CERITA JENAKA Disediakan Oleh : Balqis, Amir, Ain,Athirah, Izah
PAK KADUK
SINOPSIS Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam. Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja.
SINOPSIS Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampong halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan. Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya.
CIRI-CIRI Dari segi watak dan perwatakan: Sifat-sifat watak lucu : (i) Watak bodoh-sial (ii) Watak pintar-bodoh (iii) Watak pintar Dari segi plot cerita: Plot cerita jenaka bersifat sederhana, mudah, lurus, kronologi dan tidak berbelit-belit. Cerita atau peristiwa lebih tertumpu kepada watak utama sahaja.
CIRI-CIRI Dari segi latar: Latar tempat cerita jenaka berlaku di alam nyata, tetapi tidak dapat dipastikan dimanakah tempat yang sebenar. Cerita berlaku di kawasan pedalaman atau kampung di pinggir hutan dan sebagainya. Dari segi tema: Tema cerita jenaka adalah mengenai watak atau pelaku dalam cerita yang pintar dan bodoh yang boleh menimbulkan kelucuan yang mencuit hati khalayak.
CIRI-CIRI Dari segi bentuk: Cerita jenaka berbentuk naratif atau cerita yang memaparkan cerita tentang sifat dan peranan watak utama yang dapat menimbulkan kelucuan kepada khalayak. Dari segi penggunaan gaya bahasa: Cerita jenaka menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
FUNGSI Unsur lucu pada sifat watak yang diselitkan dalam cerita jenaka bertujuan untuk menghiburkan dan memberi ketenangan kepada pembaca. Sebagai Hiburan Cerita jenaka biasanya mempunyai pengajaran tertentu kerana sifat/peristiwa yang diberikan pada watak utama. Unsur pengajaran yang terdapat dalam cerita jenaka merupakan pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia. Sebagai Pengajaran
FUNGSI Cerita-cerita ini berfungsi sebagai alat kritik sosial kepada masyarakat. Sifat negatif seperti bodoh, tamak, mementingkan diri sendiri, menipu untuk melepaskan diri dan sebagainya dikritik menerusi cerita-cerita ini Sebagai sindiran/kritikan Cerita jenaka memaparkan gambaran kehidupan masyarakat zaman dahulu. Masyarakat yang digambarkan adalah masyarakat yang mempunyai sifat bodoh-sial, pintar-bodoh dan pintar. Gambaran Masyarakat
TERIMA KASIH