BMMB1104
Kesusasteraan
Melayu
Nurul Shafika
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Nama : NURUL SHAFIKA BINTI HARUN
No. K/P : 030203-07-0154
Angka Giliran : 2021242310160
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X6
Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL RANI
BIN HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 14 MAC 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR
22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
14 MAC 2022 08 APRIL 2022
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda
perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
ISI KANDUNGAN Tajuk Muka
Bil. Surat
Soalan Tugasan i-v
1.0 Pengenalan 1
2.0 Takrifan Kesusasteraan Melayu 1
3.0 Jenis, Bentuk dan Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu 2
2
3.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional 2-5
3.1.1 Prosa Tradisional
3.1.1.1 Naratif 5-6
3.1.1.2 Bukan Naratif
3.1.2 Puisi Tradisional 7
7
3.2 Kesusasteraan Melayu Moden 8
3.2.1 Prosa Moden 9
3.2.2 Puisi Moden 9-10
10
4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 10-11
4.1 Fungsi dari Aspek Hiburan 11-12
4.2 Fungsi dari Aspek Pendidikan 13
4.3 Fungsi dari Aspek Dakwah 13-14
4.4 Fungsi dari Aspek Kritikan Sosial 15-17
18-19
5.0 Manifestasi Akal Budi 20-21
5.1 Manifestasi Akal Budi Dalam Sebuah Pantun 22
5.2 Manifestasi Akal Budi Dalam Sebuah Syair
5.3 Manifestasi Akal Budi Dalam Sebuah Seloka
5.4 Manifestasi Akal Budi Dalam Sebuah Gurindam
6.0 Sumber Rujukan
1.0 PENGENALAN
Sastera merujuk kepada ciptaan karya dan seni yang dihasilkan dalam kalangan masyarakat
Melayu. Ia juga merupakan suatu bidang yang merujuk kepada kegiatan aktiviti harian yang
khusus atau pribadi. Kemajuan yang dihadapi oleh masyarakat kini telah banyak membawa
kepada perubahan dan meletakkan jurang antara kehidupan dengan sastera. Kita tahu
bahawasanya, karya sastera adalah warisan dari zaman terdahulu. Ia merupakan suatu medium
untuk para penulis menyampaikan ilmu, nasihat bahkan hiburan kepada khalayak ramai.
2.0 TAKRIFAN
Kesusateraan Melayu merupakan sebuah ciptaan seni yang dipersembahkan serta disampaikan
melalui bahasa. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), yang dinyatakan dalam bukunya iaitu Bahasa
Melayu I edisi kedua bahawa perkataan kesusasteraan terhasil daripada bahasa Sanskrit yang
membawa maksud buku indah iaitu perkataan sebenarnya adalah susastera. Menurut kamus,
kesesusateraan merupakan hasil seni atau karya tulisan prosa atau puisi yang mengandungi ciri
keistimewaan yang tersendiri dan membawa maksud iaitu karya tulisan serta hasil seni.
Kesusasteraan juga merupakan seni karang-mengarang yang diambil dari bahan sastera
dalam puisi atau prosa. Selain itu, dalam bahasa Inggeris pula, perkataan literature yang asalnya
adalah literate membawa maksud abjad. Dari pandangan pendidikan, kesusateraan adalah
karya asli yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan adanya kandungan mengenai unsur
keindahan serta kehalusan dalam sesebuah karya sastera. Keindahan serta kehalusan yang
terdapat dalam sesebuah karya sastera seperti cerpen, sajak, dramaatau dalam prosa tradisional
mahupun moden perlu diimbangkan dengan adanya unsur intelek, rohani, emosi serta jasmani
berserta paparan nilai murni seperti kemanusiaan.
Perkataan kesusasteraan asalnya dari bahasa Sanskrit iaitu sastra lalu diambil, diubah
dan digunakan dalam bahasa Melayu. Sas- dihadapan perkataan sastera merupakan kata dasar
yang membawa maksud mennyuruh atau mengajar manakala -tra pula membawa maksudnya
disini iaitu alat. Gabungan kedua-duanya memberi maksud iaitu alat bagi mengajar. Suku kata
awalan bagi su- membawa pengertian iaitu baik atau indah. Imbuhan ke- serta -an bererti
menyeluruh dimana ia melibtakan keseluruhan yang ditulis. Menurut Prof Dr Hashim Awang
dalam artikel akademiknya menyatakan bahawa kesusasteraan adalah karya sastera yang
mengandungi seni dan etetika dengan membawa perana sebagai penyuluh bagi memberikan
panduan, petunjuk mahupun pengajaran.
1
3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Terdapat dua jenis kesusasteraan Melayu iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan
kesusasteraan Melayu moden. Setiap jenis kesusasteraan ini mempunyai ciri dan bentuknya
tersendiri yang membezakan antara kedua-duanya. Dibawah setiap jenis kesusasteraan
tradisional dan kesusasteraan moden ini ia mengandungi pembahagian kecil lagi.
Bagi kesusasteraan Melayu tradisional, jenis ini dibahagikan kepada dua iaitu prosa dan
puisi dimana ia mempunyai pecahan lain contohnya puisi dalam kesusasteraan Melayu
tradisional adalah sajak manakala prosa tradisional adalah drama, filem, cerpen dan novel.
Begitu juga dengan kesusasteraan Melayu moden dimana ia dibahagi kepada puisi dan
prosa. Dalam puisi moden ia terkandung pantun, syair, nazim dan seloka manakala prosa
moden pula dibahagi lagi kepada dua bahagian iaitu naratif dan bukan naratif. Didalam prosa
moden jenis naratif ia terbahagi kepada dua iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Bagi naratif
lisan, ia terbahagi lagi kepada tiga bahagian iaitu mitos, lagenda dan cerita rakyat manakala
naratif tulisan ia terbahagi kepada dua iaitu pro Islam dan Islam. Seterusnya, bagi jenis bukan
naratif pula adalah sastera kitab, sastera undang-undang, sastera sufi dan sastera
ketatanegaraan.
3.1 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
3.1.1 Prosa Tradisional
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional membawa maksud serius dan nilainya kekal,
bermutu tinggi, gaya yang sederhana, mengandungi standard serta mempunyai ciri yang umum
dan tidak berubah. Prosa tradisional masih kekal dan ada sehingga hari ini malahan telah
menjadi sumber dan rujukan serta pengenalan kepada impresi masyarakat Melayu kepada
masyarakat lain. Ia juga mempunyai perbezaan dengan sastera lama kerana sastera lama ini
bersifat sementara dan tidak kekal.
