The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu WanN, 2020-05-10 02:38:40

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 : TALAK

MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA

PENDIDIKAN
ISLAM

TINGKATAN 5
BAHAGIAN IBADAH

MASALAH RUMAHTANGGA
DAN PENYELESAIANNYA

TALAK

“ JALAN PENYELESAIAN
TERAKHIR “

Pengertian

Dari segi bahasa:
Berpisah, bercerai atau melepaskan
ikatan.

Dari segi istilah:
Melepaskan ikatan pernikahan dengan
melafazkan ucapan talak

❑ Talak ialah perbuatan yang halal yang
paling dibenci oleh Allah S.W.T.

❑ Sabda Rasulullah S.A.W:

‫أَ ْبغَ ُض ال َحلاَ ُل ِإلَى الل ِه ال َّطلاَ ُق‬

❑ Maksudnya:
“ Perbuatan yang halal yang paling dibenci

oleh Allah S.W.T ialah talak “

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hukum Talak di dalam Islam

Hukum Keterangan

WAJIB Apabila seseorang tidak dapat
SUNAT melaksanakan kewajipan seperti
memberi nafkah atau melakukan
kezaliman sehingga mengancam
keselamatan.
Apabila isteri memiliki akhlak yang
buruk dan tiada cara untuk
memperbaikinya lagi

Hukum Keterangan

Talak dilafazkan ketika isteri sedang

HARAM haid, hamil atau nifas.

Ketika isteri suci drp haid atau
nifas ttpi telah disetubuhi pada waktu
suci.

MAKRUH Menceraikan isteri tanpa sebab atau

menceraikan isteri yang solehah

HARUS Apabila tiada persefahaman hidup

antara suami dan isteri.

Rukun Talak

✓ Suami ( orang yang mencerai )
✓ Isteri ( orang yang dicerai )
✓ Lafaz Cerai

Bilangan Talak

Talak Satu

Suami menceraikan isteri dengan
talak satu, semasa iddah suami
boleh merujuk isterinya semula

Talak Dua

Suami menceraikan isteri
dengan talak dua sekaligus atau

perceraian kali ke dua, semasa
iddah suami boleh merujuk
isterinya semula

Talak Tiga

Suami menceraikan isteri dengan
talak tiga sekaligus atau perceraian

kali ke tiga.Suami tidak boleh
merujuk isterinya semula selagi
bekas isteri tidak berkahwin lain dan
telah disetubuhi, bercerai dan habis

iddah dengan suami barunya

Peringatan!

Jika suami belum menyetubuhi isterinya
atau suami telah menjatuhkan talak tiga ke
atas isterinya, bekas isterinya itu tidak boleh
dirujuk kembali.

❖ Jika bukan talak tiga perlu akad nikah
yang baru.

Syarat Sah Talak

1. Suami yang menjatuhkan talak berakal,
baligh dan tidak dipaksa

2. Perempuan yang diceraikan adalah isteri
yang sah

3. Lafaz yang digunakan mempunyai
maksud perceraian sama ada lafaz sorih
atau kinayah

Lafaz Talak

Sorih (Jelas) Kinayah (TidakJelas)

Kata-kata yang tidak Lafaz yang terdapat

timbul keraguan keraguan

Seperti kata suami: Seperti kata suami:
“ Aku ceraikan
“ Pergilah engkau ke
engkau” rumah ibubapa mu”

• Lafaz Kinayah, jika suami ada niat
menjatuhkan talak maka talak akan jatuh jika
tidak, talak tidak jatuh.

• Talak yang dilafazkan secara bergurau,jatuh
talaknya.

• Menceraikan isteri dengan surat talak
yang ditulis oleh suami dan dibaca sendiri
oleh isterinya, talak akan jatuh.
Jika tidak dibaca oleh isteri talaknya tidak
jatuh.

Hikmat Talak

1. Memberi peluang kepada pasangan
untuk memulakan kehidupan baru

2. Memberi kesempatan dan peluang untuk
mencari jalan penyelesaian dan dapat
berbaik-baik semula

3. Boleh mengurangkan tekanan perasaan
4. Memberi pengalaman dan pengajaran

pahit kepada suami dan isteri
5. Dapat memperbaiki dalam kehidupan

berumahtangga pada masa akan datang

Kesan Talak

1. Perhubungan antara keluarga kedua-
dua belah pihak akan terjejas

2. Mendapat kemurkaan Allah S.W.T
3. Anak-anak akan terbiar dan mengalami

tekanan perasaan, hilang kasih
sayang dan mungkin terjerumus ke
dalam kegiatan yang tidak sihat
4. Keharmonian dan kedamaian hidup di
dalam masyarakat akan terjejas

Hikmat Kuasa Talak
Pada Lelaki

a) Kaum lelaki adalah pemimpin di dalam
rumahtangga

b) Kaum lelaki berhak menjalankan semua
urusan rumahtangga dan bertanggung
jawab sepenuhnya di dalam hal tersebut

c) Kaum lelaki lebih cermat, berhati-hati
dan tabah menghadapi kesulitan dan
berpandangan jauh

Jenis-jenis Talak

Talak Sunni

Talak yang sesuai dengan
peraturan agama iaitu

menceraikan isteri dengan talak
satu atau dua ketika isteri suci
daripada haid atau nifas dan

belum disetubuhi.

Talak Bid’ie

Talak yang menyalahi peraturan
agama iaitu menceraikan isteri ketika
haid, nifas atau ketika suci dan telah

disetubuhi atau menceraikan isteri
dengan talak tiga sekaligus.

Walaupun talaknya dikira sah tetapi
hukum melakukan talak ini
adalah haram.

Talak Raj’ie

Talak yang boleh dirujuk semula
tanpa akad nikah yang baru

semasa isteri masih di dalam idah
talak satu atau dua.

Talak Ba’in

Ba’in Sughra

• Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan
akad nikah dan mahar yang baru

– Khuluk, Fasakh, Ila’, Talak Raj’ie yang tamat
tempoh iddah dan Talak sebelum bersetubuh.

Ba’in Kubra

• Talak tiga yang mengharamkan bekas suami
mengahwini semula isterinya kecuali setelah
isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan
diceraikan setelah disetubuhi dan habis iddah.

Talak Muallaq (Ta’liq)

• Ta’liq Biasa

– Talak yang tertakluk kepada syarat yang
ditentukan seperti kata suami: “ Jika kamu
keluar rumah, maka jatuh talak satu “ Talak ini
akan berlaku sekiranya isteri keluar dari
rumah suaminya.

• Ta’liq secara Khuluk

– Bentuk ta’liq yang diamalkan sekarang di
setengah negeri di Malaysia.(Rujuk buku
teks:126)

SEKIAN…

Semoga anda semua dapat
memahaminya dengan baik.

Disediakan Oleh:


Click to View FlipBook Version