosial di mana berfungsi untuk mengkritik segelintir masyarakat dengan sikap negatif. Antara perkara yang menjadi unsur kritikan dan sindirin dalam seloka Pak Pandir merupakan;


FUNGSI SASTERA MELAYU KRITIKAN SOSIAL ( SELOKA PAK PANDIR) Sindiran dan kritikan terhadap sikap mudah mempercayai kepada orang asing. Sikap Pak Pandir yang lebih mengutamakan orang luar daripada keluarganya sendiri serta menyerahkan segala urusan diri sendiri kepada orang yang tidak dikenali. Kritikan terhadap sikap mudah terpedaya Pak Pandir yang mendatangkan kerugian kepada kehidupan dirinya akibat sikapnya yang tamak haloba.


FUNGSI SASTERA MELAYU KRITIKAN SOSIAL ( SELOKA PAK PANDIR) Terdapat juga kritikan terhadap Pak Pandir yang kehidupan terikat dengan kehendak orang. Ini kerana dia hanya mendengar kehendak orang tanpa memikirkan bahawa pihak lain tersebut hanya menipunya dengan menggunakan kata-kata manis. Sindiran dan kritikan juga kepada sikap suka meniru hidup orang lain yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada hidupnya.


MANIFESTASI AKAL BUDI


MANIFESTASI AKAL BUDI Penggunaan puisi sejak dahulu yang terhasil daripada pengamatan yang tinggi terhadap kejadian alam keliling, tingkah laku, norma hidup, adat dan budaya. Puisi tradisional ini dapat dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi dan ketinggian ilmu masyarakat dahulu dalam bahasa. Akal budi mencerminkan perbuatan, permikirian dan sikap seseorang individu yang mendokong kebijaksanaa dan kehalusan jiwa.


MANIFESTASI AKAL BUDI Pengertian budi mewakili tempat perasaan, kesedaraan, keyakinaan dan dorongan. Budi ini dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuanm kehalusan berbahasa dan gaya hidup. Akal atau pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta meneroka pelbagai kemungkinan idea dan melakukan pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan .


MANIFESTASI AKAL BUDI PUISI TRADISIONAL (SELOKA)


MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA PAK PANDIR) Seloka Pak Pandir terkenal dengan seloka jenaka tetapi diselitkan dengan unsur sindiran di mana Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat yang mempunyai sikap negatif. Akal budi manifestasi yang terdapat dalam seloka ini adalah mengenai sindiran terhadap individu yang mengutamakan orang lain. Seseorang itu perlulah mengutamakan keluarga terlebih dahulu berbanding orang asing tidak mempunyai talian darah.


MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA PAK PANDIR) Frasa 'anak dipijak' itu telah membuktikan bahawa Pak Pandir telah mengabaikan anaknya sendiri malah turut tidak melayan anaknya dengan baik. Frasa 'dagang dijinjing' ini menunjukkan bahawa pihak yang tidak mempunyai kaitan dengan pertalian keluarga diberi layanan yang lebih baik dan diutamakan dahulu.


MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA PAK PANDIR) Ini telah menggambarkan bahawa Pak Pandir merupakan seorang yang tidak pandai mengurus hartanya. Hartanya telah habis tergadai mungkin akibat daripada terlalu banyak berbelanja atau mempunyai banyak hutang terhadap orang lain sehingga terpaksa menggadaikan hartanya. Sewajarnya kita haruslah pandai mengurus harta dengan sebaiknya agar dapat menjalani kehidupan dengan baik tanpa sebarang hutang dan kesusahan. "harta habis badan tergadai"


MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA PAK PANDIR) Baris di dalam seloka tersebut iaitu 'tidak sedar bertelanjang' menjelaskan mengenai kritikan halus terhadap sikap Pak Pandir yang tidak sedar kelemahan diri sendiri. Baris seloka ni telah mengkritik sikap masyarakat yang mudah mendegar kata pihak lain dan cepat terpengaruh dengan kata-kata tersebut yang tidak pasti akan mendatangkan keuntungan di kemudian hari. "mendengar guruh di langit" , "air tempayan dicurahkan"


MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA PAK PANDIR) Seseorang individu itu akan menyebabkan hidup mereka terikat dan terseksa sekiranya jika tidak tahu tipu helah musuh yang mungkin berpura-pura baik di hadapan kita namun sebaliknya hanya menipu bagi mengawal kehidupan kita seperti "Mulut kena suap pisang" , "Buntut kene cangkuk onak" . Akibat daripada itu, individu tersebut juga akan menanggung derita yang tidak berkesudahan yang timbul berpunca daripada diri sendiri iaitu "Awak juga berkecundangan" .


MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA PAK PANDIR) Terdapat juga aspek akal budi lain yang turut disentuh dalam seloka ini seperti "Gelagak rambutan jantan" iaitu sikap individu yang tidak memberikan faedah dalam melakukan sesuatu. Perkara tersebut sama juga dengan sikap masyarakat yang melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh yang menyebabkan kerja yang dilakukan tidak mendatangkan apa-apa hasil yang baik seperti "Kilat memancar hujan tak jadi" .


Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang. (2022). Kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka AlEhsan. Harun Mat Piah. (1989). Puisi melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. Nordiana Ab Jabar. (2019). Keunggulan ikon membawa teladan dalam seloka Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 172-191. RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version