Disamping itu, prosa tradisional diwarisi secara berterusan secara turun-temurun.
Bukan itu sahaja, prosa jenis ini juga mendapat pengaruh dari Hindu dan Buddha. Tetapi Hindu
dan Buddha kurang berpengaruh dalam perkembangannya kerana bahasa dalam pengaruh itu
amat sukar untuk difahami ia disebabkan oleh penggunaan bahasa ketika itu adalah bahasa
Sanskrit dan Melayu Kuno. Pada abad ke-14 hingga ke-16, prosa tradisional menjalani
2
perkembangan yang pesat. Pada ketika ini muncullah tulisan Jawi iaitu tulisan yang digunakan
semasa kerajaan Islam dan sangat penting pada suatu ketika dahulu. Dibawah kesusasteraan
Melayu tradisional ini, ia juga telah dibahagi kepada dua pecahan iaitu bentuk naratif dan bukan
naratif.
3.1.1.1 Naratif
Bagi bentuk naratif, ia telah dibahagi lagi kepada dua iaitu naratif lisan dimana ia berkaitan
dengan rakyat manakala kedua adalah naratif tulisan yang berkait dengan istana. Naratif lisan
ini terbahagi kepada tiga iaitu mitos, lagenda serta cerita rakyat.
Melihat kepada naratif lisan yang pertama adalah mitos. Mitos merupakan sebuah cerita
yang dianggap sebagai sebuah cerita yang benar-benar berlaku dan dianggap suci oleh
pengarang cerita serta masyarakat yang berpegang kepada cerita tersebut. Dalam intipati mitos,
ia lebih mengisahkan tentang kejadian alam, bentuk muka bumi dan benda hidup lain seperti
manusia, tumbuhan dan haiwan. Selain itu, didalam mitos juga akan diselitkan tokoh dimana
ia terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa. Didalam sasatera Melayu, mitos
terdiri daripada tiga jenis iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Bagi
mitos asal usul, ia berlaku ketika masa lampau dan masyarakat menggangap ia adalah keramat
kerana cara pemikiran masyarakat Melayu yang bersifat mistik serta berkaitan dengan magis.
Seterusnya, mitos institusi sosial adalah kisah yang berkaitan asal usul sesebuah institusi sosia;
dalam kalangan masyarakat Melayu manakala mitos politik aalah cerita yang berkait dengan
pentadbiran sesebuah kerajaan.
Kedua, cerita lagenda yang juga merupakan cerita yang dianggap benar-benar terjadi
tetapi bezanya dalam lagenda, ia tidak dianggap suci. Bagi lagenda, ia juga mempunyai tokoh
didalamya tetapi tokohnya adalah manusia yang mempunyai kelebihan yang luar biasa. Ciri-
ciri bagi lagenda adalah ia merupakan komunikasi lisan yang alur ceritanya berkonsepkan
kisah-kisah tokoh dan wira. Latar masa dalam lagenda tidak mengharuskan masa lampau
semata-mata tetapi lagenda yang dikarang mesti berkait dengan masa silam. Lagenda
mempunyai beberapa jenis antaranya adalah lagenda keagamaan yang berkisahkan tentang
orang yang kuat agama dan mengembangkan agama tersebut. Fungsi jenis ini adalah untuk
mengukuhkan kebenaran berkaitan kepercayaan. Selain itu, adalah lagenda perseorangan yang
berkait dengan tokoh-tokoh tertentu dimana setiap peristiwa yang berkait dengan tokoh
tersebut benar-benar berlaku. Seterusnya adalah lagenda tempat, lagend aini kebiasaanya
3
berkaitang dengan kisah berkenaan asal usul sesuatu tempat dimana tempat yang diceritakan
itu akan berkaitan dengan nama tokoh atau haiwan. Akhir sekali adalah lagenda tokoh. Lagenda
ini dianggap benar kerana ruang serta masa yang berkait dengan lagenda ini dianggap benar-
benar wujud. Contoh lagenda ini adalah cerita Mahsuri dimana wujudnya tempat berkaitan
cerita ini iaitu makam Mahsuri yang berada di Langkawi.
Akhir sekali adala cerita rakyat. Cerita rakyat merupakan bentuk prosa yang tidak
dianggap benar-benar berlaku. Ia hanya merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran
serta mengandungi nilai moral atau sindiran didalamnya. Contoh bagi cerita rakyat ini yang
pertama adalah cerita penglipur lara iaitu sebuah bentuk cerita rakyat yang disampaikan secara
lisan pada asalnya. Tukang cerita merupakan orang yang menyampaikan cerita kepada rakyat.
Masa yang diambil, kebiasaannya agak lama untuk diceritakan. Cerita selalunya tentang istana,
kisah anak kepada raja yang mempunyai kuasa istimewa. Seterusnya adalah cerita jenaka yang
Merupakan cerita rakyat yang diambil daripada kehidupan masyarakat biasa. Kebiasaanya, ia
boleh terdiri daripada beberapa episod yang lengkap. Kandungan dalam cerita jenis jenaka ini
selalunya berkisahkan tentang kejadian lucu atau lawak yang membawa kepada gambaran
perlakuan yang lurus tetapi ada juga perlakuan yang terlihat pintar.
Beralih pula kepada naratif tulisan yang dibahagi kepada dua iaitu Islam dan Pro Islam.
Naratif jenis ini dihasilkan dalam bentuk tulisan. Ia dihasilkan setelah manusia atau masyarakat
sudah mahir dalam membaca dan menulis pada suatu ketika dahulu. Bagi naratif tulisan untuk
Islam ia mengandungi beberapa pecahan antaranya adalah sejarah, agama, undang-undang,
hikayat, epik dan banyak lagi. Manakala dibawah Pro Islam pula adanya cerita panji, hikayat
Ramayana dan hikayat Mahabarata. Bagi naratif tulisan Islam, contoh karyanya adalah didalam
bentuk epik. Epik merupakan puisi yang panjang yang berbentuk naratif. Kebisaannya
menceritakan tentang kepahlawanan para tokoh yang penting dalam sesebuah sejarah atau
negara lagenda. Manakala contoh naratif Pro Islam pula nataranya adalah cerita panji. Cerita
panji adalah sebuah karya yang menceritakan tentang pengembaraan wira didalamya dalam
mencari kekasih.
