The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junaidahabdrashid75, 2024-02-26 21:00:12

KATA MAJMUK KIASAN

KATA MAJMUK KIASAN

Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang bermaksud simpulan bahasa.


buah tangan buah tangan hadiah atau pemberian Puan Mariam membawa buah tangan semasa melawat adiknya di hospital. Simpulan bahasa lyn6764


hidung tinggi orang yang sombong atau angkuh Tuan Kamal tidak disukai oleh jiranjirannya kerana dia hidung tinggi. lyn6764 angkat diri orang yang sombong dan suka memuji diri sendiri


mandi kerbau mandi yang tidak bersih Jimmy diejek oleh rakan-rakannya kerana badannya berbau. Itulah akibat mandi kerbau. Badan Jimmy berbau busuk kerana dia sering mandi kerbau. lyn6764


murah hati orang yang suka berderma, tidak kedekut Encik Wong bermurah hati mendermakan makanan kepada orang tua itu. Walaupun Omar miskin tetapi dia murah hati. lyn6764


alas perut makan sedikit untuk menahan lapar Kamala makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum pergi ke sekolah. Kita mestilah mengalas perut sebelum pergi ke sekolah agar dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar. lyn6764


buta huruf tidak tahu membaca dan menulis Pak Mat tidak dapat membaca buku itu kerana dia buta huruf. Pak Mat buta huruf kerana dia tidak pernah bersekolah. lyn6764


langkah seribu cabut lari kerana takut Ali membuka langkah seribu apabila dikejar oleh anjing. Perompak itu membuka langkah seribu apabila mendengar bunyi siren kereta polis. lyn6764


buruk makan lahap, rakus Budak yang gemuk itu buruk makan. Ibu berpesan kepada anaknya agar jangan buruk makan di majlis itu nanti. lyn6764


patah kandar hilang tempat bergantung Asnan patah kandar sejak kematian ayahnya. Kita patut menolong orang yang patah kandar. lyn6764


sehelai sepinggang pakaian yang ada pada tubuh sahaja Keluarga Encik Halim tinggal sehelai sepinggang akibat rumahnya terbakar. Budak itu lari dari rumah sehelai sepinggang. lyn6764


pencakar langit bangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggi Bangunan pencakar langit sedang dibina di kawasan itu. Terdapat banyak bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. lyn6764


berat tulang orang yang malas Ali berat tulang. Dia hanya duduk memerhatikan ibu dan bapanya bekerja. Orang yang berat tulang akan ringan perut. lyn6764


cakar ayam tulisan yang buruk Rajoo dimarahi oleh Cikgu Musa kerana tulisannya cakar ayam. Cikgu Musa tidak dapat membaca karangan Helmi kerana tulisannya cakar ayam lyn6764


raja sehari pengantin Wajah raja sehari itu berseri-seri pada hari persandingan mereka. Aminah baru sahaja menjadi raja sehari. lyn6764


bongkok sabut bongkok orang tua Datuk berjalan menggunakan tongkat kerana dia sudah bongkok sabut. Orang tua yang bongkok sabut itu ialah datuk saya. lyn6764


cahaya mata anak Puan Lia baru sahaja melahirkan cahaya mata yang pertama. Encik Lim dan Puan Wong mempunyai tiga orang cahaya mata. lyn6764


bersengkang mata menahan diri daripada tidur Jali bersengkang mata membaca buku kerana peperiksaan hampir tiba. Jangan bersengkang mata apabila peperiksaan telah hampir tiba. lyn6764


ayam tambatan orang harapan dalam sesuatu pertandingan Norman merupakan ayam tambatan bagi pasukan bola sepak sekolahnya. lyn6764 tulang belakang orang kuat dan sangat diharapkan


ambil angin bersiar-siar di tempat yang nyaman udaranya. Zul ambil angin di tepi pantai sambil menyaksikan mentari terbenam di ufuk barat. Setiap hujung minggu ayah membawa kami ambil angin di taman bunga. lyn6764


