PENULARAN BERITA PALSU Tidak Pasti, Jangan Kongsi PALSU PALSU PALSU PALSU CHEN RUI XIN
PENGHARGAAN Pertama sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bahru kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan tajuk tugasan saya.Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Pendidikan Moral yang dihormati, Encik Ismail bin Jaafar yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu,saya juga mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka sememangnya telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya menghabiskan tugasan ini. Seterusnya,saya turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan saya khususnya seunit dengan saya kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang telah saya alpa sepanjang tugasan kerja kursus ini disiapkan.Mereka juga telah membantu saya dengan menjawab setiap pernyataan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya siapkan dapat menambah ilmu pengetahuan kami secara lebih mendalam di samping dalam membina jati diri serta bakat sebagai seorang bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
03 CADANGAN PENYELESAIAN ANALISIS ISU 3 4 5 6 ISI KANDUNGAN 01 02 PENGENALAN KESIMPULAN 04 05 LAMPIRAN 06 RUJUKAN 1 9 8 7 2
Berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media akhbar tradisional,media penyiaran mahupun media sosial dalam talian.Selain itu, berita palsu adalah satu bentuk "ancaman" dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama.Dalam era globalisasi ini, masyarakat tidak perlu menunggu sehingga hari esok untuk mendapat berita terkini. Kerancakan pertumbuhan teknologi membolehkan semua berita terkini disampaikan dengan pantas menerusi media sosial atau media elektronik. Namun,berita kini di hujung jari masyarakat tidak akan seratus peratus benar kerana penularan berita palsu .Situasi ini telah mendatangkan kesan negatif kerana penularan berita palsu merata di dalam internet dalam masa yang singkat.Menurut hasil kajian Laporan Digital 2019,Malaysia merupakan negara ke-5 di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara yang paling aktif dalam media sosial. Pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan tajuk berita yang sensasi,tidak jujur atau direka semata-mata untuk menggalakkan pembacaan,perkongsian dalam talian dan pendapatan klik internet tanpa memastikan kesahihannya.Perbuatan mereka ini bertujuan meningkatkan trafik internet bagi meraih pendapatan menerusi pengiklanan seperti menjatuhkan reputasi pihak lain atau perniagaan. P E N G E N A L A N 1
Berdasarkan statistik,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 3,111 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu bagi tempoh 2020 hingga 31 Mei 2022. Antaranya adalah fenomena berita palsu COVID-19. Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ketidakstabilan emosi masyarakat.Menterinya,Tan Sri Annuar Musa juga menyatakan bahawa Malaysia terus menjadi mangsa penyebaran berita palsu khususnya ketika fasa pandemik COVID-19.Penularan mengandungi berita palsu yang mendakwa kes positif COVID-19 harian di Malaysia mencecah lebih 10000 pada 30 Mei 2021 di media sosial.Hanya satu klik melalui perkongsian berita palsu sudah tentu akan menyebabkan keadaan yang huru-hara dan panik.Penularan berita palsu ini juga telah menyebabkan ketenteraman awam dan kesejahteraan negara tergugat. Penularan berita palsu membawa impak negatif yang besar kepada masyarakat yang sedia terbeban dengan pandemik COVID-19.Salah satu contoh yang jelas ialah mengenai isu bahaya suntikan vaksin. Pihak kerajaan telah berusaha memberikan vaksin kepada seluruh masyarakat bagi menyekang penularan wabak COVID-19. Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, selain itu, masih ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang ragu-ragu terhadap status vaksin walaupun mereka telah diberi penjelasan termasuk daripada mufti. Menurutnya, liputan vaksinasi kanak-kanak menerusi Program Imunisasi Covid-9 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dalam kalangan masyarakat Melayu di Pulau Pinang masih lagi rendah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya keyakinan terhadap vaksin dalam kalangan mereka. Ramai yang terpengaruh dengan berita palsu ini walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) giat menyampaikan fakta yang tepat dan benar mengenai vaksin.Ini kerana,terdapat segelintir masyarakat yang menyebarkan kononnya vaksin membahayakan nyawa manusia.Impaknya,penularan berita palsu akan menyebabkan kesejahteraan negara tergugat. ANALISIS ISU 2
Untuk mengatasi isu penularan berita palsu,terdapat beberapa cadangan yang efektif boleh digunakan.Pengguna media sosial haruslah menghayati nilai rasional dan kejujuran iaitu bertindak secara berhemah sekiranya mendapat sesuatu berita dengan menyemak kesahihan berita tersebut menerusi portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi sesuatu berita.Portal SEBENARNYA.MY dibangunkan oleh SKMM sebagai pusat berhenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan,yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial,perkhidmatan mesej segera,blog,laman sesawang dan lain-lain sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihan.Portal Sebenarnya.my telah menawarkan dua C iaitu Check – menyemak sebarang kandungan diterima yang belum ditentusahkan dan Channel – berkongsi sebarang berita tidak ditentusah kepada portal Sebenarnya.my bagi membolehkan MCMC menentukan kesahihan dengan agensi-agensi yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas isu berkenaan. Portal ini Jelaslah bahawa, nilai kerjasama wajar diamalkan oleh pengguna media sosial dengan memanfaatkan portal tersebut bagi membantu menangani masalah penularan berita palsu dan tidak sahih dalam talian. CARA PENYELESAIAN https://sebenarnya.my 3
Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam menangani penularan berita palsu.Masyarakat haruslah menghayati nilai rasional,iaitu berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata akan kesahihan berita yang diterima.Masyarakat haruslah meningkatkan tahap kesedaran diri terhadap berita palsu dan tidak semberono berkongsi atau komen berita yang diterima tanpa mengetahui status berita tersebut.Setiap pengguna media sosial juga bertanggungjawab untuk membuat laporan polis atau aduan kepada pihak berautoriti seperti SKMM atau MCMC jika mendapat berita palsu dengan kadar segera. Selain itu,masyarakat haruslah menghayati nilai kesederhanaan iaitu tidak menyebarkan sesuatu berita yang memfitnah dan memburuk-burukkan pihak lain.Masyarakat patutlah mengelakkan diri daripada menularkan berita yang menyentuh isu sensitiviti dan diragui kesahihannya terutamanya berkaitan dengan kaum,agama dan institusi diraja supaya perpaduan dan ketenteraman awam terjamin.Jelaslah bahawa,keprihatinan masyarakat sangat penting dalam usaha menangani masalah penularan berita palsu. CARA PENYELESAIAN Fikir dulu sebelum sebar Info sebegini mengelirukan 4
Undang-undang haruslah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui akta Antiberita Tidak Benar ,Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Ini kerana, undangundang sedia ada yang mengawal media baharu patut dikuatkuasakan agar sejajar dengan perkembangan teknologi semasa. Situasi semasa membayangkan seolaholah masyarakat kurang cakna seta tidak takut terhadap hukuman sedia ada.Hal ini dikatakan demikian kerana,negara kita tiada undang-undang khusus menyekat atau menyaring penggunaan internet.Terdapat jurang dalam peruntukan undang-undang yang sedia ada.Oleh itu, kebebasan ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka patut dikenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang. Penggubalan undangundang baru atau pindaan undang-undang boleh diwujudkan.Tindakan tegas patutlah diambil oleh pihak berkuasa untuk mengawal masyarakat supaya tidak terburu-buru menularkan berita palsu. CARA PENYELESAIAN 5
Pihak kerajaan bertanggungjawab mengadakan kempen kesedaran berkaitan penularan berita secara berterusan.Hal ini dikatakan demikian kerana,pendidikan yang diberikan secara berterusan oleh pihak tertentu dapat menangani isu berita palsu dengan berkesan.Menurut Mohamad(2021),Kementerian Pendidikan,Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) adalah antara pihak yang terlibat dalam mendidik masyarakat.Mereka haruslah memberi didikan melalui penerapan kesedaran sivik dalam diri setiap individu.Sebagai contohnya, Kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengadakan kempen 'Tidak Pasti Jangan Kongsi' dan ‘Kempen Klik Dengan Bijak’ pada setiap tahun untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat.Kempen kesedaran secara berterusan ini sangat penting supaya masyarakat lebih berwaspada semasa berkongsi sesuatu berita.Secara tidak langsung,warga media sosial akan berfikiran matang dan rasional. Tambahan pula,pendidikan celik media media wajar diterapkan kepada semua golongan,terutamanya pelajar pada peringkat sekolah menengah dan universiti melalui kempen kesedaran. Mereka haruslah diajar supaya menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan mengetahui kesan penularan berita palsu kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara. CARA PENYELESAIAN 6
KESIMPULAN Kerjasama semua pihak amat penting dalam mengekang penularan berita palsu. Sumber dan penyebaran berita patutlah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya supaya konflik dalam masyarakat dapat dielakkan.Penularan berita palsu haruslah ditangani supaya kesejahteraan negara terjamin. 7
RUJUKAN Azahari, M. A. M., & Jasmi, K. A. Penularan Berita Palsu di Malaysia.(September 22,2023). Kamarul Azmi Jasmi – ResearchGate. Boleh didapati: https://www.researchgate.net/pr ofile/Kamarul-Azmi-Jasmi Farah Fazlina Mohamad.(2021,Mac 17).Perangi berita palsu usaha semua pihak.Berita Harian. Boleh didapati:https://www.sinarharian.com.my/article/259211/berita/nasional/hukuman -penyebar- berita-palsu-wajar-lebih-berat---pakar Hukuman penyebar berita palsu wajar lebih berat – Pakar. (September 22,2023),Sinar Harian.May 19,2023 Boleh dadapti:https://www.sinarharian.com.my/article/259211/berita/nasional/hukuman- \ penyebar- berita-palsu-wajar-lebih-berat---pakar Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Ibrahim, Mohd Iskandar.( 2021,Mac 21). Hanya penyebar fitnah, berita palsu rasa takut. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2021/03/798542/hanyapenyebar-fitnah- berita-palsu-rasa-takut Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).(2023, Mei 31). Perkongsian berita palsu boleh bawa impak negatif. Boleh didapati: https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/perkongsianberita-palsu-boleh-bawa-impak-negatif Mohd.Husni Mohd.Noor (2021, April 24). Berita palsu takutkan orang tentang vaksin - Noor Hisham.Kosmo Digital. Boleh didapati: https://www.kosmo.com.my/2021/04/24/berita-palsu-takutkan-orangtentang-vaksin-noor-hisham/ 8
LAMPIRAN 9
TERIMA KASIH