4
3.1.1.2 Bukan Naratif
Prosa tradisional bukan naratif merupakan hasil karya sastera yang tidak mengandungi plot
yang khusus dan tertentu. Ia lebih berbentuk fakta atau peraturan sebagai panduan yang khusus
untuk diikuti oleh masyarakat. Prosa ini terbahagi kepada empat iaitu sastera sufi, sastera kitab,
sastera ketatanegaraan dan sastera undang-undang. Bagi sastera undang-undan, ia merupakan
prosa yang mengandungi hal-hal berkaitan adat istiadat di istana serta undang-undang berkaitan
hukum fiqah yang dilaksanakan didalam Islam. Contoh bagi sastera undang-undang adalah
Adat Temenggung. Seterusnya adalah sastera kitab yang merupakan sastera yang
membincangkan tentang amalan rukun Islam dan rukum Iman yang dilaksanakan di dalam
Islam seperti Adat pepatih dan rukun Islam.
Selain itu adalah sastera ketatanegaraan. Sastera ketatanegaraan merupaka sastera yang
membincangkan tentang adab-adab yang ada dalam kalangan pembesar seperti raja dan adab
di istana. Contoh bagi karya sastera ketatanegaraan ialah Tajussalatin atau dikenali sebagai Taj
al-Salatin. Akhir sekali, prosa tradisional bukan naratif adalah sastera sufi. Sastera sufi
merupakan sastera yang dihasilkan oleh pengarang yang mengamalkan ajaran sufi. Banyak ciri
yang perlu dilihat bagi pengarang kitab jenis ini antaranya adalah berjiwa tinggi, mempunyai
imiginasi yang luas, patuh ajaran Allah dan banyak lagi. Contoh prosa kitab sufi adalah Miratul
Muhaqiqin dan Miratul Mukminin.
3.1.2 Puisi Tradisional
Puisi tradisional merupakan genre sastera yang paling awal digunakan. Fungsnya di Eropah
adalah menghasilkan dua buah epik iaitu Iliad dan Odyssey. Bagi masyarakat Hindu, puisi
adalah untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Bagi masyarakat Arab pula, puisi yang
baik akan digantung pada Ka'abah ketika zaman Jahiliah. Puisi bagi orang Melayu adalah
pantun. Menurut Harun Mat Piah (1989), kumpulan yang terdapat didalam puisi tradisional ini
antaranya adalah pantun, syair, gurindam, sekola, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki
dan banyak lagi. Tetapi terdapa empat puisi tradisional yang difokuskan iaitu pantun, syair,
nazam dan seloka.
Terdapat beberapa ciri dalam puisi trandisional ini. Antaranya adalah puisi disebarkan
melalui lisan. Selain itu, puisi tradisional mempunyai bentuk yang tertentu. Penggunaan bahasa
didalam puisi tradisional juga bahasa yang baik serta bagus. Seterusnya, Digunakan bagi tujuan
5
pengajaran, hiburan serta keagamaan. Disamping itu, muzik mempengaruhi susunan kata dan
bahasa didalam puisi tradisional ini. Ia disusun mengikut irama serta pola yang tertentu.
Pantun merupakan puisi tradisional yang paling terkenal. Ia merupakan kaedah rangkap
yang tertua dan merupakan milik asal masyarakat Melayu. Menurut Za’ba (1978), orang
Melayu mahir dalam berpantun sebelum mereka mengetahui cara untuk membaca atau
menulis. Pantun ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu pantun dua rangkap, pantun empat
rangkap, pantun enam rangkap, pantun lapan rangkap, pantun dua belas rangkap dan pantun
yang berkait. Didalam sesebuah pantun, ia terdiri daripada dua unsur iatu pembayang dan
maksud.
Syair pula merupakan puisi yang berirama. Ia berasal dari Parsi dam dibawa masuk
oleh Islam ke Nusantara. Bentuknya terdiri daripada empat baris bagi setiap rangkap dengan
mempunyai rima akhir iaitu <a>, <a>, <a>, <a>. Setiap baris terdiri daripada 4 hingg 5 patah
perkataan. Setiap baris mempunyai hentian. Syair merupakan penceritaan yang berlarutan
misalnya cerita, kisah, pemikiran serta pujian. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), semua
pengkaji bersependapat bahawa perkataan syair ini berasal dariada bahasa Arab yang
bermaksud puisi yang umum. Walaupun begitu, syair Melayu tidak terpengaruh dengan syair
atau tradisi Arab dan ia asli dari masyarakat Melayu.
Seterusnya adalah nazam yang merupakan puisi yang berbentuk terikat. Selalunya
ditulis oleh para ahli agama dengan panduan kaedah daripada puisi Arab. Bertemakan
keagamaan, pendidikan serta ilmu. Setiap rangkap mempunyai dua baris dimana jumlah
perkataan dan suku katanya adalah 10 hingga 12. Rimanya ialah a/a, b/b, c/c. Akhir sekali,
puisi tradisional yang ditekankan adalah seloka. Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka adalah
perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'shloka' yang membawa maksud jenaka
atau menyindir. Ia bercorak karangan yang berangkap atau berirama. Jenis ini lebih kearah
pepatah, bidalan atau perumpamaan dimana ia mempunyai unsur jenaka, ejekan serta sindiran.
Mempunyai isi yang berguna sebagai pengajaran yang disampaikan melalui sindiran.
6
3.2 KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
3.2.1 Prosa Moden
Menurut Annas Hj Ahmad (1988), selepas tahun 1800 Masihi, hasil karya sastera itu akan
dikategorikan dalam sastera moden. Pembahagian masa dilakukan bagi tujuan memudahkan
pemahaman dan membezakan prosa tradisional dengan prosa moden. Perbezaan ini dilihat dari
segi bentuk serta unsur yang terdapat dalam sastera Melayu Prosa yang dicipta pada masa kini.
Prosa moden mendapat pengaruh serta budaya-budaya luar dan Barat. Terdapat beberapa jenis
sastera yang terdapat dibawah prosa moden, antaranya adalah drama, cerpen dan novel.
Yang pertama adalah cerpen. Selain Namanya cerpen ia juga dikenali sebagai cerita
pendek. Panjang cerpen adalah diantara 500 hingga 15000 patah perkataan. Dalam penceritaan
cerpen pula, ia terkandung kesamaan yang dicapai misalnya pada plot. Bukan itu sahaja, cerpen
juga mengandungi banyak unsur lain seperti tema, latar, watak dan banyak lagi. Latar tempat
yang terdapat didalam cerpen sangat terhad. Malah, jangka masa penceritaan didalamnya juga
pendek dan hubungan cerita tidak kompleks
Seterunsya, drama juga antara prosa moden. Ia merupakan kisah yang dilihat dalam
bentuk lakonan. Elemen yang penting dalam drama ini adalah aksi serta dialog. Bukan itu
sahaja, isi penyampaian dan pembawaan jalan cerita juga penting untuk menjadikan drama itu
menarik. Didalam jenis prosa ini, ia lebih kearah gambaran kehidupan seseorang yang
mengandungi beberapa unsur deparan seperti konflik. Jalan cerita dan skrip akan dirancang
terlebih dahulu sebelum ia dilakonkan. Drama tidak ini terlalu panjang bagi menarik penonton
untuk mengetahui jalan cerita yang selanjutnya.
