MANUAL PENGGUNAAN DAM ULAR Nama Ahli Kumpulan: Abdul Raziq Bin Khairudin Anis Nafisa Binti Jamsari Eysha Liyana Binti Ramzan
1.Murid diajar terlebih dahulu tentang nama solat serta bilangan rakaat solat sebelum bermain Dam Ular. 2. Pertama sekali, murid membaling dadu untuk menentukan giliran. 3. Pemain yang mendapat angka paling banyak akan memulakan permainan dan diikuti pemain lain. 4. Setiap pemain meletakkan buah di tapak ‘MULA’ . 5. Pemain akan bergerak mengikut tapak pada papan dam ular bergantung pada angka dadu yang diperoleh.
6. Sekiranya pemain berhenti di tapak ‘TANGGA’ , pemain akan maju ke tapak seterusnya. 7. Jika pemain berhenti di tapak ‘LUBANG’ , pemain perlu menjawab soalan tentang bilangan rakaat solat di dalam aplikasi digital. 8. Sekiranya pemain dapat menjawab soalan dengan tepat, pemain akan menerima ganjaran. 9. Sekiranya pemain tidak dapat menjawab soalan dengan tepat, pemain perlu undur ke tapak sebelumnya. 10. Pemenang ditentukan apabila pemain dapat membaling dadu dan mendapat angka yang tepat untuk berhenti di tapak ‘TAMAT’ .
SELAMAT BERMAIN !