Bab 1 3 Bab 2 11 Bab 3 19 Bab 4 26 Bab 5 30 Bab 6 35
3 BAB 1 “Cepatlah Nani,” teriak Suhaila. “Aku lapar, nak cepat balik ke rumah,” tambah Dewi pula.
4 Nani yang masih duduk di tempatnya itu, terus tergesagesa menyimpan buku teks di dalam beg sekolah. Nani hanya diam, tidak berkata apa-apa. Kedua-dua rakan baiknya itu memang selalu begitu. Jika waktu untuk pulang sekolah mereka memang tidak akan melengah-lengahkan masa. Tetapi andai waktu untuk pergi sekolah, lambat-lambat saja mereka mengayuh basikal.
5 “Jomlah!” ajak Nani. Mereka bertiga berjalan seiring keluar daripada Kelas 5 Bestari. Tempat letak basikal terletak tidak jauh dari kelas mereka. Berhampiran pondok pengawal dan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Seri Cendana. Sudah lama mereka bertiga bersahabat. Mereka tinggal di taman perumahan yang sama. Oleh itu, perhubungan mereka memang sangat akrab. Ke
6 mana-mana pergi pasti bersama. Tambahan pula, mereka belajar di dalam kelas yang sama. “Su, Dewi petang ni kita pergi bersiar-siar di padang permainan, mahu tak?” soal Nani kepada rakan-rakannya itu. “Aku belum pasti lagi, bapaku minta tolong di kedai petang nanti,” jawab Dewi
7 sambil meletakkan bekas airnya di dalam raga basikal. “Tak seronoklah kalau kau tak ikut kami,” kata Suhaila pula. “Tak meriah,” tambah Nani. Mereka bertiga mengayuh basikal meninggalkan kawasan sekolah. Ketika itu suasana kelihatan lenggang sahaja.
8 Ramai pelajar yang telah pulang ke rumah. Ada yang berbasikal seperti mereka dan ada yang menaiki bas sekolah. Ada juga yang lebih bertuah kerana ibu bapa akan datang menjemput dengan menaiki kenderaan sendiri seperti kereta atau motosikal. Taman Cendana tempat di mana mereka bertiga tinggal hanya terletak lebih kurang 500meter sahaja dari sekolah.
9 Oleh itu, ibu bapa mereka, masing-masing mengizinkan mereka pergi ke sekolah dengan berbasikal sahaja. “Dah sampai rumah aku,” ujar Dewi apabila mereka sampai di kawasan rumah kedai dua tingkat. “Ya, baiklah petang ni kau memang tak mahu bersiar-siar dengan kami?” kata Nani.
10 “Begitulah rasanya, aku minta maaf mungkin esok kita keluar bersama” jawab Dewi. Nani dan Suhaila meneruskan kayuhan. Rumah mereka terletak tidak jauh dari kawasan kedai dua tingkat itu. Mereka melambai-lambaikan tangan kepada Dewi. Sayupsayup kelibat mereka hilang apabila tiba di hujung simpang.
11 BAB 2 “Topik pelajaran kita tamat di sini untuk hari ini, kita akan sambung lagi pada kelas yang akan datang. Ada sesiapa yang ingin bertanyakan soalan,”
12 tanya Cikgu Patahiah. Kelas sunyi. Tiada sesiapa yang ingin menyoal Cikgu Patahiah. “Baiklah, memandangkan tiada siapa yang ingin bertanya kepada saya maka saya anggap kamu semua faham apa yang saya ajarkan tadi,” ujar Cikgu Patahiah. “Sebelum saya beredar, saya ingatkan sekali lagi bahawa minggu depan kita akan adakan
13 ujian bulanan,” pesan Cikgu Patahiah sebelum melangkah keluar dari Kelas 5 Bestari. Kelas riuh seketika sebaik sahaja Cikgu Patahiah keluar. Begitulah biasanya jika tiada guru di dalam kelas. Muridmurid lebih suka bersembang sesama sendiri. Ada juga yang bergurau-senda. Kringggggg!!! Bunyi loceng menandakan waktu
14 rehat bermula. Nani, Suhaila dan Dewi berjalan menuju ke kantin. Masing-masing membawa bekal makanan. “Aku bawa capati, kamu berdua nak rasa tak?” jemput Dewi. “Nakk!!!” Serentak Nani dan Suhaila menjawab. Mereka memang suka makan capati yang Dewi bawa.