Akhir sekali, novel merupakan kisah panjang yang direka dalam berbentuk prosa.
Selalunya, novel ini akan membawa kisah dari pengalaman atau kejadian yang benar-benar
berlaku. Tetapi ada juga sesetengah novel yang dicerita berdasarkan imiginasi penulis sendiri.
Novel ini lebih panjang berbanding cerpen kerana penulisan dalam novel tidak mempunyai
had. Disamping itu, peristiwa serta latar didalam novel juga tidak terhad kerana ia boleh
melibatkan penceritaan yang mengambil jangka waktu yang panjang. Jalan cerita novel lebih
kompleks berbanding cerpen.
7
3.2.2 Puisi Moden
Sajak adalan genre yang terkandung dalam puisi moden ini. Bersifat lebih bebas kerana ia
terikat pada pola khusus tertentu. Lebih menitikberatkan keberhasilan pengucapan perasaan
atau emosi dengan memilih dan menggunakan kata-kata yang saling berkait dari segi maksud
dan irama. Hashim Awang (1984), sajak tercipta daripada puisi tradisional asalnya. Terdapat
beberapa ciri-ciri puisi moden. Antaranya adalah puisi moden ini disebar melalui tulisan. Ia
berbentuk bebas. Fungsi puisi moden adalah untuk menyampaikan serta menzahirkan perasaan.
Selain itu, puisi moden ini digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga tidak berikat pada
mana-mana pola yang tertentu.
Puisi moden ini terdiri daripada satu jenis iaitu sajak. Menurut H. b. Jassin (1983), sajak
merupakan pengucapan emosi atau perasaan yang mengandungi fikiran dan tanggapan. Jadi,
sajak adalah suara hati daripada penyair sendiri. Sajak ini terbentuk melalui gabungan daripada
kata-kata yang disusun dengan baik. Sajak yang baik perlu mengandungi nilai rasa dan erti
yang selari dengan mempunyai sifat yang harmoni diantara kata dan maksud yang ingin
disampaikan. Dalam sajak ini ia terdapat beberapa ciri yang menunjukkan ia sajak. Antaranya
cirinya adalah sajak tidak terikat. Pemilihan kata didalam sajak tidak ditentukan dan ia bebas.
Selain itu, bentuk sajak juga bebas kerana ia lebih kearah suasana yang moden. Seterusnya,
didalam sajak, nama penulis merupakan pengakuan hak yang mutlak keatas karyanya yang
dikenali sebagai nama pena. Bagi pembentukan rangkap serta pematuhan skima pada rima
akhir juga tidak terikat.
8
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Kewujudan bangsa Melayu muncul seiring dengan kewujudan kesusasteraan Melayu. Dalam
intipati kesusateraan Melayu ini, ia terkandung perbagai unsur yang indah malah menarik
seperti gaya bahasa, struktur cerita malah peranan pengajaran yang dibawa oleh sesebuah
sastera itu sendiri. Malah, sastera juga mempunyai kesinambungan dengan budaya pada masa
lalu dengan zaman pada ketika ini. Sastera mengalami kemajuan dari satu zaman ke satu zaman
yang baharu. Kesusateraan memberikan seseorang pemikiran yang luas bagi mencapai
kemajuan dan keluar dari kepompong kemaslahatan.
4.1 Fungsi Dari Aspek Hiburan
Dalam aspek hiburan ini, kita sedia maklum bahawa hiburan amat penting dalam kehidupan
seseorang kerana tana hiburan kehidupan manusia akan menjadi suram. Dengan itu, sastera
Melayu memainkan peranannya sebagai medium yang membawa keseronokan apabila dibaca
dan diamati. Secara amnya, hiburan ini adalah hasil daripada kenyamanan yang dicapai apabila
disertakan dengan rentak atau irama yang mengasyikkan.
Terdapat banyak karya sastera yang dihasilkan bagi tujuan menghiburkan paa pembaca.
Antaranya adalah cerita penglipulara, pantun jenaka, cerpen, cerita rakya dan banyak lagi.
Sebagi contoh, pantun iaitu berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki; berguru
kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Pantun ini merupakan antara karya sastera yang
mengandungi unsur hiburan. Dalam karya jenis pantun ini, ia sememangnya mengandungi
banyak unsur yang dibawa bagi tujuan sebagai suatu hiburan kepada para pembaca. Dalam
struktur bacaan dalam pantun ia mempunyai caranya yang tersendiri malah pantun juga
mempunyai pelbagai cara penyampaian dimana ia menambahkan lagi fungsinya sebagai suatu
medium hiburan. Pelbagai bentuk yang dapat digunakan bagi menyampaikan pantun ini
misalnya secara lirik lagu, dikir barat dan banyak lagi.
Bukan sahaja didalam pantun, hiburan juga dapat dilihat didalam karya sasatera rakyat
seperti cerita jenaka. Contohnya, cerita jenaka bertajuk Pak Kaduk. Cerita ini merupakan cerita
yang membawa unsur jenaka dengan mengandungi alur ceria yang dapat menghiburkan para
pembaca. Walaupun cerita ini dianggap sebagai cerita jenaka, tetapi inipati yang terkandung
didalamnya mengandungi pelbagai pengajaran yang amat berguna untuk diteladani oleh para
pembaca. Disamping itu, sastera moden seperti novel juga merupakan salah satu karya sastera
yang membawa hiburan didalamnya. Novel bertajuk Mat Lela gila, ia merupakan karya Ishak
9
Haji Muhammad yang membawa kisah mengenai kritikan yang dilontarkan kepada masyarakat
secara halus melalui penggunaan gaya bahasa yang lama tetapi senang untuk ditafsirkan.
4.2 Fungsi Dari Aspek Pendidikan
Para pengarang telah menterjemahkan pengalaman mereka melalui kisah-kisah yang dikarang
oleh mereka yang didalamnya terkandung pelbagai pengetahuan serta ilmu daripada pelbagai
bidang seperti ekonomi, politik, sosiologi malah dalam bidang agama. Jadi, prosa atau puisi
yang ditulis berdasarkan pengalaman mereka ini akan memberikan nilai didikan secara tidak
langsung jika dibaca. Jelaslah disini bahawa sastera juga berfungsi sebagai alat bagi
menyampaikan ilmu. Subjek kesusateran diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1957 lagi bagi
tujuan membantu para pelajar untuk menjiwai nilai-nilai murni dari pelbagai segi.