buku lima penumbuk Rosyham memberi buku limanya kepada Danial dalam pergaduhan itu. Celliah kena buku lima Veloo dalam pertengkaran mereka petang semalam. lyn6764


naik darah marah atau panas hati Inu naik darah apabila Jasni tidak mendengar nasihatnya. naik angin


kepala batu orang yang degil Sudah berkali-kali ayah menasihati Kamil namun dia tetap tidak berubah. Dia kepala batu. keras kepala


kaki ayam anak emas mandi peluh tidak memakai alas kaki bekerja kuat / keras seseorang yang disayangi lyn6764 mandi keringat


sagu hati ulat buku panjang tangan ganjaran sebagai penghargaan rajin membaca suka mencuri lyn6764


tanda mata minta diri kepala angin hadiah sebagai kenang-kenangan minta izin untuk pulang orang yang mudah marah lyn6764


kaki botol tidur mati halwa telinga suka minum arak tidur yang sangat nyenyak sesuatu yang menyedapkan pendengaran lyn6764


perang mulut bertengkar dengan menggunakan katakata yang kasar paku belanda harga tetap atau harga mati habis akal tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa harus dibuat setelah berusaha sedaya upaya lyn6764


bekas tangan hasil tangan seseorang Tikar mengkuang itu adalah bekas tangan nenek. berat mulut orang yang pendiam Muthu berat mulut maka dia tidak ramai kawan. lyn6764


kaki bangku tidak tahu bermain bola Malik tidak dipilih menyertai pasukan sekolah kerana dia kaki bangku. keras hati tidak mudah kecewa Linggam yang keras hati akhirnya berjaya mencipta rekod baru dalam acara renang. lyn6764


tangkai jering orang yang kedekut Walaupun kaya, Pak Halim tangkai jering kerana tidak pernah berderma walau sesen pun. tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak Jamal hanya tidur-tidur ayam kerana anakanaknya berbuat bising. lyn6764 ketam batu


batu api orang yang suka menghasut Lee telah menjadi batu api dalam pergaduhan antara Wong dan Chua. lipas kudung cepat membuat kerja Maria membuat kerja dengan pantas seperti lipas kudung. lyn6764


kaki lima tempat lalu lalang di hadapan kedai Pengemis itu tidur di kaki lima kedai itu. pasang telinga mendengar dengan teliti Guru menyuruh murid-murid memasang telinga apabila ceramah bermula. lyn6764


bodoh sepat nampak seperti bodoh tetapi sebenarnya tidak Jangan mengejek budak itu. Dia hanya bodoh sepat sahaja. cupak hanyut hidup miskin tanpa rumah tangga dan keluarga Hidup pengemis itu seperti cupak hanyut. Tiada siapa yang mengendahkannya. lyn6764


tangan terbuka menerima kunjungan dengan sukacita Kami akan menanti kedatangan kamu dengan tangan terbuka. mulut murai orang yang becok Kelas itu menjadi bising apabila ketiadaan guru kerana ramai yang mulut murai. lyn6764


ikut jejak mencontohi seseorang Hambali ingin mengikut jejak Aidil, melanjutkan pelajaran ke luar negara. bulat hati azam yang kuat Cintan telah bulat hati untuk bekerja di bandar. lyn6764


muka tembok orang yang tidak tahu malu Sazali muka tembok. Sanggup dia meminta wang daripada teman wanitanya. makan suap menerima rasuah Ghazali ditangkap kerana disyaki makan suap. lyn6764


kacang hantu orang yang jahat Perangai Yusri yang seperti kacang hantu itu menjadi kebencian jiran-jirannya. durian runtuh keuntungan yang diperoleh secara tiba-tiba Basikal itu dibeli oleh ayahnya yang mendapat durian runtuh. lyn6764


Click to View FlipBook Version