15 Sedap sungguh capati Dewi. Walaupun Dewi berbangsa India mereka tidak kisah untuk berkongsi makanan dengan dia. Kadang-kadang mereka berkongsi nasi lemak, nasi goreng atau bihun goreng. Mereka gembira berkawan dan sentiasa menghormati adat resam dan agama masingmasing. “Aku risaulah, sebenarnya aku tidak faham apa yang
16 Cikgu Patahiah ajar tadi,” keluh Dewi. “Tadi mengapa kau tak tanya cikgu,” kata Nani. “Aku malulah, ”perlahan Dewi menjawab. “Apalah kau ni Dewi, tak payahlah nak malu, kau bukannya buat apaapa kesalahan pun,” tambah Suhaila.
17 “Aku tengok tiada siapa yang tanya cikgu jadi aku rasa cuma aku seorang sajalah yang tak faham, itulah aku rasa malu,” jelas Dewi. “Petang ini kita buat ulang kaji topik tadi? Tolonglah aku, lagipun minggu depan ada ujian bulanan pula,” tambah Dewi lagi. “Emmm…tak boleh la rasanya, kami berdua ada hal
18 lainlah Dewi,” ujar Nani. Dewi menarik muka masam. “Kalau begitu tak apalah” pendek saja kata Dewi. Serentak itu sekali lagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.
19 BAB 3 Petang itu Dewi mengayuh basikal menuju ke rumah Nani. Di dalam raga basikalnya ada dua buah buku subjek Sains. Dia berniat untuk mengajak
20 Nani dan Suhaila mengulag kaji subjek itu. Dia benar-benar tidak faham semasa Cikgu Patahiah mengajar di sekolah tadi. Dia amat berharap keduadua rakan baiknya itu dapat membantu agar dia memahami dengan jelas. Setiba hampir di rumah Nani dia nampak ada basikal Suhaila.
21 Lega, tak payahlah aku pergi ke rumah Suhaila memandangkan dia dah ada dekat rumah Nani, bisik hati Dewi. Tiba-tiba Dewi tersentak. Dari jauh dia lihat Nani dan Suhaila seperti sedang berbincang sesuatu. Mereka berdua seperti sedang mengulang kaji pelajaran. Perasan Dewi menjadi sedih. Tadi semasa aku mengajak
22 mereka mengulang kaji pelajaran, mereka berdua kata ada hal. Tetapi rupa-rupanya mereka tidak mahu belajar bersama aku. Aku tahulah aku tidak pandai subjek Sains. Dewi memendam rasa. *** “Amin, tolong cikgu edarkan kertas jawapan ini kepada rakan-rakan kamu,” suruh Cikgu Patahiah kepada
23 Amin, ketua Kelas 5 Bestari. Amin mengikut arahan Cikgu Patahiah. “Wah, aku dapat 88 markah dalam ujian kali ini!” ujar Suhaila. “Aku pula 93 markah, kau macam mana Dewi?” tanya Nani. Dewi hanya diam membisu. Sebenarnya dia mendapat
24 markah yang rendah daripada rakan-rakannya itu. Dia hanya sekadar lulus. Tetapi dia tidak memberitahu mereka. Dia berasa kecewa dan sedih. “Dewi kau ada masalah atau tidak sihat?” soal Suhaila. “Yalah kenapa kau diam saja, risaulah aku tengok kau begini, kalau ada apa-apa beritahulah kami,” tambah Nani pula.
25 Dewi seperti itu juga. Dia masih mendiamkan diri. Sebenarnya dia rasa seperti mahu menangis tetapi ditahan saja air mata itu. Dia sedih kerana mendapat markah yang rendah. Dan dia juga lebih sedih dengan sikap rakan-rakannya itu.
26 BAB 4 “Sudah lama Dewi tidak mengikut kita bersiar-siar di taman permainan ini,” kata Suhaila kepada Nani. “Aku lihat sikap dia
27 berubah tiba-tiba, dia seperti mahu menjauhkan diri daripada kita,” luah Nani pula. “Semasa di dalam kelas pun dia jarang bersembang dengan kita, dia asyik diam saja, hanya sekali-sekala bersuara,” Suhaila mengeluh. “Betul, aku setuju. Pergi sekolah pun sudah tidak bersama lagi, dia akan cuba pergi lebih
28 awal daripada kita,” tambah Nani. Matahari mulai terbenam. Burung-burung mula berkicau dan angin bertiup sepoi-poi bahasa. Kanak-kanak yang bermain pula sudah beransuransur pulang ke rumah. Begitu juga Nani dan Suhaila, mereka berkira-kira hendak pulang ke rumah juga. Sebentar lagi azan menandakan waktu Maghrib
29 akan berkumandang dari surau yang bersebelahan taman permainan itu.