Fungsi subjek kesusasteraan antaranya adalah membantu masyarakat supaya dapat
berfikiran lebih kreatif. Selain itu, membantu masyarakat supaya mampu mentafsir akan
keindahan sesebuah karya sastera malah supaya dapat menguasai subjek bahasa Melayu.
Sastera berperanan penting dalam membentuk insaniah dalam kehidupan seseorang individu.
Dengan nilai seperi ini, manusia akan lebih menjiwai sesebuah kehidupan malah akan menjadi
pemimpin yang tangkas dalam membawa sesuau organisasi ke persada dunia.
Bukan itu sahaja, karya sastera dapat menyuburkan kembali nilai sejagat yang dibawa
didalam sesebuah karya sastera tertentu yang pernah ditulis. Peranan kesusateraan Melayu
sebagai alat menyampaikan ilmu akan membantu masyarakat khususnya golongan belia untuk
menteladani sekaligus mempratikkan pengajaran tersebut didalam kehidupan seharian mereka.
Kita tahu bahawa, pengajaran yang berlaku secara tidak langsung akan meninggalkan kesan
yang amat mendalam dalam diri seseorang.
4.3 Fungsi Dari Aspek Dakwah
Aspek yang menjadikan sesuatu sastera itu adalah Ijabiyah iaitu positif serta waqi'iyyah iaitu
realistic. Realistik disini adalah sesuatu yang dilihat dengan segala apa adanya. Dalam menilai
sesuatu hakikat, pandangan yang haq perlu ditekankan dengan adanya peranan al-tawjih iaitu
membimbing dan al-ta'dib iaitu mendidik malah penentuan ciri estetik dengan prinsip takamul
dan takmilah. Prinsip seperti diatas, akan membentuk pandangan yang kuat dan luas dari
kefahaman yang jelas untuk mengerakkan perubahan kemanusian dan kebudayaan.
10
Seterusnya sastera ketika Alam Melayu digerakkan dan dikembangkan melalui dakwah
islam yang berkembang pada sekitar abad 13 hingga 16 Masihi. Sejarah kebudayaan Melayu
mengalami perubahan penting ketika Gerakan Islamisasi mula. Pada abad ke-17, pengaruh Sufi
berkembang dan menghasilkan pencerahan umat secara besar-besaran dan merata tempat
hingga mencecah monopoli kepunjanggaan istana (Siddiq Fadzil, 2012).
Ismail Hamid memberikan beberapa ciri karya yang boleh diletakkan sebagai sastera
Islam dan berfungsi sebagai tempat dakwah dalam kertas kerjanya yang bertajuk "Ciri-ciri
Cereka Keislaman." Antara ciri-cirinya sastera yang menepati fungsi sebagai medium dakwah
adalah cerita yang mengandungi al-Quran dan kisah-kisah yang diubah oleh pengarang Islam
kepada bentuk antologi cerita-cerita kenabian yang mempunyai pelbagai versi.
Kesimpulannya, ciri-ciri Islam perlu menegaskan tentang kepentingan fungsi dan titipan cereka
tersebut. Para pengarang sastera Islam perlu membawa amanah keimanan serta ketakwaan
kepada Allah SWT. Perlu berimiginasi membatasi ruang yang mana ia tidak bertentangan
dengan ajaran agama Islam.
Jadi terdapat beberapa sumbangan sastera Islam antaranya adalah membentuk akhlak manusia.
Kita dapat lihat pada Hamzah Fansuri yang menggunakan syair sebagai alat bagi
menyampaikan ajaran Islam. Syair yang ditulis olehnya berbentu kerohanian. Contoh karyanya
adalah Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pingai dan Syair Fakir. Syair-syair yang
dikarang oleh Hamzah Fansuri adalah bagi tujuan untuk mengajak manusia untuk bertakwa
kepada Sang Pencipta. Pembaca akan merenung dan mengamati karya-karya yang berunsurkan
dakwah sekaligus membantu pembaca untuk mengenang tingkah laku mereka selama mereka
bernafas di muka bumi ini. Bukan itu sahaja, karya seperti ini dapat memberikan didikan akhlak
yang baik secara tidak langsung kepada masyarakat terutamanya generasi muda. Jadi,
disimpulkan disini bahawa, karya-karya kerohanian seperti ini perlulah diperjuangkan untuk
kekal berada pada masa hadapan. Setiap karya misalnya seperti syair, sajak, pantun dan banyak
lagi memainkan peranan mereka yang tersendiri sebagai suatu platform untuk menyampaikan
ilmu dan dakwah kepada pembaca.
4.4 Fungsi Dari Aspek Kritikan Sosial
Kita tahu bahawasanya sastera ini adalah rakaman daripada kehidupan yang diambil daripada
pelbagai sudut pandangan. Semua yang dipersembahkan didalam sastera adalah sesuatu yang
benar-benar berlaku dalam realiti kehidupan. Bukan sahaja pekara yang luar biasa yang
11
dirakamkan didalam karya sastera ini malah pekara yang biasa juga diolah dalam bentuk kreatif
lalu dimasukkan kedalam karya. Masyarakat, kehidupan dan manusia merupakan entiti yang
di fokuskan didalam karya sastera keran ketiga-tiga pekara ini saling berkait antara satu sama
lain.
Masyarakat ini terdiri daripada pelbagai susun lapis yang berbeza terutamanya
Malaysia yang mempunyai 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pekara ini telah
meletakkan jurang dalam kalangan mereka. Jadi, dalam menegur, mengkritik ataupun
menyampaikan pesanan, ia akan mempengaruhi tindakan dan susila adab seseorang pengkritik.
Menurut Hasim Awang (1935), kritikan dalam sastera merupakan suatu inisiatif dalm
mempertimbangkan serta menilai karya sastera itu secara tulus dan teratur. Kritikan sosial
merujuk kepada satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam masyarakat malah ia juga berfunsi
untuk mengawal jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat.
Kritikan sosial terdiri daripada dua frasa iaitu kritikan dimana ia merupakan penerangan
dan penghakiman yang disertai bersama huraian serta pertimbangan sama ada baik atau buruk
yang ada dalam sesuatu hasil karya manakala frasa kedua adalah sosial yang diertikan sebagai
segala pekara yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, terdapat 3 pekara yang perlu
ditekankan dalam kritikan sosial ini iaitu yang pertama adalah menilai, kedua adalah
membandingkan dan yang terakhir mengucapkan. Salah satu daripada pekara ini perlu berkait
dengan masyarakat dan mesti berkait rapat dengan nialai yang boleh dijadikan pedoman dalam
kehidupan seseorang.
Tindakan untuk mengkritik ini adalah bebas kepada semua termasuklah kepada para
sasterawan kerana ia penting bagi memelihara serta melindungi sistem sosial dalam kalangan
masyarakat. Kritikan sosial merujuk kepada satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam
masyarakat malah ia juga berfungsi untuk mengawal jalan sesuatu cerita dalam sistem
bermasyarakat. Terdapat beberapa lagi fungsi kritikan dalam sastera antaranya adalah
menyampaikan mesej kepada pembaca menjawab persoalan yang terdapat dalam kehidupan
seseorang. Seterusnya, memberikan jawapan kepada setiap permasalahan yang dihadapi
dengan bersertakan unsur seperti jenaka atau indah. Selain itu, membantu pembaca untuk
mengambil langkah yang bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Akhir sekali ada sebagai
pengajaran kepada masyarakat serta sebagai medium untuk memberi teguran kepada
masyarakat.
12
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Akal budi merupakan sesuatu yang akan menunjukkan perbuatan, pemikiran serta sikap
seseorang yang mengangkat nilai seperti kebijaksanaan, kehalusan jiwa dan keindahan. Seni
sastera merupakan bentuk yang lazim dalam penghasilan karya seni yang menterjemahkan
perbuatan, pemikiran serta sikap manusia yang mempunyai pelbagai ragam. Secara kasarnya,
budi adalah tempat perasaan, kesedaran dan dorongan dengan melihatn pertuturan, perlakuan,
bahasa serta gaya hidup manusia. Manakala akal adalah pemikiran iaitu proses menggunakan
otak dan minda bagi mencari makna sesuatu. Akal juga adalah proses dalam membuat
pertimbangan seterusnya membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah serta akhirnya
bertindak refleks.
5.1 Manifestasi akal budi dalam sebuah pantun
Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.
Berdasarkan pantun diatas, kita dapat lihat aspek pemikiran iaitu daripada pemilihan diksi pada
pembayang pantun yang dikaitankan dengan alam seperti ubi dan nanas. Kita tahu
bahawasanya nanas mempunyai bau yang harum serta warna yang cantik iaitu kuning apabila
ia sudah masak. Oleh itu, buah nanas ini dapat menarik perhatian masyarakat untuk
memilikinya kerana ia telah dibandingkan dengan emas yang sememangnya menjadi rebutan
setiap manusia. Walaupun pada hakikatnya, nanas merupakan buah yang mengatalkan lidah
jika dimakan dengan banyak malah amat sukar untuk dipotong kerana ia juga berduri. Tetapi,
pekara ini berbeza pula bagi ubi. Ubi disini telah dikaitkan dengan sifat seseorang yang berbudi
tetapi beliau tidak gemar untuk menonjolkan dirinya. Hal ini dikatakan demikian kerana, ubi
berisi tetapi ia tidak tumbuh diatas malah ubi tetap berada di dalam tanah.
Dapat disimpulkan disini bahawa kandungan akal budi didalam pantun diatas adalah
bagi mendidik setiap masyarakat untuk tidak terlalu taksub dan mengejar sesuatu yang nampak
13
menarik pada luaran semata-mata tetapi menitikberatkan sifat yang ada dalam diri seseorang
yang berbudi serta merendah diri. Nasihat yang disampaikan didalam pantun ini sememangnya
mengandungi ketinggian akal budinya. Penulis menasihati pembaca supaya memandang nilai
budi kerana budi adalah segala-galanya. Budi juga tidak dapat dibalas atau dibandingkan
dengan emas permata kerana ia sangat berharga. Penulis telah meletakkan perbandingan antara
nanas dan ubi didalam pembayang pantun diatas.
14
5.2 Manifestasi akal budi dalam sebuah syair
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri,
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Sepertiair di dalam gelas.
Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.
Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.
Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.
Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.
(Syair Nasihat: Abu Hassan Sham)
15
Seterusnya, kita lihat pula akal budi di dalam syair Nasihat karya penulisan Abu Hassan Sham.
Setiap rangkap bagi syair ini sudah terang liagi bersuluh menujukkan nasihat yang diberikan
oleh seorang ayah. Kita akan lihat akal budi yang terkandung didalam setiap rangkap syair
Nasihat diatas. Pada rangkap pertama, penulis menceritakan tentang seorang ayah yang
memberikan nasihat kepada anaknya yang masih muda dengan cara yang lembut tetapi masih
diselitkan ketegasan dalam tegurannya. Dalam nasihat yang diberikan, ayah memasukkan kata-
kata semangat yang berupa pujian dengan mengelarkan anaknya bestari yang bermaksud pintar
dan bijak. Setelah memuji sedikit, barulah ayahnya menyatakan nasihat atau pesan sebenar
yang ingin disampaikan iaitu nasihat itu dalam bentuk arahan. Arahan yang diberikan kepada
anaknya adalah supaya jangan bersikap malas dan gentar dalam melalukan sesuatu pekara.
Seterusnya, pada rangkap kedua pula ayah menasihatkan anaknya supaya menjadi
pemimpin yang sentiasa memiliki niat yang tulus serta ikhlas. Raja didalam rangkap kedua
pada baris kedua itu diertikan dengan pemimpin. Bukan itu sahaja, penulis juga menujukkan si
ayah menasihati anaknya untuk rajin serta bersungguh-sungguh dalam bekerja. Seterusnya,
pada rangkap ketiga, baris pertama, ayah menyuruh anaknya untuk sesekali jangan malas bagi
melakukan kerja kebajikan. Baris kedua didalam rangkap ini menujukkan pesanan supaya
jangan culas iaitu jangan malaskan diri dari segi zahir mahupun batin. Ayah juga mengatakan
kepada anak supaya bersihkan hati seperti air didalam gelas dan sentiasa ikhlas dalam bekerja.
Selain itu, penulis membawa mesej supaya jangan malu dalam menimba ilmu. Bukan
itu sahaja, ilmu yang dituntun mestilah ilmu yang benar dan berguna bukan ilmu yang dapat
merosakan diri sendiri. Ilmu yang dimaksudkan didalam syair ini adalah ilmu berkaitan
kebajikan kerana pekara ini sudah disebut didalam kitab. Disamping itu, si anak juga disuruh
supaya sentiasa mengutamakan pelajaran dan pengajian daripada melakukan pekara-pekara
yang sia-sia. Anak itu hendaklah sentiasa berjaga-jaga agar tidak melanggar hukum syarak
dalam kehidupan supaya anak terhindar dari mendapat malu dan menjaga maruah dari tercalar.