30 BAB 5 “Eh, kamu bertiga ni bergaduhkah?” tanya Sarah rakan sekelas Nani, Suhaila dan Dewi.
31 “Kenapa pula tanya begitu,” jawab Nani “Kerana aku lihat kamu semua sudah tidak mesra seperti dulu,” spontan Sarah menjawab. “Emmm... entahlah,” Suhaila pula bersuara. Dewi pula hanya berpurapura seperti tidak mendengar pertanyaan Sarah. Dia
32 membatukan diri dan berpurapura sedang menulis sesuatu di dalam buku latihan. Suatu petang Suhaila pergi ke kedai bapa Dewi untuk membeli telur seperti yang disuruh ibunya. Kebetulan Dewi menolong bapanya pada hari itu. “Dewi aku nak beli telur lima biji,” kata Suhaila.
33 Dewi tidak melayan permintaan Suhaila. Dia berlalu kepada seorang lagi pelanggan yang baru sahaja datang ke kedai itu. Suhaila terpaku. Dia tidak sangka Dewi bersikap sebegitu. “Tak apalah nanti pak cik ambilkan untuk kamu,” kata bapa Dewi. Suhaila mengambil bungkusan yang berisi telur
34 itu. Suhaila tertanya-tanya, apa salah dirinya sehingga sampai hati Dewi bertindak sebegitu.
35 BAB 6 Hari merupakan hari sukan sekolah. Dewi mengambil bahagian dalam acara 100 meter lumba lari. Cuaca agak panas terik. Dewi telah bersiap sedia
36 di garisan permulaan bersama enam lagi peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing. Apabila terdengar sahaja tembakan peluru kapur oleh Cikgu Zainal, semua peserta berlari dengan sepantas mungkin. Dewi berada di hadapan sekali. Sudah dua tahun dia menjadi juara dalam acara itu. Tahun ini dia mahu menjuarai sekali lagi.
37 Tiba-tiba sahaja dengan tidak semena-mena kaki Dewi terlanggar seketul batu. Dewi terjatuh di situ juga. Kaki Dewi terseliuh. Peserta-peserta lain pula telah berjaya memintas Dewi. Dewi cuba bangun untuk berlari semula. Tetapi dia tidak berdaya. Dia terhincut-hincut kesakitan. Akhirnya dia dipapah keluar oleh pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah. Peristiwa itu juga dilihat oleh Nani dan
38 Suhaila. Mereka bergegas lari mendapatkan Dewi. “Dewi kau macam mana, sakit tak?” tanya Suhaila. “Sakit juga.” jawab Dewi. Dia berasa malu kerana Suhaila masih lagi mengambil berat terhadap dirinya sedangkan tempoh hari dia bersikap biadap kepada Suhaila.
39 “Tak apalah Dewi tahun ni kau bagi peluanglah pula kepada orang lain menang, asyik-asyik kau saja setiap tahun,” kata Nani cuba berseloroh. “Dewi aku nak tanya kau, kenapa tiba-tiba sahaja kau seperti tidak mahu lagi berkawan dengan kami berdua?” tambah Nani. “Yalah, kau seperti mahu melarikan diri daripada kami,
40 kenapa?” soal Suhaila pula. “Err... err... sebenarnya aku kecil hati dengan kamu berdua. Kamu ingat tak aku pernah ajak kamu mengulang kaji pelajaran bersama dulu?” tanya Dewi. “Ya, ingat!!!” serentak Nani dan Suhaila menjawab. “Tapi kamu cakap ada hal lain, tidak dapat belajar bersamasama. Petang itu aku ke rumah
41 Nani dan melihat kamu berdua mengulang kaji bersama-sama. Kamu cuba menyisihkan aku, sudahlah aku lemah subjek Sains. Jadi aku berasa kecil hati sangat dengan sikap kamu,” jelas Dewi panjang lebar. “Oh, sebenarnya kau telah salah faham terhadap kami. Memang kami berbincang pada hari itu tetapi bukanlah mengenai subjek Sains. Kami sebenarnya berbincang berkenaan rumah
42 sukan. Cikgu Amir menyuruh aku mencari peserta untuk mewakili rumah Hijau untuk acara pembarisan,” terang Nani pula. “Betul tu, kami berdua berada dalam rumah sukan yang sama, sebab itu kami tidak mengajak kau berbincang Dewi. Lagipun kami langsung tidak mengulang kaji subjek Sains seperti yang kau fikirkan” tegas Suhaila pula.
43 “Oh, begitukah? Aku salah sangka rupa-rupanya,” kata Dewi. “Jadi sia-sia sajalah aku merajuk dan berkecil hati dengan kamu berdua selama ini” ucap Dewi lagi. “Tidak mengapalah, Dewi. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih,” ujar Suhaila.
44 “Aku minta maaf atas sikapku. Aku berjanji tidak akan berburuk sangka lagi,” kata Dewi. Suhaila berasa gembira kerana hubungan mereka dengan Dewi bertaut kembali. Suhaila berjanji tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan syak wasangka serta menyinggung perasaan sahabatnya.