Didalam rangkap enam, pada baris pertama penulis menyatakan bahawa melihat dan
melakukan setiap pekara dengan menggunakan ilmu dan pengetahuan. Bukan bertindak melulu
malah berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Pekara ini perlu supaya segala yang
dilakukan selaras dengan kebajikan yang dilakukannya. Jika kita buat sesuatu pekara dengan
melulu atau semberono, maka kita akan berakhir dengan kejatuhan dan tidak akan bertemu
jalan yang lurus. Seterusnya adalah dalam rangkap tujuh, ia menyatakan bahawa faedah yang
terdapat pada ilmu sangat besar dan berguna. Ilmu dapat membantu kita untuk membezakan
16
benda yang baik mahupun buruk iaitu ia dikatakan dengan membezakan hak dengan batin pada
baris kedua. Jika seseorang pemimpin cekap dan mampu dalam membezakan pekara yang
benar dan palsu, sudah pastinya dia dapat menghakimi serta mengadili kebenaran dan
kesalahan rakyat. Hal ini penting supaya pemimpin dapat menghukum rakyat dengan adil dan
saksama. Pemimpin tidak akan tersilap langkah jika adanya ilmu didada.
Akhir sekali adalah pada rangkap kelapan, jika si anak mengabaikan ilmu, ia akan
memberikan kepayahan kepadanya jika menjadi pemimpin. Hal ini kerana, rakyat akan dating
membawa masalah serta mengadu kepayahan hidup mereka kepada pemimpin. Pada ketika itu,
jika anak itu tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan, sudah pastinya dia akan tercengang dan
bingung untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dapat disimpulkan disini bahawa, ilmu sangat
penting dalam kehidupan masyarakat. Nasihat yang lembut tetapi tegas diperlukan bagi
membuka hati seseorang untuk berubah kearah yang lebih baik.
17
5.3 Manifestasi akal budi dalam sebuah seloka
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa berlayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
(Seloka Pak Kaduk)
Berdasarkan seloka diatas, pada baris pertama ia menujukkan bahawa penulis mengeluh akan
nasib malang yang ditimpa oleh Pak Kaduk. Perkataan ‘aduhai’ disini merupakan satu bentuk
keluhan dari penulis yang kesian terhadap nasib Pak Kaduk. Walaupun penulis
menggambarkan keluhan, tetapi terdapat sindiran disebalik keluhan tersebut. Penulis
menyindir Pak Kaduk kerana sikap negatif Pak Kaduk yang suka berjudi. Nasib Pak Kaduk
malang disebabkan oleh orang yang berkuasa iaitu Raja.
Pada baris kedua pula, menunjukkan situasi yang dihadapi oleh Pak Kadu katas
sikapnya yang suka berjudi. Ayam pada seloka ini dilambangkan sebagai pekara yang kurang
bijak dan menujukkan peribadi seseorang yang negatif iaitu pekara ini ditujukan kepada Pak
Kaduk. Pak Kaduk sanggup mengadaikan kampungnya walaupun beliau tahu bahawa
kampungnya itu merupakan benda yang amat penting jika nak dibandingkan dengan ayamnya.
Beliau menaruhkan kampung sebagai alat taruhan semasa berlaga ayam dengan Raja.
Seterusnya, baris ketiga menyatakan ada nasi dicurahkan. Nasi disini menujukkan
rezeki iaitu makanan utama bagi masyarakat. Pak Kaduk tidak berfikir panjang lalu menyuruh
isterinya untuk membuang nasi kerana dia yakin bahawa mereka akan mendapat rezeki atau
makanan yang lebih daripada itu apabila Pak Kaduk menang pertaruhan dengan Raja. Tetapi
malangnya, Pak Kaduk kalah didalam pertaruhan tersebut.
18
Selain itu, pada baris keempat menujukkan bahawa Pak Kaduk ini pulang dalam
keadaan kelaparan. Dia telah pulang dengan kekalahan malah nasi yang pada awalnya
disediakan oleh si isteri disuruh untuk buang. Kerana kekalahannya dengan Raja, Pak Kaduk
tidak mendapat apa-apa tetapi hanya mendapat malu apabila maruahnya dicalarkan.
Maruahnya telah tercemar dek kesombongan dirinya sendiri.
Pada baris kelima dan keenam, ‘mudik menongkah surut, hilir menongkah pasang’.
Ayat ini menujukkan bahawa perahu yang dibawa oleh Pak Kaduk itu tidak bergerak kerana
perahunya telah berjalan mengharungi air surut. Ketika air sedang surut, perahu akan berhenti
dan tidak dapat bergerak kerana kawasan itu akan kering dan berlumpur. Bagi ‘hilir menongkah
pasamg’ pula, ia menunjukkan bahawa Pak Kaduk telah membawa perahu melawan arus. Jika
begitu, perahunya juga tidak akan bergerak dan segala usahanya untuk pulang adalah sia-sia.
Disamping itu, Pak Kaduk juga telah membunuh isterinya. Isteri yang banyak
membantunya menjaga makan dan pakainya dibunuh. Oleh disebabkan Tindakan Pak Kaduk
membunuh isterinya itu, dia hamper mati kerana kelaparan. Hal ini disebakan dia sudah tiada
isteri untuk menyediakan makanan kepadanya lagi. Pada baris kesembilan pula, disini
menujukkan bahawa Pak Kaduk keluar untuk berlayar. Semasa Pak Kaduk keluar untuk
berlayar itu, keadaan ketika itu tidak berangin. Pak Kaduk telah melabuhkan dan menurunkan
layarnya ketika tiada angin. Disebabkan itu, kapal layarnya tidak mengerak kerana layar itu
tidak akan berfungsi jika tiada kehadiran angin. Disini menujukkan bahawa pelayaran Pak
Kaduk menjadi sia-sia kerana ilmu yang tidak ada didadanya.
Akhir sekali, ayat ‘ada rumah bertandang duduk’ menujukkan bahawa Pak Kaduk telah
menumpang rumah orang untuk tinggal walaupun dia mempunyai rumahnya sendiri. Dapat
disimpulkan disini bahawa keperibadian negatif Pak Kaduk telah menyusahkan dan
membebankan dirinya sendiri. Segala permasalahan yang ditimpa olehnya adalah kerana
sikpanya sendiri yang pada mulanya suka berjudi dan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum
bertindak.
19
5.4 Manifestasi akal budi dalam sebuah gurindam
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilang nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka itulah orang yang makrifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal akan tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
(Gurindam Dua Belas Fasal 1)
Akal budi yang terkandung didalam Gurindam Dua Belas Fasal Satu ini adalah pengarang
menerangkan bahawa jika seseorang yang hidup tanpa menganal agama, maka hidupnya akan
menjadi sia-sia kerana tiada tujuan hidup yang harus difokuskan dalam dirinya. Disebabkan
oleh iu, seseorang individu itu akan sentiasa dibelenggu dengan keresahan dan kekeliruan.
Disini kita akan melihat setiap rangkap bagi gurindam ini.
Bagi rangkap pertama, disini penulis ingin menyatakan bahawa siapa yang tidak
berpegang teguh pada agama, mereka merupakan orang yang tidak hebat. Perkataan nama
disini menujukkan kehebatan yang disanjung oleh masyarakat kerana pegangan agamanya
yang teguh. Pada zaman dahulu, masyarakat memandang seseorang berdasarkan ilmu
keagaamaan yang ada didadanya. Orang seperti ini akan dipandang hebat dan disanjung tinggi.
Oleh itu, pada rangkap pertama ini, penulis menujukkan bahawa seseorang yang tiada agama
tidak layak untuk dihormati.
Seterusnya, pada rangkap kedua pula penulis menyatakan tentang sesiapa yang
mengenal kesemua empat-empat ajaran tasawuf iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan hakikat akan
20
memperoleh kehiupan yang ma’rifat iaitu terang tanpa sebarang sedikit kegelisan mahupan
rasa was-was. Selain itu, penulis menyatakan pada rangkap ketiga bahawa sesiapa sahaja yang
mengenali Allah iaitu pencipta sekalian alam ini, tanpa melanggar suruhannya dan
meninggalkan laranganya, mereka akan mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga kelak.
Hal ini kerana, Allah menciptakan dunia ini bukan untuk manusia bersuka ria malah dunia ini
adalah tempat untuk kita mengumpul segala kebaikan bagi persediaan akhirat.
Disamping itu, rangkap keempat pula menunjukkan bahawa sesiapa yang mengenal
dirinya iaitu hanya hambaNya dan tujuannya didunia ini. Mereka ini akan mengetahui bahawa
mereka ini memerlukan Allah sebagai penentu kehidupan mereka didunia untuk ke akhirat.
Manusia yang menyedari bahwa dirinya hanyalah hamba dan mempunyai kekurangan diri,
mereka akan sentiasa memperbaiki diri dengan memohon bantuan dari Sang Pencipta. Bukan
itu sahaja pada rangkap kelima dan keenam, penulis menyatakan bahawa kita juga perlu
menyedari bahawa dunia yang kita sedang duduki ini hanya bersifat sementara. Kita sebagai
hamba perlu menahan nafsu kita dan kuatkan keimanan supaya kita tidak mudah terpengaruh
dengan godaan dunia yang dapat menyesatkan. Dunia ini penuh dengan ujian dan bukanlah
tempat untuk kita nikmati.
Terdapat dua konteks akal budi didalam gurindam ini iaitu aspek falsafah dan aspek
pemkiran. Kita tahu bahawa falsafah ini bermaksud perasaan cinta akan ilmu serta kebenaran
daripada sesuatu. Persoalan yang dibincang didalam gurindam ini adalah berkaitan dengan
kehidupan manusia. Bukan itu sahaja, didalam gurindam ini juga mengandungi persoalan
berkaitan ilmu agama iaitu berkaitan dengan aqidah dan ilmu tasawuf, rukin Islam, kepentingan
menjaga akhlak serta cara pemerintahan yang benar. Raja Ali Haji menyentuh konteks falsah
dalam setiap fasalnya dalam gurindamnya. Beliau juga menyentuh tentang kesedaran dalam
diri masyarakat dan peranan untuk membentuk keperibafian yang mulia berlandaskan ajaran
agama Islam.
Seterusnya, Raja Ali Haji juga telah menyampaikan falsafah yang sebenar-benarnya
didalam Gurindam Dua Belas ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kandungan atau intipati
didalam gurindam ini mengandungi ilmu yang benar serta sahih iaitu ia disandarkan kepada
agama yang sememangnya jelas ajarannya seperti Rukun Imam, hadis-hadis Nabi dan
ungkapan-ungkapan yang diambil daripada al-Quran.
21
6.0 RUMUSAN
Dapat dirumuskan disini bahawa terdapat dua jenis kesusasteraan Melayu iaitu kesusasteraan
Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Didalam setiap jenis kesusasteraan ini,
ia mengandungi ciri-cirinya yang tersendiri dimana ia yang membezakan setiap jenis ini sama
ada tradisional dan moden. Seterusnya, didalam setiap jenis kesusateraan ini juga mempunyai
bentuknya yang tersendiri sama ada bentuk terikat ataupun bebas. Secara ringkasnya,
kesusasteraan Melayu tradisional bentuknya adalah terikat manakala kesusasteraan Melayu
moden bentuknya lebih bebas dan lebih bersifat moden.
Kesusasteraan Melayu sememangnya mengandungi banyak fungsinya didalam
masyarakat. Ia bukan sahaja sebagai luahan para penulis malahan ia juga bertindak sebagai satu
medium hiburan malah tempat untuk menyampaikan pesan. Pelabgai bentuk nasihat yang
boleh kita terima dalam karya sastera ini antaranya didalam benuk kritikan atau kiasan. Jika
dilihat secara dalam karya-karya sastera ini, sudah pastiya kita akan mendapat apa yang ingin
disampaikan oleh penulis. Penghayatan yang mendalam perlu supaya mesej yang ingin
disampaikan itu masuk kedalam hati para pembaca.
22
SUMBER RUJUKAN
Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan kritikan. Penerbitan
Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Abu Hassan Sham. (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adisya Rehal. (t.t). Kesusasteraan Melayu. Academia.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
Azman bin Rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Abdul Rani bin
Hassan, Hasnah binti Awang. (2022). Kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka
Al-Ehsan.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Jaafar. (2000). Sejarah kesusasteraan melayu moden. Balakong: Pustaka Sistem
Pelajaran.
Mako Deng. (t.t). Fungsi sastera. Academia.
https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Nadhiratulhusna. (2022, Februari 24). Manifestasi akal budi. Anyflip.
https://anyflip.com/jdqc/qjmn/basic
Rahimah A. Hamid & A.S Hardy Shafii. (2017). Akal budi Melayu dalam bahasa dan sastera
moden. Universiti Sains Malaysia
23